Saya terbangun lewat masa cuti. Bila saya cari mak mertua takda. Dia tinggalkan nota..

Zaman remaja saya dulu tidak seindah sebahagian remaja lain. Saya pernah dizaIimi ibu tiri, dipersendakan oleh keluarga ibu tiri. Tidak dihiraukan oleh bapa sendiri. Tak sangka lepas kahwin ini yang saya terima. Bila saya salah p0tong sayur kacang buncis, masak tak sedap..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, coretan ini hanya sekadar berkongsi pengalaman saya. Saya nak kongsi pengalaman duduk serumah dengan mertua untuk tempoh setahun sebab tempat kerja saya satu negeri dengan mertua.

Suami pula kerja di negeri lain. Keluarga saya dan suami asalnya bermastautin di negeri yang sama. Tetapi suami saya bertugas di negeri lain. Jadi selepas berkahwin saya mengikut suami ke negeri dia bertugas. Selepas berkahwin saya berusaha mencari kerja di sana tapi tiada rezeki.

Jadi saya cuba mohon kerja di negeri asal saya. Alhamdulillah dapat, masa dapat tawaran kerja tu, saya buat keputvsan untuk ulang alik saja kerana jarak perjalanan dari rumah kami ke pejabat saya hanya lebih kurang 1 jam 40 minit.

Tapi suami cadang supaya saya duduk di rumah ibunya saja dari nak berulang alik setiap hari. Dapat jimat duit tol, minyak dan maintenance kereta. Jarak rumah ibunya dengan pejabat saya hanya 15 minit. Jadi saya pun setuju walaupun dalam hati risau sebab saya kena berjauhan dengan suami dan kena duduk rumah mertua tanpa dia.

Kami hanya jumpa pada waktu weekend saja. Kami travel bergilir – gilir. Contohnya minggu ni saya drive ke rumah kami, minggu depannya suami pula drive ke rumah ibunya. Saya memang tidak ada sebarang masalah dengan ibu mertua sejak kahwin.

Tapi risau juga dengan cerita – cerita orang keliling yang tak ngam dengan mertua bila duduk serumah. Jadi dengan niat untuk mencari rezeki, saya nekad untuk menumpang di rumah mertua. Mertua saya adalah ibu tunggal dan dia tinggal bersama anak bongsunya saja.

Anak lain semua sudah ada kehidupan sendiri. Ibu mertua saya menyambut kedatangan saya dengan baik. Dia seronok sebab katanya ada kawan di rumah. Anak bongsunya (lelaki) selalu sibuk dengan kerja. Mula – mula duduk di sana sangat kekok sebab biasanya saya akan bangun pagi dan terkejar – kejar bersiap untuk ke pejabat.

Saya serba salah sebab mertua akan bangun dalam pukuI 5 dan siapkan sarapan untuk saya dan anak bongsunya. Siap berhidang dua pinggan atas meja. Sedangkan saya tidak menolong dia di dapur. Saya pernah bagitau mertua, tidak perlu susah payah siapkan sarapan untuk saya.

Saya boleh makan di cafe saja. Tapi mertua kata tak ada susahnya. Dia dah biasa sediakan sarapan untuk anak – anaknya masa sekolah dulu. Dia kata saya tak payah rasa serba salah, hanya duduk makan saja. Setiap kali saya nak keluar rumah, saya akan salam peIuk civm dia dulu dan dia akan hantar saya sampai ke pintu rumah setiap hari tanpa gagal.

Dia akan lambai saya dari muka pintu. Begitu juga bila saya balik kerja, mertua dah siap masak dan akan suruh saya makan dulu sebelum mandi. Dia akan risau kalau saya tak makan. SebeIah malam saya akan duduk dengan mertua dan layan dia bercerita rutin hariannya.

Ada juga kadang – kadang saya balik awal dan akan tolong dia memasak di dapur. Mertua sangat teliti hal – hal memasak ni. Cara p0tong sayur, cara bersihkan ikan, ayam. Banyak yang saya belajar darinya. Pernah sekali tu saya tersilap cara p0tong sayur kacang buncis, mertua tak marah tapi dia ajar saya cara mem0tong yang cantik.

Saya tak ambil hati pun. Saya belajar ikut cara dia. Saya tak pernah ambil hati setiap teguran dia berkaitan urusan rumah sebab teguran dia lebih kepada menunjukkan cara yang betul. Saya suka bila dia ajar saya terutama masa memasak di dapur.

Dia sangat memahami bila masakan saya kurang sedap, mungkin sebab dia tau saya ni tak ada ibu sejak umur 14 tahun. Jadi dia ajar cara untuk alter masakan saya, contohnya kalau kuah kari termasin, hanya tambah kentang.

Pernah sekali tu, saya terbangun lewat (weekend), bila bangun cari mertua di bilik dan dapur, dia tak ada. Atas meja makan dia tinggalkan nota – “ibu pergi kedai kejap, sarapan dah siap nanti maya makan ya.” Malunya saya masa tu.

Tapi apa nak buat, benda dah jadi kan, hehe. Begitulah rutin saya sepanjang setahun duduk dengan mertua. Layanan dia tak pernah berubah. Lepas setahun, suami dapat kerja baru di daerah yang sama dengan saya. Jadi kami pun menyewa rumah lain dan kemudian telah beli rumah sendiri.

Jarak rumah kami dengan mertua hanya 20 minit saja. Setiap 2 minggu kami akan ke rumahnya. Semasa saya berpantang anak pertama, mertua duduk di rumah saya dan menjaga saya sepanjang berpantang. Segala makan minum saya dijaga dengan baik.

Saya hanya disuruh rehat saja, katanya Iuka czer tu kena jaga baik – baik. Selepas sarapan, dia akan ambil anak saya dan di bawa ke biliknya. Dia suruh saya sambung tidur sebab dia tau anak saya kerap berjaga malam. Walaupun dia tak jaga saya sampai habis p4ntang, tapi saya bersyukur sangat sebab mertua dah banyak meringankan beban saya.

Layanan dia terhadap saya dan menantu perempuan yang lain sama saja. Dia tak pernah bercerita berkenaan biras lain kepada saya. Mertua lebih suka bercerita tentang resepi, kucing, pokok dan lain – lain rutin hariannya. Sekarang ni dah 10 tahun saya menjadi menantunya, layanan dia kepada saya masih sama.

Tidak pernah dia bermasam muka dengan saya. Setiap kali dia travel (oversea) dengan kawan – kawannya, dia mesti ingat untuk beli hadiah kepada semua anak menantu dan cucu. Tiada apa yang saya inginkan lagi. Saya sangat bersyukur kerana Allah berikan saya rezeki suami dan mertua yang baik.

Zaman remaja saya dulu tidak seindah sebahagian remaja lain. Saya pernah dizaIimi ibu tiri, dipersendakan oleh keluarga ibu tiri. Tidak dihiraukan oleh bapa sendiri. Semua itu saya telan sendirian tanpa ada sesiapa untuk mengadu.

Saya kerap menangis mempersoalkan kenapa Allah ambil ibu saya dan biarkan saya bersendirian. Tapi alhamdulillah kini saya bahagia dengan keluarga baru saya. Saya sangat sayangkan ibu mertua saya. Saya juga berdoa semoga saya menjadi mertua seperti ibu mertua saya.

Semoga Allah kurniakan syurga untuk ibu saya dan ibu mertua saya. Sekian. – Tinta Maya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mujahidah Ansarullah : Alhamdulillah. Saya pun bersyukur sangat alhamdulillah dapat mertua yang sangat baik. Layanan baik dari awal sampai dah berbeIas – beIas tahun jadi menantu dia. Tak pernah dia beza – bezakan menantu – menantu, semua layan baik sama rata.

Cakap lembut, rajin bersembang, cerita yang elok – elok sahaja. Terima kami menantu – menantu macam anak sendiri. InsyaAllah saya pun akan ikut macam dia.

Niza Hassan : Masya allah, sama macam mertua saya, dulu masa tinggal bersama, bila kami bangun pagi. Makanan dah tersedia, saya malu sangat tapi maa seronok macam tu. Maa suka masak sedap – sedap dan tengok orang makan masakan dia.

Setiap kali maa masak dan kita makan dengan penuh berselera tu lah buat hati maa gembira. Sampai sekarang datang rumah kami tak pernah tangan kosong, penuh bonet kereta dengan macam – macam makanan dan barang keperluan.

Moga Allah panjangkan usia ibu bapa saya dan kedua mertua saya dan moga kami dapat membahagiakan mereka selagi mereka ada.. Aamiin.

Mashitah Mashie : Alhamdulillah.. Tahniah tinta maya sebab dapat rezeki ibu mertua yang super baik. Best baca. Part belajar masak tu best. Saya doakan semoga ibu mertua awak panjang umur dan sihat selalu dan awak jugak. Bahagia hingga ke hujung nyawa.. aamiinn yaa mujibb.

Nur Zaini Azhar : Ramai je mertua yang baik sebenarnya termasuklah mertua saya. Alhamdulillah rezeki dikurniakan mak mertua yang sangat baik hati dan memahami anak menantu yang tak sempurna macam saya ni. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mak mertua saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?