Setelah 30 tahun berkahwin, mak dapat tahu abah dah kahwin lain dengan bekas kekasih sebelum nikah dengan mak. Walaupun aku kecik lagi, tapi aku dah berdend4m dengan perempuan tu. Hinggalah selepas 6 tahun mak abah bercerai, makcik aku call bagitahu keadaan abah yang sedang s4kit..
#Foto sekadar hiasan. Abah, Abi, Ayah, Baba, Papa. Dipendekkan cerita, per4ngai abah aku sama macam cerita abah – abah yang diceritakan dalam facebook. Abah aku kaki perempuan. Mak aku selalu cerita pasal abah aku, memang masalah dari awal kahwin, macam mana dia berendam air mata sebab abah aku.
Suatu hari, setelah 30 tahun diorang kahwin, mak aku dapat tahu abah aku dah kahwin lain, setiap hari aku tengok mak aku nangis, setiap hari aku tengok mak aku tulis something dalam diary (yang sampai sekarang aku tak tahu diari tu kat mana).
Time tu aku kecik lagi, walaupun kecik, aku dah berdend4m dengan perempuan yang kacau bapak aku tu. Difahamkan, perempuan tu EX bapak aku dulu sebelum menikah dengan mak aku. Jumpa balik waktu ada urusan pejabat di luar.
Akhirnya, parents aku bercerai. Depan aku, abah aku melafaskan taIak. (Buat kali kedua). Sebelum abah aku keluar rumah, abah aku sempat peIuk aku cium aku, katanya, kalau rindu abah call abah. Satu benda ja aku tabik abah aku, tanggungjawab dia dengan anak – anak dia dia tak pernah tinggal.
Sampai satu tahap dia terp4ksa berhutang untuk hantar abang kakak aku sambung belajar. Dia tak tahu baca quran, tapi dia hafal ayat – ayat yang dia perlu baca dalam solat. Tak pernah tinggal solat sekalipun. Setelah bercerai.
Hubungan aku dengan abah renggang. Tak rapat macam dulu. Aku anak bongsu, aku anak paling rapat dengan dia. Mana dia pergi dia bawak aku. Pergi kerja pun dia bawak. Isteri baru abah aku pun dah tak call mak aku m4ki – m4ki lagi dah.
Mak dan abah aku kembali tenang selepas bercerai. Masih contact untuk anak-anak, tak gaduh pun. Malah aku masuk UIA pun, mak dan abah aku yang hantar. Bahagianya lillah. Selalu keluar makan sekali waktu gaji kakak or abang aku.
Lepas SPM, aku kerja dengan abah aku. Hubungan kami kembali rapat. Tuhan ja yang tahu betapa aku rindu nak rapat dengan dia. Walaupun sedikit kekok sebab dah lama tak duduk sekali. Aku tak nak kerja tu, aku tak nak kerja pejabat, tapi aku terima sebab aku rindu dia.
6 tahun berlalu setelah mak dan abah bercerai. Baru – baru ni aku dapat call dari makcik aku, abah s4kit seminggu dah, tak boleh jalan dan tak makan, dia tak bagi bini dia bagitahu kami sebab tak nak susahkan kami. Dah teruk sangat, makcik aku terp4ksa call jugak aku.
Suruh pujuk abah pergi hospitaI sebab dia tak nak pergi walau dah teruk Iuka dia sebab kemaIangan. Sikit je, tapi dia k3ncing manis jadi Iuka tu cepat merebak. Untuk pertama kali aku jejak kaki dekat rumah mak tiri aku. Aku cari abah, abah terIantar tak boleh bangun.
Aku k3jut abah, terus peIuk, aku tak tak tahan rindu, abah pun nangis, abah cakap abah tak boleh bangun, abah takut nak pergi hospitaI. Biar abah m4ti kat rumah dia kata. Aku pujuk lagi, terus dia kata okay jom pergi hospitaI.
Sekali dengan kakak aku bawak dia. Aku rasa kalau kami tak datang, memang dia tak pergi hospitaI. Rindu kami agaknya. Walaupun dah masuk hospitaI, keadaan abah m4kin teruk. Abah dah mula lupa orang. Tapi dia tak lupa anak – anak dia.
Dia selalu tanya, abang mana? Kakak mana? Adik – adik mana? (adik tiri aku). Dia selalu cakap kat kami dia sayangkan kami walaupun jauh. “Abah sayang anak – anak abah, anak – anak abah ja ingat abah tak sayang kat depa”.
Masa tu ada aku dan kakak aku, memang menitis air mata kami. Lupa habis apa dia buat kat kami dulu. Mak aku pun datang tengok dia. Waktu mak aku datang, abah aku nangis, mungkin tanda nak mintak maaf.
3 minggu selepas abah aku masuk hospitaI, dia tak sedarkan diri selama 4 hari. Kami anak – anak dia, aku, abang aku, kakak aku, dan bini baru dia ada dengan dia. Dia meninggaI. MeninggaI waktu kami dalam peIukan dia.
Dia sempat tengok kami, aku tak sempat cakap aku sayangkan dia. Dia pergi sebab jangkitan di Iuka dia dah makan organ – organ dalam. Tapi aku bersyukur, aku bersyukur walaupun Allah ambil 7 tahun waktu aku dengan abah sejak bercerai.
Tapi Allah gantikan dengan sebulan waktu untuk aku jaga abah. Kebetulan waktu dia s4kit aku cuti sem. Aku jaga dia, kami adik beradik dapat peluang tukar pampers dia. Cium dahi dia hari – hari waktu dia s4kit. Sekurang – kurangnya dia tahu kami sayangkan dia.
Abah s4kit waktu birthday dia, aku puas sebab aku boleh cium pipi dia dan wish besday face to face, benda yang aku teringin selama ni. Abah senyum. Abah tarik aku nak peIuk, abah tak boleh cium sebab pakai mesin untuk bernyawa.
Harini genap 15 hari abah pergi. Abah pergi meninggaIkan seribu kenangan untuk aku. Aku rindu abah. Rindu sangat – sangat. Nak pesan kat sini, abah aku dan abah korang yang confess kat sini. Takde beza pun. Sama – sama jahat, kaki perempuan.
Tapi jangan benci diorang. Diorang jadi macam tu mungkin sebab korang jugak. Macam kes aku. Anak – anak tak ambil tahu. Jangan benci dia walau seteruk mana pun mak korang benci dia. Sebab akan sampai satu tahap dia akan pergi, dan korang akan lupakan kejahatan dia.
Yang tinggal hanyalah rindu. Rindu orang yang azankan korang. Orang yang cium korang, orang yang semeja dengan korg waktu makan. Yang antar korang pergi sekolah. Trust me, korang akan rindu. Tegur dia baik – baik, cakap dengan dia elok – elok.
Jangan baIas perbuatan dia dengan kebencian korg. JANGAN! Dulu abah aku pesan, kalau rindu abah, call abah. Tapi aku tak pernah call walaupun aku rindu. aku mesej dia setiap kali sebelum exam je. Sekarang aku rindu abah, tapi aku mampu sedekahkan alfatihah je. Jangan jadi macam aku. JANGAN. – Abah – kekasih pertama
Komen Warganet :
Yang Azlin : Mata masuk habuk, betul jugak kata sis. Kena hormat juga org tua walaupun sejahat – jahat mereka. Tiba – tiba rindu abah. Harap abah kami cepat sembuh. Jom kita bahagiakan orang tua. Lakukan perkara yang mereka suka.
Nurul ‘Fatimatun’ Atiqah : Apa – apa pun, kau untung sis. Abah kau walaupun ada perempuan lain, tanggungjawab dekat anak dan solat tak lupa. Ada yang aku kenal secara peribadi, sudahlah susahkan isteri, tanggungjawab banyak yang isteri tanggung, baran pula, gataI perempuan lagi. Tanggungjawab dekat anak buat sambil lewa, naik tangan lagi. Kau ada sebab untuk tak benci abah kau. Ada orang lain tak seberuntung kau. Semoga abah kau tenang di sana.
Munirah Nazri : Betul tu confessor. Biar mak kita benci suami dia. Tapi jangan kita lupa dia ayah kita. Walaupun tanggungjawab dia dekat isteri tak buat, tapi dekat kita dia buat sungguh – sungguh. Itu pun peng0rbanan. Jangan lupa tu
Ulfa Humairah : Sedih tapi tak pelik la kalau anak – anak tak boleh terima parent sebab anak – anak tak sangka parent yang dibenci tu akan berubah akhirnya.. Kalau tahu rasanya anak – anak mesti akan maafkan parent yang depa benci tu…
Nadia Baharudin : Sapa pulak pot0ng bawang ni! Menitis air mata tanpa sedar. Sedih. Aku nak bayangkan diri aku jadi anak atau bini pertama dia tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.