Lepas 3 tahun kahwin aku terbaca email lama suami, aku nangis dan nekad suruh suami kahwin lagi satu

Baru aku tahu mengapa dia begitu takut dan setiap kali memohon maaf kepada aku sebelum tidur dan pergi kerja. Bulan lepas aku memberitahu suami aku segalanya. Suami menangis dan sujud kepada aku. Masalah sekarang anak aku telah disump4h oleh gadis berkenaan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Nama aku Aina, aku adalah isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan amat menitik beratkan hal agama. Aku cukup bertuah kerana mempunyai ibu ayah yang cukup menjaga maru4h diri aku sehingga keluar ke kedai pun aku diwajibkan ada teman.

Hanya berkerja sahaja aku dibolehkan untuk memandu seorang. Tapi itupun ayah akan menelefon aku dan memastikan lokasi aku berada. Aku tidak rasa itu satu sekatan dalam hidup aku. Kerana didikan ibu ayahlah aku terhindar dari gejala sosiaI yang tidak baik dan aku hanya di kelilingi sahabat yang setia dan baik budi pekerti.

Tapi, manusia mana akan terhindar dari dugaan hidup? Allah sayangkan kita, sebab itulah kita diduga. 3 tahun lepas ada seorang pemuda yang ingin menyunting diri aku. Ayah meminta tempoh seminggu untuk berfikir dan beristikarah.

Ayah juga menyiasat latar belakang pemuda tersebut. Aku juga beristikarah tetapi tidak menemui jawapan. Dan aku hanya berserah kepada keluarga aku untuk membuat keputvsan. Cinta lepas kahwin adalah keputvsan yang terbaik demi mengelak d0sa maksi4t dan z1na hati.

Akhirnya kami diijabkabulkan dalam suasana sederhana tapi meriah. Saat itulah aku bertemu wajah dengannya dan aku menerima dia seadanya. Aku rasa bersyukur kerana sepanjang perkahwinan kami, dia menjaga aku dengan sebaiknya.

Sehinggalah lahirnya anak pertama kami, kami dikurniakan rezeki yang tidak terhingga. Sampai saat PKP, kami berdua bekerja di rumah. Dia bekerja sebagai designer. Dan aku pula sebagai pensyarah. Saat inilah baru kami duduk 24 jam 7 hari di rumah sebenar – benarnya.

Bila aku ada kuliah online, suami aku akan menjaga anak. Dia cukup baik dan kami jarang berg4duh. Sehinggalah Nov tahun lepas, aku terbaca email lamanya. Sungguh aku terk3jut dan tidak menduga yang suami aku pernah ada kekasih sebelum berkahwin dengan aku.

Tapi aku cuba untuk positif sebabnya masa silamnya tiada kena mengena dengan aku. Sehinggalah aku terbaca email perg4duhan mereka. Rupanya suami aku meninggaIkan gadis tersebut selepas upacara merisik aku dahulu.

Cara ayat gadis itu aku tahu bertapa h4ncur hatinya. Yang tidak boleh aku terima, rupanya mereka pernah “bersama” sepanjang hubungan mereka. Gadis itu menyelar suami aku dan mengatakan dia seperti dir0goI dan mempecayai kata suami aku yang akan mengambilnya sebagai isteri.

Gadis itu begitu kecewa sehingga dibehentikan kerja dan depr3si. Bahkan ayat terakhir gadis itu mendoakan satu hari nanti anak suami aku akan merasai perkara yang sama. Itu lah email terakhir darinya dan selepas itu aku duga suami aku dah block dia.

Allahuakbar.. sesungguhnya aku diuji bukan sekadar penipuan tetapi aku melahirkan anak dari benih pengz1na. Dan anak kami itulah disump4h oleh gadis berkenaan. Berjurai airmata aku ketika itu. Aku cuba untuk positif dan pujuk diri sendiri supaya menerima suami.

Ya, aku boleh menerima d0sa silamnya. Kerana setiap manusia ada d0sa. Dan aku merasai suami aku sudah insaf kerana setiap kali selepas solat, dia akan buat solat taubat 2 rakaat. Baru aku tahu mengapa dia begitu takut dan setiap kali memohon maaf kepada aku sebelum tidur dan pergi kerja.

Yang mengh4ntui diri aku sekarang bukan kerana suami aku. Tetapi aku rasa cukup bersalah dengan gadis itu. Dari nama penuhnya, aku dapat mengetahui fbnya. Aku melihat photo dan keluarganya. Allahu, jika ayah aku mengetahui aku pernah berz1na dan ditinggalkan, pasti luruh hatinya.

Aku pasti gadis itu mempunyai perasaan yang sama. Aku melihat gadis itu agak naif, mempunyai ramai kawan menyayanginya. Aku kerap mimpikan gadis itu dan ingin sekali memohon maaf dengan apa yang suami aku telah lakukan.

Aku juga pernah ingin menyusulkan suami aku berkahwin dengannya. Tetapi apa kata keluarga kami? Dan aku sendiri tidak mampu berkongsi kasih. Adakah perceraian boleh menenangkan jiwa aku? Bulan lepas aku memberitahu suami aku segalanya.

Suami menangis dan sujud kepada aku dan dia sudah bertaubat dan hanya ingin setia bersama aku. Tapi wajah gadis itu masih mengh4ntui hidup aku sepanjang hari. Bila aku memandang wajah anak aku, pasti aku akan menangis.

Ya Allah janganlah Kau pulangkan d0sa suamiku kepada anak gadis kami. Setiap hari aku sujud kepadaNya supaya anak gadis kami teperlihara dari segala d0sa. Pembaca sekalian, d0sa z1na ini memang kita boleh memohon ampun padaNya.

Tetapi d0sa kepada manusia cukup susah untuk kita diampun. Aku berdoa semoga gadis itu akan bahagia satu hari nanti. Jika Allah berikan aku peluang untuk bertemu dengannya, pasti aku akan sujud dikakinya dan memohon ampun. Sehingga hari ini hidup aku tidak tenang kerana d0sa silam suami aku.. Yang benar, – Aina (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Hamimi Binti Hishamuddin : Puan, anda tidak menanggung d0sa orang lain. Begitulah juga berkenaan suami puan. Dia yang makan nangka kenapa mesti puan yang kena getahnya. Allah itu maha adil, maha pengasih lagi maha pemurah.

Jika puan tak ingin berkongsi kasih, usahlah diungkit cerita lama suami puan. Semua pun terjadi sebelum puan berdua bernikah. Masa lalu suami puan bukan tanggungjawab puan untuk memikirkannya. InsyaAllah, sebagaimana puan dididik, terapkanlah didikan yang sama kepada anak – anak puan.

Berdoa semoga jalan hidup anak – anak sentiasa Allah permudahkan dan berada di jalan yang benar. Serahkanlah masa depan kepada Allah yang maha mengatur lagi bijaksana.

Norlaila Mohd Din : Anak u bertuah ada u untuk doa keselamatannya, tak perlu risau. Janji Allah akan tingginya doa ibubapa tapi seakannya suami u yang masih tak habis d0sa dengan manusia hmmmm d0sa mungkir janji.. D0sa z1na taubat dengan Allah, d0sa mungkir janji kena mohon maaf dengan bekas kekasih tu. Itu 2 perkara berbeza.

Qymaa El Eamiry : Kadang – kadang Allah datangkan suami yang bersalah sebab suatu hari nanti mungkin kita akan s4kit terlantar dan dia jaga. Jangan buat jahat pada suami, keraan dia hanya milik kita selepas bernikah.

Jangan terlalu membenci kerana saya selalu jumpa orang yang terlalu membenci d0sa orang lain, akhirnya dia sendiri buat perkara keji tu. Bila terfikir istighfar sahaja, sebab 1 hari nanti kita ada anak lelaki, minta Allah pulangkan kesabaran tersebut dengan anak yang soleh yang tak buat begitu.

Minta Allah ganjarkan kemaafan awak kepada suami dengan anak – anak yang Allah jaga dari z1na. Pasti Allah kabul. Jangan takut sump4han wanita tersebut sebab tiada kaitan dengan awak dan baby.

Adawiyah Shaarani : Z1na tu bukan d0sa lelaki tu kepada perempuan tersebut. Sebaliknya adalah d0sa mereka bersama kerana perempuan tersebut telah baligh dan mukallaf (memikul d0sa sendiri), begitu juga lelaki tersebut.

Kecualilah kalau perempuan tu bawah umur, safihah, tidak tahu pengertian d0sa dan pahala, ada masalah mentaI dan sebagainya yes kita boleh salahkan lelaki 100%. Jangan kaji sangat d0sa siapa. Terus galakkan suami bertaubat dan anda sendiri pun sama. Sesungguhnya seorang tidak akan memikul d0sa orang lain.Tak ada istilah d0sa w4risan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.