Dekat kolej aku dapat duit bantuan RM1000, abah kata pinjam tapi tak bayar. Rupanya abah simpan nak beli speedboat

Aku makan, minum bantuan dari masjid Universiti. Aku ik4t perut dan pernah aku tak ada makan, aku terp4ksa minum air paip untuk tahan lapar. Sekarang ni aku dah kerja, ada kereta secondhand. Abah minta kereta aku nak buat ‘bergaya’..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku tak tahu nak meluah pada siapa. Berat rasanya beban yang aku tanggung di d4da. Str3ss, marah, s4kit hati, semua ada. Aku juga risau, dek kerana luahan ini, aku dilabelkan sebagai anak derh4ka.

Tapi apa – apa pun whateverlah. Lantaklah orang nak cakap apa, sebabnya aku yang lalui perkara ini. Secara ringkasnya, aku lahir dari br0ken family. Abah dan mama bercerai sebaik sahaja aku dilahirkan 37 tahun dulu. Ketika itu abah ada hubungan dengan mak tiri aku yang mana hubungan mama aku dengan mak (mak tiri) sampai sekarang tak baik.

Masa tu, mama aku mer0yan yang mana akhirnya, aku yang masih kecil terabai. Disebabkan itu, nenek dan datuk aku ambik jaga aku. Dengan kata lain aku memang membesar dengan nenek dan datuk sehinggalah aku menjejakkan kaki ke Universiti.

Kebanyakannya memang datuk dan nenek serta makcik aku yang sediakan semua keperluan aku. Makan pakai dan pendidikan semua dijaga walaupun tidak semewah mana. Alhamdulillah. Ayah aku pula kadang kala adalah hulurkan duit belanja sekali – sekala. Nenek aku meninggaI ketika aku dibangku sekolah rendah, manakala datuk aku pergi ketika aku di Uni. Hilangnya mereka berdua maka seorang dirilah aku di dunia ini.

AL-KISAH. Masa aku form 1 sampai form 3, seingat aku kerajaan ada memberi wang saku untuk pelajar B40 macam aku ni. Tidak salah aku total untuk 3 tahun tu aku dapat dalam RM700 macam tu. Duit tu aku memang tak guna, aku simpan dalam bank.

Mak aku tahu aku ada dapat bantuan tersebut. Satu hari mak aku telefon dan bagitahu dia nak pakai duit, nak pinjam duit aku. Mak aku datang rumah ambik aku dan  kami terus pergi bank. Aku tanya mak nak pakai berapa. Soalan ni memang aku ingat.

Mak aku jawab, dia nak pakai semua. Maksudnya semua yang dalam akaun tu dia minta aku keluarkan. Dia janji nak bayar balik dengan bagi aku hadiah. Aku ni budak lagi masa tu, innocent. Aku pergi kaunter keluarkan duit tu dan terus bagi pada mak. Naif betul aku ketika tu. Last – last duit tu lesap ke mana, hadiah lesap tiada khabar berita. Incase duit tu masih ada, mesti aku dah tak susahkan datuk aku masa tu dengan belanja sekolah aku.

Habis SPM aku dapat taw4ran masuk ke kolej matrikulasi. Dan ketika itu keadaan ekonomi abah kurang stabil. Jadi aku tak ada nak ngada – ngada nak minta duit belanja dengan dia untuk persediaan ke matrikulasi. Samalah juga dengan datuk. Aku tak mahu susahkan siapa – siapa.

Ditakdirkan ketika tu sesiapa yang masuk matrikulasi akan mendapat wang saku sebanyak RM1000 untuk satu semester. Untuk 2 semester total akan dapat RM2000. Jadi aku memang mengharapkan duit tersebut untuk belanja makan minum aku serta keperluan belajar yang lain.

Seingat aku, abah aku call minta nak pinjam duit. Tak salah abah janji nak bagi balik dalam masa 1 minggu. Jadi bila dah janji macam tu, aku memang tak ralat nak bagi sebab aku tahu aku akan dapat duit tu semula. Abah datang ke bandar Kuantan, aku naik bas ke sana dan terus bagi duit tu kat dia.

Seminggu selepas itu aku pulang ke rumah datuk dan aku masih ingat lagi, hari Ahad aku nak balik Kuantan aku memang tak ada duit langsung. Aku call abah minta duit belanja tu semula. Dia kata dia tak ada duit. Aku buntu sebab asalnya dia janji lain. Habis macam mana aku nak balik ke kolej.

Lepas tu abah terus jerkah aku “Woiii kau ingat aku nak pinjam sangat ke duit kau!”. Aku terus letak telefon sebab aku s4kit hati kena jerkah macam tu. Disebabkan kes ini, aku tertekan. Sangat – sangat mengganggu kembara study aku. Nak belajar tapi perut lapar sebab duit tak ada. Sangat – sangat mengganggu.

Habis matrikulasi, aku ada bekerja sambilan di kedai makan dengan taw4ran gaji sekitar RM200. Tujuan aku kerja pun semata – mata nak habiskan masa sementara menunggu keputusan UPU aku keluar. Akhirnya pada pertengahan tahun 2006, aku dapat taw4ran ke universiti dan ketika itu, yuran pengajian yang perlu dibayar hampir RM2000 which is aku sememangnya tidak ada duit.

Tidak lain tidak bukan, aku memang mengharapkan support dari abah. Nak tunggu duit ptptn masuk lambat lagi. Pada ketika itu juga aku ada memohon bantuan ehsan dari pihak yayasan negeri. Alhamdulillah, setiap pelajar yang dapat ke universiti akan diberikan RM1000.

Waktu ni aku memang nekad, aku tak nak bagitahu abah yang aku dapat duit ni. Duit ni aku gunakan untuk membeli barang – barang persiapan aku ke universiti serta keperluan lain. Pada masa yang sama juga aku masih menunggu kata putus abah berkenaan duit yuran aku.

Namun abah diam seribu bahasa, akhirnya abah kata dia tidak ada duit nak bayar yuran aku. Aku redha. Abang sulung aku terp4ksa meminjam dari mertua semata – mata nak lepaskan yuran pengajian aku. Abang aku pesan, “Nanti duit ptptn dah masuk, awak kena bayar balik duit ni”.

Aku angguk tanda faham dan setuju. Sebaik sahaja duit ptptn aku masuk (RM3,500 tak salah), aku terus membayar semula duit mertua abang aku. Baki yang tinggal hanyalah RM1,500 dan sisa dari RM1,000 tadi untuk aku bertahan selama setengah tahun.

Duit ni lah yang akan aku gunakan untuk makan minum aku hari – hari, beli buku, dan keperluan tugasan – tugasan kuliah yang lain. Satu masa entah macam mana, ayah aku dapat tahu yang aku dapat RM1,000 tadi. Mak aku call bagitahu yang abah marah kenapa tak bagi dia duit tu.

Aku cakap kat mak, kalau saya bagi macam mana saya nak survive. Ini pon ikutkan duit yang ada sekarang tak cukup sebabnya dah lost RM2,000 tadi.  Satu hari berita berkenaan abah marahkan aku ni sampai ke telinga abang aku.

Satu masa, abang aku bagitahu, “Awak ingat abah tak ada duit ke? Abah ada je RM30,000. Dia simpan duit tu sebab dia nak beli Speedboat”. Aku melenting bukan kepalang. Aku rasa marah dan rasa diperkotak – katikkan.

Beli speedboat untuk tujuan apa? Abah aku bukan nelayan. Beli untuk suka – suka. Speedboat yang macam Jimmy watak Apek Senario bawa dalam movie Duyung tu. Aku memang tertekan ketika itu sebabnya aku terkontang – kanting masuk uni dengan bekalan yang tak berapa nak ada ni. Dia masih ada masa fikir untuk bermewah – mewah.

Aku terus mesej mak. Aku mengadu marah. Belum sempat mak baca mesej tu, abah aku dah baca dulu. Naik h4ntu ayah aku. Perihal ni serius sangat – sangat mengganggu tumpuan aku untuk belajar. G4duh dengan abah, duit makan tak cukup, perut lapar, serba – serbi tak cukup.

Emosi terganggu, str3ss depr3ss semua ada. Aku struggle seorang diri. Sehingga aku mendapat result yang teruk bawah 2.00 pointer dan kesannya, ptptn aku kena hold. End up aku quit study aku pada tahun kedua. Namun aku teruskan gagahkan diri. Tidak mengalah.

Aku memohon untuk bertukar kursus. Aku terp4ksa menambah tempoh aku di uni selama 3 tahun lagi. Tahun pertama aku terp4ksa memohon bantuan masjid di univerisiti untuk yuran pengajian.  Manakala untuk makan minum masjid ada memberikan kupon makan untuk aku makan di foodcourt.

Selama setahun tu aku memang ik4t perut dan pernah aku tak ada makan, aku terp4ksa minum air paip untuk tahan lapar. Sebelum masuk tahun kedua, aku ada memohon pinjaman pendidikan dari yayasan negeri dan

Alhamdulillah, aku mendapat pinjaman untuk 2 tahun. Alhamdulillah walaupun tidak mewah namun cukuplah untuk bayaran yuran dan makan minum sikit. Akhirnya aku tamatkan pengajian selama 5 tahun di uni. Ada sekali tu abang aku ada memberikan seutas jam tangan branded pada aku.

Pertama kali merasa barang ada – ada. Ketika tu abah ada. Abah terus sound aku, “Kau jangan nak beranganlah pakai jam mahal”. Aku just diam membisu. Kemudian seperti biasa selepas graduasi, orang seperti aku yang tak punya wang ringgit ni tak boleh balik ke kampung apatah lagi ke rumah abah. Dikhuatiri menyusahkan.

Maka mahu atau tidak aku kena berdiri sendiri. Aku menumpang di bilik kawan aku di Johor sementara aku mendapatkan kerja hakiki. Alhamdulillah pada tahun 2012 aku mendapatkan kerja hakiki pertama aku dengan gaji permulaan RM900.

Maybe kecil bagi orang lain. Tapi aku syukur. Niat cuma mahu kumpul pengalaman kerja sebelum lompat ke company lain. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti musim. Setelah beberapa ketika aku akhirnya mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang agak selesa. Alhamdulillah.

Aku kumpul duit selama 4 ke 5 bulan untuk membeli sebuah kereta secondhand untuk kegunaan aku. Kereta tu agak lama namun klasik. Beberapa kali abah bagitahu aku samaada melalui call, mesej atau face to face yang dia berkenan dengan kereta aku.

Pernah sekali dia call aku, dia kata “Kereta tu awak pakai tak, kalau tak pakai bawa balik kampunglah. Boleh abah pakai buat bergaya”. Serius. Dia tak fikir ke, kalau aku ambik kereta anak aku, anak aku nak commute macam mana.

Walhal kat rumah abah dah ada kereta Mercedes jenis C Class. S4kit jiwa weiii. This time adik beradik aku yang lain juga pun sudah berada pada posisi kerjaya yang agak stabil. Walaupun ada pasang surut ekonomi masing – masing namun boleh dik4takan stabil secara amnya.

This time aku memberi duit bulanan pada abah RM500 sebulan, abang aku RM1,500, adik aku masing – masing RM400 dan RM550, kakak aku RM500, dan kakak aku lagi sorang aku agak dalam RM400 ke RM500 juga. Rumah dah tak ada hutang. Abah bukan kaki shopping.

Ada sekali aku pernah bagi duit belanja tak cukup RM500. Dia terus canang pada semua adik beradik yang aku tak kasi dia duit malah dia bagitahu semua orang yang dia tuntut aku bayar dia double. Sedih weiiii. Lastly abah juga problem dengan adik aku.

Adik aku sekarang ada kedai makan Nasi Ayam M** C**** which is dia pun aku tengok agak struggle untuk sustain business dia. Yang tahu je tahu. G4duhnya sebab apa, abah minta adik aku belikan jam tangan harga RM5,000. Adik aku tak layan. Berg4duh besar dua orang tu.

Aku kadang – kadang berdoa kat Allah, kenapalah per4ngai ayah aku macam ni. Serius aku sedih. Menangis sendiri kadang – kadang. Rasa terabai malah rasa dipij4k – pij4k diambil kesempatan. Tertekan emosi tu takyah cakaplah. Dah lama pendam cuma aku tak berani meIawan. Takut akan gelaran ANAK DERH4KA. Sekian… – Aku Yang Beli Sarapan Dulu (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Salina Gunawi : Abah ke Ayah? Bapak apa per4ngai begitu? Sanggup biar anak berlapar asal dia dapat habuan. Kalau saya satu sen pun saya tak akan beri! Merangkaklah dia di Akhir4t nanti nak bayar hutang pada TT… hutang tanggungjawab!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.