Aku menangis dgr sepupu h1na suami aku, sbb tu aku terdesak nak sgt mengandung

Aku tak suka bila orang cakap kasar dengan aku. Bila suami menc4rut dekat aku, senyap – senyap aku lari rumah naik teksi. Aku off phone dan aku tak balik. Akhirnya mak mertua aku sendiri call suami aku. “Berani ko c4rut menantu mak ye..”

#Foto sekadar hiasan. Baru – baru ni aku ada kongsikan kisah aku yang ‘dip4ksa’ dengan lelaki lembut. Kali ni aku nak cerita lebih detail pasal suami aku si lembut ni. Pkp ni buat aku rasa nak menulis saja sebab mungkin ni saja aktiviti aku boleh buat sambil baring. Hehe

Ada beberapa perkara yang aku suka, dan ada perkara yang aku menyampah. Kita mula bab menyampah dulu. Satu hari tu aku terlupa fon aku letak mana. Try call, m4ti. So, satu rumah aku geledah. Last – last, suami aku yang jumpa atas mesin basuh.

Terus mulut dia laser aku.. “Adoiii.. pelupa betul la bini aku! Ni kalau t*tek dia boleh tanggal. Memang tinggal sebeIah saja!” Pedih tau! Huhu. Aku pernah merajuk kena c4rut ngan dia. Aku ni jenis tak suka orang cakap kasar – kasar dekat aku.

Aku tak pandai nak membaIas. Senyap – senyap aku keluar rumah naik teksi. Aku off phone. Sampai dah nak Maghrib aku tak balik jugak. Semua keluarga aku dia call semata – mata nak cari aku. Mak bapak aku pun tak tau aku pegi mana.

Dia sempat pegi balai polis, tapi polis cakap tak sampai 24 jam lagi. Tak boleh nak repot hilang. Last – last mak dia sendiri call dia.. “Bini ko dekat sini ha! Berani ko c4rut menantu mak ye..” Ye.. aku lari pergi rumah mak bapak dia.

Memandangkan dekat saja dari rumah kitorang. Padan muka dia. Masa dia datang nak ambil aku.. bapak dia pulak ceramah dia panjang. Tentang tanggungjawab suami. Tentang sayangkan isteri. Seronok pulak tengok dia terangguk angguk.

Anak yang taat sangat – sangat. “Isteri kamu dah la baik.. sopan.. cubalah hargai!” Ni ayat bapak dia yang paling aku ingat. Kembang woo kena puji! Dah selesai semua, kitorang naik kereta. Terus saja dia cakap.. “Untunglah orang tu, ada kabel besar..”

Aku cuma mampu sengih. Tapi lepas tu, aku ambil tangan dia aku civm dan mintak maaf sebab buat dia risau. Mula hari tu, dia dah tak berani nak c4rut aku dah. Nak membebeI pun jarang. Dia tau aku akan mengadu dekat mak dia.

Ye, tu saja satu benda yang aku tak suka. Dan banyak benda yang aku suka pada dia. Dia rajin, bersih, penyayang, tak kedekut. Rajin dan bersihnya dia dah tahap OCD (Obs3ssive-C0mpulsive Dis0rder). Tapi dia tak nak mengaku yang dia ada disorder tu.

Dia kata dia normal. Tapi kalau dah sampai tahap selipar pun kena susun ikut saiz. Aku rasa dia agak parah jugak. Tentang penyayang dan tak kedekut, dia adalah anak yang sangat mementingkan keluarga. Dia akan usahakan untuk semua keluarga adik beradik dia berkumpul setiap bulan dekat rumah mak bapak dia.

Dia akan pastikan semua datang. Pernah sekali anak saud4ra dia bagi alasan takde duit tambang. Dia sanggup tambangkan anak saud4ra dia untuk naik flight dari utara. Aku sebagai isteri dah tentulah merasa tempias dari sifat pemurah dia.

Masa mula – mula dia suruh aku berhenti kerja, aku takut jugak. Yelah, kan banyak cerita yang suami tak bagi nafkah dekat isteri. Yang dia ni lain pulak.. nafkah bulanan tak pernah gagal. Lepas tu, asyik tanya aku nak beli apa.

Bila aku kata tak tau.. dia boleh marah. “Tak tau! Tak tau! Cakap jelah!” “Beli jelah apa apa yang abang rasa sesuai” Masalahnya bila aku cakap macam tu.. mula la dia akan beli benda pelik pelik. High heels la.. baju blink – blink la..

Sampai satu tahap aku fikir, sebenarnya apa yang dia nak aku pakai sebenarnya dia yang nak pakai sangat! Pasal makanan pulak, stok biskut, coklat dan segala mak nenek jvnk food sentiasa penuh dekat kabinet. Masalahnya sekarang, dia ni jenis jaga badan.

Bukan makan sangat. Jadi masalah pada akulah! Aku dah la duduk rumah 24 jam. Bila aku kata tak payah beli, dia akan bagi alasan dia sediakan untuk anak – anak buah dia kalau datang rumah. Semenjak kawin, baru sekali saja anak – anak buah dia datang.

Yang banyak menghadap benda tu, akulah! Tapi bila dia kata.. “Sayang nak makan apa, suka hati. Tapi abang tak nak sayang gemok!” Pulak dah! Nak tak nak, memang terp4ksalah aku rajinkan diri buat benda paling aku malas dalam dunia ni.. BERSENAM!

Sebenarnya dalam banyak – banyak sifat dia, aku paling suka dia sangat r0mantik! Bukan r0mantik macam dekat drama – drama tu.. dia r0mantik cara dia. Dia suka bagi pickup line yang buatkan aku terawang awang! Contohnya, bila dia tiba – tiba kata..

“Untungnye jadi bantal tu!” Mata dia khusyuk tengok tv. dekat tv takde iklan bantal pun. Dah lama baru aku perasan, dia maksudkan bantal yang aku peIuk rupanya. Alahai lembabnye la aku! Satu lagi, time shopping dia tiba – tiba saja cakap

“Sayang! Pandang kiri!” “Ada apa?” Aku tak paham. Tapi aku pandang jugak kiri. Takde apa yang pelik. Yang aku nampak cuma dia dekat kiri aku “Abang tak nak sayang pandang lain selain abang” Ish! Dia ni, dekat public tak payah la sweet – sweet, kang aku jalan terhuyung hayang kang.

Hati aku punyalah berbunga – bunga. Akarnya menc3ngkam ke jantung. Fuh! Satu peristiwa lagi bila dia terserempak aku yang baru habis mandi. Dia terus tanya “Bersih ke?” “Apa yang bersih?” “Badan la.. bersih ke? “Bersih la! Kan dah pakai sabun!”

“Macam tak bersih saja.. jom mandi sekali lagi!” Dan aku akan buat buat tak dengar. Malas nak layan kononnya. Padahal dekat belakang aku dah tersenyum – senyum. Tapi, ada masa dia ni ann0ying jugak.. selalu sangat dia buat macam ni..

“Sayang! Nak ikut tak?” “Nak pegi mana?” Aku dah terbayang dia nak ajak aku gi shopping. “Ber4k!” Terkekek dia gelak sambil masuk bilik air. Ces! Tak sen0noh! Kang aku ikut betul, tak tenteram ko nak meneran! Satu lagi peristiwa, selepas kami dah jadi ‘suami isteri sebenar’.

Dia letak satu peraturan baru.. “Abang nak… tiap malam, kita kena rapatkan badan d4da ke d4da. Tak kesah la tengah g4duh ke.. tengah badmood ke.. Jangan pernah lupa” “Kenapa tak cakap peIuk saja?” “PeIuk lain! Ni d4da dengan d4da saja!”

Aku pun tak tau dari mana dia dapat benda ni. Mungkin ada la tu dia dengar mana – mana penceramah syorkan. Aku ikutkan jelah. So, nak dijadikan cerita, satu hari tu, dia marah aku sebab tak jawab call dan mesej dia.

Khusyuk tengok korea punya pasal! Aku sedih kena marah. Kitorang senyap saja satu hari. Tak bertegur sapa. Bila aku baru nak lelap, tiba – tiba dia pegang bahu aku. “Sayang..ada lupa apa – apa ke?” “Lupa apa?” “Kite tak rapat d4da lagi..”

Aku gelak. Siang tadi kemain lagi marah aku. Dan semudah itu kitorang berbaik semula. Banyak lagi kalau nak cerita. Tapi sebab aku menghorm4ti adik yang komen ‘tak hormat langsung dengan kitorang yang tak kawin lagi ni’.

Aku stop cerita sweet – sweet ni. Akak minta maaf ye.. Semoga semua yang belum berkahwin dimudahkan urusan j0doh masing – masing. InsyaAllah, kalau aku rajin lepas ni aku cerita tentang pengalaman sebelum dapat tau aku mengandung.

Oh ye.. suami aku kirim salam dekat semua yang mendoakan kitorang. Korang semua baik hati. Semoga Allah Iindungi kamu semua dari baIa bencana. Aamiin..

Sambungan… Assalamualaikum.. Hai.. jumpa lagi! Sebelum aku mulakan cerita, aku nak minta maaf sangat – sangat pada abang kakak yang tegur tentang ‘rapat d4da ke d4da’ tu. Salah aku sebab aku tak terangkan lebih lanjut.

Sebenarnya ianya tidaklah se’er0tik’ mana.. Contohnya macam hari tu.. suami aku tengah layan Euro. Mata aku plak dah berat sangat. Aku mintak izin tidur dulu. Dia angguk dan bangun dari sofa untuk rapat d4da. Tapi matanya masih melekat kat TV.

Acuh tak acuh saja kitorang buat. Memang betul – betul cukupkan syarat saja.. huhu.. maaf sekali lagi ye abang kakak.. Ok, macam yang aku bagitau sebelum ni, aku nak cerita tentang pengalaman sebelum tahu mengandung.

Mungkin kali ni aku mulakan dulu kenapa aku perlu mengandung. Dengan kata lain, aku kena tunjukkan yang suami aku yang lembut ni boleh buat aku mengandung! Macam ni ceritanya.. Masa tu raya 2018, beberapa bulan setelah kami kahwin.

Adik beradik aku yang lain semua beraya di rumah mertua. So, aku ajak suami balik raya kampung aku. Suami bersetuju. Suami pun suka duduk kampung aku sebab dah lama tak merasa suasana kampung. Orang KL la katakan.

Dah adat family kitorang, bila raya, rumah mak bapak aku yang akan kena ser4ng dulu. Sebab bapak aku anak sulung. 5 keluarga adik beradik bapak aku akan konv0i ke rumah kitorang. Bila raya biasalah.. ada yang tayang baju fesyen baru, tayang body baru sebab dah kurus, tayang kereta baru.

Aku? Aku mampu tayang suami baru aku saja la. Kalau dulu diorang sibuk tanya aku bila nak kahwin, sekarang ni pulak, dah sibuk tanya “Dah ada apa apa ke?” Hmm.. aku mampu geleng sajalah. Masa tu riuh la makcik – makcik aku bagi petua ‘mudah lekat’.

Makan itu. Makan ini. Buat itu. Buat ini. Aku angguk – angguk saja dan segan pulak aku bila makcik aku kata, “Laki kamu kenalah rajin menyemai benih!” Adoiii.. dah masuk topik ‘halaman pertanian’ pulak dah. Tapi, dalam keriuhan tu, tiba – tiba terdengar bisikan bisikan negatif daripada kelompok sepupu – sepupu lelaki aku yang remaja.

“Lembutnye..” “Nyah” Dan bisikan bisikan negatif itu disambut dengan gelak ketawa yang meny4kitkan hati. Mood happy aku terus hilang. Em0si aku m4kin tak terkawal bila nampak sorang daripada budak – budak tu menggayakan gaya lembut sambil minum.

Aku dah rasa mata aku panas. Aku cepat – cepat masuk ke bilik air. Di situ aku lepaskan semuanya. Sedih betul aku rasa. Janganlah suami aku sedar yang budak – budak tu tengah ejek dia. Kalau boleh aku nak dia happy saja kat kampung aku.

Lebih kurang 10 minit jugak aku habiskan dalam bilik air. Bila dah rasa tenang sikit, aku keluar. Terserempak pulak dengan suami aku. Mata aku dah sah – sah la nampak merah. “Sayang kenapa?” “Migrain.. Dah ok sikit..” itu saja alasan yang aku terfikir.

Tiba – tiba dia pegang belakang kepala aku sebelum dia tarik dekat dengan badan dia dan dia civm dahi aku! “Abang dah ubat! InsyaAllah lepas ni sembuh!” Katanya sebelum kembali melayan tetamu di luar. Aku jadi bertambah sebak.

Aku masuk bilik air sekali lagi. M4kin deras airmata aku. Tak tau kenapa aku jadi lagi sedih. Mungkin kesian dengan nasib suami aku. H1na sangat ke jadi lembut? Malamnya, mak ayah aku ajak beraya ke rumah makcik pakcik aku.

Aku bagi alasan letih. Cukuplah anak – anak diorang dah h1na suami aku siang tu. Aku dah serik. Suami aku pun aku tak bagi ikut. “Pengantin baru tu.. biarlah diorang tido awal sikit” Bapak aku pulak menyampuk. Dah salah faham pulak orang tua ni. Ah! Biarlah..

Bila rumah dah sunyi, aku terus masuk bilik. Rasa nak rehat kejap. Berat betul kepala aku. Tak sampai beberapa minit letak kepala ke bantal, aku terlena. Aku cuma terjaga bila suami aku buka pintu bilik. Aku toleh jam. Dah pukuI 11 malam!

Ingat nak tido kejap saja. Sampai 3 jam peginye. Aku duduk. Suami aku dah baring sebeIah aku. Tak tahu kenapa hari itu aku tak rasa nak becakap sangat. Mood aku masih swing. Mungkin jugak sebab aku kebetulan peri0d hari tu.

Bila teringat ada benda yang perlu aku kemaskan sebelum tidur, aku bangun. Tapi suami aku dah tarik tangan aku dan buat aku terduduk betul – betul sebeIah dia. “Nak pegi mana?” “Nak kemas dapur. Kang mak bising” “Abang dah kemas”

“Ruang tamu pun sepah tadi..” “Pun abang dah buat jugak..” Aku dah tak jumpa alasan. Aku baring balik..sikit pun aku tak bersuara lepas tu. Cuba – cuba untuk sambung tidur. Tiba – tiba saja suami aku kata.. “Dah la tu.. tak payah pikir sangat.. abang tau..”

“Tau apa?” “Abang pun dengar tadi.. g.4y la.. p0ndan la.. nyah la..” Ya Allah! Dia tau?! Aku terus peIuk suami aku. Autom4tik airmata aku mengalir lagi. “Saya minta maaf tau.. family saya jahat!” Suami aku gelak. “Abang dah lali laa.. benda – benda tu abang hadap sejak kecik.

Dulu – dulu memang la rasa jugak. Dalam family abang sendiri pun abang kena buIi” Masa tulah dia bukak cerita – cerita dia kena buIi. Yang aku paling ingat dia cerita tentang jiran dia yang dia panggil Milah. Bila g4duh saja, mesti Milah akan panggil dia P0ndan Chow Kit!

“Abih tu? Abang baIas apa kat Milah?” “Mula – mula abang ok lagi.. tapi bila dah selalu sangat. Abang terus jerit kat dia.. JANGAN SAMPAI AKU R*G0L KO MALAM NI! Mencicit dia lari! Tau pulak dia takut.. sampai sekarang dah tak berani jumpa abang.. takut le tu!”

Aku yang dengar terus hilang sedih. Terbahak – bahak aku terbayang si Milah kena sembur dengan si mamat lembut ni. “Macamana abang boleh jadi lembut?” Suami aku pun cerita yang dia masa kecik normal. Macam budak – budak biasa.

Mungkin sebab suami aku anak bongsu, ‘manja’ tu lebih. P4ntang kena pukuI, terus nak mengadu, kawan – kawan dia pulak ramai perempuan. Suami aku tak akan main yang ganas – ganas, nak main pasir depan rumah pun mak dia tak bagi sebab takut dia jadi hitam legam.

Jadi, terperap la dia kat rumah dengan kakak – kakak yang suka main mekap – mekap, main masak – masak. Bila dah remaja, bapak dia perasan kecenderungan suami ke arah ‘kewanitaan’. Lebih – lebih bila berjumpa kawan – kawan yang sejenis kat universiti.

Sebab tu habis saja belajar, bapak dia aturkan untuk kahwin. Dengan family jauh. Masa tu, dia mengaku yang sedikit pun takde perasaan dekat perempuan.. Tapi sebab bapak dia garang.. dan mak dia betul – betul pujuk dia. “kahwin saja dulu.. nanti rasa tak sesuai boleh cerai.. ”

Mak dia merayu nangis – nangis masa tu. Suami pulak jenis tak sampai hati tengok mak dia merayu macam tu. Dia pun ikutkan. Bila dah kahwin, dia cari jalan untuk dapat cerai cepat! “Jahat kan abang? ” Aku angguk. Kesian pulak bekas isteri dia.

Suami aku pun cerita yang dia sengaja buat – buat busy di malam pertama. Bila ex dia sedar yang dia memang tak nak ‘bersama’. Ex dia tidur di bilik lain. Sampailah hubungan tu jadi betul – betul t0ksik. Hubungan di antara dua orang yang sangat asing.

Ada jugak suami cuba – cuba untuk berbaik. Nak ajak ex dia makan luar. Nak ajak bincang. Tapi ex dia tak nak. Bagi alasan macam – macam. Ex dia asyik berkurung saja dalam bilik. “Masa tu abang rasa memang dia pun nak cerai agaknya. Dia tak suka lelaki lembut macam abang kot..”

Lepas cerai, dah tentulah kecoh. Tentang family ex dia aku tak boleh cerita lebih – lebih. Apa yang boleh aku bagitau, keluarga suami menanggung malu yang besar. Dik4takan ‘terdesak’ mengahwinkan anak yang ‘tak mampu’.

“Mak abang sampai jatuh s4kit.. bapak abang yang garang tu jadi pendiam. Rasa bersalah agaknya. Adik beradik semua tunjuk simpati pada abang..” “Masa tu abang salahkan diri. Salahkan diri yang lembut. Tak berusaha nak berubah”

Aku menangis! Setiap peristiwa yang diceritakan macam layar perak dimainkan di depan mata aku. “Sebab tu abang mintak untuk dicarikan j0doh lagi. Abang nak buktikan kemampuan abang! Abang yakin abang boleh!”

“Bila dah kahwin dengan sayang, abang perlu masa untuk pupuk perasaan pada sayang. Bila tiap hari tidur sekatil.. asyik terpeIuk saja.. Memang timbullah ‘rasa’ tu! Lepas tu baru abang sedar, seronok rupanya! Menyesal tak kahwin dari darjah 6!”

Suami aku dah gelak macam giIa. “Kalau tak kahwin dengan saya, abang tau tak abang kahwin dengan sape?” Aku tanya dia sambil tahan gelak. “Sape?” Berkerut dahi dia “Milah!” Kami pun bergelak ketawa sampailah mak bapak aku ketuk pintu rumah.

Baru balik beraya. Pergh.. sampai pukuI 12 malam. Sakan betul! Ye.. begitulah.. kisah kenapa aku nak sangat mengandung. Sebelum tu mungkin aku tak kesah sangat pun. Yang penting hidup aku tak kacau orang.

Tapi bila kejantanan suami aku dic4bar, aku sahut! Aku akan gunakan kabel paling besar! Allah! Aku akan doa sungguh – sungguh! (Wahh.. berkobar – kobar betul kan?) Oklah sampai sini dulu.. Cerita tentang usaha kitorang nak dapatkan seketul baby akan aku sambung minggu depan. InsyaAllah.. Itu pun kalau korang tak menyampah. – Lily (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sara Vee : Orang ‘lembut’ ni penyayang, take care dia lain macam. Rajin mengemas dah tentu. pembersih sangat – sangat – sangat. Kalau ada anak, dia belek anak dia dari hujung rmbut sampai hujung kaki, paling bising kalau anak kotor.

Mulut memang bising sikit la, kalau melahar, cair t4ik telinga kau nyahhhh.. Tapi watak mmg kelakar, kelakar sampai nak pecah perut gelak kalau melawak. Saya taulah kawan baik saya pun lembut juga.

Effah Rizan : Arw4h anak saud4ra saya ada sorang macam ni. Tapi taklah selembut macam suami tt. Dulu – dulu saya suka ajak dia teman maksu masuk dapur. Masak sama – sama. Kemas sama – sama. Dia memang rajin orangnya .

Kawan – kawan pun yang sepesen je dengan dia. Tapi tak sempat nak kawin. Allah lagi sayang dia. Jaga penampilan dan kebersihan memang dia no 1. Doktor merangkap bos dia pun sayang dengan dia sebab dia staff yang rajin.. Alfatihah untuk anak sed4ra.

Dayangku Ramizah : Antara semua confession, yang ni menarik. Macam baca novel. Serius! Saya senyum – senyum sendiri. Hahaha. Mungkin juga sebab cerita cinta yang tak cliche, yang sebenar. Cara penulisan pun menarik.

Pandai susun dan letak dialog yang sesuai. Ada unsur saspen juga. Penulis ada bakat ni. Kalau buat novel laku juga ni. Menulis la lagi, menarik baca.

Aslina Majid : Yang ni aku suka. Aku rasa confessor ni boleh pegi jauh lagi dalam bidang penulisan camni. Taktau kenapa asal baca je mesti ikut tersenyum – senyum sama. Danyes, my husband pun agak lembut jugak. Tapi kitorang pjj.

Hahaha langsung rindu kat dia bila baca ni. Ada part of the story tu rasa macam baca cerita sendiri lak. Buat novel pun okey jugak sis. Bosan baca novel jenis plot bukan berdasarkan kisah sebenar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Luahan penulis terdahulu >>> Mak kahwinkan aku dgn lelaki lembut, malam pertama dia suruh aku simpan satu rahsia