Mak aku tegur pakngah sebab tengking makngah depan org, sekali habis pintu kami pecah kena tendang

Mak Ngah aku ni tipikal isteri yang layan suami macam raja sampai pakngah langsung tak pandai buat kerja rumah. Masa awal pencen, pak ngah ada cakap dah pencen nanti, duit tu nak bawa makangah bercuti, nak beli emas untuk makngah aku. Tapi sekarang semua tinggal angan – angan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Kisah ni memang betul – betul terjadi dan aku pun tak pernah sangka ada antara keluarga kami akan diuji sebegini. Aku bukan nak aibkan mana – mana pihak, moga pendapat dari kalian dapat jadi ilham untuk kami selesaikan ujian ini.

Kisah ini mengenai pakngah aku. Mak dan pakngah 2 beradik sahaja. Diorang ni memang sangat rapat. Keluarga pakngah dah macam keluarga kami sendiri. Makngah pun mak layan macam adik sendiri. Mereka ada sorang anak lelaki dan sorang lagi perempuan dalam umur 20 an masih belajar lagi.

Pakngah agak alim. Memang jenis solat jemaah dan sangat titik beratkan pasal solat. Makngah suri rumah, jenis isteri – isteri yang layan suami ibarat raja. Air basuh tangan semua kena disediakan. Kalau aku pergi rumah dia, memang nampak makngah bukan jenis duduk diam.

Mesti ada sarapan, makan pukuI 10, makan lunch, makan petang, dinner, siap supper lagi. So, pakngah aku memang tak reti buat keje rumah. Ujian ni jadi bila pakngah pencen, dapat duit epf yang memang agak banyak.

Sebelum dapat duit epf, pakngah ada pergi reunion kawan sekolah dan macam yang korang boleh agak terjatuh cinta dengan kekasih lama. Masalahnya, perempuan tu dah ada suami dengan anak – anak. Aku tak tau berapa lama makngah simpan rahsia ni tapi mak aku dapat agak sebab muka makngah always nampak sedih,

Dan kitorang dapat rasa ada sesuatu yang tak kena sebab pakngah asyik tengking makngah walaupun depan kitorang. Selalunya pasal benda remeh saja, sebelum ni tak macam tu pun. Tapi pakngah aku ni memng baran, kalau dekat kedai makan, makanan tak sampai dalam 10 minit memang dia tengking terus pekerja dekat situ.

Mungkin makngah dah tak tahan dan tak tahu nak cerita dekat siapa, so dia luahkan dekat mak aku. Makngah ada tertengok phone pakngah, itu pun agak – agak password, dan dapat baca perbualan dengan perempuan tu.

Perbualan diorang dah ke arah yang tak elok, cuma aku harap sangat – sangat tak sampai ke arah berz1na (nauzubillahiminzalik). Dah banyak duit pakngah habiskan dekat perempuan tu, sebab makngah jumpa banyak resit dalam dashboard kereta.

Suami perempuan tu keje oil n gas, anak dah besar – besar so memang senang la pakngah nak jumpa perempuan tu bila – bila masa. Tamak betul semua lelaki dia nak! Benarlah ungkapan yang mengatakan wanita diuji disaat lelaki tidak mempunyai apa – apa dan lelaki diuji disaat memiliki segala – segalanya.

Kesian sangat dekat makngah, diorang kahwin waktu pakngah bekerja sebagai guard. Makngah aku bagi moral support untuk pakngah aku sambung study dan dapat kerja yang bagus dan gaji yang besar. Susah bersama, dah senang terus buang isteri tu.

Eeeee geram betul la aku. Perempuan tu lagi tua dari makngah, junior pakngah waktu sekolah (kalau ikut umur macam hampir nak menopause). Rupa dan gaya lebih kurang saja dengan makngah aku tapi makngah aku lagi lawa.

Aku tak tau ape yang pakngah nak cari lagi sebenarnya. Sepupu aku pernah tegur ayah diorang tapi pakngah aku meng4muk sampai sepupu aku kena halau dari rumah. Itupun sepupu aku minta maaf balik, sebab takde tempat nak pergi. Dia taknak susahkan kami.

Korang tau kan macam mana orang bercinta, angau kemain. Makngah cerita dekat mak, Pakngah asyik tengking makngah. Waktu PKP dulu dia tak dapat jumpa makwe dia, lagi lah dia sakan meng4muk. Makngah memang takut dengan pakngah, so dia menangis saja.

Dia tak nak bercerai, sebab dia dah takde sesiapa, duit pun tak de. Dia cakap dia sanggup saja terima madu, nak terima madu macam mana, isteri orang kot. Mak aku dah try bagi nasihat dekat pakngah. Mak baru cakap sikit, pakngah terus meng4muk.

Dia sepak pintu almari rumah aku sampai terk0pak la pintu tu. (tak kan lah aku yang nak tegur, lagi la aku takut. Untuk info ayah aku dah takde dari aku umur 6 tahun). Kecurangan ni dah berlaku lebih 2 tahun sebelum PKP dulu.

Makngah ada mintak tolong kawan – kawan pakngah yang perempuan untuk tegur perempuan ni. Tapi semua tak nak tolong, mereka cakap tak nk runtuhkan rumahtangga perempuan tu dan suami dia. Allahuakbar, memang kesian betul makngah.

Makngah ada simpan nombor perempuan tu. Dia pernah call, dan cakap elok – elok untuk suruh tinggalkan pakngah. Perempuan tu letak terus dan mengadu dengan pakngah. Pakngah pun meng4muk, habis pinggan mangkuk, handphone makngah pun pecah.

Semua duit pencen dah habis dekat perempuan tu, duit nak makan pun pakngah tak nak bagi. Makngah sekarang cari duit jual kuih dan nasi lemak. Dulu pakngah cerita dekat kami, dah pencen nanti, duit tu nak bawa makangah bercuti, nak beli emas untuk makngah aku.

Dah ada perempuan lain, jadi angan – angan saja lah. Mungkin bila pakngah dah takde duit baru perempuan tu tinggalkan dia tapi makngah pun memang takkan dapat apa – apa dah la. So macam mana lagi kami boleh tolong?

Mak aku takut dia sem4kin jauh sampai ke arah berz1na. Kalau ikut hudud, berz1na dengan isteri orang, r3jam sampai m4ti. Aku tau pakngah akan menyesal seumur hidup kalau tinggalkan makngah. Aku harap sangat dia sedar sekarang sebelum terlambat. – Azie (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Sherri Hazmi : Tipikal kes wanita Melayu. Ye. Aku simpati dengan makngah kau. Sebab dia takde pilihan, sudah di Gaslighting sejak sekian lama oleh biawak yang narc1ssist. Yang boleh bawak keluar makngah kau ni cuma diri dia sendiri dan bantuan orang sekeliling.

Tapi nampak macam anak sendiri pun tak mampu nak bawak mak dia keluar dari kesengsaraan itu. Anak pun patah balik kat bapak sebab perIukan duit. Tak tau la kot anak tu sekolah lagi, logik la. Boiprend aku pernah cakap, perempuan macam ni dah tak ada pilihan dalam hidup dia.

Dah tua, tak ada tempat berg4ntung, nak jaga maru4h dan harga diri dan dah tak ada apa nak dicari lagi dalam hidup ini. Sebab tu kau tengok kadang – kadang makcik – makcik yang dih4mbakan oleh biawak ini masih bertahan, sebab tak ada orang nak bawak dia keluar, malah, dia sendiri tak mampu nak bawak diri dia keluar dari situasi itu.

Tapi sesekali kau ambik la makngah kau tu duduk dengan kau barang sebulan dua. Kena brainwashed pulak makngah kau, bahawasanya dia telah pun di gaslighting dan dih4mbakan sejak sekian lama. Untung – untung dia sedar dan mampu meIawan.

Dilla EizMaira : Lelaki bila dah angau dengan perempuan lain. Memang isteri tu dia dah tak suka. Mula la nk cari salah, nak marah pastu meng4muk bila isteri taknk poIigami. Belum poIigami isteri tu dah ko buat macam sampah, macam amah, macam bibik.

Dia dah boleh baca kalau dah kawen lagi tersiksa jiwa dia. Perempuan skandal ni papehal memang sikit – sikit akan call mengadu kat jantan laki orang tu ye. Bukan main jantan tu marah isteri sebab kacau awek dia tapi isteri tu ko buat camtu takde pula ko nak marah dari sendiri jadi suami tak guna.

Josie Joan : Bercerai jelah. Saya ada seorang makcik bertahan lama sampai anak dah besar – besar bertahan dalam perkahwinan yang t0ksik. Sampai umur dah nak masuk 50, baru memilih penceraian dan katanya dia menyesal tak bercerai awal – awal kerana umur dah lanjut baru dapat rasa yang hidup tanpa suami baran dan berskandal adalah sangat menggembirakan tapi dia bersyukur sangat sekarang boleh fokus kat diri sendiri dan anak – anak menantu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.