Suami kaki betina, aku letak tracker dekat beg & motor. Menggigil tengok suami keluar dari rumah janda, rambut basah baru lepas mandi

Hari kerja tak nampak aktiviti persundalan suami. Tapi weekend nohhhhh rokiahhhh! Sabtu keluar dengan budak office muda, beza 19 tahun dengan suami aku. Ahad sebelum 8 pagi dah keluar rumah untuk jumpa janda, bayar bil air….

#Foto sekadar hiasan. Hi semua pembaca. Aku dah berkahwin lebih 15 tahun. Tapi selepas 15 tahun perkahwinan baru aku dapat tahu suami (dah jadi bekas suami pun sekarang ni) Kaki Betina.. Aku kantoikan dia sampai buka fail tatatertib. Ceritanya macam ni…

Selama 2 bulan aku follow dia punya pergerakan. Aku letak tracker pada motor dan dalam beg dia. Tapi lelaki yang suka menipu ni otak dia ligat menipu. Dia parking motor dekat mana – mana shop lot. Nanti skandal – skandal akan datang ambil naik kereta.

Bila letak tracker baru tau sakan jalan merata. Hari kerja tak nampak aktiviti persundalan dia. Tapi weekend nohhhhh rokiahhhh sabtu keluar dengan budak office muda ye beza 19 tahun dengan suami aku. Ahad sebelum 8 pagi dah keluar rumah untuk jumpa janda miang yang tua setahun dari suami aku, tahun depan dah 44 tahun pun.

Untuk pengetahuan korang perjalanan nak jumpa janda tu ambil masa sejam tau. Hujan ribut waima dia demam tanpa gagal setiap hari ahad jumpa janda untuk “bayar bil air”. Semua aktiviti dia aku rakam sebagai bukti. S4kit dia Allah je yang tahu.

Mengigil lemah lutut bila tengok suami sendiri duduk dalam kereta yang tinted gelap nam4ti di tempat sunyi lebih 30 minit. Maklum la mudah berdua – duaan dalan kereta. Lagi kecewa bila dengan mata kepala kau sendiri tengok motor suami parking depan rumah janda tu sampai 8 malam.

Jumpa janda masa nak hantar suami aku kat motor lepas berasmaradana, si janda keluar dari kereta dengan keadaan rambut basah baru lepas mandi. Tak logik kau berdating dalam keadaan tak bersiap gitu melainkan kau baru lepas mandi wajib.

Hantar suami dekat motor yang dia park dekat shop lot. Dia lupa kata pepatah sepandai – pandai penipu menipu. Sekali Allah nak buka aib. Akan terbongkar semuanya. Sedih bila suami yang kita percaya rutin kerja. Sibuk dengan operasi tapi mengambil kesempatan dengan pasang skandal 2 orang dalam 1 masa yang si janda dengan kerani 1 office aku namakan BB.

Si BB kononnya kesian sebab ditipu dengan sorang lagi perempuan skandal ( BK ) yang ni dah putus sebab nak kahwin dah dengan pegawai. Habiskan duit buat veneer, barang cod ke office, suami aku yang bayar, supr1se birthday.

Konon suami aku ni la yang beria terhegeh – hegeh nak kat si BK (bukan nama sebenar) konon nak jadi penyelamat jangan b0doh kena tipu dengan si BK dia nak duit je. Last masa suami aku putus dengan si BK sebab dia bagi tau nak kahwin dah.

Kemain eh suami aku tu frust konon si BK ni tipu dia permainkan perasaan suami aku. Kelakar tau. Mungkin hilang ingatan yang dia sebenarnya lebih penipu dari BK tu. Sebab menipu pada isteri yang sah dalam undang – undang.

Lepas dah putus dengan BK. Suami aku take over pulak si BB ni buat skandal geli – geli. Bawa makan – makan. Window shopping. Pegi karaoke. Tu la hasil penyiasatan aku selama 2 bulan jadi detektif conan. Aku bukan tak pandai jaga laki.

Dia yang sebenarnya tak pandai jaga diri apatah lagi jaga nafsu. Hakik4tnya bukan tak pernah tanya jawapan dia “pergi office la. Nak pergi mana lagi”. Penyondol – penyondol sekalian once kau pernah berskandal dengan suami orang. Kau menafikan la macam mana pun. The truth of the story hanya Allah yang maha mengetahui. Ingat ye doa orang – orang terani4ya tidak akan pernah salah alamat. Kifarah is real.

Back to story.. Aku deal dengan di BB dan BK. Dua – dua tak mengaku konon rapat sebagai abang. Kau ingat aku b0doh abang apa kalau bersayang dan panggil B. Aku baca conversation korang dalam whatsapp. Tapi dengan si janda miang tu aku tak g4duh. Geli nak pegang.

Aku serahkan 100% kepada Allah untuk sediakan kifarah sepanjang hayat untuk kau. Sekarang  aku dah bebas jadi single mom. Aku pernah diani4ya oleh seorang janda miang. Dalam doa aku sentiasa minta Allah selamatkan aku dari maksi4t. Aku tak nak sener4ka dengan mereka. Selamatkan aku dengan anak – anak.

Once korang bertaubat nasuha ingat d0sa sesama manusia kau kena mohon dengan manusia yang kau ani4ya tu. Bukan aku sorang ye. Ada 2 anak “habibi” yang kau skandal tu. Betul suami kita kalau tak melayan tak akan jadi.

Sekarang aku dah sedekahkan duda aku kat dia. Sebab aku tak nak hidup dengan suami narsisistik dan kaki betina. Move on dan single is better. By the way ini kes pertama per4ngai suami aku yang kantoi dengan betina sampai dia checkmate dan runtuhnya sebuah perkahwinan yang dibina selama berbelas tahun.

Untuk orang – orang yang cuba nasihatkan “fikir anak – anak” pada isteri terani4ya macam aku ni. Bukan aku yang buat per4ngai. Kalau seorang suami dan ayah yang baik dia akan fikir halal h4ram baik buruk sesuatu.

Sepatutnya suami dan ayah tu la fikir akibatnya bukan sang isteri yang kena selalu fikirkan hal anak – anak. Adakah isteri tak layak bahagia selepas bercerai???? Allah selamatkan seorang isteri yang ikhlas dalam rumahtangga dari suami yang dayus. 1 hari nanti Allah akan buktikan hikmah penceraian ini.

Untuk ibu tunggal, kuatlah demi amanah Allah yang kita jaga. Jangan pernah putus asa menuntut hak kalian di Mahkamah Syariah walaupun ambil masa yg panjang, tenaga yang banyak dan kos yang tinggi. Yakinlah Allah Sentiasa ada bersama – sama kita.

Biarkan apa orang nak kata. Kita tuntut hak kita. Kita buat perkara yang betul. Jangan argue pada haters. Kita doakan je haters ni rasa sikit apa yang kita rasa. Big hugs for All Single Mom terani4ya. From, – Orked Puteh (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Akissha Laila’sha : Maksudnya bekas laki tt ni memang dah ketagih berz1na. Astagfirullahalazim. Eloklah tt jadi single mom je. Tak payah risau dengan STD. Orang yang suka cari benda h4ram ni takkan rasa nikmat dengan benda yang halal. Takde rasa takut untuk bergelumang dengan d0sa tandanya sem4kin jauh dari Allah. Harap sempatlah semua penz1na ni bertaubat.

Encik Pazil : Laki depends laki penz1na ni laki yang takde otak. Alasan ape pun, bukan dengan berz1na. Kalau dah tak bersefahaman boleh cerai cara elok. Tak kisahlah janda atau anak d4ra.. d0sa tetap d0sa. Jangan tegakkan benang yang basah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.