8 tahun kahwin akhirnya aku mengaIami depr3ssion gara – gara sikap mak mertua yang suka bandingkan aku dengan anak – anak dia. Dari langsir yang aku pakai, beras yang aku masak, baju raya yang aku beli semua dia perlekehkan. Sehinggalah aku hilang sabar sebab mak mertua kata anak aku tak normal dan macam budak terencat.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, Cukup aku kenalkan nama aku Leona, Aku sudah berkahwin hampir 8 tahun dan ada dua orang anak. Selama hampir 8 tahun juga sehingga ke hari ini aku mengaIami d3pression gara – gara sikap mak mertua yang suka membandingkan keluarga aku dengan anak – anak dia yang lain.
Suami aku anak no. 2 dari tiga beradik, Ya, aku akui suami aku paling susah antara adik beradik dia yang lain. Bila sudah berkahwin dengan suami dengan aku sekali terbabit s4kit mentaI gara – gara mulut mak mertua aku.
Mungkin ada yang kata, Mak mertua tu macam mak sendiri kena terima buruk baik dia. Allahu, disebabkan aku telan segala buruk dia aku jadi nak giIa. Tahun 1 hingga ke tahun ke 7 perkahwinan, Mak akan merungut dan selalu berkata :
“Pakai lah beras basmathi, mak dengan along, adik guna beras basmathi”. ”Janganlah pakai langsir murah macam ni.. pakailah langsir mahal – mahal macam kat rumah mak tu, adik dengan abang kau pakai langsir mahal tau”.
”Belilah baju raya, kau tengok macam mak dengan adik dan abang kau tu, setiap kali raya je beli baju raya tau”. ” Kau pakai pampers murah untuk anak – anak kau? Belilah pampers mahal macam adik dengan abang kau tu”.
”Kau tak nak tukar kereta ke? Kau tengok kereta adik dengan abang kau, Pakai kereta besar – besar”. ”Kau bagi anak kau susu formula apa ni? susu murah? pakai lah susu yang mahal – mahal macam S26 macam adik dengan abang kau tu”.
”Eeee asal lah anak kau ni lambat sangat bercakap, anak adik dengan along umur dua tahun dah boleh bercakap”. ”Eeee asal lah, kau beli rantai kecik – kecik macam ni untuk anak kau, Adik kau belikan emas anak dia semua lebih 10gm tau”.
”Eee asal lah anak kau bentuk kepala dia tak cantik, bentuk kepala cucu – cucu mak yang lain semua cantik”. ”Eee asal la anak – anak kau ni kulit semua gelap – gelap, cucu mak yang lain semua putih – putih”. ”Kau ni pemalas lah, masak lah lauk macam – macam jenis lauk, mak ni kalau masak macam – macam lauk ada”.
”Mak tak nak lah tudung yang kau beli kat pasar malam ni, Adik dengan along belikan mak tudung kat butik”. ”Kau pakai beg duit jenama apa tu? adik dengan kau pakai jenama mahal – mahal tau”.
”Ler, kau belikan hadiah anak – anak adik dengan along ini aje? Belilah hadiah yang mahal – mahal, Adik dengan along kalau belikan anak korang hadiah mesti yang best – best”. Korang baca korang str3ss tak ? Ini baru sikit aku tulis.
Yaa, tiada kata – kata yang baik setiap kali kami berjumpa dengan mak. Suami? Dia suruh aku bersabar dan terus bersabar seperti mana dia bersabar dengan mak dia dari kecil hinggalah sekarang. Tahun ke 7 kami berkahwin, aku mula hilang sabar sebab dia cakap anak aku tak normal dan macam budak terencat.
Di situ jugak aku m4ki puas – puas pada mak mertua aku buat kali pertama dan terakhir aku hamun dia, aku kata ”Dasar mak mulut ibIis… Bertaubatlah mak”. Begitulah aku tengking dia. Terkebil – kebil dia tengok aku naik h4ntu.
Suami tak berpihak pada sesiapa, Suami tak juga marah aku sebab m4ki mak dia dan tak juga marah mak dia sebab buat aku s4kit mentaI. Tiga bulan aku tak datang, tak jenguk mak mertua. Mak? sikit pun dia tak kisah aku marah, sikit pun tak rasa serba salah.
Tiga bulan tu juga berat aku turun dari 60kg ke 40kg. Aku lebih suka berkurung dalam bilik. Aku tiada mood nak buat aktiviti harian dengan baik. Aku rasa PENAT. Setiap kali aku basuh pinggan, basuh beras, aku dengar suara mak aku kat telinga aku ni, aku dengar suara dia yang suka membandingkan keluarga aku dengan orang lain.
Setiap kali mandi, aku dengar suara mak buruk – burukkan aku kat adik beradik dia di kampung. Aku tengah drive, aku dengar suara mak aku mengata – ngata aku. Kadangkala, aku baIing semua barang sebab nak hilangkan suara – suara tu kat telinga aku.
Kadangkala aku menjerit sorang – sorang tapi suara tu tak hilang. Aku cuba muhasabah diri aku kenapa aku jadi macam ni. Yaa, sebab ada d3ndam kat hati aku. Aku tak dapat maafkan mak mertua. Lebih rasa tertekan mak seperti tiada beIas kasihan dan serba salah langsung.
Malah aku yang dik4takan menantu kurang ajar sebab cakap mak mertua mulut ibIis, Adik beradik beIah suami semua pulaukan aku dan semua update status kat media sosiaI cakap aku kurang ajar, tak civm bau syurga. Allahuakbar…
Raya 2021 tahun ini aku mohon maaf kat mak mertua, aku mengalah tapi aku belum memaafkan, cukup sekadar nak jaga silaturahim, Allah.. semuanya demi suami aku. Aku kesian kadang – kadang serba salah dia nak jumpa mak dia disebabkan aku.
Aku kata pada suami, ”Jangan risau, aku tak p4ksa kau pilih aku, syurga kau kat mak kau tapi tolong jangan kata syurga aku pun pada mak kau”. Suara – suara itu masih belum hilang sehingga ke hari ini, Hari demi hari sabar dan sifat aku yang masih belum memaafkan telah menjadi dend4m.
Dend4m buat hati aku menjadi kotor. Macam mana tak dend4m dah 8 tahun mak mertua masih belum berubah, Aku baik macam mana sekali pun tetap tak ada kata – kata yang baik untuk keluarga kami. Ada sahaja yang tak kena.
Kenapa aku kata hati aku telah jadi kotor, sebab sekarang bila tidur aku ‘terpisah’ dengan dunia realiti, aku akan ‘berangan’ aku bvnvh mak mertua aku, aku akan berangan aku jadi kaya supaya mak tak h1na kami lagi.
Aku berangan yang mak mertua m4ti nanti hidup aku jadi aman dan damai. Yaa kadangkala aku tak cukup tidur sebab aku nak fantasi aku jadi realiti. Aku akan rasa marah bila aku bangun dah pagi sebab aku tak boleh nak ‘berkhayaI’ lagi.
Jangan kata aku tak berdoa, puas sudah. Jangan kata suami tak mainkan peranan nasihatkan mak dia. Apa harus aku buat agar mak mertua berubah? Atau aku yang kena berubah terima sahaja buruk mak?
Tapi yang s4kitnya aku.. Tengoklah aku sekarang demi nak jaga silaturahim suami dan mak dia, aku rasa aku S4KIT. – Leona (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Senora Haznina : Sis, saya bersimpati. Saya faham, berat mana memandang, berat lagi bahu yang memikuI. Ni cadangan – cadangan saya ye.
1. Dapatkan khidmat nasihat doktor. Boleh pergi ke KIinik Kesihatan berdekatan. Minta surat untuk refer ke pakar.
2. Mulai sekarang, tak perlu dah pergi rumah mertua. Ya, tak perlu. Biar suami je yang pergi menjenguk ibunya tu. Awak duduk di rumah. Kalau suami nak bawak anak, biarkan. Awak ‘me time’ je sorang – sorang dekat rumah.
3. Kalau ada dalam whatsapp group family mertua, keluar dari group je. Block segala media sosiaI diorang. Tak payah st4lk langsung. Biarlah diorang nak up status apa pun. Diorang nak pulau? Lantaklah. Tak jejas pun.
4. Sayangi diri sendiri sis. Buat sesuatu yang sis suka buat.
Fazidah Abdul Kadir : Fikirlah tt, awak buat macam tu, tak makan, tak gembira, tak enjoy hidup sedangkan mak mertua yang “jahat” tu tak rasa apa – apa dia di sokong anak – anak dia. Tanya diri sendiri berbaloi ke?
Kalau dend4m berbaloi ka baIas dend4m macam tu? Pada saya awak patut, dan terlebih layak hidup lebih baik dari orang – orang tu. Kenapa tak hidup lebih baik? Ketawa, nikm4ti hidup bersama keluarga. Lupakan mak mertua tu, biarkan dia dengan mentaliti dia tu.
Anggap rumah tt sebagai tempat paling selamat dan yang terbaik. Ubah mentaIiti, kesian mertua awak dia tak dapat nikm4ti simple things in life. Jangan buat kesalahan yang sama. Kalau barang murah pun kalau sihat kita masih boleh nikm4ti, kalau kena gaya, tak minum susu mahal pun anak – anak jadi anak – anak yang soleh jangan risau.
Awak tak akan masuk ner4ka kalau syukuri nikmat Allah, saya yang gaji banyak ni pun tak beli makan beras basmathi hari – hari, tak pakai barang mahal – mahal sebab kita tahu, banyak lagi kebaikan yang kita boleh buat dengan duit yang ada.
Bukan untuk kita saja tapi untuk orang lain sama. Tinggalkan orang – orang maIang yang tak tahu hidup sepenuhnya tu. Semoga dirahm4ti Allah sentiasa.
Hanan Hanani : Mertua macam ni biasa panjang umurnya. Esok lusa dia terIantar s4kit kita jugak yang kena jaga. Takdenya anak – anak yang disanjung tu nak jaga dia. Macam ni la sis, Doa orang terani4ya tu makbul. Sis buat je solat tahajjud banyak – banyak doa kat Allah cakap yang sis terani4ya. BaIasannya biar Allah je la yang baIas.
Shafida Saleh : Aku 20 tahun dis1hir dan dih1na mak / pak mentua dan ipar duai aku memang dah digeIar giIa oleh orang sekeliIing akibat sabar dan terlalu ikutkan arahan dan suruhan diorang. Aku hari – hari mendengar suara – suara sumbang dalam kepala aku dan hari – hari berg4duh dengan suami.
Akibat tak tahan, aku dah tinggalkan terus family suami dalam hidup aku. Dah 3 tahun aku buat hal sendiri dan abaikan kemahuan diorang. Duit, barang – barang rumah semua aku lepas tangan.
Aku cakap pada suami itu mak kau bila – bila kau bole balik aku tak Iarang sama sekali tapi jangan bawak aku dalam hidup family kau, aku dah tr4uma. Sekarang pon aku masih berubat untuk buang sih1r – sih1r yang dihantar setiap hari. Semoga aku sembuh seperti sediakala.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.