Bagi aku, isteri member2 aku lagi lawa2. Padan muka dia la taknak jaga aku elok2

Depan ibubapa aku, isteri pecahkan ‘rahsia’ aku. Untuk tutup a1b sendiri aku h1na isteri. Aku cakap sebab aku tak ada hati nak tidur dengan Busyra sebab tak cantik nak bandingkan dengan isteri orang lain. Sekarang aku takut Allah akan baIas keburukan atas segala apa yg aku buat kat Busyra. Aku takut baIasan tu akan bin4sakan hidup aku.

#Foto sekadar hiasan. Nama isteri aku Busyra, nama panggiIan manja dia yang aku guna “Buya”. Kami kahwin tahun 2015 kurang setahun lepas kerja. Masa tu, masing – masing usia masih muda. Ketika umur 24 tahun, aku dah kemaruk angau suka kat Busyra sejak zaman belajar kat uni, terus kahwin lepas dapat kerja.

Aku kerja cikgu subjek aliran sains tulen, Busyra pula dalam bidang kimia, dia jadi pegawai kimia dan analisis kat satu company tayar dari luar negara tapi ada kilang kat malaysia. Kitorang kenal dari tahun 1, mula rapat tahun 3, kemudian sulam cinta pada tahun akhir, sampai masing – masing ada kerjaya sendiri.

Semuanya cantik. Cun. Kami disatukan. Kawan – kawan lain masa tu tengah struggIe nak cari kerja, ada yang sibuk nak sambung masters, aku dengan Busyra dah stabil. Aku kerja kerajaan, Busyra kerja dengan gaji USD. Kira memang cun dah semuanya, sebab tu, aku dengan dia yakin dan tak takut nak kahwin awal.

Lagipun masa tu, tempat aku mengajar dan tempat kerja dia di Shah Alam tak ada la jauh sangat. Jadi kalau kami duduk bersama dan dia nak ulang alik kerja tak la jauh. Majlis perkahwinan aku pun bukan cikai, semua indah. Aku pulun habis untuk majlis tu.

Aku rasa bahagia dengan majlis perkahwinan aku, aku dapat miliki kekasih hati yang aku idamkan. Aku  rasa bangga bila ramai sed4ra mara dengan keluarga puji pasal Busyra. Ye lah, pilihan aku baik, mereka kata. Lepas kahwin, kami duduk bersama kat Seri Kembangan, dekat juga la aku ulang ke sekolah, dia ke Shah Alam.

Petang, lepas mengajar, aku balik, aku tidur. Petang sikit, aku tunggu Busyra balik. PukuI 6 – 6.30pm dia dah sampai rumah. Kami makan sama, tengok tv, kadang – kadang dia teman aku tengok bola malam – malam minggu.

Kadang – kadang kitorang lepak uptown, tengok movie, teman dia shopping. Sampailah, satu tahap, aku mula rasa kawan – kawan baik aku, dah jauhkan diri dari aku. Geng – geng aku yang bertahun lamanya dengan aku main dota, online game sama – sama, tak hiraukan aku.

Kebanyakan dorang ni sama usia dengan aku. Kebanyakan baru keluar uni masa tu. Menganggur. Tak kerja. Jadi banyak masa duk habiskan sama – sama geng. Aku tengok mereka keluar lepak tak maklumkan aku dan tak lagi mahu online game dengan aku macam selalu.

Pergi travel mana – mana pun tak ajak aku, semua tanpa aku. Aku jadi pelik, aku ada buat salah ke? Mereka ni ada terasa apa – apa ke dengan aku? Aku tanya dalam group whatsapp, mereka kata tak ada masalah pun.

Cuma tak nak ganggu aku dengan kehidupan aku lepas kahwin. Jawapan diorang macam satu tamp4ran untuk aku. Aku jadi terfikir, mereka dah tak mahu jadi geng aku lagi ke lepas aku kahwin? Ke mereka ingat aku ni berbeza lepas kahwin?

Sejak tu, aku mula beri lebih perhatian kat member – member aku balik. Aku aktif giIa kat wasap, aku sentiasa duduk depan PC main game dengan kawan aku lepas waktu kerja sampai tengah pagi buta. Mula – mula tu, seminggu 2 – 3 kali, lama – lama tu, habits aku sebelum kahwin datang balik.

Aku melekat depan monitor, ketuk – ketuk keyboard main game, headphone kat kepala sepanjang masa. Kawan – kawan aku pun sama, lagipun mereka tak kahwin lagi, ada yang belum dapat kerja masa tu. Jadi, kebanyakan masa memang main game dan dalam aku tak sedar, aku mula abai Busyra.

Dia selalu minta perhatian aku masa aku sibuk dengan game – game aku tu, dia datang kat aku minta perhatian, dimanja. Kalau korang dah kahwin, korang mungkin paham maksud aku. kadang – kadang dia datang dengan pakaian yang buat jantung aku ni berdegup kencang tapi sebab takut hilang kawan, aku teruskan juga.

Sampaikan pernah, dia datang kat aku, dia cakap ‘jom la cuddle dengan sayang kat bilik. sambung la nanti.” Aku dengar dia merintih sampai macam tu sekali. aku pun tak tahu kenapa dengan hati aku, aku buat b0doh je.

Dia selalu ajak aku keluar makan sama – sama, teman dia shopping, tengok wayang, picnic, semua aku tak layan. Aku sibuk dengan game game game game. Lepas tu, aku sibuk habiskan duit aku dengan aksesori PC, gadjet, games yang beratus – ratus ringgit.

Semua pos alamat sekolah, sampaikan pakcik guard pun bebeI kat aku, semua barang aku je hampir setiap hari. Dekat rumah, kerja aku main game, kadang – kadang tu aku sibuk setel semua barang – barang PC aku kat bilik pc sorang – sorang diri.

Cuti ke, hari kerja ke, macam tu la. Aku tak lagi luangkan masa dengan Busyra, aku tak makan bersama dengan dia kat meja makan, aku ambil makanan, makan kat depan PC sambil main game, sambil borak – borak dengan team aku.

Kadang – kadang tu Busyra balik kerja, dia duk cakap la mengadu macam – macam pasal kerja dia, pasal boss dia, member kat tempat kerja dia, aku pula sibuk dengan hal ehwal PC aku, aku kata kat dia nanti aku dengar, sambung nanti.

Dia pun tak jadi nak story kat aku. Lepas setel on game, aku masuk bilik, jam dah cecah 2 – 3 pagi, Busyra pun dah tidur. Begitu lah rutin aku hampir setiap hari, bangun pagi pergi kerja pun, duk sembang dengan wife pasal baju kerja, seluar kerja kat mana, tie kat mana.

Aku pagi – pagi dah keluar nak mengajar, kelam kabut kadang – kadang sebab bangun lewat. Dialah yang setia tunggu aku bersiap, masak untuk aku makan sarapan, tapi jarang sangat la aku makan, sebab dah lambat.

Dia masuk kerja pukuI 9 pagi, memang dia tak kalut nak pergi kerja juga. Bila balik kerja, aku tidur dulu, bangun tidur aku solat makan mandi, main game, borak dengan member aku online sambil main game sampai pagi buta.

Masa budak – budak exam je aku busy, kadang – kadang ada kursus, hari sukan ke, majlis kat sekolah je lah aku tak ada kat rumah. Kalau tak, macam tu lah hidup aku. Busyra pula, selalu keluar beli barang dapur sendiri, aku bagi je duit belanja macam biasa.

Aku fikir, dia tahu la nak manage sendiri hal rumah, dia bukan b0doh pun. Dia selalu juga bagitahu dia nak keluar makan dengan kawan dia hujung minggu. aku kenal kawan – kawan yang dia sebut tu, budak – budak uni kami dulu juga.

Jadi, aku tak kisah, aku lagi suka duduk rumah, tak ada yang nak kacau aku. Macam tu la hidup aku bertahun juga lamanya. Sampai satu hari, 23 Feb lepas, aku terima satu screensh0t dari member baik aku, screensh0t tu tunjuk ig story bekas kekasih Busyra kat uni dulu.

Dalam story tu, gambar mereka berdua kat satu cafe / restaurant dengan kapsyen “done bawang”.  Aku terk3jut, masa tu bercelaru kepala aku. Aku rasa diri kena khi4nat, selama tu aku izin dia keluar tapi dia pecahkan kepercayaan aku.

Aku total lost. Aku jadi marah semua ada, aku telefon dia suruh balik rumah time tu juga. Dia macam pelik, kenapa aku tergesa – gesa minta dia balik. Kat rumah, aku memang dah menggigiI satu badan, nak tunggu dia sampai tu aku dah tumbvk sep4k macam – macam benda dah.

Aku rasa marah rasa b0doh kena khinat dengan isteri sendiri. Lagi pula, si lelaki tu pernah ada hubungan dengan Busyra lama, sebelum dia dengan aku di uni dulu. Sampai je Busyra kat rumah aku terus tanya dia dengan marah – marah.

Dia jadi pelik, kenapa aku tiba – tiba meng4muk. Dia kata, dia dah beritahu aku sebelum dia keluar. Dan, dia kata aku dah sebut “okay”. Terdiam aku, masa tu baru aku teringat, aku tak tahu pun apa yang isteri aku cakap, sebab aku duk tengok anime depan PC.

Aku tak tahu pun apa dia sebut, apa dia tanya. aku jawab “okay” sahaja. Sebelum aku lupa, selain layan game, gajet PC, aku pun kaki layan anime. Sampai berjam – jam aku kat depan PC layan macam – macam jenis anime series.

Masa mula – mula kahwin aku dah slow layan anime, tapi bila member dalam group sembang pasal tu, aku rasa macam ketinggalan, nak elak aku terus ketinggalan dalam geng aku sebab aku dah kahwin, aku layan balik.

Okay, balik pada story aku, petang tu aku g4duh besar dengan wife aku. Aku tanya, apa maksud kapsyen kat IG story lelaki tu? “Kau bawang apa dengan dia? Pasal aku ke?” Aku t3ngking – t3ngking dia, habis semua kau aku keluar.

Tak pernah aku ber-kau aku dengan dia, hari tu semua keluar. Tapi, isteri aku nampak nak elak jawab bila aku tanya, dia senyap je. Aku pr0vok berkali – kali, sampai dia mengaku, memang dia ada ceritakan pasal aku kat lelaki tu.

Aku terus tak boleh terima jawapan dia. baru je aku rasa dikhi4nati, sekarang bertimpa lagi khi4nat yang aku rasa. Tak buang masa, aku terus masuk bilik, ambil barang – barang aku, aku keluar. Nekad, aku nak duduk rumah mak aku dulu, nak pergi kerja pun dalam 40min je.

Sebelum aku keluar, Busyra pujuk aku, berkali – kali dia panggil nama aku, jangan keluar rumah. Dia minta aku dengar dia jelaskan semua. Aku dengar la apa yg dia nak cakap sangat. Kata dia, dia selalu jumpa ex dia tu sebab nak berbual je.

Aku tanya, kenapa tak boleh berbual dengan aku? Lepas aku pr3ssure dia, t3ngking dia, Dia menangis – nangis la marahkan aku. Kata dia, macam mana nak borak dengan aku kalau aku asyik sibuk dengan game – game aku. Geng – geng aku kat dota semua.

Dia marahkan aku sungguh – sungguh. Dia tanya, bila kali terakhir aku sebagai suami tanya, “how was your day?” “Kerja awak okay ke?” “Awak makan apa kerja tadi?” Dia kata, dia sunyi. Ramai kawan – kawan dia dah kahwin dan ada keluarga.

Dia pun sama. Dia harap aku jadi kawan dia lepas dia pilih untuk kahwin dengan aku. Dia sunyi. Dia nak teman. Tapi aku selalu tak ada untuk dia. Sibuk dengan game aku. Tak pedulikan dia lagi. Dia ungkit semua yang dah lepas, sampai satu saat dia buat aku rasa marah giIa.

Aku terus keluar rumah tu dengan hati aku yang bara. Aku boleh rasa muka aku panas sebab tahan marah. Busyra kata kat aku, aku ni tak membesar. Tak reti nak m4tangkan diri. Sempat juga aku tanya dia, kenapa dia masih terima aku kalau dah tahu aku kaki game?

Tapi dia kata, dia tak pernah kisah. Dia paham tu minat aku. Tapi bagi dia, tak lama lepas kahwin dia mula rasa aku m4kin jauh dari dia sebab tak kira masa dengan hobi aku tu. Kata dia umur aku dah tak padan nak duduk depan game tak kira masa tak kira hari.

Dia bebeIkan aku sambil meraung menangis kata aku kena jadi dewasa. Be responsive dan pandai main peranan sebagai ketua keluarga. Kata dia, duduk serumah dengan aku tak ubah macam duduk dengan budak sekolah menengah.

Balik sekolah, main game. Aku rasa baran giIa masa tu. Aku jawab, buat apa nak main peranan ketua keluarga kalau setakat hadap dia sorang je. Anak pun tak ada. Dia jawab balik, nak ada anak macam mana. Aku sibuk benda lagha, per4ngai tak nak berubah.

Terus, aku keluar. Aku pergi rumah ibubapa aku. Masa tu, seminggu sebelum PKP. 2 malam aku tak balik. Fon aku ni, Busyra duk sibuk call. Wasap lagi. Aku biar je. Mak ayah aku dah risau. Aku bagitahu mereka bini aku ada jantan lain.

Mak aku marah, dia call Busyra. Datang la Busyra petang tu. Sampai saja, duduk la kami semua kumpul. Aku, ibubapa aku, Busyra dengan kakak aku. Mak ayah aku tanya la, apa jadi. Apa masalah. Dia pun cakap, dia tak ada apa – apa pun, cuma rasa sunyi.

Rasa macam kena biar dan diabaikan je dengan aku. Rasa seorang walaupun serumah, sebilik, sekatil. Tengah kami duduk sembang kencang tu, ada kereta datang parking depan rumah. Ayah aku intai, dia kata tak kenal. Tak alih, si Busyra kata lelaki tu datang.

Dia yang bagi location dan suruh datang. Masa tu dah ketap bibir la aku nak tahan meng4muk. Masuk la si lelaki tu dengan seorang perempuan. Masa tu aku pikir kawan dia la kot, rupanya bini dia. Masuk – masuk je rumah terus kena soal siasat dengan mak ayah aku.

Aku diam je. Memang aku rasa nak m4ki tapi aku rasa malas. Dalam aku niat malas nak m4ki, aku tercakap juga . Aku kata, “Kalau nak sangat, berkenan sangat, ambil la buat bini no 2 kau.” Masa tu aku tengok Busyra dah tunduk.

Aku tahu dia menangis. Biar dia rasa. Pasal aku main game pun sampai nak burukkan aku kat ex dia. Ramai lagi perempuan kat luar dapat laki buruk per4ngai, aku duduk rumah je pun. Main game dah macam – macam kata kat aku.

Lepas tu, si lelaki tu kata la kat ibu bapa aku. Aku paham dia nak jelaskan tu untuk aku. Aku buat b0doh je. Dia kata, dorang jumpa selalu bertiga. Tak pernah berdua. Dan gambar yang aku tengok tu, wife dia yang ambil. Tak ada apa – apa yang berlaku pun kata dia.

Pastu, mak aku tanya la, kenapa Busyra boleh sampai jumpa dia kalau tak ada apa – apa? Lelaki tu pun suruh Busyra yg jawab sendiri. Jawapan Busyra buat aku cuak. Dia kata, dia ada guna computer aku sekali. Nak print boarding pass.

Dia ternampak banyak tab kat chrome aku tak tutup. Semua website p0rn. Masa tu, dia kata, dia rasa ins3cured. Confused. Dia takut kalau – kalau aku jadi gian p0rn. Dia kata, dia pernah nak slow talk dengan aku tapi aku asyik suruh tunggu sampai dia tak ada ruang nak berdepan dengan aku.

Sampai satu hari, dia kata, dia perhatikan aku senyap – senyap tengah malam buta kat bilik pc, dia nampak aku buat benda tak senonoh. Ya. Betul yang dia tengok tu. Aku buat benda jijik tu.. Aku ulang habits aku yg dulu. Main game, layan anime, buka video sebelum tidur.

Aku terk3jut bila dia terus terang pasal tu. Dia jadi ins3cured. Jadi, dia minta pandangan kawan lelaki dulu iaitu jantan tu. Kenapa dah kahwin masih ada cenderungan dengan perkara macam tu. Dan, dia kata dia terp4ksa tanya lelaki tu sebab dia tak ada kawan lelaki lain yang dia percaya.

Dan pula, dia tanya depan isteri lelaki tu juga, yang baik juga dengan dia sejak kenal. Masa aku dengar tu aku dah cuak. Aku takut. Malu. Sebab aku memang buat perkara sejak zaman sekolah. Uni. Tapi aku berhenti sebelum kahwin dengan Busyra.

Aku start balik lepas kahwin bila members aku sibuk sembang benda Iucah dalam wasap group. Aku jadi terjebak balik. Mak ayah aku marah bila dengan penjelasan Busyra. Aku nak cover, aku kata memang aku tengok vide0 – vide0 p0rn star sebab aku tak ada hati nak tidur dengan Busyra.

Aku kata depan semua orang yg ada kat situ. Bagi aku, bini orang lain, bini member aku lagi lawa – lawa. Tapi aku punya tak. Jadi aku layan video. Buat lepaskan nafsu aku. Apa yang Busyra ada tak puaskan aku. Aku cari benda lain.

Padan muka dia la tak nak jaga aku elok – elok. Masa aku cakap tu, aku perasan. Pandangan Busyra sayu kat aku. Aku jadi tersentuh, serba salah masa tu. Tapi aku takut, aku malu dengan ibubapa aku. Aku h1na dia depan mereka.

Depan lelaki tu. Aku kata lagi, orang lain keluar bergaya pakai lawa. Bini aku tak reti. Buat apa nak keluar rumah sama – sama. Baik layan game. Kemudian, dia tanya aku. “Kalau abang rasa macam tu, kenapa abang tak cakap kat saya?”

Aku jawab. Tapi aku tipu. Aku kata, “memang aku tak bagitahu kau. Aku bagitahu kawan – kawan aku. Kau ingat kau sorang je ada kawan?” Ayah aku terus marah bila aku jawab macam tu. Ditariknya aku ke tempat lain. Masa tu, aku nampak wife jantan tu bawa Busyra ke pintu.

Nak keluar dari rumah aku. Aku pula, dimarah m4ki hamun ayah aku kat belakang. Lepas pertemuan tu, aku duduk rumah ibu bapa aku. Kebetulan dah MCO. Tak boleh nak balik rumah juga. Aku terperuk dalam bilik. Mak ayah aku jadi dingin dengan aku.

Sudahnya, aku Main game kat laptop, kat phone. Layan netflix. Aku tak hubungi Busyra pun. Empat hari lepas kejadian tu, dia whatsapp aku. Dia kata, kalau dah boleh balik, balik je la rumah tu. Dia dah keluar. Aku masa tu rasa puas hati la.

Memang rumah tu bukan rumah yang aku dah beli. Tapi, rumah tu aku yang sewa sebelum kahwin dengan dia lagi. Aku tak reply. Aku biarkan saja. Di IG, di Facebook. Aku unfollow dan block dia. Aku malas. Aku rasa menyesal kenal dan giIa – giIakan dia dulu.

Sambungan.. Hari ni aku mula tulis balik story ni. Lama aku tangguh nak tulis. Banyak masa aku fikir, nak cari apa lagi masalah dan buruk bini aku untuk cerita kat sini. Tapi, benda lain yang datang kat kepala aku. Bila PM umum boleh rentas negeri, aku masih kat rumah ibu bapa aku.

Bila KPM kata sekolah akan beroperasi, esok tu aku terus balik rumah. Pengetua pun dah panggil ke sekolah. Meeting. Taklimat. Aku pula mengajar tingkatan 5. Aku start sibuk. Sampai rumah, aku tengok keadaan tak macam dulu. banyak barang dah tak ada.

Bilik aku pun dah lain. Semua barang Busyra dah tak ada. Dia betul – betul dah keluar. Semua ni salah aku. Aku tak ingat bila kali terakhir aku masuk bilik, Busyra masih terjaga. Setiap kali aku masuk bilik, mesti dah pukuI 3 – 4 pagi, lepas layan game, lepas hadap anime.

Busyra pun dah tidur. Aku tak ingat bila kali terakhir aku betul – betul makan dengan dia. Aku selalu order mcd dengan grab food hantar sampai depan rumah. Masuk bilik makan. Busyra masak pun aku suruh dia makan dulu. Aku sibuk benda lain.

Kalau tak main game, tak layan anime ke apa, aku sibuk pasang barang pc. Tahu – tahu aku makan sorang depan pc. Aku tak ingat bila kali terakhir aku betul – betul luangkan masa dengan dia. Aku ingat, aku pernah je teman dia keluar pergi beli barang, shopping, kenduri kahwin.

Tapi seingat aku, aku sibuk dengan phone. Layan game, wasap, FB. Aku tak hargai saat tu betul – betul. Aku teringat balik, setiap kali Busyra balik kerja, dia mesti akan buka cerita. Kawan kerja la, itu ini. Aku selalu cakap, nanti sambung, lepas satu game je lagi.

Tahu – tahu aku masuk bilik dah pagi buta, isteri aku dah tidur. Aku ingat lagi, dia selalu masuk bilik aku main game. Minta cuddle. Aku selalu cakap nanti. Nanti. Nanti aku masuk bilik. Tahu – tahu, aku masuk bilik, dia dah tidur dengan baju s3ksi dia.

Aku rasa keliru. Sepanjang masa aku kat rumah ibu bapa aku dan masa aku kat rumah, aku tak ada semangat nak lalui hari aku. Aku nak hubungi Busyra pun tak boleh. No dia sama ada dah tukar atau dah block aku. Aku nak tanya khabar dia.

Aku rindu dia. Facebook dia aku dah block awal – awal. Bila unblock aku dah unfriend juga. Ig pun aku block. Acc dia private. Aku tak boleh nak tengok perkembangan dia. Semalam, aku duduk depan pc aku. Aku tengok wasap. group aku.

Dalam 20+ orang gang aku, 21 orang dah kahwin. 11 orang dah ada anak sorang. Ada 4 orang je tak kahwin lagi. Dan yang aktif maim game team dengan aku pun 4 orang tu juga la. Yang lain tak tahu. Aku pm dorang kat wasap, mana mereka menghilang lama tak online sama.

Rata – rata jawab kat aku dah tak aktif sebab ada family. Main jarang – jarang je. Ada juga yang dah jual barang pc. Sibuk dengan anak. Aku rasa macam, “ehhh dulu aku kahwin korang juga yang cakap takut hilang geng la apa. Kenapa sekarang dorang pun lari.”

Tapi jawapan mereka buat aku rasa terkesan. Mereka cakap dulu lain la. Sekarang mereka dah pij4k pada realiti. Ada tanggungjawab dan jadi dewasa. Jawapan tu sebiji apa yang Busyra marahkan aku tempoh hari. Aku scroll FB aku, aku tengok balik gambar – gambar kami dulu.

Sebelum kahwin, hari kahwin dan lepas kahwin. Semuanya indah. Ramai yang cemburukan kedudukan kami masa tu. Kerja elok. Gaji cantik. Kahwin awal. Tapi apa silapnya? Kenapa sekarang aku pula yang terkebelakang?

Aku yang kahwin dulu. Aku yang dapat kerja dulu dalam geng aku. Kenapa aku yang akhirnya jadi macam ni. Sehari dua ni aku jadi tak keruan. Rasa rindu aku kat Busyra m4kin menjadi. Aku call mak ayah dia tak berjawab. Aku call adik lelaki dia, wasap semuanya tak ada respon.

Aku dah tak ada akses lain nak contact demgan Busyra. Selama ni mana – mana friend request dari sed4ra mara dia aku tak pernah approve, aku tak boleh minta tolong dorang. Aku tak pernah ambil perhatian tentang kawan – kawan Busyra.

Kawan dia kat uni dulu pun aku tak pernah cuba nak kenal. Tempat kerja dia, aku pergi pun tak guna. Aku tak boleh masuk dalam, apatah lagi nak cari dia kat situ. Aku rindukan dia. Aku nak tanya khabar dia. Aku nak dia okay.

Aku pasti dia mesti tengah terIuka, s4kit hati, sedih dengan perbuatan aku. Kata – kata aku. Aku nak dia tahu aku tak pernah maksudkan semua tu. Aku tak pernah ada niat nak h1na dia. Semua tu jadi sebab aku tak pandai kawal em0si aku.

Aku betul – betul nak minta maaf dengan dia. Selama ni dia jaga pakai makan aku. Dia selalu supports aku bila aku ada masalah kat kerja atau sebagainya. Dia supports juga hobi aku. Belikan aku itu ini. Tapi aku, aku yang masalah.

Aku yang tak m4tang! Aku sia – siakan dia. Aku h1na dia. Aku biarkan dia keseorangan walaupun hakik4tnya kami tinggal sebumbung. Baru – baru ni, lawyer aku ada call. Minta aku sedia, untuk hadir ke mahkamah. Mungkin aku kena ke sana.

Setelkan case aku dengan Busyra. Ya, aku yang minta nak lafaz cerai. Nak lafaz taIak kat Busyra. Dua pupu aku peguam syariah. Dia yang bantu aku. Aku hubungi dia kurang seminggu lepas kejadian kat rumah mak aku. Aku minta dia yang hubungi busyra.

Dia yang berurusan dengan Busyra. Tapi aku dapat tahu, Busyra minta dia tak dedahkan sebarang maklumat dia kat aku, macam no phone dan alamat terkini. Aku tak tahu apa nasib aku sekarang dan masa depan aku. Aku berd0sa besar abaikan amanah aku.

Aku takut. Aku takut Allah akan baIas keburukan atas segala apa yang aku buat kat Busyra. Aku takut baIasan tu akan bin4sakan hidup aku. Rasa nak tanggung rindu kat Busyra sekarang pun buat aku nak pecah d4da. Aku tak boleh bayang, sama ada aku boleh kerja macam biasa atau tak.

Aku tak tahu apa akan jadi bila aku jumpa Busyra di mahkamah nanti. Semua benda ni buat aku tak boleh tidur. Aku rasa takut. Aku tak tahu apa akan jadi lepas ni. Banyak d0sa aku yang sedang beratur untuk beri baIasan atas diri aku sendiri.

Aku nak bercakap dan jumpa Busyra. Aku nak dengar suara dia. Dia sumber kekuatan aku selama ni. Apa aku perlu buat. Aku rindukan dia. Aku nekad tak akan sia – siakan dia lagi. Aku rindu dia.

Komen Warganet :

Rie Lay : Kalau ni cite betul la bukan rekaan, memang satu berita baik untuk Busyra. Bersyukur sangat bagi pihak Busyra. Semoga Busyra jadi wanita yang lebih tabah dan berpegang teguh dengan agama.

Semoga Allah Iindungi Busyra serta perempuan – perempuan yang bakal berkahwin dari lelaki takda kualiti camni dan moga dikurniakan petunjuk syurga kepada isteri – isteri yang sedang dalam perkahwinan dengan suami yang sama species camni.

Ramai sangat dah cite laki camni. Tak heran lah ada perempuan – perempuan melayu kita bangga berkahwin dengan lelaki Pakistan atau Bangla. Walaupun dih1na atau dipandang rendah, tapi dari segi tanggungjawab sebagai suami memang dorang ckup jaga.

Hasida Binti Rahya : Cikgu. Emmm… Nampaknya. Kekuatan encik menjadi ketua keluarga dari segi fizikaI dan mentaI. Maaf cakap.. Alam kerjaya adalah rezeki. Alam perkahwinan saham pahala. Selamat berimaginasi.

Karangan panjang sangat. Pedih Mata aku baca bukan sebab menagis. Sebab nak tahu penamatnya… Pandai – pandailah bawak diri .

Tesku Tesku : Semua orang ada kisah silam. Ada perbuatan ada kesalahan bro. Tapi selagi taubat tu pintunya dibukak. We have peluang bro untuk perbetulkan. Kejar bro kejar dan hambat kesilapan dan perbetulkan. Bukan move on dibibir. Memang kesilapan bro. well we know bukan sorang saja kaki game. Perju4ngkan bro.. Berhenti rasa malu segan tu takkan meguntungkan. Pujuklah..

Bunga Sakura : Hati dia dah m4ti masa kau h1na dia depan parents kau. Padahal kau cuma mahu menegakkan benang yang basah. Kau kata bini kau tak cantik macam bini kawan – kawan kau yang lain.

Bini kau tak dpt bagi kepuasan yang kau nak. Hakik4tnya itu semua dari kelemahan kau sendiri. Kau bina bahtera tapi kau gagal jadi nakhoda yang baik. Kau biarkan bahtera kau belayar tanpa arah tuju.

Bila bahtera kau dah bocor terIanggar batu karang, ehhhh kau salahkan anak kapal pulak. Macam mana la eh kau boleh jadi pendidik?

Jejak Badai : Semoga dipermudahkan urusan. Biarlah komen – koemn lain mengh1na anda tapi sy diajar bukan untuk bergembira di atas kedukaan orang lain walau apa pon salah dan silapnya kerana saya juga manusia yang sentiasa mengharapkan redha Pencipta.

Bersyukurlah kerana Allah masih menjaga a1b saya. Tuan cubalah sedaya yang mampu walau pon agak berat untuk isteri tuan menerimanya. Itu cuma secebis peringatan oleh Allah kepada makhlukNya. Beruntunglah kerana tuan masih sedar akan kesilapan sebelum habis umur.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.