Abang aku nak kahwin tapi suruh aku yg buat loan 35k

Satu hari mak pak aku call bagitahu abang balik bawa semua barang. Rupanya selama ni dia tak sambung belajar dekat Universiti pun. Duit bulan – bulan, duit kwsp mak pak aku bagi dia buat joIi. 6 tahun tu dia mereput duduk rumah tiba – tiba dia cakap nak kahwin dengan hantaran 20k!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Amaran ye, cerita aku ni agak panjang. Aku anak nombor 2 dari 5  orang adik beradik lelaki. Kami hidup bahagia dan gembira sebab kami semua lelaki, buat semua benda bersama dan umur pon tak jauh beza.

Mak pak aku kerja biasa – biasa, kerja kampung dan kerja kilang. Tapi aku bangga dengan mak pak aku sebab kami 5 beradik semua berjaya masuk U, walaupon pak aku sekolah sampai darjah 3 je. Masalah bermula bila abang aku kena ‘direhatkan’ selama satu sem sebab p0inter dia rendah, kiranya tak boleh nak sambung lagi la untuk course dia.

Dia kena sambung untuk course yang lain. Bila dia mula semula, PTPTN dah tak bagi nak sambung pinjaman, jadinya mak aku lah terp4ksa guna duit kwsp dia untuk bayar yuran abang aku ni. Tiap – tiap bulan pak aku akan masukkan RM400 untuk duit saku dia dan tiap – tiap bulan juga dia akan mesej mintak duit dekat aku.

Waktu ni aku tak lah susah bab duit ni, sebab aku buat bisnes sikit kat kolej, jadi dalam hemat aku tak salah nak tolong dia, abang aku jugak kan. Sem berikutnya, waktu ni pak aku plak yang keluarkan KWSP dia, simpanan masa dia kerja kilang dulu, lepas kilang tutup pak kerja kampung.

Dalam masa yang sama, dia pun mintak mak aku untuk belikan dia komputer untuk buat assignment dan sebagainya. Mak pak aku bagi dia RM1500 sebab dia kata cukup banyak tu, rasanya tahun 2009. Aku pon bukan tahu sangat pasal komputer dan harganya waktu ni.

Pak aku nak guna duit KWSP dia untuk buat rumah, tambah bilik, anak m4kin besar kan. Tiba – tiba satu hari tu mak pak aku call, bagitahu abang aku balik bawak semua barang dia. Aku dah mula rasa lain pada dia waktu ni.

Rupanya daripada kena buang masa mula – mula dulu, dia tak sambung pun untuk c0urse yang berikutnya. Dia kata dia kerja kilang kat kawasan kolej dia. Boleh tak korang rasa apa mak pak aku rasa. Dia anak sulung kot, itu lah harapan mak pak aku untuk ubah kehidupan kami.

Dia cakap nak kerja kat kawasan rumah. Duit yang kami hantaq selama ni dia joIi sakan la kan. H4ng toksah la nak putar belit cerita! Janji dia nak kerja tu macam angin, 6 tahun tu dia mereput duduk rumah, kerja dia makan tido.

Mak pak aku yang kerja untuk dia. Tapi mak aku memang kental, dia pert4han habis abang aku ni. P4ntang ada yang tegur, dia back up, kami adik beradik ni dah malas dah. Duit pak aku habis semua dia kebas, p4ntang leka, sampai duit syiling pon habis.

Pak aku ni keje kampung, bila orang bayar dia ada duit la kan. Duit tu dia akan masuk dalam tabung, tabung buat sendiri dari tin dan dah reb3t tepi tin tu. Tak boleh bukak melainkan kena tebuk. Dah lama pak aku guna cara ni, tabung tu bukak kalau nak hantar kami pergi U, kalau nak raya, kalau nak bayar duit sekolah adik – adik aku.

Apa perasaan kau, bila bukak tinggal duit syiling dalam tu?? Jawab sendiri la. Pak aku syak dia, mak aku pert4han dia. Kami, dok diam je lah, sebab mak aku memang tak boleh diIawan, kepala batu dia lain macam. Aku rasa, dia adalah punca mak pak aku asyik berg4duh.

Sebelum tu ok je. Bila aku mula kerja belanja dapur memang aku yang tanggung. Sian mak pak aku, umur dah nak masuk 60 tahun, tapi masih kerja sana sini. Dia? mengangkang, tidur berdengkur. Aku dapatlah kerja kerajaan, dengan gaji yang mak aku rasa cukup besar dah tu, sebab gaji mak tak cecah seribu sebulan.

Mak aku mula bersandar pada aku nak itu nak ini, aku tak kesah pon, sebab memang tu tanggungjawab aku kan. Mak aku beli kereta atas nama mak tapi dipunyai sepenuhnya oleh abang, aku buat tak tahu je lah, asal mak bahagia.

Aku pun ada kereta sendiri yang aku beli sendiri. Hari ni adik aku yang no 3 tu dah kerja dah pun. Dia pun jadi macam aku, nak bagi kehidupan yang lebih baik untuk mak pak kami. Aku ingat cerita tu habis kat situ je, tapi dia tiba – tiba nak kahwin.

Pening la aku dengan adik – adik dengar cerita sebab kami tak duduk dengan mak. Hantaran 20k. Mana dia nak cari?? Bakal kak ipar aku ni tak tahu ke dia ni macam mana. Tapi abang ni jenis cakap dia saja betul. Aku selalu ingatkan dalam hati aku, tin kosong bunyi memang kuat hahahaha.

Abang bagitahu mak, mak tak payah campur urusan dia, duit dia ada, pung pang pung pang semua dah ready, keluarga cuma datang untuk majlis je. Aku tahu mak aku kecik hati, tapi dia simpan je. Aku dengan adik aku pun buat tak tahu je lah.

Sampailah satu hari, seminggu sebelum majlis, tiba – tiba dia muncul depan rumah aku. Dia nak buat pinjaman atas nama aku sebab aku kerja kerajaan. Loan tak banyak dia cakap dalam 35k. Baki dia nak buat modal untuk niaga.

Kepala hotak dia. Waktu ni aku memang dah angin satu badan. Macam – macam bahasa aku keluarkan sebab dia yang selama ni berIagak sungguh. Dia cakap kalau aku tak tolong dia nak pinjam ahl0ng. Tu namanya akan jadi masalah kat mak pak aku jugak.

Akhirnya aku buat jugak loan atas nama aku. Dia janji nak bayar lepas dapat untung niaga dia. Berniaga produk kecantikan dengan bakal kak ipaq. Majlis kahwin dia memang grand. Hantaran dia terbeliak bijik mata aku. Aku harap bakal aku tak mintak macam tu.

Duit habis, hutang keliling. Harapan untuk tengok dia berubah macam angin lalu. Dia baru kahwin setahun, setakat ni dia masih bayar loan kahwin dia setiap bulan, tu pon aku kena p4ksa dan ugvt untuk bagitahu kak ipaq aku.

Mak aku puji dia depan semua mak cik aku yang dulu pakat kutuk abang aku. Walaupun dia tak kerja tapi boleh bagi hantaran banyak. Aku biarkan je lah mak aku tu, tak pe, janji dia gembira. Tapi abang aku tak berubah pon.

Walaupun dah duduk rumah sewa, balik rumah mak pak aku mintak duit. Dia nasihat adik aku, nak kahwin, kena prepare duit. Hahahaha. Semua orang pun tahu hal tu. Kau je yang jadi biawak hidup tak tahu apa benda. Aku tulis semua ni kat sini sebab, aku tak pernah pon cerita hal pinjaman tu pada siapa – siapa dan aku rasa terbeban.

Lepas tu, aku rasa sebagai mak pak, kita kena tegas sikit pada anak. Manjakan boleh, tapi jangan lebih – lebih. Tak tahulah kehidupan aku yang akan datang ni. Terima kasih admin sebab nak siarkan. – anakmakpak

Komen Warganet :

Alynn MA : Mak aku pon macam tu jugak, aku harap je anak bongsu tapi aku tak dapat apa yang aku nak. Melainkan abang aku, setiap bulan mak aku akan tanya ada duit tak. Aku pernah cakap dengan mak aku jangan bagi duit, bukan kedekut atau menyiksa abang aku. Tapi hidup berdikari, tapi tengok – tengok diberi jugak. Hanya mampu berdiam jela.

Aslina Majid : Ko ni kena mula karang surat perjanjian dengan abang ko. Pegi lawyer, sign m4ti setem. Pedulik la adik beradik tak adik beradik. Hutang nama ko beb. Kalau dia lari tak bayar, ko yang kena nanti.

Tak kan selamanya ko nak ugvt dia macam tu. Nanti dia tak ngam dengan akak ipar ko, bila – bila masa je dia boleh buat b0doh dengan loan atas nama ko. Fikir bebaik beb…

Izyan Izani : Satu je masalah, mak bapak manja kan sangat. Dan kau pulak brother, pleasee lah. Please lah eh pleaseee! Tolong jangan ikut sangat per4ngai abang kau yang b4ngang tu. Nak jaga hati mak bapak kau?

Salah konsep kau ni. Kau rasa kalau diorang tahu, apa perasaan diorang? And sampai bila abang kau tu nak hidup macam tu. Jangan buat benda yang boleh susahkan hidup kau di kemudian hari. Hish emo betul dengan abang dia ni lah.

Engku Siti Fatimah : Pernah mengenali seseorang macam ni. Yess anak sulung, dari kecik mak ayah manjakan, belajar kat kolej tak habis. Nak kahwin pun tak keluar duit langsung semua dah tersedia, semua mak ayah tanggung.

Sampai ada anak – anak pun masih tak berdikari. Lepas tu buat hal main jvdi plak, banyak hutang mak ayah tolong setelkan. Sekarang dah cerai tapi tiap – tiap hari mintak duit dengan mak lagi bila nak pergi kerja.

Nafkah anak – anak? Buat tak tau je, tu pun mak ayah dia tolong cover jugak.

Fasihah Zafirah : Apa saya nak cakap, nak bagi cadangan, bawak abang awak keluar, cakap baik – baik. Man to man talk gitu. Bawa sekali gambar mak dengan pak yang dah kedut seribu.

Jelaskan dengan dia, berhentilah menyusahkn hati dan bebankan dorang. Awak bukan nak putvskan silaturahim tapi nak bagi abang awak tu sedar apa yang dia dah buat, apa sepatutnya tanggungjawab dia sebagai anak.

Jangan ‘biarkan’ tu b0doh namanya. Mak pak tak selalunya betul, h4ng lah pi betulkan! Reti dak? Kalau abang h4ng h4ngin, h4ng tumbuk sekali, sembur lah apa – apa. Habis takat tu jah. Tapi h4ngpa tetap sayang sampai kiam4t kan? Abang tak abang, kena mesti kena punya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.