Semua seronok berhari raya, masuk raya kelima aku jadi sendu. Semua duit raya anak aku hilang dan aku tahu siap ‘pencuri’

Mana taknya duit raya anak aku hilang. Bukan ringgit – ringgit gais. Ratus – ratus. Aku buat luahan ni bukanlah semata – mata nak cakap pasal duit raya anak aku. Tapi aku nak cakap bertapa s4kitnya hati aku sebab aku tahu orang yang curi duit raya aku tu iaitu..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Selamat Hari Raya. Seronokkan hari raya berjumpa sanak saud4ra bergurau senda. Tapi dihari raya yang kelima ni raya aku menjadi sendu. Mana taknya duit raya anak aku hilang. Bukan ringgit – ringgit gais. Ratus – ratus. Phew..

Aku buat luahan ni bukanlah semata – mata nak cakap pasal duit raya anak aku. Tapi aku nak cakap bertapa s4kitnya hati aku sebab aku tahu orang yang curi duit raya aku tu iaitu abang aku sendiri. Abang aku ni penagih. Kerja tak pernah la lekat lama.

Mesti ada masalah yang selalunya dia akan cakap kat mak aku tak dapat gaji. Lepas tu dia akan wasap mak aku mintak duit semudah ABC. Bapak aku ni dah selalu dah berg4duh dengan mak aku pasal asyik mintak duit ni.

Sebabkan anak, bapak aku gigih la jugak ke pekan masukkan duit ke abang aku. Selalunya bapak aku bagi ngam – ngam untuk abang aku makan dan isi minyak motor dia. Sebab rumah yang dia duduk tu pun rumah kedua bapak aku. Rumah kecik je.

Tapi ok lah untuk dia duduk sorang tak perlu menyewa. Masalah duit hilang ni bukan sekali dua. Boleh dikatakan tiap kali aku dan lagi dua orang adik aku balik mesti ada masalah duit hilang. Kau soroklah macamana sekalipun mesti dia jumpa punyalah.

Sampai kitorang adik beradik jadi fobia nak ada walau sedikit cash pun sebab takut hilang. Yang jadi masalah ni berpanjangan sebab mak aku mesti akan pertahankan abang aku. Abang aku ni kaki putar alam. Dia pusing – pusing cerita tokok tambah buruk – burukkan kitorang adik beradik termasuk adik iparnya sekali.

Dah menjadi kebiasaan pulak setiap kali yang menjadi m4ngsa duit hilang ni yang dipersalahkan sebab tak jaga duit elok – elok. Kami semua ni lama – lama jadi menyampah dengan cycle yang tak henti – henti ni. Bukan setahun dua gais. Puluh tahun. Si pencuri tak salah.

Yang salah m4ngsa sebab tak jaga duit. Dengan alasan mak aku akan cakap abang nak berubah. Kalau dia kata bukan dia, kami semua ni sepatutnya bagi sokongan moral. Eh fed up la aku lama – lama camni. Abang aku dah banyak dah sejarah bos tuduh dia mencuri.

Tapi dia k3ncing mak aku macam – macamlah. Sampai ke tahap dia cakap budak tempat kerja dia tak puas hati dengan dia lalu santaukan dia. Sampai ajak mak ayah aku berubat pasang susuk apetah. Aku pun dah lupa cerita mak aku tu.

Yang pastinya beratuslah nak bayar susuk pendinding ke apetah. Kitorang penah cakap kat mak, susuk – susuk ni jangan buat main. Boleh jadi syirik. Tapi kitorang pulak yang disalahkan sebab tak percayakan abang aku yang ceritanya s4kit teruk.

Aku dan adik beradik aku cakap kat mak aku. Entah – entah dia kene beIasah sebab mencuri. Tapi 5 Iawan 1. Macam biasa yang satu tu, abang aku tu je lah yang betul. Aku sekarang ni dah malas dah nak ambik tau pasal abang aku tu.

Tapi aku tak tahu nak buat camne lagi nak sedarkan mak aku tu. Sayang anak tu berpada – pada lah. Kalau kitorang ni tegur bukan main mak aku marah katakan pulak laki korang tu bukan helok sangat. Eh mak aku ni. Pusing cerita pulak.

Bila dah cakap macam tu kitorang lagi lah malas nak berg4duh takut jadi anak derh4ka pulak. Tapi kalau di congak, beribu lah jugak jumlah keseluruhan kecurian. Sekian sahaja dari aku. Tolonglah doakan kami yang jadi m4ngsa ni mendapat keadilan.

Aku dah penat nak bertekak sampai aku block abang aku kat wasap sebab aku tak nak serabutkan kepala hotak aku. – Getah rambut (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Fatim Azmi : Pegi la report. Pen4gih ni memang pandai buat drama. Pusing kot mana pun dia je yang betul, semua benda dia tau. Dah kantoi seluk saku orang pun, bukan dia yang salah. Tak reti malu. Yang aku buat adalah, simpan semua cash dalam keta, pastu sorok kunci keta ko. Coins pun kena sorok oiiii…

Jangan pulak ko letak handbag / purse terus dalam keta. Taaakkk, cash tu keluarkan semua, pastu selit – selit laaa mana – mana dalam kereta tu. Masa ni kena pandai plan ahead. Kalau nak pakai duit, kene ambil cukup – cukup, pastu terus guna.

Kalau ada em3rgency, kata je kene gi bank dulu. Pastu sorok pulak kunci keta tu. Buh laa celah – celah cabinet dapur ke, dalam packaging kotex pun takpe. Jangan kunci pun ko letak dalam purse sudah, tau laa dia ko simpan duit kat mana.

Azlan Firdaus Drahman : Pernah jadi tahun 2015, tapi jalan cerita tak sama, cuma tajuk yang serupa. Rumah mertua kena pecah masuk.. Habis duit raya anak aku, jam tangan kahwen, gadjet kena rembat. S4kit hati takyah cakap. Sampai sekarang tak tau sapa punya kerja. Mungkin dah tercatit bukan rezeki kami sekeluarga.

Safiah Suleiman : Yang bukan pen4gih pun boleh jadi kaki putar belit auta songlap duit orang. Apetah lagi matpit macam tu. Lagi panjang akal dia nak songlap duit orang. Report AADK jelah hal abang awak tu. Orang camni kite nasihat bakul – batul pun memang tak jalan dah.

D4dah tu dah jadi d4rah daging dia. Masalah orang melayu dari dulu ni lah. Mak bapak terlalu “meRAJAkan” anak lelaki. Sampai anak lelaki jadi biawak hidup pun tetap nak back up jugak. Ai is tak faham!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.