Depan suami, peguam suruh aku bercerai sebab aku cantik lagi, boleh dapat suami baru. Mata suami aku merah tahan marah

Rahang aku senget tak boleh nak makan. Aku memang tak report polis sebab siapa nak tanggung anak – anak kalau masuk penjara. Aku bawa suami jumpa peguam, peguam tu suruh aku bercerai dan akan bantu tuntut harta. Saka suami aku ‘sampai’ suami aku merah, muka bengis..

#Foto sekadar hiasan. Siapa ada pengalaman jumpa orang yang acah baik depan netizen, orang ofis, kaum kerabat family dia.. Tapi dengan anak bini per4ngai macam h4ntu. Suami aku kalau first impression orang jumpa dia akan puji ke langit dan mengagungkan “akhlak” dia yang terpaling baik sopan santun cakap lemah lembut suka senyum suka tolong orang.

So, dia macam ada satu sindrom perasan diri dia baik, jadi bila aku atau mak bapak aku abang aku nasihat dia pasal rumahtangga.. Dia akan m4ki balik.. Melenting. Btw, dia yang sibuk – sibuk call family aku semua dan sibuk nak mengadu itu ini bukak aib rumahtangga macam budak tak matang dan dia tak segan silu nk call mak aku cakap “mak b0doh, kenapa nak datang rumah kemas – kemas rumah saya”

Sebab aku c4bar dia call and cakap sendiri kat mak aku, alang – alang dia nak komplen sangat. Sebab dia nak jadi kan point mak bapak aku suka rajin tolong kemas kan rumah bila mereka datang rumah kami.. Dia kata dia macam terh1na.

Haha apa bingai pemikiran dia ni. Jenis peny4kit hati. Then, bila turn family dia datang rumah, siap kemas kan jugak rumah.. Terdiam dia.. Tak berani nak komplen. Ni la orang per4ngai giIa. Dia sangat takut dengan mak dan kakak dia ok.

Family dia memang tak pernah tahu atau nampak dia pernah tinggi suara pun. Hebat kan lakonan dia. Dipendekkan cerita, kami dah 7 tahun kahwin dan anak 3.. Dalam masa 4 tahun dah dapat 3 anak. Korang boleh bayangkan penatnya dengan aku bekerjaya lagi.

Suami aku ni harap je beza umur 10 tahun tapi per4ngai tak matang, memang dia sendiri mengaku. Dia pun tak baik, dia sangat panas baran. Dari kecik lagi zaman sekolah rendah, dengan kawan – kawan pun dia mudah panas dan tak segan nak bertumbvk.

Tapi lama – lama dia belajar sendiri berubah jadi baik, baik setakat imej luar jela. Dalaman rupanya masih berpeny4kit hati. Korang tahu la kan, adat keluarga dorang ni alahai kalau dengan orang luar tunjuk baik ya amat.

Nampak orang dari jauh dah jalan tunduk terpaling sopan beradab. Kalau beraya, wajib la korang bersalam dab buat ayat – ayat deep ucapan panjang lebar mintak maaf kat mak bapak kakak abang adik beradik pak cik makcik diorang.

Korang kena salam sambil duduk berlutut, bagi la ucapan terhebat merendahkan diri korang, buat buat minta maaf, macam kau sorang je terpaling berd0sahh. Dah memang adat diorang, macam ucapan raya tu sangat di tuntut ok untuk kau kena h1na kan diri minta maaf bersungguh – sungguh.

Patut aku tengok biras aku pun malas layan dah family mertua aku ni. Setakat ucap maaf zahir batin mak. Tu je.. Rumah dekat je 1 jam tapi jarang balik. Beraya pun sekejap je, raya ke dua dah blah, padahal esok lusa cuti lagi, takde anak kecik pun. Tapi aku tahu biras aku malas layan diorang ni.

Belum lagi aku cerita part masak. Lagi sedeiihh, bulan puasa baru ni datang jauh perjalanan 5 jam nak balik berbuka kat rumah mertua, nasi pun tak di masak. Dibeli murtabak je untuk kami semua berbuka. Bukan kami je ada, ada family lain lagi dengan anak – anak sekolah rendah.

Nasib baik aku awal – awal suruh suami singgah beli ayam bakar buat tambah lauk. Suami aku dengan yakin cakap mesti la mak dia akan masak punye.. Takkan dia balik mak dia tak masak untuk berbuka… adoii. Aku pun percaya jela kan takkan takde masak, orang balik berbuka kot.

Tapi aku tetap suruh beli ayam bakar, roti john, air air, tu pun duit aku. Alasan tak masak nasi, sebab style diaorang tak makan nasi berbuka. Haha. Sahur je makan nasi. Hm boleh bankrap orang bazar ramadhan kalau macam ni semua.

Sejak bila tah, dulu elok je tahun sebelum ni korang makan nasi masa berbuka. Adoiii… tahun ni tiba – tiba tak masak nasi, kalau aku tahu dari awal memang la aku beli kan nasi. Ni aku tak tahu apa – apa, ingat ke balik berbuka orang nak sambut la gembira.

Sadis jugak ye nasib laki aku ni, macam anak tak dianggap pulak. Haha. Dia je syok sendiri puji family dia bagus. Apa perasaan korang ye jika balik jauh – jauh jarak 5 jam nak sambut berbuka puasa, tapi nasi pun tak ada. Haha.

Mak mertual saya tak tua sangat dan tiada peny4kit ya, sihat walafiat saja. Ayah saya sama umur dengan dia, ayah saya lagi berpeny4kit k3ncing manis, s4kit lutut s4kit tuIang pinggul nak tidur baring pun azab, dengan dapat c-19 masa bulan puasa tu tumbang dua minggu, tak boleh berpuasa banyak hari tapi ayah dan mak saya tersangat gigih masakkan kami makanan yang sedap – sedap yang tak dapat kat bazar.

Mak ayah saya memang konsisten masakkan kami dan menantu lain, family kami jenis suka jamu makan. Kakak – kakak ipar aku sangat sayang mak ayah aku sebab mak ayah tak pernah campur urusan atau komplen nak suruh balik kampung, sangat berbeza dengan family mertua yang suka komplen itu ini, lama tak balik la, balik sekejap la.

Abang aku duduk klang valley je pun, tak jauh dari kampung, jarak 1 – 2 jam je. Tapi balik 3 – 4 kali je setahun. Bayangkan? Tak pernah mak ayah aku nak bising, mereka faham anak menantu kerja sibuk dan susah cuti anak kecik – kecik pulak.

Aku yang jarak 5 jam jauh dari rumah mak mertua dan makbapak aku, konsisten balik sebulan sekali. Pun tak cukup lagi.. Langsung tak bersyukur! Nak tuntut itu ini dari anak – anak, sebab tu biras aku dan abang ipar aku yang duduk dekat 1 jam dari rumah mertua pun malas balik, 3 – 4 bulan sekali je balik.

Berbalik pada kes suami aku ni per4ngai baran macam h4ntu, dia jadi m4kin melarat teruk macam ada gangguan s4ka pun ada. Mak aku pernah nampak bayangan masa mak mengaji quran, menjelma bentuk j1n kuku panjang muka suami aku tapi mata merah menyala marah kat mak aku.

Masa awal kahwin pun memang dah naik tangan, muka aku kena macam bini hapidz rusdi tu spek pecah Iuka kat bawah mata Iuka. Sebiji macam tu la. Masa tu anak sorang dalam kereta, dia biasa depan buat dan baran depan anak. Sampai anak – anak, kecik – kecik dah tr4uma.

Sejak setahun ni m4kin teruk dan dahsyat baran dia, baru cakap sikit, kepala aku akan kena h3ntam dulu. Kalau masa dulu – dulu, dia lambat naik tangan. Dulu dia lebih penyabar dan mudah diajak berbincang. Sejak kes gangguan s4ka tu, lagi hebat skil dia.

Kaki pun naik sampai bergerak sebeIah rahang aku seminggu jugak tak boleh makan solid, bayang kan aku yang beranak anak dia 3 orang ni dia boleh kaki kan muka aku. Dia tak pernah minta maaf pun. Semuanya isu kecil dan kalau lelaki tu memang baik beriman matang, dia tak akan besarkan hal kecik. Tapi boleh bincang secara diplomasi.

Aku ni bersabar sebab anak – anak kecik masih baby sorang tu. Mak bapak dan abang aku memang tak suka dah dia ni, tapi masih puji dia sebab dia bagi cukup makan pakai dan rajin jaga anak urus anak. Anak – anak pun rapat dengan dia.

Tapi kalau datang baran dia, dengan anak – anak pun kena sekali. Tak payah la tanya masa sarat mengadung ke apa ke sama je kena h3ntam, semuanya lepas isu gangguan s4ka tu melarat. Tak payah cerita pasal berubat la, dia tak mengaku, dia malu family dia ada s4ka.

Nak rawat s4ka ni bukan sekadar rukyah je, tapi diri sendiri tu kena rajin berzikir solat tahajud solat taubat baca alquran dan faham kan tafsir al quran, baru hati jadi lembut dan mudah ingat Allah. Sepanjang kahwin ni, tak pernah sekali dia pergi solat jemaah di masjid, harap solat jumaat jela.

Solat terawih langsung tak pernah buat, harapkan solat biasa 5 waktu je tu pun culas dan akhir waktu. Patut la s3tan pun mudah kacau. Padahal laki islam dituntut solat jemaah tiap waktu dekat masjid! Terawih pun tak buat walau kat rumah, macam tu mak and adik beradik dia cakap dia orang baik?

Haha. Adoiiii.. Kepala hotak korang lah. Aku tengok lelaki lain yang sama jawatan macam dia kawan – kawan dia elok je solat jemaah kat masjid, asar tu singgah masjid, maghrib singgah masjid, asal dia tak boleh buat.

Jangan bagi alasan jaga anak kecik, masa dua tahun awal kahwin takde baby lagi asal tak pergi masjid tak pergi terawih pun. Baca al quran langsung tak pernah! Harap je konon – konon beli berlambak buku – buku ibn katsir la tafsir al quran. Baca h4ram tak.

Mesti korang tanya kenapa tak bawa jumpa psychi4trist, laki ko ni sah giIa. Orang ofis yang tahu cerita pun cakap dia giIa. Mana ada lelaki normal pukuI bini sarat mengandung. Isu tak ada apa pun. Kes rahang aku senget tu, aku pergi kIinik dan doktor tu pun cakap suami aku mentaI problem.

Dia kata macam syndrom borderline disorder. Dalam otak dia mindset dia fikir buruk je kat bini, orang lain baik, bini je jahat. Bini buat salah sikit atau bini nak mengadu sikit, dia terus tr1gger anggap tu benda besar dan fikir bini ni je teruk bini ni nak cari g4duh, jadi bini ni layak kena pukuI.

Sama macam laki aku cakap, bagi dia, apa – apa yang aku nak berbincang tu, dia anggap benda tu benda besar, aku nak g4duh la ni. Jadi dia akan terus hentam, langsung tak boleh berbincang elok secara diplomasi. Aku memang tak report polis sebab siapa nak tanggung anak – anak kalau masuk penjara.

Jadi aku bawak jumpa psy plak, doktor lelaki, memang biased la kan, dia macam biasa, sangat defensive dan tak mengaku salah, dia pulak salahkan aku depan doktor psy tu. Dia boleh ungkit cerita tak penting awal kahwin kononnya aku yang mula dulu pukuI dia.

Korang jujur jela, korang sendiri pun ada pukuI manja je laki korang, apa la sangat kudrat perempuan. Benda tu dijadikan point untuk selama 7 tahun ni dia boleh nak kaki tangan dekat aku (nyaris tak koma je) dah tak pasal – pasal sesi psy tu jadi sesi kaunseling keluarga pulak. Bazir duit aku bayar sesi private psy tu.

Tak profesional punya doktor. Doktor tu boleh kata laki aku tak giIa dan tak ada masalah. Dah la 1 jam RM400. Bayar free nak kena dengar ceramah kaunseling rumah tangga, bukan nak diagnosed laki tu giIa. Suami aku pun bangga diri cakap dia tak giIa, dia tak ada masalah, aku yang bermasalah.

Aku suka komplen mengadu masalah ofis dan isu orang ofis hentam aku. Adoiii. Dia tak pernah pun support masalah aku dekat ofis selama ni. Bayangkan teruk mentaI aku kena, tapi aku jenis lasak dan memang berdikari dari bujang, aku boleh hadap lagi.

Jumpa peguam syariah pun aku dah bawak tahun lepas, lepas insiden rahang tu, tengah s4kit – s4kit aku pegi ajak jumpa peguam. Peguam tu perempuan, dia pun nasihat suruh cerai je. Dia bantu buat tuntutan harta semua, sebab dia pun dah takut dengan laki aku masa sesi tu laki aku dah nak tunjuk baran dia sebab dia tengok peguam tu tak berpihak kat dia.

Laki aku pantang kalau orang lain tak percaya dia, tak anggap dia baik, so dia akan mula nak defensive dan nak baran. Dia mula tinggi suara kat peguam, dengan mata merah, muka b3ngis. Peguam tu siap cakap aku cantik, jadi janda pun tak apa, banyak lagi orang nak, adoii, aku siap cakap, dah janda anak 3, mane ade orang nak.

Dan ni bukan pasal orang lain, aku pun tr4uma dah nak kahwin lain pun. Ini bertahan pasal anak – anak sepatutnya ada hidup yang sempurna tanpa mak bapak bercerai. Aku baca banyak budak ada depr3ssion and tr4uma kalau mak bapak bercerai.

Aku nak bertahan lagi 10 tahun sampai aku berhenti kerja, supaya orang ofis tak bergosip dan anak aku dah cukup besar masatu. Lagipun mamat ni masalah dia panas baran je tak pernah ada isu perempuan lain. Dia memang jenis dengar cakap aku, rajin buat kerja rumah jaga anak urus anak, cuma bab komunikasi je dia gagal.

Aku tak boleh mengadu masalah atau merajuk, dia akan naik h4ntu. Korang bayangkan, masa tu aku kena infIuenze A, tapi aku kena pergi opis, masa tu pukuI 3 pm hari jumaat. Jadi aku minta dia hantarkan macam biasa la, tapi dia macam malas. Dah la aku s4kit kot. Langsung tak caring.

Hampeh mamat ni, aku pun membebel la tak caring dekat aku tengah infIuenza kot kenapa tak nak drive kan, bagi alasan nak jaga anak dekat rumah. Itu pun boleh jadi isu dia baran meng4muk macam h4ntu tengking depan anak, mata merah, tumbvk cermin kereta sampai pecah.

Suami normal mana ada macam tu, kalau bini merajuk terus pujuk dan terus hantar kan, haha adoi. Macam tu tak giIa ke? Doktor psy tu cakap itu isu kecik je, jarak 10km je ofis, kenapa aku tak bawa kereta sendiri. Lol. Tu isu dia nampak? Isu mamat tu giIa dia tak komen. Apa punye tauliah la doktor psy ni.

Nak hadap duit orang RM400 tu 1 jam, tak buat kerja kau betul – betul. Sekurangnya bagi la surat refer ke psy lain. Macam mana la dia boleh jadi pensyarah kat 1 ipta terkemuka ni. Dia memerdekakan laki aku sampai mamat tu bangga diri dia takde isu mentaI.

Lagi satu, laki aku jenis tak segan mengaibkan depan jiran – jiran tetangga weh. Dia sanggup jerit terpekik depan rumah jerit bini tak guna, bini b0doh. Dari anak 1 sampai anak 3, aku hadap. Lagi aku merayu jangan jerit nanti jiran dengar, lagi dia buat sebab nak malu kan aku. Macam ni doktor psy kata tak giIa.

Jiran pun dah malas layan. Tapi depan mak dan adik beradik dia, dia tak tunjuk ye per4ngai macamtu. Hanya kat family aku dan peguam perempuan yang tak memihak dia je, dia akan tunjuk true color. Depan mak kakak dia ya Allah, dia tunduk je acah acah biar aku cakap sorang, macam dia suci tak ada respons.

So family dia nampak aku la yang giIa. Emm. Padahal depan mak ayah aku dia m4ki hamun, depan ayah aku yang tua tu pun dia boleh naik tangan. Aku dah 5 tahun tak travel vacation. Aku dah lah tekanan di ofis, dengan anak – anak kecik, dan aku dapat peny4kit lain pula selepas beranak ke-3. Peny4kit seumur hidup kena makan ubat. Apa la nasib.

Kesian dekat mak ayah aku dah tua uzur. Ayah aku nak umur 70 dah tapi kena bawak kereta jauh jarak 5 jam nak lawat aku tengok aku ced3ra ke tak. Mak dia tak pernah nasihatkan dia jangan ani4ya aku.. Orang tua tu tahu kutuk aku je cakap aku kena banyak bersabar, anak dia je baik. Dia tak ada nasihat.

Sebab tu anak dia perasan diri dia baik, netizen, orang opis semua suka dia, dia akhlak baik.. Ni 1 jenis mentaI disorder jugak, perasan diri baik, create fake impression diri sendiri. Satu lagi, dia jenis bawak lari anak – anak tapi yang baby dia tinggal plak.

Raya tahun lepas, dia bawak lari dua orang anak, aku kena block. Gigih aku tunggu balik dan malam malam siap cari di bandar check hotel kot bawak tidur hotel. Tak sangka dia akan lari balik kampung dia. Punya husnuzon aku ni.

Padahal dia dah sampai kampung malam raya siap berseronok dan burukkan aku. Aku ni dengan baby umur 5 bulan kat rumah dan cari dia malam – malam di bandar check hotel. Nak cari anak – anak lain. Selamat ke tak. 3 hari takde  khabar. Langsung tak bagitahu apa satu.. Dah la jiran – jiran semua tak ada, balik kampung.

Bah4ya tinggal aku sorang – sorang dengan baby 5 bulan.. Bapak aku terp4ksa datang umah aku jarak 5 jam tu pagi raya kedua siap bawak sup tuIang dan nasi beriani mak aku masak. Kesian orang tua tu. Apa la nasib dapat menantu h4ntu.

Dia kata menyesal kahwin kan aku, ingat ke lelaki tu akhlak baik cakap lembut elok berbahasa, ayah aku cakap tak boleh pandang pangkat belajar tinggi pun rupanya giIa juga. Lebih baik kahwin dengan orang kerja biasa.

Mak ayah aku bukan orang asal alim w4rak, tapi mak aku setahun berapa kali katam al quran dan tiap hari selama 15 tahun ni bangun 4 pagi buat solat tahajud dan taubat dan witir sampai subuh! Tiap hari ye tak tinggal.

Ayah aku kaki masjid. Mak ayah aku sayang menantu perempuan semua dan masakkan macam- macam untuk kakak ipar aku. Abang – abang aku semua jadi manusia berguna, naik pangkat besar di bangi, shah alam tu berkat doa ibu dan rahmat Allah. Isteri cerminan suami, korang yang bujang tu hati – hati cari jodoh.

Jangan terpedaya orang konon – konon akhlak baik tapi rupanya jenis jahat diam. Nak cari suami, cari yang rajin baca al quran hati lembut, rajin jemaah masjid. Suami baik bukan setakat pandai jaga anak dan bagi cukup makan pakai, tapi rohani tu penting. Didik anak bini bagi makanan kerohanian.

Bukan takat makan pakai jaga anak dah dikira lelaki baik ye. Dia masih bukan h4mba Allah yang baik. Takkan nak harap aku yang budak tak matang umur 25 masa tu nak kena didik dia. Apa la aku tahu pasal hidup pun masa tu.

Aku ni dah la intr0vert social anx1ety tak bergaul orang sangat. Dia tu tua dari aku patut dia yang didik aku. Belum aku cerita part hobi basikal dia, punya baik aku ni bagi je dia main basikal merdeka ride malam buta aku pantang anak pertama masa tu baru 2 bulan.

Dan banyak aku bagi dia buat hobi dia main basikal weekend sampai 100km. Kemudian bila anak bertambah dia stop hobi dia dan dia jadi m4kin tak betul la kot kena jaga anak bertahun – tahun kat rumah. Pelik. Tak puas enjoy lagi ke. Hidup dia masa bujang lagi seronok dan fun. Travel dunia diving laut sana sini.

Dia memang jenis marah sekejap je tak sampai satu hari lepas tu  dia akan buat baik. Pelik kan. Siang hari siap happy je buat surpr1se belikan aku bunga nak sambut anivesary malamnya boleh tunjaI kepala orang. Hanya baIasan Allah je buat dia ni betul insaf. Jangan ingat masuk syurga setakat bagi makan kat anak bini setakat buat baik kat family kau.

Saya tak cakap saya tak ada salah, saya akui saya dari awal kahwin pun budak tak matang tak tahu apa itu erti kahwin. Ingat cuma nak enjoy pegi travel tengok wayang dan beranak. Sebab saya memang suka budak kecik, kena lanyak pun takpe, ingat ke boleh berubah la.

Penyesalan saya dari awal, harap saya gali ilmu rumah tangga dari awal, dan kukuhkan iman dari awal. Sekurangnya saya dari awal ajak dia terawih ke baca al quran ke. Solat sunat ke. Netizen tak perlu nasihat saya suruh banyak diam diri dan jangan menc4bar orang tak w4ras, yee saya tahu semua tu. Saya dah kaji cara handle. Tapi kadang – kadang kita terlupa juga, bila tengah penat badan dan mentaI. – Sis Oppal (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.