Aku dengan kak pergi ziarah kubvr ayah. Aku pelik bila tahu kubvr ayah dah berubah, tapi aku diam je. Tiba – tiba sed4ng aku dan kakak meratap, anak buah aku datang, “ini bukan kubvr tok..”
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Haiiii, panggil je saya adik.. Kenapa adik? Sebab saya anak bongsu dari 10 orang adik beradik. Yeaaaa, memang tak salah baca. Memang 10 orang semuanya seibu dan sebapa..
Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca hanyalah cerita santai – santai ajerrrrr, cerita yang merilexkan otak kita dari berfikir. Sebab saya tau, hidup kita dah cukup serabut dah sekarangkan.. Hahahahahaha.. Okey, berbalik kepada kisah saya dan adik beradik. Saya ada 3 orang abang dan 6 orang kakak.
Ohh yeaaaa, saya kehilangan ayah waktu saya masih lagi di sekolah rendah. Jadi hidup saya kebanyakannya membesar dengan adik beradik disebabkan ibu saya sibuk bekerja mencari duit untuk besarkan kami sekeluarga. Jadi disebabkan itulah hubungan kami adik beradik rapat. Alhamdulillah..
Sedar tak sedar kami dah ada kehidupan masing – masing. Ia secara tak langsung bermakna arw4h ayah pun dah lama dah laaa kan meninggaInya. Jadi di sinilah kisahnya bermula. Saya gelarkan akak saya yang nombor 4 dengan gelaran “Kak Yah” dan akak saya yang nombor 5 dengan gelaran “Kak Pah”.
Okey kita sambung, Kak Yah ni ada masalah rumahtangga, jadi berpisahlah dia dengan lakinya dan anak – anak terp4ksa diletakkan kat kampung dulu sementara nak stabilkan hidupnya kembali. Jadi disebabkan dia bekerja jauh dari kampung halaman kami, dia akan ulang alik 2 minggu sekali untuk balik “Spendtime” dengan anak – anaknya.
Saya kena bagitahu semua ni dulu, tak nak bagi awak semua tak faham cerita saya nanti. Sabar ehhh.. Suatu hari tu, hari raya tau. Jadi waktu tu alhamdulillah 10 orang adik beradik dapat berkumpul dan beraya bersama – sama tahun tu.
Selesai solat raya, yang lain semua terus ke kubvr arw4h ayah. Cuma tinggal saya dengan kakyah dengan anak – anak je terlewat sikit disebabkan singgah banyak tempat dulu sebelum sampai ke kubvr. Sampai je kitorang kat kawasan kubvr, adik beradik kitorang dah gerak balik. Nasib baik terjumpa dengan anak buah saya, anak Kak Pah yang yang start motor nak balik dari kubvr.
“Kakak dengan adik dah nak balik ke? Dah ziarah dah arw4h tok ayah?” – Ciksue
“Dah Ciksue” – jawab dorang.
“Oklah balik laaa dulu. Ciksue dengan Mami masuk ziarah kubvr arw4h tok ayah kejap. Hati – hati naik motor tu” – Mami tu merujuk kepada Kak Yah tau. Tu gelaran anak buah untuk dia.
Saya follow Kak Yah dari belakang. Masuk je pintu depan kawasan kubvr, Kak Yah saya berhenti. Saya tanya kenapa berhenti. Terus dia jawab,
“Ni laaa kubvr arw4h ayah” sambil bagitahu sambil terus hampar tikar dan dalam posisi nak duduk dah.
“Betul ke ni Kak Yah ni kubvr arw4h ayah? Bukan ke kubvr arw4h ayah kat belakang – belakang sikit ke? Bukan kat depan macam ni kan. Ni kat depan pintu sangat ni. Bukan ni Kak Yah. “
“Ehhh betullah ni, ni kubvr arw4h ayah. Kak Yah memang selalu datang. Kan Kak Yah selalu balik”
Saya takde idea nak bantah sebab saya tau saya hanya balik kampung setahun sekali. Jangan salah sangka tau, bukan tak nak balik. Tapi faktor kerja yang jauhhhhhhhhhh.. Huhuu.. Nak tak nak saya diam ajelah. Saya fikir saya yang silap.
Dia yang selalu ziarah 2 minggu skali tak kan silap nak banding kan dengan saya yang setahun sekali ni. Maka duduklah kami bersila sebelah kubvr arw4h ayah. Start baca yassin, akak saya tu dah nangis – nangis. Baca yassin sambil usap – usap batu nisan arw4h.
Saya tengok akak saya nangis. Saya pun nangis laaa sekali.. Huhuuu.. Syahdu sangat rasa waktu tu. Tiba – tiba datang anak buah saya yang saya terjumpa kat depan pintu kubvr tadi tu kan, yang anak Kak Pah tu kan. “Mami, Ciksue kenapa nangis kat kubvr orang ni?”
Saya yang tengah baca yassin ni yang tengah nangis ni tiba – tiba berhenti. Terk3jut. Sambung dorang lagi “Ni bukan kubvr tok ayah, ni kubur orang lain. Kat belakang sana tu kubvr tok ayah”. Kak Yah saya dengan muka tak bersalah dia tuu terus diaaa bangun pakai selipar, lipat tikar terus pindah ke kubvr yang sebenar.
Saya dan anak – anak buah yang ikut je dia dari belakang. Pastu dia sambung balik nangis kat situ. Dia cakap “Takpe dik, kubvr mana – mana pun takpe. Tetap sampai jugak kat arw4h ayah”. Nak cover malu laaaaa tuuu.. Hahahahahaha..
Ni saya malas percaya kat dia ni. Dia banyak kelentong! Hahahahahaha.. Tak pasal – pasal duk nangis kubvr orang. Dah macam cerita P. Ramlee tu dah.. Apa dah eh tajuk dia tu, ibu mertuaku kan. Haaaa cenggituh laaa kitorang nangis. Dah siap panggil ayah, ayah dah.
Yang bezanya scene kitorang dengan kassim selamat tu, kitorang dah hampar tikar elok dah. Bila tau tu bukan kubvr arw4h ayah, terus bangun lipat tikar pastu pegi hampar balik kat kubvr yang sebenarnya. Saya tak tau nak sambung nangis balik ke nak gelak dengan akak saya ni! Selesai semua tu saya tanya anak buah saya..
“Kenapa kakak dengan adik datang balik?”
“Nenek suh datang tengok Mami dengan Ciksue sebab lama sangat kat kubvr”
Haaaaa, mananye tak lamaaaa kakak adik oiiii, Ciksue dengan Mami dah nangis – nangis dah kat kubvr orang tadi. Tapi tu laa kan nak bagitahu hati mak – mak ni kan. Dia macam tau tau je kan anak dia tersalah kubvr. Huhuuuuu
Balik rumah tu, anak buah saya terus bagitahu nenek diaaa yang kitorang tersalah kubvr. Terukkkkkk oiiii kitorang kena bahan. Sampai sekarang walaupun dah hampir 10 tahun kejadian tu, tiap kali raya mesti akan terungkit cerita tuu.. Aduhaiii, bertabahlah..
Selepas peristiwa tu, sampai sekarang saya dah hati – hati dah nak percaya Kak Yah! Takut akuhhhh. Hahahahahaha. – Adik (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Humairah Baker : Dulu masa sekolah rendah, ayah saya penah bawak kami ke kubvr tok – tok kami. Tok lama dah meninggaI masa ayah sekolah menengah lagi. Sampai – sampai kubvr, ayah macam cari – cari mana kubvrnya.
Last – last ayah berdiri jer tengah – tengah perkuburan dan baca DOA. ” Ayah lupa lah kubvr mana, baca jer lah untuk semua”. Tu jer first dan last saya ke kubvr tok beIah ayah.
Muhammad Muzaffar Mohd Yazid : Sama dengan adik saya… Cuti sem haritu balik cuti lepas tu lawat kubvr ayah saya. Sekali rupanya salah kubvr. Beria je menangis hahaha bertuah punya anak. Apapun… al Fatihah untuk semua insan tersayang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.