Dekat hospitaI, aku doktor paling cantik. Tapi maIangnya suami tetap curang dengan jururawat. Aku cari perempuan tu sampai dapat

Bukan setakat curang, sudah sampai ke tahap check in hotel bersama. Perempuan itu juga adalah staff di hospitaI yang sama, suami bohong kata kami sudah bercerai..

#Foto sekadar hiasan. Hi. Pertama sekali, maaf kalau jalan cerita aku macam berterabur, aku tidak pandai mengarang. Perkenalkan diri, aku berusia hampir 30 tahun, bekerja sebagai seorang doktor perubatan, berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak.

Aku cuma rasa ingin meluahkan perasaan yang sudah bertahun aku pendam tanpa menceritakan kepada sesiapapun. Ini kisah hidup aku. Aku sudah berkahwin hampir 6 tahun dan mengenali suami selama 11 tahun. Di awal percintaan dan perkahwinan, semua baik – baik sahaja, kerana cinta itu terlalu bahagia.

Kadang – kadang berg4duh kerana masih belum matang dan berkahwin dalam usia yang muda, tapi kemudian berbaik semula. Suami bekerja dalam bidang yang sama. Juga seorang doktor, memiliki rupa paras yang baik, disenangi orang ramai, sangat mesra. Apa sahaja yang aku minta, pasti akan dituruti.

Tidak berkira dari segi kewangan, tidak pernah culas dalam memberi nafkah. Tapi kurangnya hanyalah satu… kaki perempuan. Aku diuji dengan kehadiran orang ketiga sejak bercinta lagi. ‘Red flag’ sudah ada, kerap kali terjumpa message dengan perempuan lain, sekadar ingin berkenalan dan cuba bermesra.

Pernah sekali aku meIetup sampai naik tangan dekat dia dan si dia merayu – rayu untuk aku maafkan. Penipuan demi penipuan, pujukan rayu yang membuat aku tewas dan akhirnya memaafkan. Segalanya indah selepas kami berkahwin. Namun diuji lagi setelah aku melahirkan anak pertama.

Baru sahaja anak aku berusia 2 bulan, aku terjumpa gambar senarai harga hotel. Suami aku survey hotel sedangkan aku di rumah menjaga anak. Si dia cuba melanggan ‘tukang urut’. Bila terkantoi, terus sahaja berbohong dan memberi seribu alasan yang tak masuk akal.

Hampir sahaja aku mer0yan masa itu tapi masih juga tewas dengan penipuan dia. Kemuncaknya, bila perkahwinan sudah mencecah 5 tahun, aku diuji dengan kehadiran orang ketiga. Allah maha besar, hati aku benar – benar h4ncur, h4ncur seh4ncurnya.

Bukan setakat curang, sudah sampai ke tahap check in hotel bersama. Perempuan itu juga adalah staff di hospitaI yang sama, suami aku membohonginya mengatakan sudah bercerai. Terus sahaja aku hubungi perempuan itu.

Dia menangis semahunya, kerana sudah ditipu malah menyerahkan badannya untuk suami. Tapi menafikan sekerasnya sampai ketahap berz1na, tapi hampir saja berz1na. Aku tidak mahu percaya, kerana apa beza berz1na ataupun tidak, kedua – duanya sangat mengh4ncurkan hati aku.

Hampir giIa aku dibuatnya. Menangis semahunya, sampai tahap aku meIukakan diri aku sendiri. Aku sudah tidak mampu berfikir dengan w4ras, aku kira iman aku masa itu senipis kulit bawang. Aku terlalu kecewa. Apa salah aku sampai diperlakukan sebegitu rupa?

Apa kurangnya aku? Aku dikenali sebagai doktor cantik di kalangan staff, tidak seperti perempuan beranak dua. Bukan mahu membangga diri, tapi untuk membuktikan mana kurangnya aku sampai tahap suami mahu mencari yang lain?

Layanan terhadap suami tidak pernah kurang walaupun aku sangat busy dengan kerja. Selepas peristiwa itu, suami hari – hari memujuk aku. Berjanji dan bersumpah untuk berubah kerana dia takut kehilangan aku dan anak – anak.

Setiap hari aku dih4ntui bayangan kecurangan suami, setiap hari aku menangis. Hati aku tidak pernah tenang. Di dalam sujud aku berdoa semoga Allah tunjukkan aku jalan, tunjukkan aku kebenaran. Tapi doa aku untuk rumahtangga aku, sudah tidak mampu aku ucapkan lagi. Sudah terputus doa aku buatnya.

Kami bercerai secara tidak langsung tapi rujuk semula dalam masa yang terdekat. Hati aku tidak lagi buatnya tapi aku kasihankan anak – anak aku yang masih kecil. Aku kasihankan kedua ibubapa aku dan ibunya, apa d0sa mereka untuk menanggung malu jika kami bercerai.

Hubungan kami sudah tidak seperti dahulu lagi. Terasa ada jurang di antara kami. Aku sudah tidak mempercayai suami lagi. Kerana apa sahaja yang keluar dari mulutnya, kebanyakannya bohong belaka. Penipuan sudah terbiasa untuknya.

Suami aku tidak solat, sangat jarang aku melihat dia solat. Solat 5 waktu pun harus disuruh, apatah lagi solat Jumaat. Dahulu aku sangat menjaga solatnya, k3jutkan dia, ingatkan dia untuk solat. Kerana aku tahu kalau tiang agama tiada, semuanya akan h4ncur.

Tapi selepas peristiwa itu, aku sudah tak kisah lagi. Bukan tanggungjawab aku untuk menyuruhnya, seharusnya dia yang membimbing aku bukan aku. Anak – anak juga dia abaikan. Sekadar memberi nafkah, belikan makan minum. Tapi perhatian jarang sekali. Aku kasihankan anak – anak, sudahlah masa kami kebanyakannya di hospitaI, bila balik kerja juga tidak dapat perhatian.

Tidak sampai setahun sejak kami bercerai dan rujuk kembali, aku diuji lagi untuk sekian kalinya. Tahun ini aku beraya di kampung aku bersama anak – anak. Dia berkali – kali memberi alasan tidak dapat cuti, dan aku faham.

Tapi balik dari kampung, mungkin Allah mahu tunjuk pada aku kebenaran yang sebenar, terkantoi screensh0t booking cinema untuk dua orang. Kali ni aku meng4muk sepenuh hati, aku m4ki dia sepuasnya. Dia mengaku ada plan mahu tengok wayang dengan perempuan itu tapi tak jadi.

Aku terus saja call perempuan tu untuk bertanya dan dia juga tidak mengaku. Perempuan itu siap tunjuk bukti yang masa itu dia juga pulang beraya di kampung. Hubungan sem4kin dingin. Suami banyak mengelakkan diri dari aku, phone dia juga dia sorokkan.

Tiba – tiba sahaja mahu start pergi gym setelah bertahun tak pergi. Alasannya dia tengah depr3ss. Berkali aku berdepan dengan dia untuk bercakap tentang hala tuju hubungan ini tapi dia mengelak. Kadang – kadang meninggikan suaranya pada aku.

Dia berubah menjadi seorang yang aku tak kenal. From a husband to a complete stranger. Dia tidak mahu tidur dengan aku, seakan rimas dengan kehadiran aku. Sudah tidak bertanya ke mana aku pergi, sudah makan minumkah aku, s4kitkah aku.

Dengan kuasa Allah, pagi itu membuktikan segalanya. Aku terjumpa message dari seseorang, dia save dengan nama SN Salina (bukan nama sebenar). Message itu terpampar ‘morning B’. Aku tidak dapat membuka message itu kerana dia sudah tukar password.

Hati aku h4ncur untuk sekian kalinya. Terus aku k3jutkan dia dan bertanya apa semua ini. Dia bangun dan meng4muk, seakan apa yang terjadi ini semua salah aku. Salah aku kerana check phone dia, kerana curiga, kerana pertikai apa yang dia buat.

Ya, kali ini membuktikan segalanya. Dia curang dengan seorang staff nurse department sekali dengannya. Kali ini perempuan yang lain pula. Murahnya dirimu wahai perempuan. Sangat must4hil orang tidak tahu dia sudah berkahwin dan ada dua orang anak.

Kerana kawan – kawan sekerja kami semuanya tahu siapa dia dan siapa aku. Aku tahu kali ini aku sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Aku cari perempuan itu sampai dapat dan m4ki dia kerana meruntuhkan rumahtangga aku. Kau sudah tahu itu suami orang tapi mana harga dirimu wahai perempuan?

Hampir saja aku hilang pertimbangan dan mahu adukan sahaja perlakuan mereka kepada pihak atasan tapi aku masih bertahan kerana pikirkan keluarga, dan masa depan anak – anak aku. Kini sudah tiga bulan aku tidak bercakap dengannya.

Ada sesekali tapi hanya untuk bertanya khabar anak – anak. Aku sudah block nombor dia, aku tidak mahu tahu apa – apa tentangnya. Aku tahu tentang masalah disiplin dia di tempat kerja, selalu MC dan EL, tapi biarlah dia dengan hidup yang dia pilih.

Dia pilih untuk berfoya – foya dengan perempuan dan tinggalkan keluarga. Sudah tiada maaf baginya untuk kali ini. I didn’t lose anything but he did. Dia hilang aku, hilang anak – anak, hubungan dia dengan ibunya juga renggang sejak aku balik membawa anak – anak.

PergiIah. Hati aku sudah tertutup untukmu. Aku mohon Allah tunjukkan kau jalan, semoga mata kau terbuka luas untuk melihat segala kesalahanmu selama ini. Aku doakan jika kau ada anak perempuan nanti, segala khilaf kau tidak terpalit padanya.

Doakan aku kuat. Doakan aku dan anak – anak aku bahagia, dipermudahkan segala urusan di dunia ini. Aku tidak tahu sampai bila aku harus menanggung rasa s4kit dikhi4nati oleh orang yang paling aku sayang, tapi aku percaya Allah ada dengan aku. Dan perancangan Allah lagi besar mengatasi segalanya. Aku redha. -Hati yang ters4kiti- – Soulless (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Aini Mohamad : Puan Dr.. Ujian rumah tangga ni.. benar – benar melelahkan bila melibatkan orang ke 3. Puan nak sangat angkat kaki tapi puan begitu memikirkan tentang anak – anak tanpa bapa dan air muka ibubapa dan mertua. Hingga membentuk ketakutan.

Puan, Puan cuma perIukan sedikit lagi keberanian. Sedikit lagi kekuatan. Sedikit lagi kecekalan. Kumpul. Dan bertindaklah. Kebahagian hakiki ada di luar rumah tangga sekarang. Allah ada puan. Allah akan bantu isteri dan anak – anak yang terani4ya.

Masa depan anak – anak puan berg4ntung pada puan. Saya doakan dari kejauhan.. Semoga puan dan anak – anak akan lebih berbahagia. Suatu hari nanti.. anak – anak puan akan berterima kasih dengan puan. Mereka berdua akan sangat bangga punya ibu yang kuat seperti puan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.