Dulu ayah halau kami suruh merempat, siap baling kad kahwin dengan bini baru. Bila ayah meninggaI, saud4ra ayah suruh ibu jaga anak tiri

Makcik cerita ayah aku dan isteri dia meninggaI jadi tak ada orang nak jaga anak mereka 3 orang. Lepas tu dia cakap sebelum meninggaI, arw4h ayah aku amanahkan anak dia biar ibu aku jaga. Aku terus angin. Kenapa pula ibu kena jaga, kali terakhir kami jumpa arw4h ayah berbelas tahun dulu…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua nama aku Hafiz. Umur aku 10 tahun ayah dengan ibu bercerai. Aku waktu tu umur 10 tahun dan adik aku baru 3 tahun. Ayah aku ni dia kerja kerajaan ibu aku pula kerja kedai makan.

Selama aku hidup dari kecik dia selalu pandang rendah dekat kerja ibu aku. Bukan setakat ayah aku, saud4ra mara dia pun sama sebab semua kerja ‘sedap’ ibu aku pula pada mereka kerja bawahan. Akhirnya ayah aku bercerai kahwin lain.

Aku adik ikut ibu kita orang pun pindah sewa tempat lain. Sebab ayah aku sendiri yang cakap “korang ikut lah mak kau merempat kemana” ingat lagi dia siap kasi kad kahwin untuk majlis dia. Kami ber-3 teruskan hidup macam biasa.

Setahun dua tu aku macam menyesal juga ikut ibu siap tanya mana ayah. Tapi aku ingat lagi umur 13 tahun datang rumah ayah aku. Dia tanya “kau nak apa datang sini” terus sejak haritu aku dah tak ada rasa macam rindu atau tanya mana Ayah.

Aku pun dari SPM sambung diploma sambung degree dan akhirnya graduate convo bergambar lah kami 3 orang keluarga. Rumah tetap sama yang sewa dulu flat 2 bilik RM450 sebulan. Tapi ada kerete secondhand wira. Ibu aku suruh beli senang dia cakap nk pergi belajar.

Mula – mula aku reject sebab nak ambil lesen mahal motor yang sedia ada tu dah cukup. Tapi akhirnya beli juga. Lepas berhempas pulas aku kerja part time dan duit ibu. Nak mohon tu semua agak susah dan akhirnya Alhamdulilah dapat lah kereta pertama kami.

Habis belajar waktu cari kerja ni. Awalnya nak cari kerja kawasan sekitar JB ni sebab kampung halaman sendiri. Tapi bila mencari akhirnya aku jumpa kerja dekat Singapore. Interview sana berulang kali akhirnya Alhamdulilah dapat, gaji pun lumayan 2300 dollar starting.

Dekat JB tempat lain paling tinggi RM 1800-1900 jadi aku rasa walaupun terp4ksa bangun awal beratur panjang lagi berbaloi kerja singapore. Aku pun kerja dan masuk tahun ke-5 gaji yang awal 2300 dah naik ke 3000. Kami bertiga ni senang cerita dah hidup lebih selesa dan dah pindah rumah baru.

Waktu ni aku memang dah tak ingat terus ayah aku dan saud4ra mara sana. Sampai lah tahun 2021. Semua ingat lah kan c-19 apa semua memang rancak. Di takdirkan ayah aku dan isteri dia meninggaI dunia akibat c-19. Aku pun tak tahu sebab last aku jumpa ayah aku umur 13 tahun.

Sampai lah aku tak tahu macam mana dia jumpa. Sepupu aku dm aku dekat FB. Dia pun bagi salam tanya ni Hafiz ke anak sekian – sekian dulu duduk dekat tempat ni. Sekali dia kasitahu siapa rupanya sepupu aku.

Lepastu dia kasitahu ayah aku dah meninggaI aku pun jawab “inalilahi wainalilahi rajiun”. Jadi aku tanya s4kit apa dia pun jawab c-19 dan dah selamat dikebuumikan aku pun okaylah cakap terima kasih sebab bagitahu.

Sekali selang seminggu. Dia pm lagi tanya aku nak tengok gambar adik aku tak. Aku jawab adik mana. Anak ayah aku dengan isteri no.2 dia aku pun jawab tak payah lah. Tapi dia berkeras kasi ada lah 3 orang. Sekali dia baIas mak diorang pun meninggaI aku pun baIas, inalilahi dan salam takziah.

Aku pun kasitahu ibu aku yang ayah aku dah meninggaI dunia. Selang 2-3 hari ada orang datang rumah. Makcik aku iaitu akak arw4h ayah aku. Aku tak tahu macam mana diorang dapat alamat rumah aku. Tapi dia cakap dia tanya tempat lama kami dan ada orang yang kasitahu.

Jadi makcik aku pun cerita ayah aku dan isteri dia meninggaI jadi tak ada orang nak jaga anak dia 3 orang lepastu dia cakap sebelum meninggaI arw4h ayah aku amanahkan anak dia biar Ibu aku jaga. Aku terus angin. Kenapa pula ibu kena jaga kami last jumpa berbelas tahun dulu. Makcik aku cakap tapi ini adik aku.

Aku pun jawab jumpa pun tak pernah. Lepastu siap cakap kesian diorang tak ada orang jaga. Aku pun tanya makcik aku kalau macamtu kenapa makcik tak jaga. Dia bagi alasan sebab arw4h ayah aku tak amanahkan anak tu dekat dia. Jadi aku tanya dia macam mana tahu sebab dia meninggaI kena c-19kena quarantine apa semua..

Akhirnya dia pujuk ibu aku suruh jaga dan cakap nanti telefon dia nanti hantarkan anak arw4h tu. Aku cakap dengan ibu tak payah jaga itu bukan tugas kita. Tapi makcik aku sp4m wasap ibu aku hantar gambar budak – budak tu lepastu siap tulis “tengok kesian kecik lagi diorang ni anak yatim piatu, jagalah diorang buat macam anak sendiri kasi bertambah rezeki”

Ibu aku pun cakap dekat aku kesian budak tu kecik lagi tak ada salah apa pun dan nak jaga. Aku pun reject terus. Aku cakap dengan ibu memang kesian budak tu kecik lagi, tapi bukan sepatutnya yang jaga tu saud4ra mara arw4h ayah aku.

Sebab lepas bercerai kita ni dengan dia memang total stranger tak ada bertanya khabar, bagi nafkah untuk anak – anak pun tak ada. Adik aku sendiri pun cakap taknak. Lepas ibu aku macam p4ksa lagi sekali aku pun cakap dengan ibu aku.

“Kalau ibu nak jaga, jagalah tapi along lepasni duduk rumah lain tak duduk sini lagi biar ibu dengan adik duduk sini”. Akhirnya baru ibu aku cakap setuju tak jaga. Waktu telefon tu ada lah makcik aku cakap yang aku anak kurang ajar tak kesian dekat anak yatim piatu.

Anak derh4ka dan macam – macam. Yang sepupu aku dekat FB cakap aku sombong. Aku pun baIas yang engkorang ni kenapa tak jaga budak tu. Patutnya sed4ra mara jaga tapi kena bagi kat keluarga aku. Asyik ulang amanah arw4h, amanah arw4h.

Aku pun baIas, “amanah kepala korang, last aku bercakap dengan arw4h umur aku 13 tahun sekarang aku dah 30 tahun. Tiba – tiba pula amanah anak dia ke aku!?” Sejak haritu diorang tak contact tapi aku try lah cari mana budak tu dia rupanya menetap dekat satu rumah kebajikan.

Waktu tu aku ada lawat kasi jumpa dengan yang paling sulung umur 15 tahun. Aku kasi dia duit cakap ni guna elok – elok belanja tapi tak kasitahu lah aku siapa cuma cakap wakil dari arw4h ayah dia. Aku harap diorang membesar dengan elok. Nak benci aku pun benci lah. Nak kata aku jahat pun terpulang. – Hafiz (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zulnaidah Manan : Kalau bapa kerja kerajaan mesti ada pencen. Kemana pencen tu? Mesti ada pemegang amanah. Takkan tak ada harta langsung al least saving untuk anak – anak. Pencen sebat tapi anak – anak arw4h depa lepas tangan ye. Memang sedih kalau kenangkan adik – adik tu tapi begitulah kehidupan. Sebab tu hidup ni jangan sombong. Allah swt je yg Maha Berkuasa. Manusia ni lemah je.

Fatin Azwa Sidik : Dalam dalam benci masih ade rasa kasih dalam diri tt. Siap cari tahu kat mana adik – adik n datang melawat. Semoga awak dimurahkan rezeki. Kalau lepasni hati dah terasa lembut. Boleh ambik jaga dan keluarkan dari rumah kebajikan. InsyaAllah ada rezekinya.

Indra Putra : Betul komen di atas. Boleh cuba buat semakan penama yang terima pencen bulanan adik beradik 3 orang tu. Dan ke mana pergi harta – harta yang lain (jika ada). Tapi secara lojiknya, takkanlah takde. Letsay kalau ayah beli rumah atas nama dia, kan ada insuran.

So, walaupun tak habis bayar, bila meninggaI, terus cover bayaran rumah tu sepenuhnya. So, rumah tu ke mana? Juga kend3raan, dan barang kemas. Banyak sangat PERSOALAN yang perlu dirungkaikan. Harap confessor boleh mainkan peranan ini sebaiknya. Walaupun buat keputvsan taknak jaga mereka, tapi di sudut hati, memanglah ada rasa belas kasihan kepada mereka tu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.