Dulu ayah pernah curang dengan ibu, sekarang ibu pula curang dengan ayah sampai berz1na. Ibu skandal dengan suami orang

Malah aku masih ingat tarikh ibu pergi berz1na tu, sebelum dia keluar rumah dia bagitau aku dia ade urusan dengan kawan. Aku jijik untuk tengok muka ibu. Tadi aku baru je mesej laki tu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua… Maaf aku terp4ksa luahkan dekat sini sebab masalah ni amat mengaibkan. Aku masih belajar dan merupakan anak sulung daripada 3 adik beradik. Sebelum aku mulakan citer tentang masalah ibu saya, ingin aku cerita tentang masalah ayah aku sebelum ini dulu.

2 – 3 tahun yang lepas, ayah aku telah berlaku curang terhadap ibu aku dengan teman sepejabatnya. Setelah masalah ini dapat dihidu oleh ibu, keluarga aku berada dalam keadaan kacau bilau, keluarga sebeIah ayah sehingga sekarang tak bertegur sapa dengan ibu.

Namun begitu, hubungan ayah dan ibu dapat diselamatkan dan ayah aku juga telah bersumpah dia tidak pernah melampaui batas sepanjang perbuatan curangnya itu. Ibu berada dalam keadaan yang sangat tertekan, hampir setiap hari menangis.

Ibu hanya dapat menggunakan fb meluahkan hati pada kawan – kawan fb nya. Kadang – kadang kami adik beradik menjadi tempat luahan hatinya. Kini sudah bertahun selepas ibu dan ayah aku berbaik, aku sangat gembira melihat mereka lebih mesra daripada sebelum ini dan ayah aku lebih kerap menghabiskan masa di rumah.

Namun begitu, sejak awal cuti semester ini, aku perasan hubungan ibu dan ayah agak renggang. Walaupun ayah sentiasa di rumah namun mereka bagaikan 2 orang berlainan di bawah 1 bumbung yang same. Aku juga perasan yang ibu kerap berkurung di dalam bilik adik perempuan aku seorang diri, tersengih – sengih seorang diri ketika ber fb.

Aku cuba berfikir positif bahawa dia hanye berhubung dengan rakan – rakannya. Tetapi pagi tadi, aku perasan bahawa fb ibu aku tidak logout setelah dia pergi kerja. Walaupun aku tau emel dan password ibu saye, sebelum ini hati aku tidak tergerak untuk mengintip fbnya.

Luruh hati aku bile aku membaca mesej – mesej ibu aku dengan seorang lelaki dalam fb. Melalui mesej – mesej mereka, telah hampir sebulan mereka membuat hubungan sulit ini. Lelaki ini telah berkahwin malah profile picture fbnya ialah gambar dia sekeluarga.

Yang amat memeranjatkan hati aku, mereka mengimbas kembali peristiwa mereka berz1na kira – kira seminggu sebelum ini. YA ALLAH, menangis aku baca mesej – mesej itu. Tergamak ibu melakukan z1na dengan seorang lelaki lain yang telah berkahwin. Tidak takutkah mereka pada Allah???

Selepas ibu dan ayah berbaik – baik sebelum ini, mereka ade pergi honeymoon. Malah mereka sentiasa keluar bersama – sama setiap kali ade kelapangan. Kali terakhir aku pulang ke rumah sebelum ini ialah ketika cuti sem yang lepas, ketika itu mereka masih mesra.

Sekarang keadaan sudah terbalik. Aku tak tau macamana ibu tergamak buat macam tu. Malah aku masih ingat tarikh dia pergi berz1na tu, sebelum dia keluar rumah dia bagitau aku dia ade urusan dengan kawan. Tergamak hatinya masih ingin meneruskan z1na setelah melihat muka anaknya?

Sekarang ini aku berasa sedih dan marah, Aku takut aku akan meninggikan suara pada ibu nanti sebab aku sebenarnya panas baran. Aku takut aku tak dapat kawal perasaan kalau bersemuka dengan ibu nanti. Sebentar tadi aku baru sahaja message laki tu via fb, aku mintak dia berpisah dengan ibu aku dan taubat nasuha.

Aku juga ugvt untuk bagitahu hal ini pada familynya dan ayah aku jika masih lagi berdegil. Aku sebenarnya kecewa dengan sikap ibu, dulu dia selalu menasihati aku dengan adik agar menjaga batas dalam hubungan percintaan kami, jaga maruah family sendiri dan kekasih.

Tetapi apa yang dia lakukan? Hari ini sehari suntuk aku tak memandang muka dia, aku menjawab hanya apabila ditanya. Aku jijik untuk tengok muka ibu, mengenangkan apa yang dibualkan olehnya dengan jantan Iahanat tu dalam fb.

Aku malu, aku malu sangat. Tapi aku masih hormat lagi ibu. Aku akan maafkan dia jika dia bertaubat nasuha. Macam mana aku nak berdepan ibu. Sebagai seorang ibu, tentu dia sangat malu kerana anaknya telah tahu perihal kisah z1nanya dengan lelaki lain.

Aku masih terfikir – fikir apa yang patut aku cakapkan pada ibu kalau aku bersemuka dengan dia. Kini aku buntu, aku tidak tahu ape yang perlu aku lakukan. Aku rasa sangat benci pada ibu aku sekarang, seorang perempuan yang sangat aku horm4ti, seorang perempuan yang sangat taat pada suami pada zahirnya, seorang perempuan yang solehah pada luarannya sanggup berz1na.

Adik – adik aku bakal berdepan dengan peperiksaan awam pada tahun depan, aku sangat takut jikalau masalah ini akan memberi kesan kepada mereka. Hati aku masih terasa s4kit, h4ncur dan masih tidak dapat berhenti menangis mengenangkan perbuatan ibu aku.

Aku harap pembaca semua dapat bantu aku selesaikan masalah ni. Aku merayu sangat, tolonglah. Takde siapa lagi dapat aku kongsikan masalah dan meminta pendapat sebab aku nak menjaga aib ibu dan keluarga. Aku sendiri masih tak percaya kisah yang umpama wujud dalam tv terjadi terhadap aku.

Malah sebelum mesej jantan tu aku masih lagi sempat memeriksa mesej – mesej mereka dengan harapan semua tu hanyelah mimpi dan mainan minda aku. Tapi aku silap, semua ini memang benar. Aku sanggup bersumpah dengan nama Allah ini semua bukannya dusta, aku tidak tergamak untuk menggunakan nama Allah untuk berdusta.

Komen W4rganet :

Mc Laren : Ini melibatkan maruah ibu, syurga di bawah tapak kaki ibu sekalipun ibu penz1na. TT wajib confront ibu tentang hal ni (secara lembut), dan jangan pecahkan aib ibu ni kat sesiapa pun. Menangislah depan ibu, mintak ibu bertaubat nasuha…

Kenangkan ibu tentang pentingnya doa seorang ibu yang solehah untuk masa depan anak – anak dia, tambah lagi yang bakal duduki peperiksaan awam tu. Untuk lebih berkesan, mungkin juga TT boleh contact kekasih ibu, minta putuskan hubungan mereka DEMI TAKUTKAN ALLAH.

TT tak perlu libatkan ayah TT, atau sebut nama ayah semasa berbincang denganĀ  ibu. Kerapkali ingatkan dia tentang Allah dan anak – anak ibu yang sayangkan ibu tu. TT banyakkan solat hajat di samping tu, supaya ibu bertaubat. Jika ibu bertaubat nanti, jangan dah ungkit hal ni, anggap je ibu tertewas dengan laknatullah, dan sedia mula kan hidup baru buku baru.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.