7 tahun kahwin tiba2 suami ajak bincang, dia cakap nak kahwin lain dan dia tahu aku ‘nusyuz’ belakang dia

3 tahun kahwin, hubungan aku dan suami m4kin suram. Rasanya HP lagi handsome dari suami, aku banyak pegang HP. Sehinggalah ulangtahun perkahwinan ke-7, suami bagitahu dia nak kahwin lain dan dia pun rela kalau aku kahwin dengan ‘skandaI’ aku. Aku terk3jut, tak sangka suami tahu..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Hi, nama aku Zila (bukan nama sebenar), berumur 35 tahun, isteri pertama (ya, adanya isteri kedua). Alhamdulillah dikurniakan zuriat yang cerdik dan sihat. Telah ‘digelar’ isteri pertama selama 3 tahun.

Tak tahu macam mana boleh buka page ni, search spesifik tajuk ‘poIigami’, terjumpa artikel oleh Kapten Hafiz Firdaus dan baca, terus klik ‘hantar artikel’ dan sekarang sedang menulis. Harap admin publish, teringin nak baca pendapat netizen FB.

Sebelum tu mari aku perkenalkan suami aku, Adli (bukan nama sebenar) dan madu aku Yana (bukan nama sebenar). Aku dah berkahwin dengan Adli seusia kami 25 tahun. Alhamdulillah, selepas 3 tahun kami dikurniakan zuriat yang sihat dan comel.

Adli dan aku dua – dua berkerja, kerja biasa – biasa sahaja. Perkahwinan kami macam perkahwinan yang lain, ada naik surutnya. Tapi sebab kami berdua kurang berkomunikasi, aku perasan yang perkahwinan kami m4kin lama m4kin suram.

Kebanyakan masa kami buat hal masing – masing, Adli sibuk dengan hobinya, aku pula buat – buat sibuk agaknya. Ada masa bersama pun kami mengadap gadget masing – masing, apa yang ditelek pun tak pasti tapi umpamanya gadget lebih kacak dari Adli untuk ditatapi dan sebaliknya.

Hujung minggu kami bergilir balik ke kampung aku dan kampung Adli. Aku perasan Adli kalau balik ke kampung aku bukan main pasif, kalau balik ke kampung dia seronok bukan main. Jadi aku buat per4ngai yang sama bila balik ke rumah mertua.

Mertua aku tak kisah sebab dorang hanya kisahkan untuk berjumpa cucu (anak kami). Jadilah aku patung cendana sahaja. Aku pun tak kisah sebab dah terbiasa bersendiri. Tahun berganti tahun, kami m4kin menjauh. Aku boleh katakan yang menghubungkan kami hanyalah anak kami sahaja, dia lah penyeri rumah tangga.

Kalau si kecil tu tiada, aku rasa dah lama aku pegang title J. Aku pun rasa perasaan cinta aku pada Adli dah merundum, aku dah mula senang dengan kehadiran ‘lelaki lain’ yang ambil berat tentang aku. Dipendekkan cerita, sebelum ulang tahun perkahwinan kami yang ketujuh yang dah lama kami tidak ambil peduli, Adli ajak ‘berbincang’.

Pelik, musykil, tertanya – tanya. Nak bincang apa? Kenapa tiba – tiba? Hati mula berdegup kencang, kali terakhir berdegup sekencang tu semasa kami nak akad nikah, tapi tak sedegup aku rasa saat dia ajak berbincang. Adli luahkan yang dia nak kahwin lain dan dia tak boleh nak teruskan hidup kalau dia tak kahwin dengan perempuan tu.

Dan dia beritahu aku siapa perempuan itu, terkaku sekejap sebab aku kenal perempuan tu, kawan sejawatan Adli, Yana dan kami pernah berjumpa atas urusan kerja. Belum aku sempat mengeluarkan kata – kata, Adli menyambung kata yang terpulang kepada aku sama ada nak teruskan perkahwinan ini atau nak kahwin dengan laki yang sedang membuai hati aku.

Bertambah kekakuan aku. Aku nafikan ‘tuduhan’ Adli terhadap aku tapi rupa – rupanya Adli ada bukti yang kami sedang memadu rasa. Saat tu, aku rasa badan aku di awangan dan otak aku tak berfungsi, hanya terdengar sayup suara anak yang sedang bermain di luar bilik.

Aku meraung, aku peIuk kaki Adli memohon maaf atas kenusyuzan aku. Kami berdua berbincang dalam deraian air mata, Adli cakap dia pun ada salahnya tetapi apa – apa pun dia tetap dengan pendiriannya nak berkahwin dengan Yana.

Aku izinkan dengan syarat aku tak nak diceraikan. Wajah anak yang rapat dengan Adli berlegar – legar di fikiran aku. Wajah ibu dan ayah kami kalau dapat tahu peristiwa ini, wajah kawan – kawan pejabat dan sebagainya.

Patutlah kami berdua tak kisah tentang kewujudan masing – masing selama ini sebab masing – masing dah ada peneman lain. Bezanya aku tak boleh berkahwin dua. Urusan pernikahan Adli dan Yana aku saksikan dari jauh.

Aku kecewa dengan Adli, dengan diri sendiri, dengan Yana dan dengan perkahwinan ini. Tujuan utama aku teruskan hanyalah demi anak, anak semata – mata. Aku termenung memikirkan betapa kosongnya bakal hidup aku nanti, sehingga m4ti, cuma mengharapkan keletah anak untuk menghidupkan aku.

Aku sudah putvskan hubungan dengan lelaki kedua dalam hidup aku setelah aku sedar semua yang terjadi mungkin disebabkan d0sa aku sendiri. Maka bermulalah episod aku menjadi isteri pertama. Aku tak berg4duh dengan Yana tapi tidak juga berbaik.

Yana tidak pernah campur urusan rumah tangga aku dan Adli. Awal perkahwinan mereka, aku tertekan memikirkan Adli bahagia dengan Yana, Yana sahaja yang boleh buat Adli ketawa sebab Yana tak pernah menduakan Adli.

Aku s4kit jiwa memikirkan Adli dah tiada rasa cinta pada aku tapi terp4ksa teruskan demi anak. Aku tersiksa bila memikirkan Adli boleh menyambung cinta dan bahagia tetapi aku? Sudahlah terp4ksa melupakan cinta baru, malah ditambah siksaan dengan ‘orang baru.’

Pada awalnya aku kerap meng4muk. Aku rasa Adli tak adil, aku sentiasa rasakan dia lebihkan Yana dalam pelbagai hal walaupun sistem giliran adalah adil. Aku rasakan walaupun dia di rumah kami, dia sentiasa teringatkan Yana. Siksanya perasaan ni.

Aku mula menghasut anak untuk bencikan Adli dan Yana. Ya, anak kami kenal Yana dan tahu Yana isteri papanya juga. Aku tak izinkan lagi anak bertemu Yana (sebelum ni aku tak izinkan pun tapi Adli bawa juga dan mereka okay – okay sahaja)

Tapi lama kelamaan, aku rasa situasi ini terIampau t0xic bagi aku. Aku hidup dalam mer4na, lama – lama boleh giIa. Benda dah jadi, izin kahwin aku yang beri, nak minta cerai aku tak sanggup sendiri. Aku ubah mentaliti aku, aku banyakkan membaca dan menggali ilmu poIigami.

Yang negatif aku tak baca buat meny4kitkan hati sahaja. Sikit demi sikit aku ubah per4ngai aku, bukan aku dah tak s4kit hati tapi aku ambil pendekatan ‘usah peduli’. Aku sibukkan diri, me time, mendekatkan diri dengan Tuhan, layan anak, sibukkan diri dengan urusan pejabat, beriadah.

Dengan kurangnya aku meng4muk, aku perasan layanan Adli pun m4kin okay dengan aku. Walaupun tak semesra dulu tapi tak sedingin dulu. Rumah tangga kami sudah mula ada gurau senda yang telah hilang sekian lama.

Hujung minggu Adli dah mula rajin ajak kami jalan – jalan. Semasa Adli dengan Yana pun dia tak pernah lupa tanyakan khabar kami di rumah, kadang – kadang kami berhubung ibarat macam baru bercinta. Cuma aku tak pernah call Adli kalau dia di rumah Yana, kalau ada apa – apa anak yang akan call.

Yana pun tak pernah kacau waktu kami. Sejujurnya, aku masih rasa ‘kekurangan’ tapi aku redha demi menjaga hati sendiri, hati Adli dan hati anak. Bila dilihat semula cerita ni dari awal, semua yang terjadi ada hikmahnya. Jika Yana tidak wujud, Adli takkan minta izin untuk kahwin lain dan takkan bongkarkan kisah percintaan aku dan kami masing – masing akan terus hanyut dalam kancah d0sa yang secara sedar dicipta.

Kalau tiada kesed4ran sampai tua? Tak ke ke ner4ka akhirnya? Aku redha yang Adli memang lebih bahagia bila Yana hadir dalam hidup dia. Dan aku juga mula redha yang aku akan berkongsi kasih hingga ke akhir hayat. Aku yakin Adli masih sayangkan aku, walaupun mungkin tak sehebat dahulu.

Tak mengapalah, janji hati tenang berbanding dulu. Aku doakan kita semua bahagia dengan cara dan hidup masing – masing. Jangan kecam, aku rapuh. – Zila (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Fatin Nadia : Tahniah pada awak sebab awak berjaya sabar dan sentiasa berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik. Tak semua orang sekuat awak untuk hadap ujian bermadu. Pada saya, Allah hadirkan Yana dalam hidup suami awak bersebab.

Kalau tak kerana dia, mungkin awak masih lagi ada hubungan dengan lelaki lain dan masih berterusan melakukan d0sa – d0sa besar. Jika dipandang dari sudut positif, awak pun banyak berubah menjadi isteri yang lebih baik, layanan suami juga sem4kin baik terhadap awak.

Dan kasih sayang antara suami isteri sem4kin kuat. Dunia ni hanyalah persinggahan, diri kita sendiri yang kena create kebahagiaan tu. Mungkin ada satu saat kita akan terjatuh disebabkan ujian yang berat, terima lah ujian itu dengan hati yang terbuka. Semoga menjadi isteri solehah.

Nora Osman : Sedihnya tapi saya doakan agar Zila kuat, tabah dan berlapang d4da kerana redha ketentuan ini ye. Sungguh, ketidakupayaan Adli dalam membimbing tt tetap dicatat oleh malaik4t. Semoga peng0rbanan tt mencari ketenangan diri akan mendapat baIasan yang membahagiakan. Teruskan positif dalam kehidupan.

Ainin Sofia : Sedihnya baca kisah rumahtangga sis. Sampai begitu sekali peng0rbanan sis untuk merasai secebis ketenangan. Subhanallah.. semoga peng0rbanan sis Allah kurniakan ketenangan dan kebahagian yang berpanjangan. Amin..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.