Setiap pagi baby Ros dihantar dengan naj1s yang dah kering, pernah jugak sampai bocor ke seluar. Mak dia kata tak perasan

Tilam tak ambil, disuruh tinggalkan sahaja di rumah kami sampai kekuningan. Botol susu juga dikutip seminggu sekali dan bila datang semula pada hari Isnin, putingnya berkerak dan busuk. Belum lagi tuala yang tidak ditukar seminggu dan berbau hapak. Seminggu berada di dalam beg yang sama. Tapi lain pulak dengan sorang lagi ibu…

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Nama aku Melur, baru habis belajar dan sekarang dalam proses mencari pekerjaan. Buat sementara waktu ni aku membantu ibu untuk menjaga anak asuhannya seramai 4 orang. Ibu memang sejak dulu mengasuh dan pekerjaan tersebut sudah sebati dengan dirinya walaupun anak – anak telah bekerja.

Penat kami melarang dan menyuruh ibu berehat saje tetapi langsung tidak diendahkan. Dalam keempat – empat anak asuhan ibu ini, bermacam ragam ibu bapa mereka yang aku temui. Dan sepanjang aku membantu ibu, aku pun tidak faham kenapa ibu masih meneruskan pekerjaan mengasuh ini.

Anak pertama kami panggil Ros (bukan nama sebenar). Ros berumur setahun. Dia adalah anak asuhan ibu yang paling baru dan ibu mengambilnya atas dasar kasihan. Setiap pagi Ros dihantar dalam keadaan belum mandi dan yang paling menjengkelkan, setiap hari Ros dihantar dengan naj1s yang telah kering di punggvng.

Kadangkala tembus sampai seluar dan terkena tangan ibu atau aku yang mengambilnya di pintu. Pada aku, mereka mengambil kesempatan pada ibu. Setiap pagi datang tidak pernah mandi dan baju yang sama yang kami pakaikan petang semalam.

Upah yang ibu kenakan hanyalah RM350 sebulan tanpa mengira lebih masa, waktu atau umur. Dahulu hanya RM300, tetapi sejak kenaikan harga bahan mentah ibu menaikkan sebanyak RM50 dan itu pun mereka mengeluh mengatakan terlalu banyak.

Untuk pengetahuan anda, segala barang – barang makanan dan keperluan mereka dibeli oleh ibu kecuali susu dan pampers. Makanan ringan seperti aiskrim dan roti juga dibeli oleh ibu. Itu tidak termasuk sabun mandi, sabun basuh baju dan lain – lain.

Sabun baju? Ya, baju juga dibasuh oleh ibu sekiranya ada yang comot atau terkena naj1s. Dalam ramai – ramai, aku cukup puji Kak El walaupun pada awalnya aku tidak begitu sukakan dia. Dia bekerja di Mall dan waktu bekerja 10 pagi sehingga 8 malam.

Sabtu ahad juga bekerja, hanya cuti pada hari biasa. Bayaran sama seperti anak – anak yang lain yang ibu mereka hantar pada waktu office hour. Tetapi apa yang aku perhatikan, anaknya yang kami panggil Ahmad tidak pernah datang dalam keadaan tak mandi.

Setiap pagi datang dalam keadaan wangi dan bersih. Dia juga melarang ibu untuk membasuh baju Ahmad dan makanan Ahmad juga dimasak dari rumah. Segala keperluan lain seperti sabun termasuklah sabun pencuci botol dan berus botol disediakan oleh Kak El.

Snek tambahan juga diberi oleh Kak El seperti biskut, nestum dan oat. Barang – barang Ahmad juga sentiasa rapi tersusun di dalam beg. Beg baju kotor juga diberi dua jenis, basah dan kering. Beg basah untuk pakaian yang comot atau terkena naj1s Ahmad.

Pada aku Ahmad bertuah mempunyai ibu dan bapa yang begitu rapi dan teliti. Selalu aku tengok status whatsapp Kak El, suaminya rajin membantunya di rumah. Adakah mungkin sebab tu segalanya tentang Ahmad nampak sempurna?

Pernah juga aku dengar para ibu yang lain berkata, dia boleh lah masuk kerja pukuI 10. Kami pukuI 8 nak mandi pun tak sempat. Balik dah penat. Ketika itu ibu memberitahu salah seorang ibu anak asuhan bahawa anaknya suka makan makanan Ahmad berbanding makanan yang dimasak ibu.

Mana taknya, makanan Ahmad berbagai bentuk dan warna. Rasanya tawar, tetapi mungkin anak yang lain tertarik dengan warna makanan tersebut. Bila difikirkan semula apa bezanya masuk pukuI 8 dan balik pukuI 5, serta masuk kerja pukuI 10 dan balik pada pukuI 8?

Masuk lambat, balik lambat, masuk awal, balik awal. Ada cuti tetap lagi pada Sabtu dan Ahad. Nak kata ramai anak, semua pun anak pertama. Cuma beza umur sahaja dan Kak El yang paling muda antara mereka. Kak El juga bukan memasak makanan biasa – biasa untuk anaknya.

Hidangan lengkap tengahari, minum petang dan malam. Segalanya dibuat sendiri termasuk kek, donut dan nugget. Segalanya berwarna – warni. Dari perkongsiannya juga, lauk untuk dia dan suaminya juga dimasak oleh Kak El pada setiap pagi.

Setiap minggu juga dia akan mengutip tilam dan mainan Ahmad untuk dibasuh. Botol susu diambil setiap hari. Ketika ibu membuat jamuan raya beberapa bulan lepas, semua ibu bapa dijemput. Ada seorang ibu menegur Kak El, cuti seminggu balik malam bila nak jumpa anak?

Try lah minta kerja kerajaan, senang sikit. Lagipun ada Degree laki bini. Kak El hanya berkata belum ada rezeki. Tetapi aku juga tidak pasti jawatan Kak El dan suaminya di kedai tersebut kerana mereka kelihatan senang dan stabil.

Jika terdapat apa – apa kec3masan juga mereka cepat datang untuk mengambil Ahmad dan jika Ahmad demam mereka mengambil cuti bergilir dan kadangkala sehingga seminggu sehingga Ahmad sihat. Aku bukan nak membandingkan, tetapi pada aku semua ibu bapa hendaklah saling bekerjasama untuk memastikan kebajikan anak – anak sentiasa terjaga dan bukan hanya meletakkan 100% kepada pengasuh.

Tilam tidak diambil, setiap minggu disuruh tinggalkan sahaja di rumah kami. Kadang – kadang ibu yang membasuh tilam tersebut kerana sudah kekuningan. Botol susu juga dikutip seminggu sekali dan bila datang semula pada hari Isnin, putingnya berkerak dan busuk.

Belum lagi tuala yang tidak ditukar seminggu dan berbau hapak. Seminggu berada di dalam beg yang sama. Mungkin ibu sudah lali, jadi dia tak rasa apa – apa tetapi aku yang baru menceburi bidang ini walaupun celup – celup, memang angkat bend3ra merah.

Per4ngai anak – anak high demand atau nakal bukan isu, tetapi per4ngai ibu bapa yang tidak mengambil endah akan anak – anak membuatkan aku rasa rimas dan pening. Pesanan aku kepada semua ibu bapa, curilah masa anda dengan anak – anak.

Ambil peluang, mereka kecil cuma sekali. Walaupun aku belum menjadi ibu, tapi aku yakin para ibu bapa boleh menguruskan masa dengan baik sekiranya saling bekerjasama. – Melur (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Sakura Miyuki Sakura : Mak aku cakap kalau hantar anak kat pengasuh elok biarla anak tu bersih kalau tak mandi pun tukarla pampers dengan baju sebab nanti ko janganla marah pulak kalau amik anak ko balik keje tengok anak ko comot – comot pampers tak tukar sebab kalau dengan anak sendiri pun malas lagi malas orang nak jaga anak ko.

Noor Ain Osman : Saya sebagai ibu rase segan sangat hantar anak pagi – pagi kalau tak mandi. Tak tahu kenapa. Start umur dia setahun lebih saya ajar dia mandi pagi – pagi. Pakai wangi – wangi sebelum pergi umah pengasuh.

Makanan saya tak masak, tak semempat. Tapi hari – hari singgah gerai tepi jalan beli bubur dan kuih untuk dia dan kawan – kawan. Mandian saya bagi setiap bulan. Cuma ubat dan berus gigi je dua bulan sekali baru ganti. Saya taktau saya mak bapak yang bagus ke tak tapi alhamdulillah pengasuh saya seorang yang sangat baik. Jaga anak saya dari kecik sampai sekarang.

Nur Syafani : Saya syukur sebelum saya ada anak, adik saya bekerja di tadika. Jadi bila dia balik kerja selalu dia cerita sikap mak ayah yang tak teliti dalam penjagaan anak – anak. Jadi bila saya ada anak, saya belajar untuk tak susahkan pengasuh.

Takda isu mak ayah keja waktu mana, bangun waktu mana untuk urus anak. Semuanya atas kita antara nak dengan tak nak. Saya kerja shif. 3 pagi dah bangun siapkan makanan baby. PukuI 5 pagi saya dah mandikan baby.

PukuI 6 pagi dah hantar baby ke rumah pengasuh. Saya mandikan baby pagi – pagi orang kata tak elok. Baby sejuk, mudah batuk, selsema. Alhamdulillah, baby saya sihat. Jarang selsema mahupun batuk. Ini kisah 10 tahun lalu la.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.