Sempat dua hari bergelar ‘Datin Sri’, aku nekad call bekas isteri suami. Dia suruh aku cek dekat SUK. Palsu!

Tak sangka Dato’ Sri nak kahwin dengan aku. Baru kenal tapi dia dah hadiahkan kereta mewah 2ndhand. Walaupun aku ni isteri kedua, dia cakap aku boleh guna title Datin Sri. Peliknya masa hari nikah, suami aku buat majlis dekat hotel tapi takde tetamu. 2 hari lepas kahwin suami hilang, dia sempat pinjam duit aku 20k!

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin kerana sudi siarkan. aku sebetulnya berkali – kali fikir sama ada mahu menulis tentang kisah ini atau tidak. Takut disalah tafsir. Takut juga dik4ta melepas d3ndam. Tetapi demi kebaikan perempuan – perempuan yang mudah terg0da di luar sana, aku buat keputvsan untuk teruskan menulis tentang suami aku iaitu seorang ‘Dato’ Sri jadian’.

Aku Rin, berusia awal 30-an. Bekerja di sektor swasta. Ada dua anak daripada perkahwinan terdahulu. Sekian lama menjanda, hati aku terbuka untuk menerima cinta seorang yang bergelar Dato’ Sri. Dia berusia 50 tahun.

Ceritanya begini. Penghujung tahun 2020, ada seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Dato’ Sri BB (BB stand for Big Boss). Dia datang ke tempat aku bekerja kerana urusan perniagaan. Dari mula pandangan pertama aku sudah tahu dia tertarik dengan aku, lebih – lebih lagi apabila dia tahu status aku sebagai ibu tunggal.

Dan kemudian dia sem4kin kerap ke tempat kerja aku. Kerap memberi jambangan bunga yang bukan murah harganya. Hari demi hari kami m4kin rapat. Jika berjauhan sentiasa berwhatsapp rindu – rinduan. Hinggalah satu hari dia membuat k3jutan memberi aku sebuah kereta yang agak mewah jenamanya.

Tetapi kereta terpakai sahajaIah. Tetapi sangat cantik di mata aku. Hati sudah terg0da dengan kemurahan hati Dato’ Sri. Hati sudah terpaut. Almaklum orang kaya. Takkan la ibu tunggal macam aku nak tolak pula. Aku dah berangan untuk hidup mewah dan sudah pasti masa depan anak – anak aku juga cerah.

Aku tak mahu hidup susah lagi. Aku betul – betul impikan dahan berpaut yang kukuh dan rimbun. Aku sanggup tolak lamaran rakan sekerja yang ikhlas mahu memperisterikan aku (aku dan rakan sekerja tu memang dah ada hubungan teman tapi mesra)

Sebelum itu, DSBB dah berterus terang dengan aku. Dia sudah beristeri. M4kin cair hati aku melihat kejujurannya. Isterinya bernama Faridah, bekerja sebagai pembantu kIinik. Sampai sekarang Faridah masih bekerja kerana Dato’ Sri BB kata Faridah bosan duduk di rumah.

Masa tu dah rasa hairan juga, kalau bosan kenapa tak bukak butik ke, spa ke untuk level – level orang kayangan, kan. Mereka sudah 5 tahun berkahwin tetapi tiada anak. Mesti pembaca hairan kenapa dia baru 5 tahun berkahwin sedangkan dia sudah berusia 50 tahun.

Sebenarnya dia pernah bernikah sebelum itu dengan seorang guru bernama Kak Anne. Dengan Kak Anne, dia ada 3 orang anak yang sudah besar dan dah berkahwin semuanya. Mereka bercerai kerana Kak Anne tak sanggup bermadu.

Itu menurut cerita dialah. Dalam ceritanya dia mengutuk Kak Anne sebab sanggup tuntut fasakh hanya kerana tidak mahu berpoIigami. Sedangkan perkahwinan mereka sudah mencecah puluhan tahun. Dato’ Sri memang tak akan lepaskan Kak Anne dengan taIak sebab katanya masih sayang pada Kak Anne dan anak – anak. Sebab tu Kak Anne tuntut fasakh.

Aku pun ikut mengutuk sama sebab bagi aku memang betullah tu Kak Anne salah. Kenapa nak bercerai sedangkan suami kaya raya. Pasti mampu sara banyak keluarga. Dalam Islam poIigami tak salah kalau suami mampu, kan.

Lagipun mestilah aku sokong Dato’ Sri BB kerana aku sudah cinta m4ti kat dia, aku sanggup serahkan segalanya untuk dia. Yang penting dia akan jadi suami aku. Dan dia yakinkan aku bahawa Faridah pasti akan terima aku, sebab dulu Faridah pun berkahwin dengannya ketika dia masih suami Kak Anne.

Takkan Faridah nak marah pula sebab dia pun sama juga ambil suami orang. Hati aku kembang berbunga – bunga. Dia kata aku pun akan digelar Datin Sri juga nanti kerana hak setiap isteri adalah sama. Aku dah berangan sambil memejam mata.

Orang akan panggil aku Datin Sri. Fuhhh…tak pernah sangka hidup aku akan berubah sampai tahap itu. Tubuh aku pasti akan bergemerlapan dihiasi intan berlian. Pakaian aku mestilah berharga puluhan ribu hasil tangan pereka terkenal.

Menurut Dato’ Sri, dia ada jet peribadi yang boleh bawa aku ke luar negeri holiday dan shopping. Dia ada kapal mewah juga untuk berlibur. Banyak gambar pesawat peribadi dan kapal mewah dia tunjukkan, Wahhh….aku benar – benar terpesona.

Dato’ Sri BB (lepas ni aku akan tulis DSBB sahaja) juga sangat gentleman. Dia sanggup berjumpa ibu dan ayah aku berterus terang untuk mengambil aku menjadi isteri. Dia juga memberikan sejumlah wang yang banyak kepada ayah aku.

Ibu dan ayah aku turut gembira kerana berpendapat aku bertuah dapat memik4t VVIP yang kaya raya. DSBB turut berjanji akan renovate rumah ibu bapa aku menjadi sebuah banglo indah. Anak – anak aku juga sudah mula menerima DSBB kerana mereka gembira melihat aku gembira.

Dan DSBB juga tidak lokek memberi mereka duit tunai yang banyak setiap kali berjumpa. Rm100 seorang dah terlalu banyak bagi budak – budak. DSBB juga menunjukkan beberapa artikel tentang dirinya di google. Juga beberapa video sedang ditemuramah oleh wartawan di YouTube.

Memang lengkap namanya siap dengan gelaran YBhg Dato’ Sri. Dan gambarnya sangat bertokoh dan jelas terlihat bagai jutawan. Cuma video ketika ditemuramah itu agak aneh kerana host bertanya dalam Bahasa Inggeris, tetapi dia menjawabnya seperti membaca buku teks, dalam Bahasa Melayu pulak tu.

Seperti dah dikarang lebih awal. Tapi tak apalah. Yang penting dia betul – betul kaya dan berpangkat. Bukti sudah jelas di sosiaI media. Bangga betul aku apabila menjadi pilihannya. Aku tak kesah pun jadi isteri kedua.

Maknanya sekarang, Faridah isteri pertama dan aku bakal jadi isteri kedua. Kalau dulu Kak Anne isteri pertama dan Faridah isteri kedua. Harap pembaca faham dan tak rasa berbelit hehehe. Tidak berapa lama kemudian, DSBB mengatakan segala urusan pernikahan kami telah siap diatur.

Aku agak hairan, bukankah urusan pernikahan banyak halnya. Sepatutnya ada kursus nikah, ada ujian HlV, ada sekian banyak borang perlu diisi. Untuk berpoIigami pastilah lebih sukar prosedurnya. Bila aku suarakan kemusykilan aku, dia kata sayang jangan risau.

Abangkan VVIP, semua orang di pejabat agama hormat abang dan mudahkan urusan abang. aku fikir, betul juga. Aku pun bersedia apa yang patut. Beli baju nikah. Beli baju cantik untuk keluarga juga. Semua DSBB sponsor.

Pada awal Febuari 2021, aku dan keluarga datang ke sebuah hotel untuk majlis akad nikah. Di sana, tuan imam dan saksi telah menunggu. Aku juga turut menandatangani borang yang disediakan. Suasana dewan agak suram kerana tiada orang kecuali aku dan keluarga aku (DSBB sewa satu dewan hanya ruangan kecil hotel).

Tiada sebarang majlis makan – makan. Hanya ada akad nikah di kerusi yang tengah – tengahnya meja. Tiada sebarang hiasan atau pelamin. DSBB kata tak sempat nak tempah semua tu. Ayah aku menjadi wali. Gembira bukan kepalang apabila aku sudah sah menjadi isterinya. Bertuahnya aku kan.

Betul – betul tak sangka ibu tunggal macam aku boleh jadi isteri jutawan. Biasanya VVIP suka pik4t artis perempuan muda yang cun melecun. Tetapi sebenarnya penampilan aku macam artis juga, aku cantik, kulit putih melepak.

Rambut sentiasa bertukar warna. Berpakaian agak daring dengan sedikit terdedah terutama bahagian d4da dan gemar memakai skirt atas lutut. Memang itu kehendak karier aku sebagai penyambut tetamu di syarik4t korporat ini.

Perlu sentiasa kelihatan moden, elegant dan up to date dengan fesyen. Aku sedia dikecam untuk part ini. Doakan aku dapat menjadi lebih baik selepas ini. Berbalik kepada pernikahan tadi, akulah isteri terbahagia. Tetapi tidak lama.

Dua tiga hari selepas itu, DSBB bagitahu aku Faridah dan keluarganya sudah tahu tentang pernikahan kami. Dan DSBB mohon berikan dia masa untuk betulkan keadaan. Dia nak pujuk Faridah. Kerana Faridah sudah meng4muk tak ingat dunia.

Aku ada juga menerima messenger daripada seseorang yang marah – marah dan m4ki hamun aku. Pasti itu Faridah gunakan acc fake. Sebab real acc dia DSBB suruh aku block sejak kami mula bercinta. Aku terfikir juga, kenapa Faridah meng4muk teruk sangat.

Kata DSBB, Faridah benar – benar terIuka dan s4kit dengan pernikahan kami. Ehh, bukankah dulu dia ganggu rumah tangga orang juga. Pasti Kak Anne juga mer4na seperti dia. Kenapa bila dia dimadukan, dia meng4muk pula.

Dan DSBB kemudiannya tidak muncul lagi. Takut betul dia dengan Faridah dan ibu bapa Faridah. Aku ada whatsapp DSBB, dia masih suruh aku sabar. Kerana masih lagi di fasa memujuk Faridah dan keluarganya. Pada bulan Febuari dan Mac dia masih ada transfer duit kepada aku tetapi tak banyak.

Bulan April dia minta aku transfer 20k kerana katanya ada masalah dengan payment projek. Dia janji akan bayar semula minggu hadapannya. Aku tanpa berfikir panjang terus transfer. Ya lah, suami sendiri kan. Aku memang ada duit simpanan untuk pendidikan anak – anak.

B0dohkan aku. Sebab dia sangat bijak memujuk. Bulan berganti bulan, masih tiada sebarang nafkah. Duit 20k aku juga tidak diganti. Aku sudah hilang sabar kerana nafkah zahir dan batin sudah berbulan – bulan tidak diberi.

Kereta yang dia hadiahkan juga sudah ditarik kerana sudah berbulan – bulan tidak bayar ansuran. Bayangkan kami bercinta bagai nak rak selama dua bulan. Tapi hidup sebagai suami isteri cuma dua hari. Aku whatsapp DSBB kenapa buat aku macam ni.

Dia jawab keluarga Faridah p4ksa DSBB ceraikan aku, jika tidak repot polis akan dibuat. Aku hairan, takkan sebab berpoIigami kena repot polis. Dia kata ada sebab lain. Susah nak explain. Dan kemudiannya dia ceraikan aku melalui whatsapp sahaja.

Aku screensh0t lafaz cerai tersebut untuk bukti pengesahan cerai di mahkamah nanti. Aku pergi ke pejabat agama untuk failkan pengesahan ‘cerai melalui whatsapp’ tersebut. Alangkah terk3jutnya aku apabila pegawai di pejabat agama mengatakan dokumen yang aku tandatangan di hari pernikahan itu adalah dokumen palsu.

Pegawai itu bagitahu, banyak kes perkahwinan sindiket yang gunakan borang palsu, malah sijil nikah palsu juga. Dalam sistem juga tiada nama kami yang bernikah pada tarikh tersebut. Maknanya pernikahan kami tak wujud pun.

Aku whatsapp DSBB kenapa tipu aku buat nikah sindiket. Dengan selambanya dia jawab, nikah kita sah sebab cukup rukun nikah termasuk wali tu ayah kandung. Dan dia mengaku dia menikahi Faridah dulu pun dengan cara yang sama.

Sebab tak mahu bersusah payah ikut prosedur poIigami di mahkamah, yang pastinya Kak Anne takkan bekerjasama. Allahu..aku terus terfikir. Entah – entah aku ini perempuan ke berapa dah yang dia nikahi secara sindiket.

Mungkin Faridah tidak tahu. Ye lah, dah ada team nikah sindiket yang senang – senang aturkan pernikahan tu kan. Apabila aku mendesaknya untuk bayar kembali wang aku, dia terus block aku di whatsapp dan di Facebook.

Aku benar – benar terduduk. Ini kifarah untuk aku sebab terlalu inginkan kemewahan. Terlalu terpesona dengan janji – janji manisnya. Lama juga aku bersedih. Menyalahkan DSBB dan juga menyalahkan diri sendiri. Kasihan ibu ayah aku. Mereka lebih terIuka.

Kemudian, ada kawan aku syorkan supaya hubungi Kak Anne untuk tahu siapa sebenarnya DSBB ni. Aku terus mencari info tentang Kak Anne. Tak susah di zaman semua di hujung jari ni. Sebab DSBB pernah tunjuk gambar anak – anaknya di Facebook Kak Anne.

Aku terus hubungi Kak Anne di Facebook, perkenalkan diri sejujurnya dan Kak Anne memberi nombor telefonnya. Alhamdulillah, Kak Anne layan aku dengan sangat baik. Sebab Kak Anne kata bukan aku yang ganggu rumahtangga dia dulu.

Aku ringkaskan perbualan aku dengan Kak Anne.

Rin : Kenapa dia nampak kaya sangat masa mula – mula nak pik4t aku dulu?

Kak Anne: Dia tu sc4mmer. Akak baru saja dapat surat dari mahkamah ni. Dia dituntut untuk ganti semula duit yang dia tipu sebanyak 4 juta. Penipuan ni dalam bulan Nov 2020.

Masa tu la dia pik4t awak dengan kemewahan tu. Dan sebelum ni banyak sangat surat mahkamah sampai untuk dia hadir perbicaraan dalam kes tuntutan balik duit. Semua surat dia masih sampai ke rumah akak sebab dia masih gunakan alamat akak dalam kad pengenalan dia.

Surat panggiIan pertama, kedua, ketiga semua ada untuk setiap kes. Sebab dia tak pernah hadir pun ke mahkamah. Surat kena halau dari rumah sebab dah berbulan tak bayar sewa dan bil utiliti pun ada ni ha. Kalau kat Facebook tu kemain lagi tunjuk rumah mewah kononnya harta sendiri. Padahal sewa saja. Gitu la dia, memang sentiasa menipu.

Rin: Dia dapat tipu orang 4 juta tapi dalam beberapa bulan saja dah habis? Sampai tak bayar sewa rumah?

KakAnne: Polis ada bgtahu akak, team diorang ramai. Mungkin duit tu dibahagi – bahagi. Kalau dah bahagi 10 orang, berapa saja dapatnya kan. Dan beli macam – macam untuk nampak mewah. Lagi satu dia boros. Duit tak berkat kan. Easy come, easy go.

Rin: Kenapa surat dihalau rumah sewa pun sampai kat alamat akak?

Kak Anne: Sebab tuan rumah guna peguam. Tuan rumah takut jika DSBB ada kumpulan g4ngster yang boleh halang tuan rumah ketika arahan keluar dari rumah tu. Jadi sudah semestinya alamat dalam IC digunakan.

Lagipun semua perabot tuan rumah punya. Tuan rumah khuatir DSBB akan angkut semua barang. Itu semua ada disebutkan dalam surat peguam tu. Dalam senarai alamat penerima tu ada juga alamat yang DSBB sewa tu. Untuk serahan tangan.

Rin: Masa akak jadi isteri dia dulu, dia tak buat kerja menipu orang ke?

KakAnne: Akak tak tahu. Sebab dia licik sangat. Tapi menyamar jadi datuk, jadi Dato’ Sri tu dah lama. Kat fb, semua frenlist panggil dia Dato’ Sri. Mungkin dah buat kerja sc4mmer tapi secara kecil  kecilan. Sebab dia ada bawak balik motor besar, kereta jenama mewah.

Bila akak tanya, dia kata pinjam kawan. Dan dah ada juga orang datang rumah akak gegar pagar tunjuk repot polis yang DSBB ambil duit orang beli tanah dengan dia. Tapi tanah tak wujud pun. Bila akak tanya, macam – macam dalih dia buat.

Orang khi4nat lah. Orang guna nama dia la. Tapi dia tak pernah pun bagi akak duit. Mungkin dia takut rahsia terbongkar. Syukur juga. Sebab tak termakan duit h4ram.

Rin: Artikel di google dan video di YouTube tu macam mana pulak? Takkan tipu juga.

KakAnne: Artikel dan konten itu betul. Akak ada tengok juga bila anak tunjuk. Tapi cuba tengok tarikhnya. Penghujung 2020 kan. Ketika itu dia sedang sc4m syarik4t tersebut. Yang 4 juta tu. Namanya diletakkan sebagai orang kuat company tersebut.

Sebab company tersebut percaya dengan projek bernilai billion yang dia kata nak bawa masuk dalam company tersebut. Maaf cakap, itu company bukan melayu yang sangat percaya kepada keistimewaan bumiputera / melayu yang mudah dapat projek lebih – lebih lagi bergelar Dato’ Sri.

Artikel tu pun dari website company tersebut. Apa – apa yang keluar sebagai content takde siapa boleh tahu betul ke salah. Dan kekal di situ selagi takde orang padam. Dan kekal juga sebagai bahan untuk dia terus sc4m orang nanti. Harap – harap ada yang hapuskan artikel dan content YouTube tu.

Rin: Betul ke akak mintak fasakh dulu sebab tak nak berpoIigami?

Terdengar Kak Anne gelak besar di hujung talian.

KakAnne: Kat mahkamah tak terima alasan poIigami untuk fasakh. Akak tunjukkan bukti dia tak bagi nafkah sepanjang perkahwinan. Rumah, bill, anak sekolah, sara hidup semua akak yang tanggung. Dia kerja tak tetap. Kejap jadi pemandu lori, kejap jadi pemandu grab, kejap menganggur.

Tapi bagus juga la dia curang, dapat jadi kekuatan untuk akak teruskan fasakh. Kalau dia biawak hidup tapi masih setia, mungkin akak masih bertahan.

Rin: Betul ke dia Dato’ Sri? Dia pernah tunjuk kat saya surat Anugerah Darjah Kebesaran dari negeri P. Dia kata negeri P sahaja yang bagi gelaran Dato’ Sri. Negeri lain Dato’ Seri. Ejaan berbeza.

Kak Anne: Selama berpuluh tahun akak hidup dengan dia, tak pernah sekalipun kami naik istana terima apa – apa darjah kebesaran. Kalau nak tahu juga, cuba call bahagian adat istiadat di SUK negeri tersebut. Berikan nombor kad pengenalan DSBB. Mereka akan jawab terus sebab ada dalam sistem.

(Dan aku kemudiannya menghubungi SUK negeri tersebut bahagian adat istiadat, memang sah tiada sebarang anugerah yang dia terima. Maknanya gelaran itu palsu. Tepuk dahi lagi).

Rin: Surat anugerah tu macam mana pula?

Kak Anne: Menurut polis yang pernah call akak, sc4mmer macam tu biasanya ada team dia, yang boleh buat atau edit surat bagi nampak betul – betul real. Macam surat awak nak nikah dulu la. Begitu juga surat – surat dokumen konon ada projek billion, padahal tak wujud pun kontrak tu.

Akak tahu sebab ramai m4ngsa datang ke rumah tunjuk salinan surat – surat tu. Diorang datang rumah akak sebab alamat rumah akak tertera dalam setiap surat perjanjian projek – projek dia. Bila akak tunjukkan dokumen fasakh akak barulah diorang tak ganggu lagi.

Rin: M4ngsa tak repot polis ke?

KakAnne: Ada yang report. Ada yang tak. Ramai saja polis datang rumah akak cari dia. Yang call akak pun ramai. Mereka kata masih dalam siasatan, sebab jen4yah komersil susah nak tangkap. Sebab ada yang guna keldai akaun.

Alasan lain sebab m4ngsa bersetuju dengan sukarela untuk masukkan duit. Bukan p4ksaan / kekerasan. Sebab tu la kat Malaysia ni sc4mmer bermaharajaIela. Diorang tahu susah nak kena tangkap. Ada sesetengah m4ngsa pula cuma jadikan kes mahkamah sebab nak tuntut duit mereka semula.

Sebab pada fikiran mereka, jika DSBB ditangkap, mereka tak mungkin dapat duit mereka semula. Dan kemudiannya KakAnne send semua gambar surat – surat panggiIan ke mahkamah, bukti – bukti dia tipu orang jutaan ringgit.

Surat kena halau dari rumah sewa pun ada. Surat syarik4t kewangan beri amaran semua kereta, motor – motor besar yang dah lama dah tak bayar ansuran pun banyak. Bagus betul Faridah masih setia. Mestilah malu sebab semua orang tahu dia dengan sombongnya berbangga ambil suami orang dulu.

Dan sangat berbangga semua orang panggil dia Datin Sri Faridah. Aku kemudiannya menghubungi nombor yang tertera dalam dokumen peguam untuk kes keluar rumah sewa tu. Aku ceritakan hal sebenar dan dari mana aku dapat nombor telefon.

Aku bagitahu peguam tersebut yang aku mahu pastikan apakah DSBB masih di alamat tersebut, kerana aku mahu hantar dokumen untuk kes mahkamah syariah. Betul seperti apa yang KakAnne beritahu, DSBB sudah dip4ksa keluar dan tidak mampu menyewa di situ lagi.

Kalau ada gambar di facebook yang tunjuk seolah – olah dia masih duduk di situ hanyalah gambar lama. Ohh ya lupa pulak. Aku ada google gambar jet peribadi dan kapal mewah. Memang ada yang sebijik DSBB tunjuk kat aku dan mengaku milik dia tu.

Padahal gambar di google tunjuk nama tempat dan pemilik sebenar. Bukan orang Malaysia pun. Semua jutawan luar negara punya. B0dohnya aku tertipu. Malu betul bila teringat angan – angan aku dulu. Entah di manalah agaknya DSBB dan Faridah merempat sekarang sementara menunggu m4ngsa sc4m yang berikutnya.

Aku teringat Kak Anne ada nasihatkan aku supaya bersyukur. Bersyukur kerana tidak lagi ada kaitan dengan DSBB. Sama seperti Kak Anne yang sangat – sangat bahagia sekarang dengan anak – anak. Kalau DSBB kena tangkap pun, kami berdua dah tak kena tempias.

Macam dah panjang sangat ni. Maaf sangat jika lari dari kronologi. Plot juga melompat – lompat. Sebab aku bukan penulis yang baik. Motif cerita aku kat sini adalah nak sampaikan pada perempuan di luar sana, jangan percaya pada orang yang try hard sangat menunjuk – nunjuk kemewahan ni.

Sama ada di media sosiaI atau secara berdepan. Biasa yang gigih sangat tunjuk kekayaan kat sosiaI media tu tak kaya pun. Lebih kepada berangan saja. Yang kaya sebenar – benar tak tunjuk pun. Sebab membah4yakan keselamatan.

Sekali lagi aku nak ingatkan, jangan terpesona nanti tergadai segala. Pilihlah yang sederhana dan beriman. Selidik dulu betul – betul. Jangan jadi macam aku. – RIN ILYAS (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.