Saya banyak kali datang tolong masak untuk makan makan kat rumah mertua. Kemudian semua pulaukan saya, saya bawa diri dekat bucu rumah makan sorang – sorang lepas dah berlemuih tolong masak dan kemas kat dapur.
#Foto sekadar hiasan. Hi. Saya seorang wanita, isteri berumur 28 tahun, suami saya pula 31 tahun. Kitorang diambang perceraian, puncanya banyak. Suami saya liat bagi nafkah untuk saya dan anak. Untuk pengetahuan pembaca, dia kerja offshore. Lagi satu, family dia tak ngam dengan saya.
Nak jadikan cerita, adik ipar saya, perempuan umur 29 tahun, tak boleh move on saya kahwin dengan abang dia. Dia dan suami saya sangat rapat sebelum ni. Malah adik bongsu dorang yang lelaki pun terasa yang abang dia ni tak rapat dengan dia, selalu dengan kakngah dia je.
Sebelum kahwin banyak kali dia tunjuk tak suka dan selalu tarik muka kalau depan saya. Pernah sekali tu, dia cakap saya tak salam dia, dia dah hulur tangan dekat saya. Saya mengaku salah saya tak salam dia tapi saya betul – betul tak perasan pasal tu dan tak nampak pun dia hulur tangan.
Saya selalu terfikir kenapa saya nak buat taktau je dia hulur tangan sebab saya tak pernah ada masalah dengan dia. Sebelum tu, saya pernah je pergi open house rumah mertua, tapi takde siapa pun layan saya, dorang biar je duduk sorang – sorang dan kawan dengan budak.
Sedangkan suami seronok duk borak – borak dengan saud4ra yang lain. Saya diam dan tak cakap pape pun pasal tu. Saya dah boleh agak dia tak suka saya tapi kita ni nak ambik hati bakal keluarga mertua. Tapi itulah, dia selalu bagi alasan saya tak bersalaman dengan dia.
Lepas dah kahwin, tetap sama. Kadang – kadang saya pergi rumah mertua sorang – sorang dengan anak kecik, dia terus lari naik atas tak turun sampai ke sudah. Beberapa kali dah jadi macam ni, saya cuba nak berbaik tapi tak ada peluang sebab dia selalu larikan diri dari jumpa saya.
Lagi memburukkan keadaan, mak mertua dan ayah mertua buat taktau je pasal ni. Katanya hal kecik je. Mungkin ye la kot, ni hal kecik tapi kalau satu family tak suka saya sebab salam – salam tu saya jadi keliru. Masih dikira hal kecik? Sedangkan dorang perasan adik ipar saya tu tak suka saya.
Setiap kali ada adik ipar tu semua akan jadi awkward dan tak bercakap sangat walaupun waktu tu ada majlis harijadi mertua. Jadi janggal dan pelik. Adik ipar saya tu the only girl in family dan single. Saya taktau lah kenapa sampai whole family tak ngam dengan saya sebab dia tak suka saya.
Saya dah bagi macam – macam, pelbagai usaha nak ambik hati dia dan keluarga mertua, tetap sama. Setiap kali bincang pasal ni, dia selalu cakap nak saya ni tunjuk kesungguhan untuk diterima dalam family dia. Saya dah buat macam – macam dah, saya banyak kali datang tolong masak untuk makan – makan kat rumah mertua walaupun dari sebelum kahwin lagi.
Kalau saya tak datang, mak mertua akan call banyak kali suruh datang tolong masak sedangkan saya dah bagitau saya kena kerja hujung minggu. Bila saya datang, saya selalu kena ignore dan bawak diri kat bucu rumah makan sorang – sorang lepas dah berlemuih tolong masak dan kemas kat dapur.
Akhirnya saya nekad untuk bincang hal ni dengan keluarga mertua, masa tu semua tu marah dan salahkan saya pasal tak salam adik ipar saya. Pasal kejadian yang dah lama tu. Dorang juga marah pasal saya tak cakap terima kasih pada mereka lepas majlis kahwin kitorang.
Saya pun blur masa tu, masa kahwin kitorang gabung majlis dua beIah pihak, nikah dan sanding hari yang sama. Mana sempat nak fikir nak buat semua benda sebab saya in charge everything untuk majlis kami sebab suami saya kat offshore.
Jadi saya terlepas nak berterima kasih pada keluarga mertua selepas majlis tu. Tapi kakak saya yang tolong wakilkan saya untuk terima kasih kat dorang. Ayah dia pulak siap marah – marah cakap dia rasa benci, dia rasa marah tengok muka saya.
Dia marah saya sebab saya tak senyum masa salam dia waktu dia datang rumah. Untuk kes ni pulak, anak saya baru discharge dari HDU sebab pneumonia. Saya jaga sorang sebab suami saya takde. Saya penat dan str3ss.
Tambahan pulak masa tu, suami saya buat per4ngai pinjamkan duit kat perempuan lain tanpa bagitau saya dulu. Bila saya dapat tahu dan dia masih tak mengaku. Jadi saya emosi saya memang tak stabil waktu tu. Tu punca ayah dia marah dan benci dekat saya.
Sekarang saya dah penat dengan keluarga mertua dan suami. Banyak yang saya terasa hati dan pendam. Bila saya luah, dia tak pernah nak ambik berat dan selalu cakap sudah lah tu. Saya str3ss dengan kerja dan jaga anak sorang – sorang. Saya takde support system.
Suami saya pulak liat nak bagi nafkah, baju raya memang saya pakai duit sendiri untuk beli sejak kahwin ni. Duit belanja kebanyakan saya pakai duit sendiri. Kadang – kadang duit groceries dan beli makan pakai anak saya pun saya pakai duit gaji saya sendiri.
Setiap kali saya mintak dengan suami saya, dia selalu buat muka dan menyampah dengan saya. Alasan dia, dia takde duit nak bagi dekat saya. Saya selalu mintak nafkah dari dia, akhirnya kitorang akan selalu berg4duh pasal tu.
Saya membesar dalam br0ken family, saya ingatkan mertua akan terima saya jadi sebahagian dari keluarga mereka jugak tapi tidak. Suami saya pulak selalu self centered dan tak kisah pasal saya. Masa family dia marah dan cakap macam – macam kat saya, dia diam je kat sebeIah.
Saya sedih jadi bila family dia buat macam ni kat saya dan suami saya takde pun nampak nak defend atau protect saya. Saya sorang – sorang kena att4ck dari his family. Doakan saya kuat dan boleh besarkan anak saya dengan happy dan sempurna. Harapnya ni lah jalan terbaik untuk saya terus happy dan become a better mom for my baby, thank you. – Tun Teja (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet:
Salina Gunawi : You dah ada anak jadi focuslah untuk besarkan anak. Suami boleh ditukar ganti jadi buatlah keputusan yang bijak. Terpulang kalau masih nak simpan suami tak guna tu. Hidup berkeluarga ni perIukan committment bukan hubungan touch dan go. Fikir – fikirkanlah.
Sherry Na : Per4ngai biasa lelaki yang jadi suami zaman sekarang. Culas bagi nafkah. Bawak per4ngai masa bujang dalam rumahtangga. Takde sifat ihsan dan empati pada isteri. Kahwin sebab ape pun tak tahu lah. Contoh suami yang tak berkualiti. Sangat ramai sekarang ni. Perempuan sekarang kena bijak pilih suami. Kadang – kadang better single je daripada terjebak dengan suami per4ngai macam hareyy gini.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.