Aku sedih sebab suami aku seorang pendidik, ada ilmu agama. Perempuan tu isteri orang, ada anak – anak, seorang pendidik juga dan mengajar di sebuah sekolah menengah agama. Satu hari tu aku pelik tiba – tiba cek email suami, ada booking hotel date sekian – sekian. Aku terus call perempuan tu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai aku gelarkan diri aku sebagai W. Housewife, isteri dan juga seorang ibu kepada anak2 aku. Stay dengan mertua (sejak kahwin) dan adik beradik suami (awalnya cuma aku dan suami sahaja yang duduk disini, tapi since last year adik beradik suami dan balik terus duduk di sini).
Mereka kerja? Tak. Duduk rumah. Jadi aku str3ss dengan limit aur4t yang perlu aku jaga. But dont worry inshallah tak lama lagi kami anak beranak akan keluar dari rumah ini. Sebelum ni aku cuma baca sahaja confession – confession di sini.
Dari kisah sedih, happy, curang.. semuanyalah. Dan hari ni aku nak luah something yang dah lama aku pendam sepanjang aku kahwin. Ok yang pertama. Macam mana kalian yang bergelar isteri ada keberanian untuk berdepan dengan partner yang sememangnya curang or buat benda yang bukan – bukan. Tengok p0rn and lagi – LAGI yang memang “makan luar”?
Aku hilang diri aku sejak kahwin. Aku hilang diri aku yang berani bersuara, aku hilang diri aku yang selalu ceria. Aku jadi benci dengan diri sendiri yang tiba – tiba jadi lembik. Entah. Aku macam hilang kata – kata. Lidah aku jadi kelu sedangkan macam – macam yang bersuara dalam hati aku.
Aku tak pasti sama ada bila berdepan dengan partner, aku jadi takut atau hormat. Sebab beza umur kami yang agak jauh. Aku jadi kelu. Dalam hati macam – macam kata – kata keluar, tapi luaran cuma air mata sahaja yang mengalir.
Ni bukan perkahwinan yang diatur. Means kami memang saling kenal dan keputvsan untuk berkahwin atas dasar persetujuan dua pihak, tiada p4ksaan. Sebelum kahwin ada lah beberapa kali berjumpa (sebab masa tu dia di negeri lain, aku di negeri lain).
Masa jumpa elok saja. Tiada lah pegang – pegang jadi aku assume dia orang yang baik – baik. Tapi semuanya Allah tunjuk pada aku setelah hampir 2 bulan aku berkahwin. Aku tak tahu kenapa dan macam mana tiba – tiba saja hati aku tergerak untuk buka pendrive suami.
Masa ni suami tiada. Aku pun tak tahu kenapa tiba – tiba aku rasa nak buka pendrive dia. Bila buka, tangan aku menggigiI, d4rah aku jadi laju. Dalam tu ada banyak folder, tapi ada 1 folder yang macam suspicious. Bila aku buka, dalam tu penuh dengan folder – folder lain.
Aku buka semuanya satu persatu. Penuh dengan gambar Iucah, gambar private part perempuan atas bawah, penuh dengan video z1na. Yes z1na. Aku nangis. Tapi aku rasa b0d0h sebab sampai sekarang aku tak berani nak confront dengan suami aku sendiri.
Aku tak tahu kenapa aku masih stay sampai sekarang. Sebab anak? Bila aku ada masa, aku curi – curi buka lagi dan aku delete sikit – sikit sebab aku tak nak suami aku tengok semua tu. Bila aku tengok history google dia, penuh dengan p0rn site.
Aku yang dari tak tahu nama – nama p0rn site ni, boleh jadi tahu. Phone? Entahlah. Sentiasa ada password. Bila aku dengan dia ada isu salah faham sikit saja, mesti dia akan contact dan mesej yang sweet – sweet dengan skandaI – skandaI dia.
Walaupun fon nya ada password, tapi bila tiap kali dia nak unlock fon aku akan perhatikan gerak jari dia and sebab tu aku tahu tapi aku diamkan saja. Yang buat hati aku jadi lagi h4ncur, bila aku tahu skandaI – skandaI dia ni ISTERI ORANG, DATANG DARI KELUARGA YANG BERAGAMA, BERKERJAYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK, BERTUDUNG LABUH, BERHANDSOCK, BERSTOKIN.
Bukan janda yang s3ksi meksi tu ok. Kalau janda, memang aku pinangkan saja. Tak payah nak buat d0sa z1na lagi. Asal ada peluang saja, mesti takkan pernah lepas dari checkin hotel dan berz1na, siap record perbuatan z1na lagi.
Aku sedih sebab suami aku juga seorang pendidik, ada ilmu agama, perempuan tu isteri orang, ada anak – anak, seorang pendidik juga dan mengajar di sebuah sekolah menengah agama di daerah lain, tapi masih dalam negeri yang sama.
Aku jadi terfikir banyak kali macam mana seorang perempuan yang dah jadi isteri, berani membelakangkan suami sendiri? Sanggup tinggal anak – anak untuk melayan nafsu suami orang sedangkan kau pun ada suami? By the way, aku tahu mereka ni PJJ.
Tak cukup ke satu? Mengajar sekolah agama, dihorm4ti murid – murid, dihormati parents murid tapi per4ngai hmmm. Tapi tulah setakat ada ilmu saja tak guna kalau nafsu tu mengalahkan segalanya. Aku pernah wasap perempuan tu.
Dan katanya dia dah lama tak jumpa dengan suami aku. Kali terakhir jumpa dah lebih dari 5 tahun yang lalu. Kelakar sebab padahal baru minggu lepas berz1na. Bila aku beritahu semua yang aku tahu, dia minta maaf dan janji tak akan ganggu dan layan suami aku lagi.
Dan dia pesan pada aku tak perlu risau sebab dia tahu apa yang dia perlu dia lakukan. Di sinilah start b0dohnya aku. B0dohnya aku sebab percaya bulat – bulat perempuan ni. Suami dia sendiri dia boleh khi4nat, apatah lagi aku ni isteri kepada lelaki yang dia selalu menyedap.
Satu hari tu aku pelik tiba – tiba cek email suami, ada booking hotel date sekian – sekian. Aku pun terus rasa something tak kena aku terus call dia and tanya. And yeah dia tak mengaku, katanya dia tak tahu apa – apa. Aku ni bukan jenis isteri yang suka nak cek fon suami, buka itu ini.
But yeah para suami silalah percaya , kalau isteri tu memang betul – betul ada instinct. Dia boleh rasa ada yang tak kena dengan suaminya. Esoknya tiba – tiba suami aku m0ody dengan aku. Password fon pun dia tukar. Dia marah aku selongkar fon dia.
Marah aku call perempuan tu. Rupanya perempuan tu mengadu. Katanya aku tak jaga maru4h dia, tak fikir panjang. Habis tu maru4h aku? Perasaan aku? Aku ni hari – hari depan mata, try lah juga dandan lawa – lawa, kemaskan diri, jaga badan, wangi – wangi pakai s3ksi.
Beli lingerie konon nak amek hati suami tapi tak pernah dilayan pun. Penat katanya. Bila aku merajuk, aku pula yang dik4takan pentingkan diri, fikir kehendak sendiri, tak fikir orang lain. Aku sebagai isteri yang sah, yang halal untuk kau tak ada hak ke untuk rasa marah?
Tak ada hak ke untuk nak pertikaikan? Tak ada hak ke untuk pert4hankan rumahtangga kita? Kita bina rumahtangga atas dasar cinta, tapi kau khi4nat masjid yang kita bina. Kau tak hormat aku sebagai isteri, kau tak hormat anak – anak kita.
Sepanjang perkahwinan kita yang belum sampai 5 tahun ni, dah lebih dari 3 kali kau berz1na. Itu yang aku dapat tahu, yang aku tak tahu? And di sini aku masih b0doh sebab percaya kan perempuan ni. Rupanya dalam pada aku betul – betul percayakan dia, dia masih berz1na dengan suami aku.
Kali ni aku simpan semua bukti, date, video. Dulu aku padam konon – konok takut m4ti dalam meninggaIkan aib suami sendiri. Tapi sekarang semua aku simpan untuk keperluan satu masa nanti. Lagi – lagi ada mysejahtera, pantang ada peluang aku pasti akan cek bila aku rasa ada yang tak kena.
Aku nangis semahunya atas sejadah. Aku doa sungguh – sungguh supaya Allah baIas semuanya pada mereka yang mengkhi4nati aku. Aku alihkan, simpan frame gambar kahwin sebab aku benci tengok gambar tu. Aku benci tengok diri aku dalam gambar kahwin tu.
Aku benci sebab aku tak pernah terfikir itulah kali terakhir bibir aku ukir senyuman yang betul – betul datang dari hati. Aku nangis tengok anak – anak aku. Minta maaf sebab dorang dapat bapak yang macam tu. Aku malu dengan anak – anak aku.
Untuk kau perempuan, aku tak tahu macam mana aku nak maafkan kau. Sampai hari ni aku masih tak dapat nak maafkan kau. Hati aku betul – betul h4ncur. Kau perempuan, kau ibu, kau isteri.. sepatutnya kau faham apa yang aku rasa.
Kau lupa kau ada anak perempuan. Tapi kau lebih pilih nafsu kau. Terima kasih sebab buat aku menangis semahunya, tawar hati dengan rumahtangga aku sendiri. Aku tahu last time korang berdua berz1na November lepas. Masa ni aku dengan anak – anak balik rumah parents aku sebab dah lama sangat tak balik.
Tahun ni tak dapatlah nak buat projek sebab rentas apa pun tak boleh kan. Syukur sebab PKP. Oh by the way perempuan tu dah pindah negeri lain, tinggal dekat dengan suami. Aku masih berharap supaya negeri tempat aku duduk ni masih tak boleh nak merentas ke mana – mana.
Kalau ada antara readers di sini yang merupakan seorang pendidik, aku nak tanya. Adakah perbuatan ini boleh dikira sebagai salah tata tertib. Dan boleh ke kalau aku buat aduan supaya mereka – mereka ini dikenakan tindakan?
Bukan untuk perempuan tu sahaja, tapi pertanyaan ni termasuklah untuk suami aku sendiri. Kalau ada, tolong beritahu aku cara – cara nya. Thanks. Aku tak kenal suami perempuan tu. Tapi aku tahu fb suami dia. Biasalah perempuan, stalk sampai dapat.
Banyak kali aku terfikir nak send suami gambar dan video z1na isteri dia dengan suami aku ni. Tapi aku batalkan. Patut ke aku tunjuk pada suami dia? Aku tak dikira sebagai seseorang yang mengaibkan orang lain ke? Tindakan aku tu akan lebih mendatangkan banyak kebaikan atau keburukan?
Kalau lebih banyak keburukan yang akan muncul, berd0sakan aku? Aku dikira sebagai punca nya ke? Sungguh aku keliru. Dan yeah sampai hari ni suami aku masih layan video tak senonoh, ig tu penuh lah dengan pempuan s3ksi terjojoI semuanya.
Dan aku nak mintak kata – kata dari isteri yang alami apa yang aku rasa.. macam mana korang berdepan dengan suami? Macam mana nak ada keberanian yang macam tu? Suami aku jenis yang solat, rajin jemaah masjid, jadi imam, cakap pun lemah lembut, tak pernah naik tangan. Muka pun suci berseri.
Kadang – kadang ada saja yang panggil “ustaz” . Kira kalau sekali pendang tu orang tak akan pernah sangka atau terfikir la dengan perbuatan dia ni. Itu suami. Panjang lah sikit. Bab yang lain – lain tu sikit saja lah aku ulaskan. Mak mertua aku benci aku.
Ada saja tak kena pada aku. Marah, benci semua ditunjukkan pada aku. Kadang – kadang baIing barang – barang hemp4s depan aku. Aku tak kisah kalau depan aku saja. Tapi ini depan anak – anak aku dia buat macam tu. Tuduh aku itu ini.
Tuduh aku macam – macam. Adik beradik suami pulaukan aku. Status wasap, posting fb semuanyalah tuju pada aku. Ayat yang perIi – perIi. L0ser betul aku ni. Aku ni sejak kahwin, tak pernah sekali pun aku tulis atau share apa – apa posting berkenaan menantu dan mertua, tinggal sebumbung edan sebagainya.
Sekali pun tak pernah sebab aku masih jaga, fikir apa yang orang akan fikir. Aku diam, telan, pendam semuanya. Bab mertua dan adik beradik suami aku pilih untuk abaikan saja. Sebab tak ada guna pun aku nak layan dengan orang yang acah play v1ctim dan tak habis – habis nak buat posting konon – konon macam diri dia lah yang terani4ya.
Sorry kalau tulisan aku ni agak celaru. Aku baru lepas nangis sebenarnya. Aku tak mintak banyak. Cuma mintak supaya aku kuat – kuat dan terus kuat untuk anak – anak aku, doakan supaya aku dapat kerja untuk aku bangun demi anak – anak aku.
Dan aku juga perIukan nasihat walaupun aku tahu yang terbaik tu ialah aku kena pergi dari sini tinggalkan semua untuk kebaikan aku dan anak – anak. Tolong bagi aku nasihat dan kata semangat untuk sementara waktu ini.
Oh ya, ada sesiapa sini dari Perlis. Kalau ada kerja kosong area Perlis, tolong share iklan kat ruangan komen boleh? Kerani ke apa ke yang sesuai untuk aku yang tak pernah kerja sejak graduate ni. Kalau ada, aku nak bawak diri aku dan anak – anak pergi jauh dari sini.
Rumahtangga aku, aku rasa cerai sajaIah kot yang paling terbaik. Sory lagi sekali kalau cerita serabut. Terima kasih yang sudi baca, yang sudi bagi nasihat atau pendapat, yang sudi kongsi kalau – kalau ada kerja kosong. Thanks… Yang stress, – W (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Cahya : Dik, itu bukan sabar tapi menjah4namkan diri sendiri. Membiarkan suami berz1na tanpa berbuat apa – apa, mengadu atau mencegah dengan memb0ngkarnya sepertilah adik menyokong maksi4t suami. Maka alasan “menjaga aib suami” dicanangkan agar si suami dapat terus berz1na dengan senang lenangnya.
Isteri dibekalkan dengan kata – kata keramat “jagalah aib suami.” Dik, itu bukan jaga aib. Tapi itu menutup dan menyokong maksi4t suami. Simpan semua bukti ketat – ketat. Tunjukkan kepada suami skandaI, biar dia uruskan isterinya.
Jika adik tak lakukan ini, z1nanya takkan berakhir. Pergi ke PPD tunjukkan bukti tersebut kepada pegawai atasnya (jika pegawai atasnya kawan baik suami tunjuk kepada pengarah terus). Pergi ke mahkamah syariah / pejabat agama, mudah saja adik boleh fasakh.
Tanpa bicara adik tunjuk saja bukti tersebut kepada keluarga suami. Biarkan bukti – bukti itu yang berbicara. Dik, doa orang terani4ya dimakbulkan Allah. Pegang ini baik – baik. Maka berdoalah tanpa henti saat apapun. Semoga mendapat penawar dari doa – doa adik.
Nurul Izyan Abdul Hamid : Kalau dah tahap macam ni, boleh sabar lagi ke? Move on je sis… tuntut hak anak – anak di mahkamah nanti dengan segala bukti yang ada. Semua bukti simpan dan simpan untuk f1ght nanti. Pasal keja, mungkin slow – slow boleh mula dengan business dr0pship ke?
Jual barang dr0pship di shopee contohnya. Atau cari la apa – apa kerja pun, asal halal je. Pergi jauh dari perkahwinan ni. Insyaallah u can surv1ve. Jangan takut dengan status J**** tu. Ramai ibu tunggal di luar sana berjaya.
Cahaya Rumah Ku : Puan masih ada famili mak ayah? Kembali kepada mereka.. se’l0ser’ mana pun puan rasa, mereka la yang akan sentiasa mendukung puan. Mulakan langkah. Berani itu akan datang sendirinya. Doa yang baik – baik dari saya untuk puan.
Khalijah Kamarul Ariffin : Awak, saya takde kat situasi awak tapi saya cuma harap awak buatlah yang terbaik dalam memilih kehidupan yang awak nak. Seorang perempuan ni, walau setabah mana, hatinya tetapi rapuh. Nak h4ncur berkecai cemane lagi baru awak berani nak lakukan perubahan.
Maaf cakap, kalau saya, memang lama dah mengalah sebab bila maru4h saya diinjak – injak bukan setakat dengan suami, malah dengan keluarga mertua pulak tu, rasanya tak ada apa yg boleh buat saya bertahan. Kita tak Tau hidup kita ni
Selama mana, jadi biarlah hari – hari yang kita lalui penuh dengan kebahagiaan. Please be strong! Pilihlah kebahagiaan awak Dan pergi jauh dari kemungkaran suami.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.