Duit simpanan suami ada ratus ribu, aku minta belikan baju dekat pasar malam RM10 pun suami marah, kena herdik. Dia suruh guna duit sendiri

Aku tahu suami punya duit simpanan ada beratus ribu. Gaji dia tinggi, sekali dia keluar pergi ceramah pun orang bayar 3K tapi dengan isteri dan anak – anak sangat kedekut. Dia hanya beli beras sebulan, RM100 untuk duit belanja anak – anak, tak cukup anak nak makan aiskrim beli jajan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, mohon hide profil aku ya admin. Aku tak tahu nak mula dari mana, tapi aku hanya nak meluah. Nakkan kata – kata semangat dari semua, moga aku sentiasa kuat dan tenang untuk teruskan hidup ni.

Aku ni pun bukanlah seorang isteri yang baik pun. Cuma nak berkongsi cerita agar lepas sikit semua rasa berat beban di dada ni. Perkahwinan kami dah hampir nak masuk tahun yang ke 10. Bahagia tu ya, bahagia dengan cara tersendiri. Bahagia dengan anak – anak.

Tapi jauh di sudut hati aku, aku selalu tertanya – tanya sampai bila titik terakhir perkahwinan kami ni. Bahagia? Ya bahagia tapi entah, tak pasti. Aku sendiri dilema dengan perasaan aku ni. Suami aku kakitangan kerajaan. Orang – orang kenal dia sebagai seorang ustaz, seorang imam, seorang yang dipandang mulia di pandangan orang.

Dia baik, ya memang baik. Di pandangan mata semua orang memang dia baik. Dia penceramah, dia imam, dia ustaz. Segala bidang kerja dia ke arah keagamaan. Aku tak pernah tahu gaji dia setiap bulan berapa. Aku tak pernah tengok slip gaji dia.

Tapi aku rasa mungkin anggaran gaji tetap dia dalam RM6500++ sebulan. Tak termasuk lagi kerja kerja luar yang dia buat macam ceramah dan sebagainya setiap hari. Mungkin boleh cecah RM2k sampai RM3k sebulan atau lebih. Ya aku tak pernah tahu.

Aku tak pernah tahu pasal kewangan dia. Aku tak tahu duit dia ada berapa. Aku tak tahu nombor pin kad bank dia. Aku tak tahu password online banking dia dan sebagainya. Aku tak pernah tahu dari awal kahwin sampai sekarang dah hampir 10 tahun perkahwinan. Kadang – kadang aku rasa apa maksud perkahwinan bagi kami ni?

Jauh di sudut hati ni rasa banyak sangat rahsia di antara kami. Aku selalu terbayang perkahwinan ni tak ada rahsia antara suami dan isteri. Saling berkongsi kesemuanya. Tapi selepas aku masuk dalam dunia perkahwinan ni, yang aku tahu perkahwinan ni hanya tanggungjawab semata – mata.

Tanggungjawab jaga makan pakai suami, tanggungjawab urus semua anak – anak, tanggungjawab jadi seorang isteri. Suami aku memang jenis kuat bekerja. Boleh dikatakan balik rumah hanya untuk tidur sahaja. Boleh bayangkan maksudnya macam mana tu? Jadinya aku yang uruskan semuanya dari A sampai Z.

Kalau aku tengah tidur, dia tengah santai santai main telefon. Anak ber4k pun dia p4ksa aku juga bangun basuh ber4k anak. Sampai berg4duh lah ceritanya. Bak kata orang orang kini, ustaz ni milik masyarakat, jadinya isteri kena berk0rban.

Suami aku ustaz, tapi susah untuk berikan aku nafkah duit. Selalu jadi perg4duhan sekiranya aku soalkan isu ni. Bila aku minta, perg4duhan yang akan terjadi. Dia selalu kata, dah sediakan rumah, dah sediakan beras, nak apa lagi. Semua dah cukup.

Ayat yang selalu keluar dari mulut dia, tak ada duit, tak ada duit. Duit tak cukup. Aku pun tak tahu betul ataupun saja dia cakap macam tu malas nak panjang cerita. Aku dapat hint – hint yang suami aku ni banyak simpanan, beratus – ratus ribu.

Tapi aku tak pernah tahu jumlah yang sebenarnya berapa dan aku tak pernah tahu betul atau tak. Tapi bila minta nafkah duit, tak pernahnya diberi dekat aku dengan alasan dia tak ada duit, duit dia habis. Komitmen dia paling besar tiap tiap bulan hanyalah kereta dia dan rumah dia, RM3k macam tu.

Dia bukan jenis kaki berhutang sana sini. Urusan kewangan memang sangat tiptop. Aku hanya seorang isteri yang berniaga sepenuh masa secara online. Berniaga ni kan pendapatan tak tetap. Ada masa dapat lebih, ada masa kurang. Tapi alhamdulillah tetap ada juga rezeki tiap – tiap bulan Allah bagi untuk aku.

RM3k ke atas tu insyaAllah ada setiap bulan dan kadang – kadang lebih dari tu. Mungkin Allah gantikan dengan cara macam ni. Kadang – kadang aku rasa apa guna perkahwinan ni kalau aku sendiri kena survive untuk diri sendiri. Nak apa semua kena cari sendiri. Nak kena tanggung anak – anak lagi.

Nak beli baju sehelai untuk anak pun aku sendiri kena cari. Nak keluar berjalan cuti – cuti? Aku nak keluar, aku sendiri yang kena keluarkan duit. Nak harapkan suami aku yang bawa kami keluar jalan – jalan dengan duit dia? Mimpi lah.

Tunggu dia bawa family dia berjalan, insyaAllah dapatlah kami tumpang merasa keluar berjalan dengan duit suami. Tapi itulah, di pandangan orang lain suami aku lah yang kaya, yang senang, yang paling senang antara adik beradiknya.

Hakikatnya bini dia lah yang menanggung semua rasa tu. Sepanjang berkahwin, dalam erti kata mudah, dia tak perlu pun untuk tanggung aku. Bestkan? Mesti idaman para suami di luar sana. Berkahwin, ada orang jaga makan pakai semuanya tapi tak perlu tanggung bini sendiri.

Kadang – kadang kita sebagai isteri, bila nampak baju lawa – lawa, kita cakaplah pada suami, “Lawanya baju tu, nak boleh?” Sebagai suami, kita pun belanja lah isteri kita kan setakat baju puluh – puluh ringgit tu. Tapi bukan pada aku. Kena herdik lagi ada lah. “Ada duit sendiri beli lah sendiri.” Sedih memang sedih.

Aku jenis seorang yang bukan mudah menangis depan orang. S4kit aku, aku tanggung sendiri. Untuk menangis depan suami memang bukan aku. Sambil taip ni pun menitis air mata aku tanpa sedar bila ingat kembali. Jangan pernah bermimpi nak rasa dapat hadiah dari suami walaupun coklat sebiji. Komitmen diri aku, aku survive sendiri.

Kereta aku, aku sendiri bayar. Bil telefon aku sendiri bayar. Hantar anak – anak mengaji aku sendiri keluarkan duit yuran. Support duit sekolah anak – anak lagi. Belum lagi kalau anak ada event apa – apa dekat sekolah, aku keluarkan duit semua tu.

Bantu lagi suami bayar bil api, bil parking kereta setiap bulan. Makan pakai anak – anak aku yang support. Budak – budak kan, tiap – tiap hari makan beras pun jemu juga. Ada hari nak juga makan aiskrim, makan biskut dan macam – macam lagi.

Aku nak beli tudung sehelai untuk diri aku pun, aku sendiri kena cari untuk diri sendiri. Servis kereta aku, aku sendiri. Kereta aku rosak, pandai – pandai lah fikir cari duit repair sendiri. Roadtax semua aku sendiri. Senang cerita memang best jadi laki aku.

Tak perlu langsung tanggung masalah isteri. Tak perlu risau nak kena habiskan duit walaupun satu sen untuk bini. Semua aku struggle cari sendiri. Kadang – kadang sampai rasa lagi best kalau aku hidup menjanda dari ada suami.

Sebabnya sama saja, aku tetap kena survive semuanya sendiri. Mungkin lagi best jadi janda, kurang sikit kerja aku tak perlu urus makan pakai suami. Lepas tu best juga boleh dapat nafkah untuk anak – anak tiap tiap bulan. Sebab dalam perkahwinan tak dapat pun nafkah untuk anak – anak.

Dia dah bagi beras, maknanya tanggungjawab dia dah lepas kata dia. Dia bagi saja duit sekolah anak RM50 untuk 2 minggu untuk 2 orang anak, tapi mana lah cukup kan. Selebihnya aku support. Komitmen anak – anak aku pun tak tinggi.

Dua orang anak, duit sekolah dia bagi hanya RM100 sebulan. Yuran tadika anak RM50 sebulan. Pampers anak sebulan tak sampai dua pek pakai. Kiralah sendiri berapa saja. Itu pun kadang – kadang aku yang tanggung belikan pampers anak.

Kadang – kadang aku yang bayarkan yuran tadika anak. Aku pun tak tahu duit asyik tak ada habis ke mana. Itu untuk anak – anak. Yang selebihnya semua aku tanggung untuk anak – anak. Duit jajan anak, duit baju anak, duit mengaji anak, hantar ambil anak sekolah setiap hari bertrip – trip, minyak kereta tu semua aku yang sediakan.

Berani minta dekat dia? Kena bising saja nanti. Nak harap dia belikan baju anak, kena tunggu waktu raya lah. Dapatlah merasa seorang anak dapat RM200 untuk beli baju raya. Panjang confession aku ni. Aku rasa dah berterabur sangat dah, caca marba dah cerita aku ni. Termenangis tanpa sedar sambil tulis ni. Terus jadi lost rasa.

Aku tak tahu lah, kadang – kadang dalam diri aku ni ada perasaan tak redha atas semua perbuatan dia tu. Dia ustaz, takkan dia tak tahu tanggungjawab dia. Takkan nak bagi sebulan RM50 dekat isteri pun tak boleh, konon duit untuk isteri nak beli apa – apa.

RM50 isi minyak untuk sebulan pun tak lepas untuk hantar ambil anak sekolah setiap hari tu. Asyik – asyik alasan duit dah habis, duit dah habis. Kadang – kadang sampai aku rasa aku tak halalkan duit yang aku keluarkan, sepatutnya tanggungjawab dia tapi aku yang kena buat semua tu.

Bukan berharap sangat pun, tapi tak ada ke perasaan dalam hati tu sebagai penghargaan pada isteri untuk semua yang isteri dah buat. Dia tak perlu fikir apa – apa, hanya keluar bekerja setiap hari tanpa buat benda lain. Takkan lah tak boleh fikir isteri bergerak semua tu free saja ke. Tak perlu keluarkan duit untuk hidup ni.

Yang dia tanya apa saja sumbangan aku dalam rumah tangga. Ya aku kena sedar diri aku tak ada apa – apa sumbangan dalam rumah tangga macam dia katakan tu. Laki aku tak berjoli, dia bukan jenis tu. Yang aku tahu mungkin dia seorang yang memang kedekut. Tapi kedekut pun berpada – padalah. Tahulah tanggungjawab diri.

Boleh simpan duit sampai beratus – ratus ribu sampai abaikan tanggungjawab. Macam tu ke? Berkat ke macam tu? Wallahualam, hanya Allah yang mengetahui. Aku pun bukannya baik mana pun untuk aku judge dia. Boleh bayangkan? Dia seorang yang bekerja tetap, gaji tetap setiap bulan. Seorang yang kuat bekerja, tak perlu fikir urusan rumah, urusan anak.

Dan aku seorang suri rumah yang 24 jam dengan anak – anak, urus anak – anak sambil bekerja bisnes online, usung anak sana sini, buat kerja sambil usung anak – anak, uruskan ambil hantar anak sekolah. Semua akuuuu. Dan aku sendiri juga yang kena cari duit untuk tanggung diri sendiri dan anak – anak. Tapi satu sen tak diberi oleh suami tanda menghargai.

Kadang – kadang aku tak mampu nak ikhlaskan hati ni. Aku sedar aku bukannya baik sangat. Di mata orang dia yang mulia, dia yang baik, dia ustaz. Ceramah sana sini bagi ilmu agama pada orang. Bukan macam aku, hanya perempuan biasa yang bukanlah dari aliran agama dan tak ada ilmu agama langsung pun.

Ini baru isu pasal ni. Tak masuk lagi isu – isu lain. Isu hati dan perasaan. Banyaknya makan hati selama perkahwinan ni. Mungkin aku ni hanya tempat persinggahan saja bagi dia selepas dia kem4tian isteri yang dia cintai. Aku berkahwin dengan duda anak satu kem4tian isteri. Sebab tu kot aku ni tetap dianggap sebagai orang luar di hati dia.

Aku tak minta apa – apa pun. Aku hanya nak meluahkan segala beban di hati aku ni supaya dapat kurangkan sikit apa yang aku rasa ni dan moga aku sentiasa kuat untuk harungi semua ni. Dan sehingga ke saat ni juga aku masih lagi berfikir sampai bilakah penghujung perkahwinan aku ni. Doakan aku kuat ya semua.

Ulasan Pembaca :

Alias Bin Seman : Sedihnya membaca luahan isteri seorang ustaz. Sebuah karangan cerita yang cukup baik walaupun hidup penuh dengan tekanan dan pend3ritaan. Nasihat saya, puan bawalah karangan puan ni ke jabatan agama untuk dapatkan nasihat dan kaunseling. Moga puan dapat petunjuk sewajarnya, aamiin.

Shamsiah Samsi : Jika mahu bertahan, ikhlaskan segala apa yang dilakukan. Tapi jika sudah tak dapat bertahan, kumpulkan segala bukti yang beliau tak memberi nafkah dan ajukan ke mahkamah. Jika mahu tukar padang tanpa bukti yang kukuh nanti puan sendiri yang susah. Rancang sebaiknya.

Berstatus ibu tunggal juga tak menjamin bahagia atau selesai masalah, sama juga seperti bersuami. Bukan semua pasangan menjamin kebahagiaan walaupun ramai juga yang bahagia dengan pasangan masing – masing. Tiap padang dan laluan kehidupan pasti ada ujian, faedah serta kebahagiaannya tersendiri. Moga Allah permudahkan segala urusan puan dan anak – anak dan sentiasa dalam reda serta rahmat Allah. Aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :