
Lepas mak aku meninggaI, semua berubah. Ayah kahwin lain, mak tiri taknak aku duduk sekali. Aku duduk rumah seorang diri. Abang – abang aku kaki nombor, berz1na. Kakak aku curang dengan suami. Ayah aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalammualaikum. Selamat pagi semua. Harap admin dapat luluskan pengakuan aku. Terima kasih. Aku bahagia tapi dulu. Sebelum arw4h mak aku meninggaI, kami sebuah keluarga yang sangat bahagia. Kami dirikan solat jemaah bersama, kami baca al-Quran sama – sama, kami dididik dengan penuh rasa cinta pada Allah.
Hinggalah Allah memberi hadiah ujian buat keluarga. Mak aku meninggaI masa aku baru masuk tingkatan satu. Tambah pula aku seorang sahaja perempuan yang paling kecil, jadi semua tugas seorang ibu jatuh ke tangan aku seratus peratus.
Lepas arw4h mak meninggaI. Keluarga aku jadi kacau. Kami adik beradik duduk berasingan, aku duduk di rumah aku sendiri. Ayah aku pula berkahwin baru dan mak tiri tidak mahu tinggal dengan aku, katanya mahu privasi. Sedih, terkilan, ayah sanggup ikut isteri baru dan tinggalkan aku.
Abang – abang dan kakak juga duduk berasingan (kerja), jadi memang jarang jumpa. Kadang – kadang ayah aku balik tengok aku. Kadang – kadang tidak, sebab mak tiri halang. Ayah aku sampai kena jumpa aku sorok – sorok. Bagi duit sorok – sorok dekat aku.
Mak tiri aku licik. Depan adik beradik aku, dia buat macam aku ini puteri dalam rumah itu (dia tidak d3ra aku pun, cuma dia tidak mahu ayah aku dekat dengan aku). Aku ikut sahaja rentak dia sebab adik beradik aku sudah maklum dengan per4ngai sebenar dia.
Aku sunyi. Aku tidak ada orang nak berbual. Aku tidak ada orang nak bergurau. Rutin aku bangun, pergi sekolah, balik sekolah dan duduk termenung dalam rumah. Aku jenis tidak suka keluar dengan kawan – kawan sangat sebab tidak minat mungkin.
Tapi tidak ada yang kisah. Kami adik beradik akan berkumpul masa hari raya sahaja. Lepas salam minta maaf, semua buat hal masing – masing dan tinggallah aku seorang – seorang dalam rumah. Berbalik lepas mak aku meninggaI. Semua berubah.
Abang – abang aku datang duduk dengan aku balik masa aku nak SPM. Jadi di situ lah aku nampak semuanya. Abang – abang aku tidak solat, tidak puasa, main nombor ekor, layan bahan Iucah. Ada abang aku pen4gih d4dah, rambut berw4rna, ada yang berz1na (dah beranak dah perempuan itu). Hati aku h4ncur.
Sejak itu aku jadi murung. Aku akan berkurung dalam bilik. Aku keluar untuk ke tandas sahaja. Aku tidak makan makanan dalam rumah itu. Aku takut makanan itu datang dari hasil nombor ekor mereka. Aku m4kin jauh dengan abang – abang aku.
Hati aku lagi h4ncur bila ayah yang aku sayang juga bermain nombor ekor, tidak solat dan juga tidak puasa. Bila bulan puasa, mereka akan makan depan aku macam bukan bulan puasa. Siap ajak aku makan sekali. Aku masuk bilik. Aku menangis.
Aku buka puasa sorang – sorang. Sahur sorang – sorang. Hati aku lagi h4ncur bila aku dapat tahu kakak aku curang dengan suami dia. Allah tunjuk satu – satu dekat aku. Bila aku tengok balik kehidupan mereka, tidak tenang, serabut, duit tidak pernah cukup. Mungkin ini balasan dari Allah.
Rumah yang aku duduk itu, ya, memang agak mewah. Mewah kerana dibina dengan duit yang h4ram. Aku tidak pernah rasa tenang duduk dalam rumah itu. Setiap kali aku balik, aku duduk depan rumah aku. Suramnya rumah. Suram tanpa amalan makhluk Allah dalam rumah itu.
Aku. Aku seorang wanita berpurdah. Aku pernah dipulau, dicaci, dih1na oleh keluarga aku sendiri sebab sehelai kain ini. Aku pernah dip4ksa keluar dengan aurat aku yang terdedah. Aku menangis. Tudung labuh aku mereka pandang sinis.
Sampai pernah kakak aku cuba untuk pengaruh aku menjadi seorang perempuan yang berpurdah tetapi bermekap dan pakai tudung pendek. Tapi Allah lindung aku. Ujian aku mungkin keluarga aku. Siapa yang masih mempunyai keluarga sekarang, hargailah selagi mampu. Tariklah mereka ke syurga bersama kamu.
Aku tidak minta simpati. Aku cuma minta kamu semua doakan arw4h mak aku tenang dekat sana. Allah terima amalan mak aku. Doakan supaya keluarga aku dapat hidayah dari Allah sebelum ajaI tiba. Doakan juga aku terus kuat. Wassalam.
– X (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen:
Fatiah Iliana Ahmad : Sebak di d4da walaupun adik yang merasa ujian ini. Akak doa semoga ayah, abang – abang dan kakak adik diberi taufik dan hidayah, dapat bertaubat sebelum ajaI menjemput. Diterima taubatnya. Semoga ujian ini membuat adik cekal dan bertambah iman, dikurniakan syurga firdaus.
Jadi anak solehah ya. Setiap amalan kebaikan anak solehah, ibu ayah juga dapat merasa pahala yang dilakukan. Jangan sedih, Allah selalu di sisi. Dunia hanya sementara sahaja. In shaa Allah terus berdoa dan yakin dengan Allah. Letakkan kepercayaan kepada Allah. Kelak kita semua akan kembali kepada-Nya.
Kird Ree : Ujian untuk kau adalah keluarga yang macam itu. Kalau satu keluarga jauh dari-Nya, kau duduklah tempat lain. Nasihat mereka setakat mana mampu. Kalau mampu, hidup berdikari. Doa supaya mereka berubah bukan maksudnya putuskan hubungan pun.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.