Saya dah tua, dah bercucu dah pun. Impian saya untuk berbulan madu selepas anak – anak besar tak sama dengan impian suami. Suami rupanya berimpian untuk berbulan madu dengan isteri yang muda, tegang, bergetah.
#Foto sekadar hiasan. Salam buat semua pembaca.
Cuma luahan perasaan. Pada mereka yang suka sangat bagi cadangan pada penulis,
“Ala, cerai je la. Tak guna hidup dengan orang tak guna, Bahagia kot hidup dengan anak – anak.”
Itu ayat mudah pada orang tak pernah rumahtangganya dilanda geIora besar pabila dia bercakap besar tentang masalah orang.
Berpisah dan bercerai tu tak semudah kata – kata ye. Tak ada orang dalam dunia ni tak nak hidup dengan pasangan mereka.
Lihat sahaja Nabi Adam AS yang duduk di syurga, yang ada segala – galanya. Tapi masih inginkan peneman atau pasangan iaitu dalam hidupnya. Sebab apa? Sebab sunyi. Sebab ingin berteman. Sebab bahagia berkongsi segala. Tua ke muda ke, rasa sunyi tu beza antara bersama dengan anak dan bersama dengan pasangan.
Iya. Saya tua. Umur dah 46 tahun. Dah ada cucu pun sebab kahwin dulu pun masa umur 19 tahun.
GeIora rumahtangga bermula bila suami yang tercinta menyintai wanita muda yang lain. Masa saya tengah sibuk uruskan perkahwinan anak pertama kami. Sedih tu memang sedih. Tapi mudah je orang kata. “Ala, da tua. Buat ape juga nak susah kan hati tu. Kubvr pun kata mari. Hidup je la dengan anak – anak”
Macam la anak tu nak hidup dengan kita selama – lamanya. Dia pun nak juga hidup sendiri. Tak ada anak yang nak meIekat bawah ketiak mak sampai m4ti. Akhirnya anak – anak bawa juga haluan sendiri. Anak – anak redha bila ayahnya memilih wanita itu.
Sebab tak tahan melihat saya diherdik sepanjang masa sejak hubungan suIit dia diketahui.
Saya? Saya memilih untuk tetap dengan keputusan untuk terus hidup dengan status isteri. Kerana apa? Kerana saya masih ingin suami sebagai pasangan hidup saya.
Orang yang melihat akan kata “Tak ade beza pun makcik kahwin ke tak, suami makcik bukan duduk dengan makcik pun, dia sibuk dengan bini muda dia.”
Nak tahu apa rasa bila kita dah memang hidup selama 27 tahun bersama dengan orang yang sama. Dari muda ke tua, dari rambut hitam ke rambut putih, dari susah hingga senang, dari anak masih bayi sampai dah besar dan kawin, tapi terp4ksa pilih untuk tinggalkan semuanya. Tak mudah. Awak yang hidup sebelum kawin, dengan mak bapak awak selama 27 tahun pun, belum tentu boleh terima kalau orang kata “Tinggalkan je mak bapak awak tu”.
Rupanya impian saya untuk berbulan madu selepas anak – anak besar tak sama dengan impian suami. Suami rupanya berimpian untuk berbulan madu dengan isteri yang muda, tegang, bergetah.
Iya saya tua. Tak ada siapa yang faham perasaan saya. Baik anak – anak, baik orang luar yang melihat. Semua kata “Baik je saya hidup sendiri”. Mungkin anda masih lagi muda. Jadi tak nampak semua ni sebab rasa anda boleh kawal rumahtangga anda sekarang. Tapi ianya akan berbeza bila anda berada di situasi dan usia saya.
Jadi, berhati – hati bila berkata – kata. Muda anda tak lama. Sebab bila kita salah cakap, Allah akan uji kembali pada anda dengan kata – kata anda. D0sa dengan Allah boleh terampun dengan taubat nasuha. D0sa dengan manusia hanya akan terampun jika anda dimaafkan oleh manusia tu juga.
Komen Warganet :
Devreny Debra Disin : Kalau yang kaki pukuI, kaki dad4h, kaki batu, raja segala kaki, memang saya nasihat cerai ja makcik. Buat apa nak hidup dengan orang macam tu. Tapi kes makcik ni lain sikit, lebih baik buat benda – benda yang mengembirakan hati makcik walaupun tak cerai. Pergi kepada anak – anak masa ada masa lapang. Yang penting jaga kesihatan mentaI dan diri juga.
Nor Hasliza : Setiap orang punya masalah dan pandangan yang berbeza kalau yang hidup terlalu berg4ntung dengan suami memang tak sanggup nak hidup sorang – sorang tapi kalau yang jenis berdikari, boleh je hidup atas kaki sendiri.
Pokok pangkalnya berdoa banyak – banyak dan cakap yang baik – baik je. Anggap setiap ujian yang mendatang, ada hikmah disebaliknya. Allah sebaik – baik perancang.
Zamzarina Mohd Nawi : Mak kami hidup dalam status J dari umur macam makcik dengan anak ramai, besar anak sorang – sorang. Ramai yang masuk meminang tapi mak kami tolak. Ramai jugak yang mengata mak kami sebab J. Dari tahun 1998 hingga la ni mak kami hidup dengan status J. Bahagia je, mak nak pergi mana anak bawak.
Saya sayang mak saya sebab tiada pilih kasih antara kami adik beradik. Kami juga tak marah kalau mak kami nak kahwin lain tapi mak kami tak nak, katanya senang dia nak buat amal ibadat kalau ada program dia pergi dengan kawan masjid dia. Mak kami pilih bahagia dengan cara dia sendiri. Moga bahagia milik mak cik jugak.
Rozanalita Kamis : Terpulang kepada diri sendiri. Ada orang nak move on bila suami dah curang dan pilih wanita lain. Ada orang yang masih nak tunggu suami tersebut. Setiap pendapat manusia tak sama. Penilaian manusia juga berbeza – beza.
Kadang – kadang yang muda belum tentu tak MAT4NG dan ada yang dah tua belum tentu berakal. Pokok pangkal diri sendiri. Maaf jika saya di tempat puan, suami saya dah curang dengan isteri, saya pilih move on. Lebih bahagia hidup sendiri tapi itulah jod0h rahsia Allah SWT.
Dah nikah lagi dengan suami sekarang. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Kita jaga hubungan dengan Allah SWT, InshaaAllah, Allah SWT jaga kita, terpulang pada kita. Hidup ni pilihan kita. Tak perlu salahkan orang keliling, salah orang lain beri pendapat..Doa yang terbaik untuk kita semua. Aamiin3 Ya Rabbal Alaamiin
Miyu Ken’ichi : Umur 46 tak ada la tua sangat. Yang lebihnya pada umur itu sudah bercucu, tu yang rasa tua. Apapun suami rasa diri dia muda sebab kahwin muda dan awak rasa tua sebab sudah bercucu. Hak1katnya umur 46 tahun masih ada yang belum kahwin. Umur 46 tahun masih ada yang cantik, jaga muka jaga badan.. tengok je penyanyi persis Ella, Nora dan Ramlah Ram. Cantik kan? Kenapa? Sebab mereka jaga. Awak pun macam tu, boleh je pasang badan, pergi spa tapi awak memilih untuk kekal tua pada umur 46 tahun.
Aku pun 4 siri sebab tu aku berani cakap. So.. bangun! Make up diri, untung anak dah besar – besar jadi tak ade fikir yang kecik – kecik. Apa yang awak fikir itulah yang awak dapat. Fikir untuk cantik, ada duit sikit just beli krim anti penuaan, makan supplement yang ada cop KKM. Buat senaman.
Bukan buat untuk orang lain. Buat untuk diri sendiri. Bangkit untuk diri sendiri. Suami tu biarkan dia terasa muda.. Sebenarnya dia nenempah kesusahan. Nanti awak dah boleh rehat – rehat anak dah besar tapi suami awak sibuk struggIe dengan baby baru.
Jangan tolong dia, biar dia pening kepala sendiri. Siapa suruh tempah masaIah sendiri. Berani buat berani tanggung.