Dulu mak senyum tawar bila kena perIi dgn anak menantu, skrg mak dah baIas ‘dend4m’

Sepanjang 11 tahun kahwin, setiap tahun kak ipar komplen langsir rumah mak buruk tak berganti. Abang pula kalau cakap tentang mak mertua kemain puji melambung, bercakap yang pedas – pedas. Seolah – olah mak itu orang – orang di sawah yang tiada air muka dan perasaan. Sekarang saya perasan, mak dah berubah, mak baIas semula..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Belakangan ini saya perhatikan banyak menyiarkan luahan hati beberapa orang wanita yang mengadu tentang ragam mertua masing – masing, dan menariknya mereka berkongsi masalah yang sama iaitu ketidak selesaan mereka di rumah mertua mereka yang kotor dan busuk.

Mula – mula sebuah confession, kemudian diikuti beberapa orang yang lainnya ikut berkongsi masalah yang sama sehingga saya dapat rasakan hal ini berlarutan malahan hampir setiap hari kita dapat membaca pelbagai versi cerita mertua pengotor.

Sudah seperti medan t3mpur jadinya laman ini, mahu bertanding mertua siapa paling pengotor. Awalnya saya tidak ambil serius, tetapi setelah membaca sekian banyaknya perkongsian mereka, saya merasa terpanggil untuk menulis pengalaman hidup saya sendiri, yang mungkin boleh membuatkan kita berfikir dari perspektif yang berbeza.

Saya seorang perempuan, umur saya 28 tahun, belum berkahwin. Saya tidak pernah bergeIar menantu kepada sesiapa, dan belum pernah ada pengalaman hidup bersama mertua. Saya sedar saya mungkin bukan orang yang layak untuk bercakap hal begini, tetapi sebelum menilai minta jasa baik tuan / puan baca dahulu tulisan saya.

Saya anak perempuan bongsu daripada lima beradik, semua mereka sudah berkerjaya dan berumahtangga dan usia mereka sekitar 40 tahun dan ke atas. Abang sulung umur 50-an. Saya lahir saat mereka semua sudah pun remaja bahkan ada yang sudah bekerja.

Saya adalah seorang anak yang lahir hasil terbabas. Hehe. Memandangkan mereka semua sudah berumahtangga, ini menjadikan mak saya mempunyai tiga orang menantu perempuan. Saya tinggal di kampung bersama mak. Hanya berdua bersama belasan ekor kucing.

Jujur saya akui mak dan arw4h abah bukanlah orang yang senang. Mereka tiada segunung harta, tiada gelang emas untuk dipakai sampai ketiak, tiada tanah berelung berekar buat diw4riskan sampai ke tujuh keturunan. Tiada. Abah dan mak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Yang ada hanyalah tanah sekangkang kera tempat kami bina rumah sederhana buat berIindung daripada panas dan hujan. Mak dan abah membesarkan abang dan kakak saya dengan penuh susah dan payah. Arw4h abah buat dua, tiga kerja sehari demi nak kenyangkan perut anak – anak.

Mak sengkang mata jahit baju untuk bantu abah tampung serba sedikit wang sekolah anak – anak. Alhamdulillah kesemua adik beradik saya berjaya belajar sampai genggam segulung ijazah lalu seterusnya dimudahkan mendapat kerja dalam sektor kerajaan yang menjamin masa hadapan mereka.

Lain ceritanya dengan saya. Saya lahir waktu usia mak dan abah sudah menjengah 40-an. Saya baru sekolah rendah, abah dah pergi tinggalkan kami. Tinggal mak sendiri membanting tuIang demi memastikan saya dapat ke sekolah.

Mak kerja kedai makan sebagai tukang masak. Hari cuti saya tolong mak, saya pandai buat air. Pagi – pagi lepas subuh mak men0reh dulu, hari cuti saya tolong mak kutip getah. Saya masih ingat mak menangis, sebab getah hilang kena curi.

Letih hari – hari menoreh, getah dah penuh pot senang – senang orang ambil. Bila teringat kenangan ni, saya autom4tik sebak. Kesian mak. Saya tamat SPM, usia mak dah lewat 50-an. Walaupun keputvsan SPM saya agak baik, saya menolak untuk sambung belajar.

Mak tak sihat. Saya tak sampai hati nak tengok mak terus bekerja demi nak sara saya ke menara gading. Usia macam mak sepatutnya berehat, bukan bekerja. Jadi saya kerja, lepas beberapa bulan kerja saya rasa stabil dan mampu sara hidup, saya minta mak berhenti kerja.

Mak akur walaupun rasa tak yakin. Rumah kami rumah kampung, separuh batu separuh papan. Rumah lama, bila tengahari panasnya minta ampun. Kalau duduk di dapur macam dibakar ketuhar rasanya. Atap zink tak bersiling, yang pernah melalui pasti akan faham.

Rumah kami banyak kucing. Mak saya pencinta haiwan tegar. Saya pun sama. Walaupun hidup kami serba sederhana, tetapi kami bukanlah pemalas dan pengotor sampai tergamak biarkan sampah berulat, lauk bawah tudung saji berkulat dan membiarkan t4hi kucing di merata – rata tempat.

Kami bukanlah pembersih level ekstrim, tapi bukan juga pengotor yang meIampau. Mak pengemas, susun apa – apa mesti sama warna, sama jenis. Lantai juga sapu setiap hari, kipas bersihkan setiap minggu, kain harini basuh hari ni lipat, tak pernah dibiarkan sampai jadi gunung.

Cuma perabot kami, rak – rak, kerusi r0tan, kusyen semuanya trend lama. Dah buruk, dah lapuk, ketinggalan zaman. Adik beradik saya duduk jauh – jauh. Balik kampung setahun beberapa kali saja. Tapi bila balik, selalu merungut rumah mak panas, berhabuk, lantai berlengas dan berbau busuk.

Pelik saya, jarang – jarang jumpa mak, bila sekali sekala balik tak teringinkah mahu ambil hati mak, santuni mak, buat mak rasa dihargai? Tidakkah mereka tahu betapa mak rindu mereka. Sayangnya mereka dah tak macam dulu. Dah berubah, dah berduit berharta, sampai lupa dulu sinilah tempat membesar.

Menantu – menantu perempuan mak geIi dengan kucing, bila balik asyik mengeluh sebab kucing ada di mana – mana. Bila bangun pagi, merungut tandas busuk t4hi kucing. Kucing rumah kami memang di train untuk ber4k di tandas, sebab senang tinggal flush ataupun simbah saja dengan air.

Orang yang bela kucing akan faham senangnya kalau dapat kucing yang pandai ke tandas. Tak ber4k merata, tak busukkan ud4ra luar rumah, tak kotorkan lantai. Tapi orang yang tak suka kucing takkan pernah faham. Mereka akan merungut geli, busuk dan sebagainya.

Dulu masa saya sekolah, saya cuma mampu tersengih saja bila acapkali mereka balik merungut itu dan ini. Kakak ipar saya sepuluh kali balik sepuluh kali tegur langsir. Langsir buruk, daripada dia kahwin sampai anak dia umur dah 11 tahun kami tak ganti – ganti langsir baru.

Saya teringin nak ada duit banyak, nak buat rumah baru, nak rumah cantik macam orang lain. Apa nak buat, gaji mak RM25 sehari itulah untuk kami isi perut. Daripada beli langsir baik beli ayam, perut kenyang, hati senang. Aneh bagaimana saya kuat untuk tersenyum saat itu, kerana setiap kali mengingatnya semula kini, hati saya menjadi sebak.

Pada suatu hari raya, kami raya rumah adik mak. Rumah dia cantik, rumah taman. Lantai mozek, ada aircond, sofa empuk. Balik raya tu, kami dah sampai rumah, lalu kakak ipar saya (Kak Mira) cakap tenang saja rasa pergi rumah makcik tadi.

Bersih saja, dia seakan – akan cuba membezakan rumah kami dengan rumah makcik. Katanya dia s4kit kepala tiap kali balik rumah mak. Dia cakap, cuba la adik dengan mak kemas rumah ni elok – elok, ganti la kerusi – kerusi r0tan tu mana ada orang pakai dah.

Mak cuma tersengih, sumbing. Mak kata nantilah, mak kumpul duit dulu. Abang saya pula kata mak tak pandai simpan duit. Cuba mak tengok mak Mira (mak isteri dia), masak juga pandai simpan duit. Mak mertua dia pemilik restoran, mak saya masa tu kerja di restoran.

Kan jauh beza tu. Jauh panggang dari api, pemilik restoran dengan pekerja di restoran. Saya perasan juga, dia kalau cerita pasal mertua dia, kalau tak puji melambung tak sah. Dengan keluarga mertua bukan main hormat, cerita semua yang bagus – bagus.

Kalau dengan mak, bercakap jarang tak s4kitkan hati. Mertua dia orang berada, tak miskin macam mak saya. Itulah bezanya. Kebenaran yang pahit, di dunia ni ada segelintir orang hidupnya bertuhankan duit. Kena kaya, kena ada duit dulu baru dia layan elok.

Tiada apa yang dapat dibanggakan dengan mak saya. Sekolah tak habis, bawa kereta tak pandai, takda barang kemas sampai siku. Rumah tunggu masa nak rebah mencivm bumi. Semua tentang mak, kepunyaan mak tiada yang berharga di mata mereka.

Tapi bagi saya, mak sangat hebat. Saya bangga dengan mak. Mak berjaya besarkan anak – anak tanpa ada seorang pun keciciran pelajaran walaupun dalam kesempitan hidup masa tu. Mak dan abah buat lebih satu kerja sehari, kerja keras demi nak pastikan perut mereka terisi.

Mereka yang lupa, lupa diri, lupa asal usul. Tanpa mereka sedari, kata – kata dan rungutan mereka menggur1s perasaan mak. BiIah – biIah kata yang Iancang keluar menusuk tepat ke hati mak. Hati mak rasa dihir1s – hir1s. Di sebalik senyuman sumbing mak, sengihan selamba mak, siapa tahu betapa hati mak terIuka. Sangat terIuka.

Hari itu saya belajar sesuatu. Banyak mana pun duit kita, besar mana pun pangkat kita, tinggi mana pun ilmu kita, itu semua tidak berguna sekiranya kita tidak mampu menghorm4ti orang tua kita. Itu semua tiada makna jika hati orang tua kita terIuka dengan sikap kita.

Kepada menantu – menantu yang merasakan diri anda sangat pembersih sekalian, tahukah anda mertua anda yang pengotor, jijik dan menggeIikan di mata anda itu adalah orang yang melahirkan suami anda, imam anda dan bapa untuk anak – anak anda hari ini.

Mertua yang anda jijik itu adalah orang yang menumpangkan rahim kepada suami anda sebelum dia lahir ke dunia. Mertua yang pengotor itu adalah orang yang bert4rung nyawa dengan penuh kes4kitan semasa melahirkan pasangan anda.

Mertua yang pemalas itu adalah orangnya yang membanting tuIang empat keratnya demi memastikan suami anda sekarang itu mendapat pendidikan yang terbaik, supaya dia menjadi orang yang berguna di masa sekarang.

Tidak bolehkah anda selaku orang yang kononnya pembersih dan merasa diri paling mulia itu cuba tanamkan sedikit hormat terhadap syurga suami anda sendiri? Tidak boleh langsungkah anda ikhlas menganggap mertua itu sama seperti orang tua anda sendiri?

Apakah perasaan anda sendiri jika orang lain memperlakukan ibu anda juga begitu? Apakah anda akan bersabar dan tersenyum? Sebelum setuju mahu berkahwin, fikir dahulu masak – masak. Kenal dulu keluarganya. Lawat dulu rumahnya.

Fikir habis – habis sebelum setuju. Tanya diri sendiri, boleh terima tak kekurangan si dia sekian – sekian. Boleh terima tak mak mertua yang tidak kaya? Sebab kahwin ertinya kita mahu habiskan seluruh hidup kita dengan pasangan.

Kahwin bukan sehari dua. Setiap orang kalau diizinkan seboleh bolehnya nak perkahwinan tu kekal sampai syurga. Pilih pasangan bukan macam pilih sayur di pasar. Bukan semudah membeli ikan. Kalau tersilap pilih, kemudian hari menyesal.

Sudahnya makan hati, menjeruk rasa. Mulalah drama masam muka. Jaja cerita sana sini. Bongkar aib itu ini. Itu salah ini tak kena. Sebelum kahwin tanya diri sendiri, sesuai tak keluarga dia dengan aku? Rumah dia aku boleh terima tak?

Dan ingatlah, kita hidup bukan selamanya muda. Sampai masa kita juga akan menjadi tua. Kita juga akan menjadi lemah dan mungkin jauh lebih pengotor daripada mertua yang kita h1nakan hari ini. Hidup tak selamanya di atas.

Janganlah terlalu angkuh dan bongkak, janganlah merasa diri kita paling mulia sedangkan kita hanya h4mba yang kerdil. Berbalik kepada cerita saya. Keadaan mula berubah bila saya sudah bekerja. Walaupun masa tu kerja pembantu jualan biasa, saya bersyukur pendapatan saya cukup untuk menyara kehidupan kami berdua.

Saya kerja mula umur 18 tahun. Dah bermacam – macam hal saya lalui, daripada naik motor berhujan berpanas, beli kereta terpakai, kemudian ada rezeki lebih beli kereta baru. Tahun ini adalah tahun ke-10 saya kerja, jawatan saya sekarang adalah pengurus cawangan yang memerIukan saya selalu ke luar kawasan.

Keluar awal pagi, balik jauh malam. Ada masa saya perlu bermalam di luar daerah. Memenatkan, sungguh letih. Tapi saya puas hati. Walaupun dengan kerja biasa – biasa, saya berjaya baiki rumah mak sedikit demi sedikit. Saya sudah r0bohkan bahagian papan, binakan yang baru.

Saya gantikan tikar getah dengan lantai tiles supaya lebih kemas dan bersih. Saya buat bilik kami macam hotel, sebab saya perasan mak sangat gembira bila kami bercuti dan bermalam di hotel. Saya beli langsir baru jenis eyelets, masa saya tebuk lubang untuk pasang kayu langsir tu saya rasa sebak sebab teringat dulu kami teringin nak tukar langsir, tapi duit gaji harian mak cuma RM25.

Cukup – cukup untuk makan saja. Sekarang saya dah kerja, akhirnya dapat juga kami ganti langsir. Bila dah buat rumah baru, saya tukar semua perlahan – lahan, barulah nampak rumah kami bersih. Kami bukan kotor, kami cuma tak mampu nak beli baru dulu.

Mak dah ada facebook, ada instagram. Dah pandai google. Dekat facebook join group deko – deko. Banyaklah idea dia nak begitu begini. Tinggal dia hantarkan gambar kepada saya, atau tag saya. Nanti hari cuti saya akan bawa dia beli apa dia mahu.

Kedai favourite dia Valoobuy, Kaison. Sekarang dia tengah minat tema minimalist. Dapur dah siap tengah buat ruang tamu. Tunggu cuti baru saya nak cat warna yang dia pilih. Sekarang saya nampak, mak bukan takda citarasa, bukan tak pandai mendeko, bukan takda keinginan nak rumah kemas dan cantik, cuma dulu mak tak mampu.

Saya tak kisah berhabis duit untuk mak. Asalkan dia gembira. Mak dah bekerja keras semasa muda. Sekarang masanya mak bertenang dan menikm4ti kualiti kehidupan yang baik. Kalau pahIawan – pahIawan gagah tak sudi berju4ng untuk bahagiakan mak, tak apa biar puteri bongsu usahakan semua.

Hidup ni kalau tak boleh buat orang tersenyum, janganlah pula buat dia bersedih. MentaIiti masyarakat kita kebanyakannya menganggap definisi anak berjaya adalah anak yang belajar tinggi, kerja kerajaan. Manakala anak yang tidak belajar, kerja biasa – biasa dan tinggal di kampung adalah anak yang gagal.

Pada pandangan saya, anak yang berjaya adalah anak yang berusaha membahagiakan orang tua semampu yang boleh tanpa mengira apa pun kerjaya mereka. Dan anak yang gagaI adalah anak yang berpendidikan tinggi, ada kerja bagus tetapi tidak menggunakan peluang itu untuk membahagiakan tetapi malah meny4kiti hati orang tua mereka.

Usia mak dah m4kin senja. Selagi diberikan kudrat untuk mak sihat beribadat dan berjalan cergas ke sana sini, selagi mak masih ada rasa teringin nak makan itu ini, saya akan penuhi segalanya. Saya tidak tahu siapa akan pergi dulu, andai takdir jemput mak dahulu saya mahu lembar – lembar akhir kisah hidup mak penuh dengan cerita gembira dan momen yang indah sahaja.

Cukuplah separuh usia hidup mak penuh duka, penuh keluh kesah dan air mata. Mak layak bahagia. Untuk semua Iuka yang mak lalui di masa lalu, saya merayu kepada Tuhan, tolong berikan mak bahagia. Dulu mak senyum dan tersengih sahaja bila anak menantu perIi, bercakap yang pedas – pedas.

Seolah – olah mak itu orang – orang di sawah yang tiada air muka dan perasaan. Tersenyum meski hakik4tnya muka rasa malu berinci – inci, hati rasa ditik4m berkali – kali. Tetap sahaja bibir tua itu tersenyum. Sekarang tidak lagi. Mak dah berubah, saya perasan.

Mak sengaja tidak mahu jawab bila mereka telefon. Bila mereka balik kampung pun layanan mak dah berbeza, dulu mak beria masak macam – macam, mak teruja nak berbual meski mereka layan h4mbar. Sekarang mak baIas benda serupa.

Mak tak lagi penat – penat masak, tak lagi bersungguh nak mulakan perbualan. Mak seolah wujudkan temb0k, tanya sepatah jawab sepatah. Mak tak kisah kalau mereka tersinggung atau terasa hati. Saya perasan. Mereka pun perasan.

Mak tak gembira bila mereka ada. Mood mak bertukar muram, mak mengeluh tanya saya bila mereka nak pergi. Tapi mak bertukar gembira bila tinggal kami berdua dan kucing – kucing kami. Saya faham, sudah tentulah kata – kata taj4m mereka masih terpahat utuh di hati mak, walaupun dah lama berlalu.

Terlajak kata tidak boleh diundur, apa lagi kata yang berbisa. Walaupun mereka dah tak kutuk rumah mak buruk macam dulu. Tapi mak tidak akan lupa kata sinis, aksi jengkeI dan jijik mereka yang buat hati mak tergur1s. Adalah menyedihkan bila mak kita masih hidup, tapi mak kita tak suka kita, dan tak gembira bila kita ada.

Kita hilang keberkatan hidup, walhal mak kita masih ada. Kita putvs doa dari seorang mak, sebelum tiba masanya. Sangat rugi. Pesanan saya hargailah mak, selagi masih berpeluang. Mak kita ada satu saja. Sebab di luar sana ramai orang yang menangis merayu merindukan mak mereka, rindu pada orang yang sudah tiada.

Tapi ada antara kita sia – siakan peluang yang ada. Di mulut mak kata mak tak kisah, mak sayang semua. Mak doakan semua berjaya dunia sampai akhir4t. Tapi saya tahu Iuka yang berbekas di hati mak akan berp4rut sampai akhir hayat.

Pintu hati mak sudah tertutup, rapat. Saya tak salahkan mak. Mak dah beri masa, beri peluang terlalu lama. Sayangnya masa itu tiada siapa yang menghargai. Mak diperlekeh, direndahkan di hadapan cucu – cucu tanpa rasa hormat, tanpa segan silu.

Saya tak salahkan mak kalau hari ini mak berubah. Sebab saya saksi semua yang berlaku, bila mak menangis saya ikut menangis. Bila mak terIuka, saya ikut sama. Saya faham s4kit hati mak di tahap apa. Mak dah tawar hati. Saya berharap mereka sempat mendapat keampunan mak sebelum semuanya jadi terlalu terlambat.

Saya berdoa semoga suatu hari nanti Allah lembutkan hati mak untuk memaafkan mereka. Biarlah masa menentukan segalanya. Saya cuma nak mak bahagia. Tak semua orang lahir atas dulang emas. Tak ada siapa boleh pilih mahu lahir atas dulang emas atau tikar mengkuang.

Tapi percayalah. Orang yang lahir dalam kesempitan dan kesusahanlah kebanyakannya akan jadi tabah dan cekal dalam kehidupan. Tak mudah patah, tak mudah rapuh. Sebab apa yang dia nak, semua kena usahakan sendiri. Bukan main petik, main order saja.

Dan percayalah, suatu hari bila awak dah berjaya, dah selesa dalam hidup, awak akan sangat bersyukur dan menghargai nikmat itu. Sebab awak tahu dan pernah merasa betapa lelahnya nak mendapatkan segalanya. Tapi, tak semua orang yang biasa hidup susah bersyukur bila dah senang sikit.

Ada yang terus kufur nikmat, ada yang auto jadi s0mbong, auto lupa diri. Semoga kita dijauhkan daripada sifat s0mbong dan bangga diri. Syukur selalu. – Linda (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norlaila Mohd Din : Ibu baik ialah ibu berk0rban untuk anak – anak dan ikhlas tanpa mengharapkan baIasan, ibu yang cerdik ialah ibu yang berk0rban serta mendidik anak – anak jadi insan berbakti kepada orang tua.

Teringat pesan ustazah ni, jika nak naik kereta, tinggalkan la kunci di rumah, agar boleh si anak menghantarnya kepada ibu bapa, agar terpahat di kepala anak – anak agar sentiasa berbakti kepada ibu bapa, bukan menjadikan ibu bapa itu h4mba. big No!

Aisya Reza : Assalam Linda, Bahagianya seorang ibu dikurniakan anak seperti awak. Teruskan berbakti. Jangan lupa berdoa supaya awak dij0dohkan dengan lelaki yang pandai menghargai ibu awak. Itu sangat penting. Cadangan saya, minta ibu wasi4tkan rumah itu atas nama awak. Takut nanti bila ibu pergi, ramai pulak yang menuntutnya. Cadangan sahaja.

Noor Izrain : Maaf.. peringatan untuk diri saya juga. Saya pernah dengar ceramah di masjid secara kebetulan. Ini bukan mewakili semua anak jangan terasa. Mak ayah yang miskin tapi ada kesed4ran pentingnya pelajaran akan berusaha bersusah payah untuk anak – anak.

Sanggup bekerja pagi sampai ke malam bagai untuk anak masuk U sehingga mereka tak sempat nak betulkan rumah yang macam reban ayam. Lebih maIang lagi tak sempat menabung untuk menunaikn haji. MaIangnya bila anak da berjaya (tak semua), ibu ayah dibiarkn hidup di tahap lama.

Yang dapat untung anak yang bergaji besar itu ialah pasangannya. Kesimpulannya dari ceramah tersebut ialah biarlah kita menguntungkn mereka dulu bukan menguntung orang lain bila kita dah berjaya. Wallahuallam.

Nor Ariffin : Geramnya baca pasal per4ngai abang – abang dan kak ipar tu. Dah tau barang perabut buruk, langsir buruk, tukarlah, belikan yang baru. Takkan tak faham, emak sendiri ada duit atau tak. Memang patut emak TT terasa hati, mereka semua tu kena minta maaf dgn emak TT.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.