Anak aku dimasukkan ke hospitaI. Masa ni aku dah tak serupa manusia dah. Mana nak tengok anak s4kit, telefon tak berhenti berbunyi berkaitan kerja. Kepala aku s4kit macam nak pecah. Suami nekad bawa aku jumpa doktor..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Aku Izara, bukan nama sebenar. Sambil tidurkan anak aku terpanggil untuk kongsi kisah hidup aku. Aku berumur awal 40an, seorang surirumah tangga, sudah berkahwin 14 tahun, dan mempunyai sepasang anak yang masih bersekolah rendah.
Aku kahwin agak lewat dan dapat anak juga agak lambat. Apa pun aku tetap bersyukur kerana Allah makbulkan doa aku untuk memiliki sepasang cahaya mata. Seperti tajuk kisah aku ni iaitu lebih bahagia. Ya, sekarang aku rasa hidup aku lebih bahagia setelah aku berhenti kerja 3 tahun lepas.
Dahulu aku ialah seorang penjawat awam bertaraf tetap dan kumpulan profesional. Ramai orang sekeliling aku berkata aku sangatlah rugi kerana berhenti kerja di saat orang lain struggle mencari pekerjaan tetap. Kenapa aku berhenti?
Sebab aku rasa anak – anak aku sangat perIukan perhatian aku. Dulu semasa aku masih bekerja, anak – anak aku adalah orang yang pertama sampai dan terakhir balik dari taska dan transit. Biasanya aku akan jemput mereka dalam pukuI 7 malam.
Setiap hari aku minta maaf dekat anak – anak aku.. mama minta maaf ya sayang sebab jemput abang dan adik lewat.. itu lah yang aku ulang setiap hari. Aku rasa bersalah sangat. Ada masanya masuk je dalam kereta anak – anak aku menangis sebab aku ambil mereka lewat.
Ye lah kan, kawan – kawan lain semua dah balik, siap boleh main basikal di kawasan rumah. Tapi anak aku balik rumah dah gelap. Anak – anak aku juga kerap keluar masuk hospitaI. HospitaI dah jadi rumah kedua. Kedua – dua anak aku ada masalah asthma yang agak teruk.
Resam anak – anak yang duduk di taska, batuk selsema dah jadi kewajipan. Susah nak elak untuk anak tidak berjangkit. Sebelum ini, aku pernah hantar anak – anak aku ke rumah pengasuh tetapi ada perkara yang terjadi dan aku buat keputusan untuk hantar mereka ke taska dan transit.
Tapi bila dah masuk taska dan transit masalah lain pula yang timbul. Anak – anak kerap tak sihat. Cuti rehat aku memang habis untuk jaga anak – anak tak sihat je. Suami ada juga ambil cuti. Kadang – kadang kami bergilir tapi bila anak kena masuk hospitaI kebiasannya aku lah yang menjaga.
Tambahan pula anak aku yang bongsu masih menyusu badan ketika itu. Kemuncak str3ss aku ialah masa PKP. Taska mengetatkan peraturan iaitu jika anak tidak sihat walaupun selsema dan batuk yang ringan, tetap tidak boleh hantar ke taska kerana bimbang dijangkiti kovit.
Aku sebagai ibu, menghorm4ti peraturan tersebut dan aku mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Kebetulan pula anak aku memang tidak sihat dan perlu dimasukkan ke hospitaI. Masa ni aku dah tak serupa manusia dah.
Mana nak tengok anak s4kit tapi telefon aku tak berhenti berbunyi berkaitan kerja. Dengan Whatsapp sampai beratus mesej. Budak – budak kalau tak sihat memang merengek je la kan. Nak cakap tak pandai lagi. Jadi merengek je la dia.
Sumpah aku str3ss sangat sehingga mengganggu kesihatan aku. Aku kena s4kit kepala yang teruk hingga suami aku hantar ke hospitaI sebab dia risau tengok aku dah lembik akibat munt4h yang teruk dan aku cakap kepala aku s4kit rasa macam pecah.
Esoknya, suami aku pujuk aku untuk berhenti kerja kerana dia sendiri tak sampai hati tengok aku sentiasa terkejar – kejar. Malam – malam aku tak dapat tidur yang cukup sebab menyusukan anak. Anak aku tu pula jenis high demand baby.
Bila tak cukup rehat, itu lah yang tr1ggered aku s4kit kepala dan badan jadi lesu. Di tambah pula bebanan kerja di pejabat. Setelah membuat solat istikharah, berdoa memohon petunjuk dariNya dan berfikir pros and cons.. maka, berhentilah aku dari pekerjaan yang sudah berbelas tahun aku berkhidmat.
Alhamdulillah aku tiada komitmen yang perlu dibayar seperti kereta, study loan dan rumah. Kereta aku dah habis bayar. Begitu juga study loan. Aku tak beli rumah kerana suami aku telah membeli rumah. Aku serahkan seluruh kehidupan aku kepada Allah Taala.
Aku redha dan aku ikhlas berhenti kerja untuk suami dan anak – anak aku. Sekarang, suami dan anak – anak aku lebih terjaga makan pakai mereka. Setiap pagi aku pastikan suami dan anak – anak aku sarapan di rumah sebelum ke pejabat dan ke sekolah.
Sebelum ni memang aku tak sempat jengah dapur apatah lagi nak masak. Aku juga ada banyak masa untuk membuat ulangkaji pelajaran bersama anak – anak, periksa buku dan kerja sekolah mereka. Alhamdulillah prestasi pelajaran mereka sem4kin baik. Setiap tahun dapat anugerah kemenjadian murid.
Ya, aku sangat bangga dengan anak – anak aku dan aku rasa puas kerana dapat menebus balik rasa bersalah aku sebelum ni. Kadang – kadang aku saja tanya anak – anak aku, suka mama yang dulu atau yang sekarang? Mereka jawab suka mama yang sekarang sebab dapat balik sekolah awal dan dapat makan masakan mama setiap hari.. hehe.. skill masakan aku pun dah improved la sikit berbanding sebelum ini.
Rezeki pun alhamdulillah cukup serba serbi. Masih boleh bawa anak – anak berjalan dan bercuti walaupun hanya dalam negara. Dapat pulang ke kampung halaman berhari – hari tanpa risau cuti tahunan habis.. hehe.. part ni paling aku suka sebenarnya.
Aku bersyukur sangat dengan kehidupan aku sekarang. Lebih bahagia, lebih tenang, lebih flexible. Aku doakan para isteri di luar sana yang ingin menjadi surirumah tangga sepenuhnya agar dimakbulkan impian itu dan dipermudahkan segala urusan. Sekian… – Izara (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Zarina Rahmat : Sebijik sangat life story kita. Anak sulung paling effect masa saya keje. Umur 6 bulan kena d3ra pengasuh, lebam – lebam satu badan dia, speech delay, less attention untuk dia. Mak pergi keje keluar pagi, balik malam.
Lagi pulak kerja bank, HP memang non stop orang call. Dia pulak kerap s4kit. Sebulan mesti demam, mesti selsema tiap minggu. 2 tahun lepas dah resign jadi housewife, sama jugak hutang study semua dah settle, takde hutang dengan bank kecuali rumah beli masa bujang.
Rumah tu simpan as asset untuk masa depan yang tak pasti. In case apa – apa boleh jual. Of course financially masa depan kita risau, sebab dah biasa ada duit sendiri, dah biasa bekerja untuk support family. Tapi takpelah kita serahkan urusan rezeki pada Allah.
Sekarang ni nampak sangat effect pada anak – anak. Happy selalu. Takde menangis tak tentu pasal. Jarang sangat s4kit. Boleh kira dengan jari setahun tu demam sekali dua. Takpelah berk0rban tak dapat nak mewahkan diri sendiri dengan mcama – macam benda material, janji anak – anak dibesarkan dengan tangan sendiri.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.