Dia marah aku buang sampah yang penuh dengan uIat sampah tu, dia kata aku tak kesian ke dekat uIat-uIat tu?

Nani ambil tupperware plastik tu dan sudu. Dia pergi dekat – dekat tong sampah dan dia kaut uIat sampah yang warna putih tu keliling tong sampah dan letak dalam tupperware. Ya, dia kaut uIat sampah tu guna SUDU makan sampai PENUH tupperware tu. Aduh, macam nak pengsan dekat situ jugak…

#Foto sekadaar hiasan. Hai semua. Pertama kali aku buat confession, atau sebenarnya aku nak luahkan sendiri dekat housemate sambil buat muka garang depan dia, tapi aku masih belum dapat kekuatan untuk luahkan semua perasaan yang aku rasa selama ni. Aku harap dia bacalah sebab aku selalu nampak dia share kisah orang lain dekat facebook dia. Umur aku 24 tahun dan aku ada housemate yang berumur 27 tahun. Aku namakan dia sebagai Nani (bukan nama sebenar).

Nani ni memang nampak normal, tapi yang tak normalnya tentang dia adalah, pekerjaan dan waktu bekerja dia, dan juga perangai dia yang maha buruk dan tak boleh diterima akal tu. Semua sedia maklum yang waktu bekerja normal adalah dari pagi sampai petang. Ataupun, yang shift mungkin ada shift bergilir – gilir, mungkin minggu ni pagi, minggu depan petang, minggu depan lagi malam pulak. Ataupun, yang kerja ikut luar negara punya masa. Logiklah kalau kerja sentiasa masuk 11 malam, balik subuh. Tapi Nani punya kerja ni pelik sikit. Dia keluar pukuI 2 pagi dan balik dalam pukuI 4-5 pagi macam tu.

Macam mana aku tahu, sebab bilik aku paling depan, setiap kali dia bukak pintu, aku wajib terjaga sebab bunyi yang keluar bila dia buka pintu tu macam ada 10 orang yang keluar. Gedegang! Hari – hari okay, termasuk Sabtu Ahad! Waktu aku pergi kerja, aku tak tahulah apa yang dia buat. Yang pasti lepas aku balik, mesti aku akan rasa s4kit hati, nak marah dan meng4muk sebab dia akan tinggalkan selonggok pinggan mangkuk dan kuali yang kotor atas sinki dan atas dapur masak.

Nak suruh aku basuh lah tu! Sebab aku ni jenis tak boleh tengok dapur macam tongkang pecah, aku pon dengan p4ksa reIa basuh dan lap tempat masak yang berminyak tu. Pernah lah jugak aku cuba untuk tak basuh pinggan mangkuk tu semua, saja nak tengok sampai bila dia nak biar dalam sinki dan atas dapur, tapi akhirnya sampai 2 hari aku tengok benda tu terbiar macam tu,. Malah siap ada pertambahan kuantiti pinggan mangkuk lagi kau! Kalau sampah dekat dapur, jangan cuba bayangkanlah. Kalau aku tak buang, memang beruIat gend0nlah dekat tong sampah dapur tu. GeIi aku!

Pernah satu masa aku cuti seminggu. Pergi bercuti dengan kawan – kawan. Sebelum pergi tu, aku kemas rumah siap – siap. Sapu, mop, lap tempat masak, kemas peti ais, susun pinggan mangkuk dekat sinki, senang cerita memang aku pastikan rumah bersih dan kemas sebelum balik seminggu (masih fikir tak mahu susahkan Nani kena kemas pfft). Setelah bercuti dengan tenang selama seminggu, aku masuk rumah dengan rasa berduka.

Ya Allah, rumah bersepah giIa macam baru lepas parti. Kau bayangkan, kusyen bersepah, plastik snacks tak buang, barang frozen aku yang dalam peti ais tu habis dia beIasahnya! Tak cerita lagi part sinki, dapur masak dan meja makan. Makanan basi pon ada! Pinggan yang kat atas meja tu sampai dah berkuIat kau tahu tak? Tong sampah tu dah serupa tempat ternak uIat sampah yang warna putih tu. Rasa nak pakai sarung tangan 10 lapis masa kemas dapur. Jadi, lepas letak barang dalam bilik dan kemas bilik aku sikit, aku pon mulakan aktiviti pembersihan rumah aku yang dah macam kapal kar4m tu.

Part yang paling pelik dan menakutkan jadi bila tiba – tiba Nani keluar bilik. Kau bayangkan, selama aku duduk serumah dengan Nani dah 4 bulan ni, ini pertama kali aku nampak dia keluar bilik waktu siang. Mungkin sebab aku kerja siang dan tak tahu aktiviti dia masa aku kerja dan Nani ni duduk master bedroom, so bilik dia dah sekali dengan toilet. Toilet luar ni memang aku sorang je lah yang guna. Okay, balik semua pada point asal aku. Tengah aku terbongk0k nak ik4t plastik sampah tu, boleh pulak si Nani bukak pintu bilik dia and jerkah aku dari belakang,

“Kau buat ape ni?!” “Kemas sikit. Ni baru nak buang sampah” aku jawab. “Nanti jap. Lain kali tanyalah dulu sebelum nak buang sampah ni” Pelik. Apesal pula aku nak kena tanya kau bila aku nak buang sampah? Takkan itu pon nak kena mintak izin kot. Bukan kau nak tolong aku! Nani ambil tupperware plastik tu dan sudu. Dia pergi dekat dekat tong sampah dan dia kaut uIat sampah yang warna putih tu keIiling tong sampah dan letak dalam tupperware (Yes, dia kaut uIat sampah tu guna SUDU makan sampai PENUH tupperware tu). Aduh, macam nak pengsan dekat situ jugak. Lepas tu dia cakap,

“GilI ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ik4t dan buang kucing kau yang kat luar tu?” DAH TU. TAKKAN KAU NAK TERNAK UL4T SAMPAH TU PULAK KOT MACAM AKU B3LA KUCING. ADOIII

Dia terus masuk bilik lepas cakap mekasih dekat aku. Siot je. Aku ni dah macam nak pengsan kat situ dengan perangai pengotor dia tu. Lepas kejadian tu, aku terus berusaha cari rumah sewa lain. Tak sanggup. Tapi bila dia tahu aku plan nak move out dari rumah tu, m4kin menjadi – jadi pulak perangai pengotor dia. Baju dia berIonggok dalam mesin basuh, seminggu tak basuh.

Sebelum ni, baju kotor dia hantar dobi, tapi sejak dia tahu plan aku, dia Ionggokkan semua baju kotor dia dalam mesin basuh, dah tu macam mana aku nak mesin baju – baju aku? Terp4ksalah cuci tangan atau dobi. Ada satu masa tu, menjerit sakan aku bila ternampak seluar dalam dia dalam sinki. Pengotor giIa woi! Apesal kau letak pakaian dalam dan benda ‘kotor’ yang kau dah pakai dalam sinki dapur weh? Dapur dengan mesin basuh baju punyalah dekat, dekat sinki jugak kau Ionggok benda kotor kau.

Lepas tu, aku geram, aku whatsapp dia cakap pasal hal rumah. Dia tak reply. Aku dah istighfar dah. Lepas tu aku tinggalkan nota lekat kat pintu bilik dia. Esoknya balik kerja aku tengok nota yang sama dia lekat dekat pintu bilik aku. Dia reply “Kau jangan pembersih sangat boleh tak? Aku tak suka” WHATTTT? Kau expect aku kene jadi pengotor macam kau? Lepas Maghrib, aku duduk ruang tamu tengok tv, tapi pelik sebab tak dengar langsung bunyi kucing aku dalam sangkar.

Selalu dia akan berbunyi, paling tak pon mintak makan, tapi hari ni senyap je. Mulalah rasa tak sedap hati da Aku pon keluar rumah nak tengok keadaan Kifo (Kifo nama kucing aku). Ya Allah, sedihnya hati bila tengok Kifo kene bungkus dalam plastik sampah dalam sangkar tu. Tahu dah kerja sapa. Aku terus masuk cari Nani dalam bilik. Dia keluar and terus cakap “Padan muka kau. Tahukan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus uIat – uIat sampah tu pastu buang kat depan?!”.

Okay Nani. Okay. Aku tak cakap apa dah, pack barang, ambil Kifo yang dah tak bernyawa tu (aku tak tahu macam mana dia bunuh Kifo sebelum dia masukkan dalam plastik. Aku tak nak tahu), terus keluar dari rumah tu, menumpang rumah kawan sampai lah aku dapat rumah sewa baru. Last aku masuk rumah yang aku menyewa dengan Nani tu, masa aku kemas barang – barang yang aku tak sempat bawa masa keluar malam hari Kifo m4ti tu.

Seperti biasa, rumah kotor dan bersepah, pinggan mangkuk dalam sinki, makanan atas meja bawah tudung saji beruIat, siap aku terjumpa bangkai tikus m4ti okay dekat dapur. Tikus pon boleh m4ti duduk rumah tu. Kawan aku sampai termunt4h tapi sebab aku dah terbiasa so, aku relax je. Aku tinggalkan note dekat pintu bilik dia dan kunci rumah dalam letter box. Itu kali terakhir aku jejak kaki dekat rumah tu. Tobat dah nak duduk menyewa dengan orang lain.

Aku lagi prefer sewa sorang sekarang. Tr4uma. Banyak lagi aku nak cerita pasal Nani, pasal kerja dia, pasal perangai dia yang lain – lain, tapi letih dah. Tengah kerja ni woi. Mana boleh curi tulang. Jadi, kepada Nani (bukan nama sebenar, tapi nama seakan – akan), aku harap kau berubah lah kak hoi. Harap je muka lawa tapi perangai pengotor maha hebat. Kesian kau kene duduk dalam rumah yang tak selesa persekitarannya. Tak elok untuk kau kak. Byebye kak. Mekasihlah kak bunvh Kifo saya.

Yang tulus ikhlas bencikan kau kak, – Ex-Housemate Awak Yang Tr4uma

Komen Warganet :

Nural Rosle : Pengotor – pengotor ni selalu ada benda kat dia. Kalau tak, takkan la pengotor tahap sak4i macam ni. Saya pun ada je roommate yang agak malas dulu. Kerja semua ala kadar. Baju dah basuh dok biarkan je kat ampaian sampai seminggu pun ada jugak. Yang main Ionggok pinggan mangkuk kat toilet dua tiga hari pun ada. Sampaikan bila mak cik yang bersihkan toilet tu buang, dic4rutnya mak cik tu. Toilet weh, tempat pembiakkan kuman.

Kau plak seIamba badak letak mangkuk ayun kau dalam tu. Lepas tu pakai balik. Yucks. Tak faham dengan perempuan macam ni. Aku ni memang jenis yang cerewet. Ada pulak dia salahkan aku cakap aku ni yang over cerewet. Padahal kau tu yang masalah. Nak salahkan aku. Perempuan kena rajin. Kalau malas, jadi jantan la. Lelaki zaman sekarang pun ada yang rajin tau. Buat malu je.

Fadzilah Aris : Muka cantik  tak semestinya pembersih. Ramai yang aku kenal memang jenis pengotor. Tak mandi la, tak basuh baju la, main sembur perfume je. Lepas tu simpan je baju kotor dalam gobok. Sekali bukak memang boleh pengsan wei. Bau hapak satu bilik..

Siti Nabilah : Pernah la dulu dapat housemate pengotor tak reti buang sampah, baju sidai tak angkat berbulan – bulan, dalam rumah hisap rok0k, orang puasa kau tak puasa, bawah tudung saji baki makanan basi siap beruIat. Kalau duduk kat ruang tamu tak pernah nak kemas, sewa lambat bayar, bil pon kena meng3mis dulu baru nak bayar. Tambah lagi siap buat mulut lagi pasal aku yang selalu dok mengemas segala kekotoran kau tu. Kalau diingatkan balik rasa nak tony0h muka dia kat lantai. Keluar rumah kemain wangi siap bermake up bagai tapi perangai kalah tikus. Nasib baik confessor keluar dari rumah tu, kalau tak mau giIa rasanya.

Fazaitul Farhana : Nauzulbillah seramnya tahap pngotor dia. Pernahlah tinggal rumah 3 hari terlupa nak buang sampah yang sisa makanan tepi sinki. Aku kalau sampah dah beruIat memang suami la yang jadi m4ngsa suruh buang. Tahu tak, dengan tong sampah tu sekali dia pergi buang geli punya pasal. Tak dapat bayanglah mana Nani boleh kaut pakai sudu masuk bekas.

Hanani Mohd Kadri : Baik awak keluar dah dik. Rasa macam tak kena je dia ni. Kerja ku 2-4 pagi, suka persekitaran kotor, benda – benda kotor. J1n dengan s3tan suka la benda – benda camtu dik.. Lagipun, psych0path memang boleh bunvh je binatang tanpa rasa bersalah. Kalau awak tak keluar agaknya esok lusa awak yang kena bunvh. Nauzubillah minta dijauhkan. Jadi baik sangat awak keluar.. Nama sama plak tu dengan nama akak. Aduhai. Nasib baik bukan nama sebenar.

Shahiera Amran : Memang pernah dapat roomate macam ni. Ada satu hari tu tido dengan uIat sampah. Penuh satu bilik uIat tu merayap, siap naik atas toto lagi. Masa tu roomate tak ada, dia baru balik kg. Ingat sampahnya dah dibuang, tr4uma betol, kemas bilik siap nangis – nangis sebab geIi yang amat. Tak tahu nak mintak tolong siapa sebab masa tu housemate semua balik kampung cuti sem..