
Aku selalu pesan jaga rumah dan jaga maruah sebagai isteri. Masa tidur, aku cek telefon dia. Aku jumpa dia ada screensh0t video call dengan lelaki orang tu, kawan dia. Dia tak pakai tudung dan lelaki tu tak pakai baju. Yang b0dohnya, dia boleh jawab panggiIan tu tanpa tudung.
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Aku nak kongsi kisah rumah tangga aku. Hide profile. Ayat biasa sahaja. Terima kasih sebab sudi kongsi. Kisahnya, aku dah berkahwin 2 tahun 2 bulan dan mempunyai seorang cahaya mata. Aku sayang anak aku.
Isteri aku ni bekerja sebagai penjawat awam badan beruniform. Aku pula kerja freelance sahaja, ada sebab, nanti aku cerita. Sebelum kahwin, dia ni memang jenis suka berkawan dengan lelaki. Setiap kali mesti cari lelaki dan ada satu tahap dah ke arah yang teruk.
Masa tu aku bukan suami dia, jadi apa sahaja yang aku boleh buat? Tapi aku kasihan dekat dia, aku terima dia balik dan kami kahwin. B0doh betul aku pergi ambil jadi isteri. Aku ni jenis suami yang tak suka isteri post gambar dekat Facebook atau mana – mana sebab dia ni banyak kali kena r4suk disebabkan orang dengki.
Wallahualam, tu yang orang berubat tu cakap. Sampai aku berhenti kerja dulu nak jaga dia. Sepanjang aku tak kerja, aku jaga makan minum dia, pakaian dia. Bukan nak ungkit, tapi sebab benda yang dia buat dekat aku ni. Ada juga 2 atau 3 kali aku tak dapat bagi nafkah, tapi aku tetap berusaha.
Aku minta maaf dengan dia dan dia faham. Sekarang aku dah ada kewangan yang lebih baik. Aku tak suka dia layan lelaki lebih – lebih walaupun kawan. Kawan is kawan. Lepas kahwin, dia janji macam – macam. Janji tak nak s4kitkan hati aku lagi.
Walaupun macam tu, aku separuh percaya sahaja. Sampailah dia keluar training selama 9 bulan dan kemudian posting dekat satu tempat ni. Masa tu ada seorang pegawai yang sambut dia. Maklumlah tempat baru, lelaki orang pula tu.
Lama – lama mereka jadi rapat. Tapi jujur min, sepanjang jadi suami, aku rasa macam tak dihorm4ti. Bila aku suruh berhenti kerja, boleh pula dia cakap takut aku tak dapat tanggung dia. Dia nak tolong keluarga dia. Aku sebagai lelaki, macam mana pun aku akan usaha.
Aku bukan jenis tak nak majukan diri. Patutnya aku sebagai suami dia kena didahulukan. Aku nak suruh dia jaga anak dan besarkan anak depan mata mak dia. Tapi apa sahaja yang aku cakap, dia kurang terima. Kalau kereta rosak pun lelaki tu juga yang dia minta tolong.
Bila aku baca WhatsApp mereka, siap berhuhu huhu lagi. Kadang – kadang mesej dipadam. Bila ditanya, ada sahaja jawapan dia. Lepas tu dia suka post gambar dekat Facebook. Bila ditegur, dia faham. Tapi sehari dua sahaja, lepas tu buat balik.
Aku sepanjang kahwin tak pernah langsung mesej dengan perempuan lain. Dia pula marah kalau aku ada kawan perempuan dekat Facebook walaupun cuma kawan sekelas dan aku tak pernah berborak dengan orang tu. Apa punya penyapu dah.
Lepas tu satu hari aku pergi kerja. Kerja aku ni on call. Sekali pergi boleh hilang sebulan. Berg4ntung pada line internet sahaja. Sepanjang aku kerja, rasa tak sedap hati sahaja. Sampailah aku balik raya. Haih, sambut aku pun macam t4hi. Tak ada nak salam minta maaf sempena raya ke apa ke. Tak apa, aku sabar.
Masa tidur, aku cek telefon dia. Aku jumpa dia ada screensh0t video call dengan lelaki orang tu, kawan dia. Dia tak pakai tudung dan lelaki tu tak pakai baju. Yang b0dohnya, dia boleh jawab panggiIan tu tanpa tudung. Lepas tu ada mesej dia panggil lelaki tu “D”. Selalu juga dia tersasul panggil aku “D”.
Bila aku jumpa mesej tu dan tanya dia, jawapannya bergurau sahaja. Ada sekali masa pergi beraya, aku singgah kedai sekejap dan dia boleh video call lelaki tu. Kantoi malam tu bila aku cek telefon dia. Aku selalu pesan jaga rumah dan jaga maruah sebagai isteri. Tapi jawapan dia, “Jangan risau lah”, macam – macam lagi alasan.
Aku akhirnya buat keputusan mesej isteri lelaki tu. Dia pun terk3jut dan rupanya dia rasa benda yang sama. Dia kata sebelum ni pernah jumpa isteri aku hantar gambar tak bertudung sambil baring, tapi berbaju lah. Alasan dia tersalah hantar.
Sepanjang aku kerja, dia tak pernah tanya aku letih ke tidak atau macam mana keadaan aku. Bukanlah berharap sangat, tapi itulah. Tentang lelaki tu pula, bukan main dia risau. Bila lelaki tu str3ss kerja dan macam – macam lagi, dia ambil berat.
Aku memang nak lepaskan dia, tapi aku fikir pasal anak dan macam mana keluarga aku akan bereaksi. Sebab pada mata mereka, dia baik. Sebenarnya aku nak lepaskan dia sebab dah banyak kali dia buat macam ni. Ada yang lebih teruk daripada ni. Lepas kahwin pun dia masih buat walaupun dia anggap tu semua sekadar kawan.
Sekarang aku harap dia pujuk aku betul – betul dan menyesal dengan apa yang dia buat. Tapi dia pula nak protes. Aku tak faham. Mungkin bagi kalian benda ni nampak kecil, tapi bagi aku besar sebab aku selalu pesan macam – macam.
Panjang lagi cerita ni, tapi aku ringkaskan. Walaupun diringkaskan, masih panjang juga. Ada satu lagi. Kalau dia tengok FB dan kes isteri curang, bukan main lagi dia marah. Aku pernah pesan jangan over, takut jadi dekat kita sendiri. Aku tak tahu lah kalau mereka pernah bersentuhan atau tidak. Aku tak nak fikir jauh sangat. Jadi apa pendapat korang dan geng geng bawang? Terima kasih sebab baca luahan ni.
Ulasan Pembaca :
Soe Izzie : Susah nak cakap sebab encik memang dah sedia maklum per4ngai miang isteri tu sebelum korang kahwin lagi. Nampak gaya isteri tu macam tak sedar pun kewujudan encik dan entah – entah hilang ingatan yang dia dah ada suami.
Nak hukvm dia pun, paling – paling asingkan tempat tidur. Tapi nampak gaya kalau korang asing tempat tidur, lagi seronok dia nak video call terguling – guling atas katil tanpa tudung dan tanpa baju dengan lelaki lain. Sekarang ni baik encik fikir untuk encik dan anak – anak.
Takkan anak – anak nak didedahkan dengan per4ngai mak mereka yang macam ni. Mereka pun makin besar. Tengok per4ngai mak buat ayah mereka macam tu bukan persekitaran yang baik untuk didik budak. Encik pun berhak bahagia.
Tapi kalau encik asyik fikir apa yang orang lain fikir, dalam masa yang sama isteri tu masih melakukan kemungkaran, masalah ni tak akan selesai. Beri isteri tu pengajaran dan buat secara drastik. Memang ada risiko. Kalau encik ceraikan dia, sama ada dia makin gembira atau dia akan terjelepok sebab terperanjat kena cerai. Kalau nak rujuk, kena ada taklik. Encik yang buat taklik tu. Setakat ni itu sahaja yang perlu dibuat untuk kebaikan bersama.
Azlina Haji Yahaya : Awak tersalah pilih isteri. Sebab awak dah terang – terang tahu per4ngai dia sebelum kahwin yang memang suka layan lelaki. Tak ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Kalau nak didik isteri, awak kena tegas. Kalau tak mampu didik, awak tanggung d0sa dia. Usaha yang mana termampu dan lepaskan dia jika itu jalan terakhir.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.