Dpn kak ipar, abg suruh mak pinang perempuan lain. Tp reaksi kak ipar aku tenang je

Abang aku ni alim, geng surau kahwin dengan kak ipar aku orang biasa je. Satu hari abang aku cakap dekat mak nak ajak kawan makan sekali. Bila sampai kami terk3jut kawan yang datang tu perempuan berpurdah. Abang cakap kak ipar tak reti nak sembang bab agama, bab hadis pun tak tahu, sebab tu dia nak kahwin lain..

#Foto sekadar hiasan. Hello semua, aku nak share kisah abang aku dan kakak ipar aku. Aku bukan nak masuk campur hal rumah tangga diorang, sekadar nak share kisah diorang saje. Abang aku, nama dia Paih berumur 26 tahun dan kakak ipar aku, Yaya berumur 22 tahun.

Diorang baru setahun berkahwin, tapi kahwin bukan atas dasar cinta, tapi kahwin sebab mak aku atas sebab tertentu. Yaya ni student degree dekat USM, Paih pulak baru dua tiga tahun kerja. Yaya ni anak tunggal, dan yatim piatu, ibubapa dia meninggaI sebab kemaIangan.

Paih ni alim – alim sikit, kire geng – geng masjid, muka boleh tahan hensem tapi Yaya pulak tak se’alim’ Paih, hanya budak perempuan biase je, pakai tudung biase je, tak labuh pon, tapi Yaya ni manja, putih, gebu, muka manis.

Dalam famili aku, Paih  seorang je yang dah kahwin, kakak – kakak aku masih bujang. Paih satu – satunya anak lelaki, ayah kami dah meninggaI 6 tahun sudah. Dalam rumah semua perempuan. Paih ni jenis tak membantah, ikut je cakap mak, mak suruh kahwin, dia kahwin,

Aku mula – mula ingat Paih betul – betul terima Yaya sebagai isteri. Tapi Paih tak ambil tahu langsung pasal Yaya, lepas nikah dia keluar jumpa member, kenduri pon kawan – kawan Paih tak datang, mungkin tak di jemput. Seingat aku, Paih tak pernah tidur dalam bilik kalau Yaya ada dekat rumah, selalunya Paih akan tengok tv smpai terlena depan TV.

Baru – baru ni, masa Yaya cuti sem. Memang selalu bila Yaya kalau cuti akan balik rumah kami. Malam tu dalam pukuI10 macam tu, Paih balik rumah dia nampak Yaya. Sebagai seorang isteri, Yaya hulur tangan nak salam kan, tapi Paih tak sambut pon salam Yaya, dia buat tak tahu je.

Dia terus bIah pergi dapur. Masa kami dok tengah layan cerita dekat TV, Paih datang depan pastu dia sound Yaya sebab tak jaga aur4t, gara – gara Yaya pakai baju putih, jarang dan tak cukup kain katanya, pastu tak pakai tudung.

Kami time tu beng4ng je rase, kakak aku (kak mila, 29) sound terus Paih, back up Yaya. Bod0h ape Paih ni, tu kan isteri dia, aur4t tang mana, kejadah apa nak pakai tudung dalam rumah. Lagipun rumah tu tak ada lelaki lain, hanya Paih satu – satunya, kakak no 2 (kak fatin, 27) lagi s3ksi kalau diikutkan.

Mungkin Paih sengaja kot nak cari pasai dengan Yaya, tapi Yaya diam je, tak ade pulak nak meIawan ke nak marah – marah ke. Dia buat tak tahu je sambil makan kudap – kudap. Yaya pon tahu Paih memang tak berkenan dekat dia, serba serbi tak kena.

Esoknya, Yaya siap – siap, pakai lawa – lawa, pakai baju macam nak keluar, siap tudung beIit – beIit lagi. Mak tanya Yaya nak pergi mana – mana ke? Yaya cakap tak, saja je nak melawa dekat rumah. Padahal kami boleh agak yang Yaya sentap dengan Paih pasal malam tadi.

Sejak dari tu, Yaya memang pakai baju tutup aur4t, tak pakai tshirt lengan pendek dah, siap pakai tudung dalam rumah. Kami rasa rimas pulak, kak Mila selalu cakap, bukak je lah tudung tu, bukan ade siape pon, tapi Yaya selalu cakap takpe, takpe, takpe.

Paih memang selalu cari pasal dengan Yaya, selalu sangatlah s4kitkan hati Yaya, aku tak pasti sama ada Yaya ni jenis penyabar atau memang jenis tak peduli kalau Paih k0ndem dia, relax je aku tengok dia. Tak ada pulak nak meIenting, ke dah tawar hati ke ape aku tak tahu.

Ada satu hari, awal pagi lagi Paih ada inform mak, yang malam tu ada kawan Paih nak datang makan dekat rumah. Mak pon cakap okay ja, mak on ja. Hari tu kami pon masak laa lebih sikit. Yelah, ada orang nak datangkan. Semua berjalan lancar, sampai dekat pukuI 6.30 macam tu, Paih balik rumah, dengan ‘kawan’ dia.

Kami ingatkan lelaki, rupanya kawan perempuan, tudung labuh, berpurdah, satu uni dengan Paih dulu. Kalau sekali tengok, kira secocok lah. Kak mila dengan kak Fatin pergi dapur, tengok – tengokkan Yaya, muka Yaya cool giIa, relax macam biasa, tapi hati siapa tahu kan.

Mak pulak dah buat muka tak berapa nak mesra, tapi kami sembang ja dengan kawan abang tu, Atikah namanya, umur 24 tahun, sebaya dengan aku. Kira dalam famili aku, Yaya paling muda, Yaya ni kalau dengan mak memang manja, lebih manja dari kami adik beradik,

Yaya ni jenis yang tunjukkan kasih sayang. Yaya tak segan nak peIuk mak, cakap i love you kat mak, civm pipi. Kami adik beradik pon tak manja macam Yaya, mungkin sebab Yaya anak tunggal kot, kami ni segan sikit, hehe, tapi kami sayang mak, sayang giIa – giIa.

Lepas berbuka, kami solat siap – siap, Paih jadi imam, lepas tu kami pon sembang – sembanglah kan, sambil – sambil duduk depan tv, Yaya pon sembang je dengan Atikah. Kak Fatin memang dah bagi hint macam nak suruh Atikah ni balik, dok tanya pukuI bapa Paih nak hantar balik apa semua.

Lepas hantar Atikah balik, Paih duduk sekali dengan kami, tanya pendapat mak pasal Atikah tu. Mak cakap oke je, tapi cara mak macam malas nak layan, sebab kalau boleh tak nak cakap hal macam ni depan Yaya. Tapi Paih ni b0doh, pentingkan diri, dia terus cakap, nanti kita hantar rombongan meminang ye mak.

Mak terus terdiam, kak Fatin terus cakap, “kau ni memang tak pandai jaga hati orang lain ke?” Kak Fatin sound direct Paih sampai dia cakap dengan nada bersahaja, “kalau tak nak pinangkan tak ape, tak payah meIenting.”

Paih terus keluar rumah. Yaya cakap mengantuk, terus masuk bilik. Mak pon masuk bilik. Kak fatin dan aku masuk bilik kak Mila, kami cerita dekat kak Mila. Kak Mila cakap dia dah agak dah Atikah tu ada apa – apa dengan Paih.

Kak Mila cakap, geram dengan Paih ni, alim tapi takkan tak tahu adab – adab rumah tangga. Kami sembang – sembang sampai pukuI 3 macam tu, dengar kereta Paih masuk parking. Dalam 10 minit macam tu dengar Paih panggil mak, mak pon bangun.

Kami pon pergi dekat mak, mak masuk bilik Paih, tengok Yaya tengah mengigau ke apa aku tak pasti, tapi dalam tidur dia menangis, mulut panggil mama dia, ‘mama mana mama, nak mama, nak mama.’ Mak k3jut Yaya, tapi Yaya tak bangun – bangun.

Paih masih eg0, Paih cakap Yaya pura – pura t4gih simpati, entah lah. Paih ni beng0ng pon ada, mak cakap Yaya demam, mak marah Paih dekat depan. Apa yang kami dengar, Paih cakap elok – elok dengan mak, “Paih tak pernah sentuh Yaya, Paih siap cakap Yaya tu d4ra lagi, Yaya tak rugi apa pon. Paih rasa, Paih tak sesuai dengan Yaya,” mak mengucap panjang.

Mak tanya kenapa tak bagi tahu awal – awal tak suka Yaya? Paih cakap, dulu tak nak bangkang cakap mak, Paih tak ada pon tinggi suara dengan mak, tapi Paih cakap, antara sebab Paih tak suka Yaya, sebab Yaya tak macam Atikah, nak sembang bab ilmu agama pon Yaya tak pandai, nak sembang bab hadis pon Yaya tak reti, masak pon tak pandai, kemas rumah tak pandai.

Tapi bagi aku Paih tak boleh salah kan Yaya sebab benda – benda macam tu, benda tu semua boleh belajar, boleh dididik diasuh. Pendapat aku Yaya ni pembersih, tak berkira, pemurah, tak memilih. Paih pon bukan sempurna.

Aku kesian dekat Yaya, Paih macam jahat sgt. Yang paling aku sedih, Yaya ada tweet, “first time jadi makmum awak”, “nak salam, tapi takut”, lepas tu ada status lain lagi. “Cantiknya pilihan hati awak”, “Saya sudi berkongsi, tapi awak jangan tinggal saya ye, saya dah tak ada siapa”, “Tiba – tiba rindu mama,” dan sebagainya.

Lepas Yaya baik demam kami yang perempuan banyak keluar pergi jalan. Masa dalam kereta mak tanya Yaya, takde ke nak makan dengan kawan – kawan. Yaya cakap, ada, tapi Paih pesan jangan pergi mana – mana selain dengan keluarga.

R3muk hati mak, mak cakap, “pergi je, nanti mak cakap dengan Paih,” tapi Yaya cakap, “takpe, takpe, takpe.” Mak pernah bukak purse Yaya, mak tanya ade RM2 je ke Yaya? Yaya cakap, “alaaa malulah mak bukak purse kita, duit kita dah habis bayar yuran, malulah kita.”

Mak tanya Paih tak bagi duit ke? Yaya gelak – gelak, lambat – lambat baru cakap, bagi. Walaupon arw4h mak dan ayah Yaya tinggal duit dekat Yaya, tapi dia bukan jenis membazir. Masa kami nak pergi cari baju pon Yaya macam tak minat.

Yaya cakap baju dia dah banyak. Ada satu hari, mak belikan Yaya gelang, tapi mak suruh Paih bagi dekat Yaya, konon macam Paih lah yang belikan gelang tu. Tapi Paih cakap, “tak payah bagiIah mak, bazir je, abang simpan bagi dekat bakal menantu mak nanti je lah.”

Aku tak tahu lah Paih ni per4ngai macam ape je lagi, orang luar dok nampak dia ni baik sangat, padahal dengan isteri sendri, layanan macam apa je lagi. Aku malas nak masuk campur, tapi sepanjang yang aku nampak dengan mata aku ni, Paih ni k3jam, kesian Yaya. – adik kau

Komen Warganet :

Mohd Azlan : Kesian yaya tu. Orang bajet – bajet alim ni la paling menyampah aku, hubungan dengan Allah alhamdulillah jaga tapi dengan orang sekeIiling semua dia anggap tak baik. Jadi suami tu bukan semua kena terima sempurna terus. Habis apa pahala hang menikah. Didik dia la wei.

Cece Aisha AJ-Nuttall : Kalau Paih dah tak nak, ceraikan je la dan kahwin lain. Yang Paih nak simpan 2 bini buat apa. Orang alim ni ujian dia ialah dia perasan ahli syurga, perasan darjat dia tu tinggi berbanding orang lain. Baik ko kahwin dengan orang biasa – biasa yang sama – sama berusaha menjadi lebih baik.

Marzuq Azizan : Fuh, aku yang laki baca ni pun menyirap d4rah. Dude, not gentle la buat gitu. Aduh, malu kaum betol la. Kalau dah tak nak tu, lepas la secara elok. Dapat boleh cara elok, lepas pun cara elok lah dude.

Si Atikah tu lak. Kalau da tau tu laki orang, tak payah la melayan. Cakap alim tapi entah la. Macam la tak ada laki lain dekat dunia ni, laki orang gak h4ng nak kawan. Aduh! Kalau Paih tu member aku, da lama dapat pen4mpaq boya.

Geram pulak aku baca pasal paih ni. Kesian sama si Yaya tu, tak fikir ke apa? Buta perut betoi la Paih ni pun.

NA Abdullah : Sedihnya kalau aku jadi Yaya. Hurm, aku benci lelaki fake ni. Biar agama tak tinggi tapi akhlak terpuji. Tak tahu hukvm, boleh belajar tapi ada ilmu tak amalkan, Allah soal balik nanti, tanggung la.

Apa – apa pun, aku doakan kak ipar ko dengan abang ko disatukan hati dan jiwa diorang. Semoga Allah bagi kebahagiaan kat mereka, mungkin hati abang ko belum terbuka lagi untuk isteri dia. Harap nasi tak jadi bubur.

Nurul Syamimi Sidy Hamat : Yaya tu mungkin dia rasa sebab dia yatim piatu anak tunggal kalau si Paih tu tinggalkan dia, dia nak pergi kat siapa? Sebab tu dia rela kongsi. Aku rasa sebab walaupun dia tak boleh manja – manja dengan laki dia tapi dia ada mak mentua yang dia boleh curah kasih sayang tempat dia bermanja.

Ipar yang baik dengan dia. Yaya ada ramai yang sayang dia dan hanya sorang tak sayang dia (suami dia). Orang perempuan hati sedih tapi ri4k muka boleh buat cool macam tak ada apa – apa. Aku percaya ada hikmah buat Yaya..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?