Depan aku, suami bincang dgn perempuan tu tarikh nikah dan kenduri mereka

Naluri seorang isteri, aku dapat rasa suami ada rahsiakan sesuatu sebab dia selalu sebut tentang rakan sekolahnya, janda anak 4. Aku berlakon, aku cakap dengan suami yang aku tak kisah dia nak kahwin lain. Ketika itulah kami berjumpa 3 orang dan mereka berbincang tentang tarikh nikah dan kenduri depan aku..

#Foto sekadar hiasan. Aku bertemu dengan suami di sebuah kilang di Pulau Pinang semasa menunggu keputvsan SPM. Lelaki biasa tapi entah kenapa kami sama – sama jatuh cinta. tak tau la betul ke tidak tapi itulah yang dia katakan.

Selepas dapat keputvsan SPM, aku melanjutkan pelajaran ke universiti Shah Alam. Kami masih meneruskan perhubungan. Akhirnya setelah 4 tahun belajar aku kembali ke Pulau Pinang. Kerana j0doh kami kuat agaknya, kami menikah dalam suasana yang ringkas.

Selepas beberapa hari menikah, aku melanjutkan pelajaran ke Universiti di selatan tanah air. Tuhan yang tahu betapa kami terp4ksa memendam rindu masing – masing. Kami hanya dapat bertemu apabila aku cuti semester.

3 tahun jugak aku belajar dan akhirnya aku mendapat pekerjaan dalam bidang perguruan berdekatan dengan kampung halaman suami. Hidup aku sangat bahagia setelah habis pengajian, kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Namun Allah lebih menyayangi anak aku, dia dijemput ilahi setelah umurnya 6 bulan akibat kelahiran Iemas dalam perut. Tuhan yang tahu betapa tersiksanya aku ketika itu. Namun aku redha atas ketentuan ilahi. 2 tahun kemudian kami mendapat anak lelaki, seterusnya 2 tahun kemudian anak perempuan dan yang bongsu anak lelaki.

Namun anak lelaki bongsu aku adalah istimewa autisme. Namun aku redha. Kerana aku bekerja sebagai guru dan dia pula bekerja kilang yang tak menentu masa kerjanya, aku banyak membantu dia menjaga anak – anak dan uruskan hal rumahtangga kami.

Aku membantu dia menguruskan rumahtangga. Dalam keadaan kewangan dia yang tidak stabil, aku banyak membantu dia mengurangkan beban kewangan kami. Aku tak kisah jika dia tak mampu memberi aku nafkah bulanan, kadang kala duit aku pula dia gunakan untuk keperluan dia sehingga mendapat gaji bulan seterusnya.

Aku tak kisah kerana bagi aku itulah hidup berumahtangga, saling bantu membantu dan melengkapi. Kerana keadaan kewangan yang p4rah aku berusaha menjadi guru tuisyen. Siang hari aku ke sekolah, malam hari aku mengajar di pusat tuisyen.

Segala kelengkapan anak – anak, rumahtangga aku selesaikan sebelum aku ke pusat tuisyen. PukuI 10 malam orang lain dah berehat di rumah aku masih dalam kereta balik dari mengajar. Sehinggalah suatu hari aku mengesyaki suami aku seperti merahsiakan sesuatu di belakang aku.

Dia sering berwassap dan menyebut nama kawan sekolahnya. Seorang janda anak 4. Naluri seorang isteri dapat merasakan ada sesuatu antara dia dengan perempuan itu. Aku pun berlakon mengatakan aku tak kisah kalau dia ingin berkahwin lagi dengan syarat dia berterus terang.

Hanya dengan berlakon aku boleh tahu keadaan sebenar. Akhirnya dia mengaku dia sudah terpik4t pada perempuan itu. Kami berjumpa bertiga, di hadapan aku mereka berbincang tentang tarikh pernikahan dan kenduri yang akan diadakan.

Selesai balik ke rumah aku sangat – sangat s4kit hati, selama ini semua urusan rumahtangga dan kewangan aku yang keluarkan, sampai makan yang masuk ke mulut dia dan anak – anak aku yang cari, tiba – tiba sekarang dia ada keinginan untuk berkahwin lain.

Aku nyatakan pada dia aku dah lama tidak mempunyai hati untuk meneruskan perkahwinan ini, tapi kerana memikirkan tiada siapa yang menjaga dia, aku pendamkan hasrat aku umtuk bercerai. Sekarang aku rasa sudah masanya aku undur diri.

Dia dengan segera beritahu tidak jadi untuk kahwin dan memutuskan perhubungan dengan perempuan itu. Aku tahu kenapa dia berbuat begitu sebab dia sudah biasa hidup senang bersama aku. Selepas kejadian itu dia cuba sedaya upaya untuk menarik hati aku untuk menerima dia semula.

Pelbagai janji manis, sump4h dia Iontarkan pada aku. Selama 3 tahun jugak aku mengambil masa untuk memujuk hati aku menerima dia semula. Tapi Tuhan maha kaya, setelah aku yakinkan hati aku untuk menerima dia semula, seorang perempuan lain memberitahu aku, dia dengan suami aku telah berhubungan dan yang lebih teruk perhubungan mereka telah pun seperti suami isteri.

Kerana takut aku tahu akan perkara tersebut, suami aku mula menjauhkan diri dari perempuan itu. Tetapi perempuan itu bertindak mencari aku dan bersahabat dengan aku. Perempuan ini seorang janda sama usia dengan suami aku dan telah pun mempunyai cucu.

Aku yang tidak tahu apa – apa menganggap dia sebagai sahabat. Malah dia memberitahu cerita sedihnya dia ditinggalkan setelah dia menyayangi lelaki itu. Kadang kala dia menelefon aku mengatakan dia str3ss dan merindui teman lelaki.

Dia jugak memberitahu aku yang teman lelakinya sudah berumahtangga dan menjauhkan diri darinya kerana takut kehilangan isteri dan anak – anak. Kadang kala dia datang berjumpa kami dan mereka berdua tidak menunjukkan apa – apa yang berbeza.

Akhirnya seorang kawan memberitahu bahawa perempuan ini menyukai suami aku. Aku sangat – sangat terk3jut, patutlah bila suami aku s4kit dia menjadi tidak keruan. Siap tolong carikan ubat untuk suami Aku ingatkan mungkin sebab kami bersahabat.

Aku bertanya pada suami aku betulkah hal yang diberitahu sahabat aku yang perempuan itu menyukainya. Dia mengakui. Aku berwassap dengan perempuan itu menyatakan aku tidak sangka dia menyukai suami aku. Akhirnya dia mengatakan suami aku dulu yang mengg0danya.

Setelah dia menerima suami aku, tiba – tiba suami aku pula menjauhkan diri dari dia. Aku menyuruh perempuan itu datang ke rumah. Akhirnya kebenaran terbukti, malah yang paling aku tidak percaya mereka telah pun melakukan z1na, perbuatan terkutuk.

Allah yang tahu bagaimana h4ncurnya hati ini disaat aku cuba memujuk hati untuk menerima suami semula, ini yang dia lakukan pada aku. Aku cuba hidup sendiri dengan anak – anak tapi keadaan anak bungsu yang autisme yang meng4muk – ng4muk hendakkan ayahnya mem4ksa aku menerima suami aku semula.

Namun sehingga saat ini hati aku tidak dapat menerima dia, aku menangis setiap hari kerana terp4ksa hidup dengan suami yang mengkhi4nati hidup aku. Ditambah pulak dengan hati yang tidak lagi mempunyai perasaan terhadap suami. Hidup aku tersiksa diatas perbuatannya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.