Kerana suami, saya dijangkiti kuman HPV dan membawa kepada k4nser serviks

Saya tarik balik saman cerai. Saya risaukan hidup anak – anak saya seramai 7 orang itu. Yang sulung baru darjah 6 masa tu. Sekali lagi suami saya minta ampun dengan saya, menangis sambil civm kaki saya, katanya dia dah bertaubat nasuha. Saya pula didiagnos ada k4nser dan diberhentikan kerja. Untuk pengetahuan, k4nser saya tu k4nser serviks Dari kuman hpv yang diberi oleh dia kepada saya, tragis kan?

#Foto sekadar hiasan. Assalam admin, ini kisah benar saya. Semoga jadi iktibar kepada wanita – wanita lain. Saya berkahwin dengan cinta pertama saya, kami sebaya, belajar di sekolah dan di Universiti yang sama. Lepas grad, kami terus dapat kerja dan menikah selepas beberapa bulan, dan setahun selepas itu kami dapat anak pertama. Anak kedua lahir 2 tahun kemudian. Setahun selepas itu saya mengandung lagi, anak yang ketiga. Saya ingatkan kami bahagia. Saya sayang sangat keluarga saya, suami saya baik, solat tak pernah tinggal, dan anak – anak saya pun comel dan bijak.

Tapi bahagia tak lama, selepas saya melahirkan anak ketiga saya terjumpa resit hotel suami saya. Rupa – rupanya selama ini yang kononnya dia outstation sebenarnya dia curang dan tidur dengan perempuan lain. Patutlah kerap betul dia pergi outstation. Hubungan suami dengan skandaInya dah hampir 2 tahun. Saya lari balik rumah mak dengan anak – anak, tapi dia pujuk balik. Dia janji dia tak akan buat lagi. Dia putvskan hubungan dengan perempuan tu. Saya percaya, dan ikut dia pulang. Mak dan adik beradik saya sudah tentulah marah sangat, tapi memikirkan anak – anak kami yang masih kecil, mereka izinkan.

Kami lupakan sejarah hitam tu dan dia pun m4kin berubah. Jadi suami yang sangat loving semula. Saya sekali lagi tertipu. Masa saya dalam pant4ng anak ke-7 saya dapat tahu dia ada skandaI lagi. Resit hotel sana – sini. Video Iucah dia dengan perempuan yang kedua ni punyalah banyak dalam laptop dia. Saya nekad nak berpisah, dah siap jumpa peguam syariah dengan bukti – bukti semua. Saya failkan saman cerai. (Oh, saya lupa nak beritahu, tiap kali skandaI suami saya terbongkar, dia akan mula pukuI saya kalau saya tanya pasal skandaI tu. Iebam dan tergeIiat sebab lengan dipulas tu dah biasa sangat kalau time dia ada affair) .

Tapi cinta dan sayang yang terlalu dalam pada dia membuatkan saya balik semula kepada dia. Saya tarik balik saman cerai. Saya risaukan hidup anak – anak saya seramai 7 orang itu. Yang sulung baru darjah 6 masa tu. Sekali lagi suami saya minta ampun dengan saya, menangis sambil civm kaki saya, katanya dia dah bertaubat nasuha. Kononnya dia tak akan ulang lagi perbuatan terkutuk itu.

Dipendekkan cerita 10 tahun, saya kembali lupa kisah hitam itu. Saya jatuh s4kit, k4nser. Sepanjang saya s4kit dan ambil rawatan, dia jaga saya dengan baik. Dia juga pernah s4kit dan dibedah beberapa kali dan saya juga jaga dia dengan baik. Saya memang amat sayangkan dia dan semua anak – anak kami. Selepas didiagnos dengan k4nser, saya diberhentikan kerja, jadi saya hanya berg4ntung hidup pada suami saya. Sepanjang hampir 2 tahun rawatan pembedahan, kim0terapi dan radi0terapi saya kuatkan semangat. Saya mahu hidup lebih lama dengan keluarga saya. Akhirnya saya sihat semula.

Suami saya suka bercerita di media sosiaI mengenai keluarga kami, dia selalu upload gambar kami berdua dan anak. Jadi saya memang ingat dia sayang saya sepenuh hati. Semua kawan – kawan kami pun percaya begitu. Huh, macam dalam cerita di tv kan? Saya tertipu lagi. Orang kata.. Sekali menipu, akan terus menipu. Sekali lagi saya terjumpa resit hotel. Seminggu kononnya dia outstation di luar negara, rupa – rupanya dia berpoya – poya dengan seorang perempuan (skandaI ke 3), di satu hotel mewah di negeri yang sama dengan saya.

Saya mula menyiasat dan saya dapat lagi video dan gambar kecurangan dia. Kali ini saya nekad, saya tak berundur lagi. Saya buat aduan ke jabatan agama Islam ketika dia berada di satu hotel dengan perempuan tu. Saya minta mereka ditangkap basah tapi staff hotel pergi beritahu mereka. Terlepas akhirnya. Saya failkan saman cerai sekali lagi. Walaupun saya baru habis rawatan k4nser, tak bekerja, ada 7 orang anak yang perlu saya fikirkan, saya teruskan juga kes cerai.

Dia tak pernah hadir untuk kaunseIing mahu pun untuk sebutan kes. Dia ugvt saya dia tak akan pergi mahkamah dan tak akan sekali – kali lafaz cerai, jadi kononnya selagi saya tak ditalakkan oleh dia, saya akan dig4ntung tak bertali. Saya dipukuI berkali – kali. Anak – anak semua jadi saksi tiap kali dia pukuI saya. Kali ini saya tak bod0h lagi, saya buat laporan polis dan saya pergi hospitaI dapatkan laporan perubatan atas keced3raan itu.

Pada kawan – kawannya, saya difitnah kononnya saya sudah tidak seperti perempuan (sebab k4nser) jadi sebab itu dia cari yang lain. Saya juga dituduh tidak mahu menerima poIigami dan mer0yan sebab dia nak kahwin lagi kononnya, sedangkan yang buat saya marah ialah sebab dia tidur dengan perempuan lain sana – sini. Saya bukan cakap kosong, saya bukan memfitnah, saya ada ‘hard evidence’. PoIigami dengan curang tak sama.

Memang saya takut bercerai, saya takut apa orang akan kata (orang kata dia baik sebab perwatakan dia macam orang alim). Puas saya dituduh memfitnah dia. Saya takut saya tak mampu tanggung hidup anak – anak saya. Saya takut k4nser saya datang balik, saya takut macam – macam. Tapi saya kuatkan hati, saya tawakkal lillahi ta’ala. Rezeki saya datang dari Allah bukan dari dia. Keluarga saya dan juga keluarga dia sokong penuh keputvsan saya. Saya redho, dia bukan hak saya, saya juga bukan hak dia.

Saya teruskan kes cerai, semua bukti saya kemukakan di mahkamah. Laporan polis dan laporan perubatan tiap kali dia pukuI saya juga saya kemukakan. Laporan polis ketika saya usahakan tangkap basah dia dengan jabatan agama juga saya kemukakan. Tak sampai setahun, pihak mahkamah akhirnya jatuhkan taIak ke atas saya. Dan dia disabitkan sebagai suami yang nusyuz jadi hak jagaan anak – anak semuanya dapat pada saya. Tuntutan nafkah juga memihak kepada saya.

Saya rasa lega. Sungguh bersyukur. Walaupun hidup saya tak seperti dulu, saya lega kerana saya sudah terlepas dari kecurangan dia. Sekarang saya sudah tinggal jauh dari dia. Saya pun dah bekerja semula. Kami sekeluarga akhirnya dapat mulakan hidup baru tanpa tr4uma lagi dengan drama – drama dia.

Untuk pengetahuan, k4nser saya tu k4nser serviks Dari kuman hpv yang diberi oleh dia kepada saya tragis kan? Saya harap kepada wanita – wanita lain yang takut untuk melepaskan diri, beranikan hati, kuatkan semangat, tuntut lah hak anda jika rasa terani4ya. Jangan kerana terlalu cinta, sanggup hidup sengs4ra. Jangan jadi bod0h. 25 tahun saya bersabar, akhirnya till jannah yang saya harapkan terkubvr juga.

Komen Warganet :

Zainani Hassan : Hebatnya ujian sis. Thhniah sis sebab berjaya h4rungi. Sekarang kehidupan sis lebih baik. Moga Allah Iindungi sis selalu dan anak – anak. Saya gembira untuk sis. Sis bangkit akhirnya dan kini lebih bahagia walau tanpa suami tak guna tu.

Milo Ais : Ya Allah hebat dugaanmu sis. Saya doakan agar sis sentiasa tabah kerana sikap suami sis terkena jangkitan dan akhirnya menghidap k4nser.. Jadi jangan fikir lagi pasal suami sis tu.. Setiap kali perasaan tu datang, sis kena zikir sampai perasaan tu hilang. Ingat Allah hati tenang, insyaAllah sis. Allah sebaik – baik tepat mengadu.

Done New : Semoga kita semua ambil ikhtibar dengan pejuangan seorang isteri dan ibu ni. Beliau bukan bod0h tapi beliau mencuba untuk mempertah4nkan tapi jod0hnya hanya sampai di situ. Allah Maha Adil, rezeki anak – anak sentiasa ada buat ibu tunggal yang menyara anak ni. Semoga dipermudahkan urusan puan dan anak – anak, semoga bahagia dunia akhir4t Amiin.

Zainie Diman : Tabik spring kat Tt. K4nser bukan pembunvh, teruskan usaha untuk diri sendiri dan anak – anak. Lelaki selagi dia boleh berbohong dia akan lakukan beribu kali. Walau pun dia bersump4h. Maaf cakap salah satu punca k4nser servik, suami selalu tukar pasangan, selain kerap bersalin dan kahwin usia muda…

Nadia Begum Ismail : Tahniah! Anda seorang yang hebat walaupun anda mengambil masa yang terlalu lama untuk bertindak. Tapi anda dah buat keputvsan yang baik untuk anda dan anak – anak. Saya doakan anda terus kuat dan selamat maju jaya. Suami puan macam ustaz Mahadi dalam cerita Nur tu, nampak macam alim ulamak tapi alim alamak rupanya.

Aliah Idris : Tinggi tahap kesabaran Puan, sanggup bertahan hingga anak yang ke-7, suami curang, dipukuI dan mend3rita s4kit akibat perubatan suami. Ya Allah besar dugaannya, semoga Puan diberi Allah kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam mengh4rungi sisa – sisa kehidupan bersama 7 orang anak. Semoga anak – anak Puan menjadi anak yang soleh yang akan menjaga Puan hingga akhir hayat.