Isteri susah payah pantang dekat kampung dengan anak kecik, suami seronok plan nak dating dengan perempuan lain

Bila aku baca WhatsApp suami dengan perempuan tu, aku jadi kelu. Betul ke suami yang sebaik itu rupa – rupanya curang dalam diam. Aku lihat suami sebagai orang yang paling sempurna malah bak kata orang suami idaman mana – mana wanita tapi tiba – tiba satu malam tu aku tak boleh tidur. Hati meronta – ronta nak cek HP suami padahal sepanjang 5 tahun kahwin tak pernah aku cek HP suami..

#Foto sekadar hiasan. Hai admin, terima kasih sudi siarkan kisah saya. Tak hide profile pun tak apa sebab saya guna fake akaun. Saya di sini just nak meluahkan perasaan dan minta kata – kata semangat daripada semua pembaca sekalian. Selama ini saya hanya jadi pemerhati dan kadang – kadang hati ni terusik tatkala terbaca kisah mengenai kecurangan suami.

Ya, suami saya curang dan bermain cinta ketika saya sedang berpant4ng anak pertama. Suami saya baik, tanggungjawab tak pernah abai ,dengan saya pun baik. Bak kata orang, dialah suami idaman mana – mana wanita. Masa saya berpant4ng pun dia jaga dengan elok dan sudah tentu bagi seorang isteri cinta dan kasih hanyalah untuk suami.

Nak dipendekkan cerita, pada satu malam saya tak lena tidur, puas pejam mata tapi tak lena. Hati meronta – ronta nak cek HP suami. Untuk pengetahuan semua, saya jenis tak suka nak cek HP suami sebab saya percaya sepenuhnya kepada dia. Tetapi malam tu tahu kenapa, saya hack WhatsApp dia. Dia tak tahu saya pandai sebab saya tak pernah bagitahu, saya berIagak macam biasa.

2 hari selepas saya hack, pagi tu saya tengok dia ada WhatsApp seorang perempuan. Cantik orangnya, rindu, sayang, cinta semua dia luahkan pada perempuan itu. Siap planning nak date lagi, tangan saya menggeIetar, tak percaya! Itukah suami saya? Yang saya agungkan selama ini, yang saya serahkn segala cinta dan perasaan? Saya terasa kaku, kaki yang berdiri terasa ingin rebah.

Selepas kejadian saya demam mungkin sebab terk3jut dan part paling best, bila nak balik rumah dia akan maklumkan pada perempuan itu. Saya cukup terIuka, tertekan padahal dalam masa yang sama dia melayan saya seperti biasa. Cuma saya perasan dia agak jarang berbual dengan saya, katanya penat. Rupanya semasa saya balik berpant4ng di kampung meraka pernah berjumpa, bermesej sweet – sweet bagaikn pasangan kekasih.

Mengalahkan WhatsApp dengan isteri sendri. Petang tu, bila dia balik kerja saya berlagak seperti biasa sedangkn hati mer0nta – r0nta ingin bertanya. Nak marah? Buat apa. Nak m4ki hamun? Malam tu masa dia sedang tidur saya tenung dia puas – puas, wajah insan yang saya cintai selama 5 tahun lamanya, berjanji akan setia hingga ke akhir hayat namun tertewas jua. Saya tersenyum dalam tangis. H4ncur hati tiada siapa tahu.

Esoknya, saya mengambil keputusan untuk membawa diri. Entah ke mana saya pun tak tahu, bersama anak yang masih kecil. Air mata tak henti – henti mengalir. Kemudian ada kawan tumpangkan, bukan tidak mampu untuk bersua muka denganĀ  dia, namun saya tak boleh lihat wajahnya. Wajah yang berIagak baik sedangkn dalam hati penuh kecurangan, penuh penipuan.

Bila dia balik kerja, saya dah tak ada. Dia merayu dan menangis, berjanji tidak akan buat lagi. Pada tuhan jugalah saya mohon diberi kekuatan hati. Saya solat minta doa bersungguh – sungguh supaya tuhan bagi saya ketabahan. Saya pandang wajah anak, saya jadi sayu, saya peIuk anak, air mata saya menitis lagi. 3 hari lamanya saya pergi, saya izinkan dia berkahwin dan lepaskan saya. Sungguh saya tak marah, kekasih gelap dia pun saya tak ada hati nak sound.

Saya jadi spechless, tak percaya dengan apa yang berlaku. Dia janji kalau peluang terakhir ini dia sia – siakan, terserah kepada saya apa tendakan saya nanti dan dia cuma bagithu, dia cuma main – main dengan perempuan itu. Ya, cuma main – main, begitu murahnya cintamu sayang, tak semahal semahal cinta yang aku beri kepadamu. Padahal kamu ada di sisi semasa aku bert4rung nyawa melahirkn zuriatmu dan kamu berjanji di hadapan anak kita yang baru lahir untuk terus dan tetap setia bersama aku.

Tuhan bukakan pintu hati saya untuk beri peluang kepada dia, demi anak. Sungguh, hati saya tawar luaran nampak saya senyum tapi hati saya sungguh dah tiada, kasih sayang yang menggunung telah tiada. Kepercayaan sepenuhnya telah tiada, yang ada hanya jasad, jasad yang akan sentiasa tersenyum padamu wahai suami. Setiap masa, saya teringat segala perbualan mereka di WhatsApp p3rit saya nak lalui dan lupakan, saya tiada menyimpan dend4m.

Saya serahkan segalanya kepada tuhan, tuhan ingin sedarkan saya, betapa saya mnyayangi makhluknya, jangan pernah mendahului cinta dan kasih kepada Maha pencipta.

Kepada suami – suami di luar sana, saya ingin berpesan, jagalah hati isterimu. Lebih lagi ketika mereka sedang berpant4ng kerana masa inilah em0si mereka tak stabil. Kalau tak kuat iman boleh jadi mer0yan. Janganlah hanya kejarkan keseronokan semata, jangan pernah lupa siapa yang ada di sisimu saat kau lemah, saat kau rebah, tak punya siapa dan tiada apa.

Memaafkan ya, saya telah maafkan tapi saya tak pernah melupakan. Jangan panggil saya dengan panggiIan sayang sebab panggiIan itu terlalu murah bagi awak. Maafkan saya jika sudah tiada kemanisan dalam cinta kita. Saya telah cuba beri yang terbaik.

Semoga masa mampu merubah segalanya.

Komen Warganet :

Yanie Mamanya Audy : Kisah akak hampir 100% sama apa yang saya lalui dulu. Percaya suami, agungkan dia dan banggakan dia tapi hak1katnya tak sama. Sekarang rasa percaya saya dah tak full macam dulu – dulu waktu pertama berkahwin. Walaupun suami dah berubah, depan sayalah. Tak tahu kalau kat belakang saya. Kata maaf takkan datang 2 kali. Pandai – pandailah jaga hati ku.

Riana Mansor : Sama kisah kita sis. Saya mengandung anak kedua lagi bekas suami buat hal. Dengan 2 orang plak tu. Sorang tu sampai mengandung. Tapi sungguh saya tak ser4ng pun pompuan tu. Tapi saya bagi peluang kedua sebab fikir anak – anak.

Pastu dua bulan je dia sia – siakan. So saya failkan cerai. Now dia makin mer4na. Saya plak makin bertambah tabah. Kehidupan kan..

Fairus Zainal Abidin : Saya rasa apa yang pernah saudari lalui, memaaf adalah benda terindah. Mungkin tidak melupakan semua, sesekali akan teringat. Tapi kita ingat Allah itu sentiasa ada bersama seorang isteri yang banyak berk0rban untuk suami….

Fuziah Hamim : Akak… Ramai yang masih mengharap gelaran isteri. Akak telah memilikinya. Pertahankan sekuatnya. Setiap rumahtangga pasti diuji. Kuatkan hati. Setia bagaimana pon, hati suami bukan punya isteri. Tetap Allah pemilik mutlaknya.

Panjangkan doa agar Allah berikan yang terbaik untuk akak, suami, anak dan seluruh seisi keluarga. Semoga yang baik – baik untuk akak sampai bila – bila.

Nurul Syahida Adnan : Apa yang sis aIami ni, inilah yang aku teruskan dah 14 tahun pun aku teruskan permainan ni. Hanya kerana anak, tapi tiada dah kemanisan dalam rumah tangga. Hanya mampu untuk sabar demi anak – anak. Walaupun pengkh1anatan itu berlaku pada awal perkahwinan lagi dan terus berlaku hingga anak ke-3. Bukan tak mampu untuk mengundurkan diri.

Bukan sekali malah ini merupakan yang terakhir untuk kerana bila jadi lagi, kami tak mungkin akan bersama lagi. Untuk kali terakhir dalam hidup aku, aku dah jadi terlalu keras hati, dia masih aku hormat sebagai suami tapi hanya untuk tanggungjawab. Selebihnya tidak lagi. Mesej? Col? Memang tak pernah lagi hanya bila anak ada masalah kesihatan. Aku boleh jaga diri aku sendri, diri anak – anak, aku hanya tak mahu anak lelaki aku jadi hilang hormat pada ayah mereka, anak perempuanku dah mat4ng dalam masalah aku dan suami.

Semoga anak aku tak jalani hidup seperti aku. Aku mohon ampun kepada suami ku jika dia tak merasai lagi kemanisan cintaku, kerana dia yang mem4tikan rasanya, aku minta maaf suamiku kerana aku tak mampu untuk menyayangimu seperti dulu kerana sayangku agung untuk yang berhak. Kini hanya mampu ikhlas dan redha dengan segala ketentuan ilahi. Perempaun jika dah move on, dia tak akan simpan sekelumit pun perasaan tu. Malah, dia akan jadi lebih berdikari walaupun dia ada lagi suami d sisi… ITULAH AKU…..