Dulu isteri aku setuju nak bayar komitmen 50-50. Aku beng4ng isteri berhenti kerja lepas beranak. Konon nak luangkan masa dengan anak..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Isteri cakap duit dia tak cukup, dia nak buat bisnes. Aku pun bayar jugak bil sama – sama 50-50. Sibuk nak bagi duit dekat mak ayah dia. Bukan tanggungjawab dia nak bagi duit dekat mak bapak. Sekarang baju tak berlipat, rumah kotor..

#Foto sekadar hiasan / AI. Isteri aku cantik dan baik. Masa aku kenal dia, dia kerja pakai T-shirt dan jeans, kasut lusuh. Pergi kerja naik bas dekat company kecil. Bila tahu gaji dia lebih dari aku, aku terk3jut. Tapi baik sangat budaknya dan humble. Sebab tu aku suka dia.

Kami tak berkenalan lama, terus kahwin tahun depan tu. Masa kahwin aku takde duit, so aku buat loan untuk bayar hantaran dia. Tak banyak mana, 10k je. Loan tu kami bayar sama – sama lepas kahwin, taklah terasa sangat. Tak sampai 10 tahun dah habis bayar.

Mula – mula aku duduk rumah mak ayah mertua sebab takde duit deposit untuk rumah sewa. Aku bahagia sekejap je. Lepas 2-3 bulan dah nampak per4ngai dia. Suka complain. Ada je benda tak kena hari – hari. Masa ni dia dah mengandung, lagi teruk per4ngai.

Padahal dia pergi kerja, aku hantar dan ambil hari – hari. Dia tak perlu naik bas dah. Aku menempuh jem ambil dia kat office. Kadang – kadang bila dia kena berjalan jauh cari teksi, dia salahkan aku. Padahal dia yang taknak ambil lesen kereta. Takde duit katanya.

Padahal masa tu dia bayar bil dan makanan kat rumah tu tak sampai 1000. Bukannya kena bayar sewa rumah. Aku tak tau mana duit dia pergi. Satu hari aku dapat bonus, aku guna untuk bayar deposit rumah sewa. Berpindah la kami. Happy betul dia.

Masa ni dah ada anak dan dia dah start drive sebab kena hantar dan ambil anak kat rumah pengasuh. Masa ni dia buat hal lagi. Dia terjebak online business. Aku marah sebab dia busy. Malam siapkan order. Hujung minggu masuk event untuk jual barang – barang dia.

Dengan aku terlibat sama tapi aku sayang. Dia cakap nak tambah pendapatan sebab gaji tak cukup untuk cover bayaran rumah dan belanja. Aku cukup tak faham. Bukannya dia bayar semua. Kami bahagi dua. Aku dah kira semua belanja, cukup untuk kami bayar dan lepas tu ada lebih untuk belanja masing – masing.

Bila dapat untung business, bukannya dia belanja aku. Dia guna untuk rolling. Benda ni berterusan sampai dia cakap nak berhenti kerja. Kononnya nak fokus anak – anak. Padahal anak – anak still hantar pengasuh. Alasan dia, sebenarnya dia cuma nak kerja kat rumah.

Masa tu aku buat kira – kira. Susah nak survive kalau dia berhenti, jadi aku tak benarkan. Tapi dia ingkar dan berhenti juga. Aku penat. Aku penat tolong dia kembangkan business dia. Dulu dia career woman. Salah satu sebab aku sukakan dia. Tiba – tiba berubah.

Sekarang gaji aku m4kin besar, dia pun dah ada company. Tapi in the end, profit dia buat cukup – cukup untuk bayar komitmen kami sekarang (bahagian dia). Banyak masa aku yang kena top-up. Aku kena sentiasa pastikan aku ada duit extra sebab dia akan sentiasa nak pinjam. Bulan depan bayar.

Aku meluah ni sebab aku penat. Aku sayang dia. Tapi dia tak ikut cakap aku. Dia buat pilihan sendiri yang membuatkan kami penat. Kalau dulu dia stay je dengan kerja dia, aku rasa kami tak penat macam ni. Mungkin duit tak sebanyak sekarang tapi takde la str3ss macam sekarang.

Aku penat kerja, balik tu kadang – kadang dia masak kadang – kadang tak. Aku tak kisah. Anak – anak dia uruskan pergi balik sekolah, tapi lepas aku sampai rumah tu, lepas masak untuk anak, dia tinggal terus budak – budak kat aku. Dia rehat. Bilanya aku nak rehat?

Aku kemas rumah dan dapur kalau sempat, mostly dia buat. Tapi kalau dia malas, dia tinggal je kat aku, aku settlekan tanpa complain. Aku faham dia pun nak rehat. Dia masih kerja kat rumah walaupun dah ada sewa studio kecil untuk staff – staff kerja. Tapi baju tak berlipat, lantai tak bermop. Rumah kemas tapi tak bersih.

Kadang – kadang bila berg4duh, dia tanya apa d0sa dia. Aku cuma suruh dia dengar cakap aku. Ikut arahan aku. Tapi dia cakap nasihat dan arahan aku tak menyelesaikan masalah dia. Terutamanya pasal business dia dan cara dia uruskan rumahtangga.

Aku dah banyak berk0rban daripada awal sampai sekarang. Tapi dia cakap dia penat kerja. Penat bayar nafkah yang patut aku tanggung. Bukannya dia bayar sorang. Apa yang dia bayar, aku bayar jugak. Penat uruskan anak. Habis tu aku tak penat? Aku tengah serabut. cuma nak dia dengar cakap aku. – Khamis (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Banyak yang mengata, semua perempuan. Mak aku bersama dengan ayah aku dual income household. Takde masalah. Abang aku, kakak aku, adik aku. Semua dual income household. Takde masalah. Aku tak faham apa perempuan anti sangat dengan 50-50.

Korang ingat dengan ekonomi sekarang, cukup ke gaji laki sorang? Rumah je dah berapa ratus ribu? Kereta, minyak, tol, taska anak, insurans anak dan laki bini, tuisyen anak, hibah, belanja harian, belanja rumah, bil, sst. Isteri aku daripada dual income household.

Colleague aku kebanyakannya dual income household. Kami sama – sama bekerja untuk menaikkan ekonomi rumah tangga. Dulu mak ayah aku B40, sekarang kami M40 dan kadang – kadang T20 (ikut la profit isteri aku macam mana). Dari segi sama – sama bekerja ni kami takde masalah. Kami aligned.

Aku jatuh cinta pada isteri aku sebelum aku tau tangga gaji dia. Bukan besar mana, lebih 1k je pun. Aku m4kin suka sebab dia jenis humble, bukan jenis bershopping atau bermekap mana. Dia career oriented. Tapi lepas dapat anak, dia berubah.

Kenapa buat loan kahwin? Aku dah pernah bertahun kumpul duit nak kahwin, last – last ex aku tinggal je aku. So kali ni aku taknak tunggu. Bila aku tanya isteri aku untuk hantaran dia boleh tak bayar sama – sama, dia setuju sebab takde usik mana pun daripada gaji dia.

Tapi, dia jenis spend banyak kat famili. Apa anak perempuan nak kena tanggung mak ayah. Mana function abang dan adik lelaki dia? Mak ayah aku pun tak mintak aku sesen pun lepas aku kerja. Jadi, kenapa aku nak kena spend duit kat mak ayah dia? Baik aku bagi mak ayah aku.

SEBELUM kahwin memang dia spend dalam 1000 untuk rumah parents dia. Buat belanja dan bil. Lepas kahwin, kami tinggal dengan parents dia. So, dia bayar 1000 tu sama je dengan SEBELUM kahwin. Tambah aku kat rumah tu takde menyusahkan dia pun. Aku lagi menyenangkan hidup dia.

Sebelum kahwin pergi kerja naik bas. Selepas kahwin aku pakej hantar dan ambil. Bila aku betul – betul tak boleh ambil je aku mintak dia naik public transport. Itu pun dia complain kena bayar mahal. Habis tu duit minyak aku ulang alik hantar ambil dia macam mana?

Aku tak pernah claim. Peng0rbanan aku tempuh jem macam mana? Still dia marah kena jalan kaki cari transport. Suruh ambil lesen taknak. Macam bila aku dah ada dalam hidup dia, tetiba jadi b0doh tak reti hidup sendiri padahal sebelum kahwin boleh je.

Dia berhenti kerja memang buat aku kecil hati. Macam takde rasa hormat langsung aku sebagai suami, sebagai ketua keluarga. Lepas dapat anak terus terpaling nak jadi emak yang ada untuk anak. Macam la perempuan lain yang kerja office tak cukup masa spend kat anak.

Hidup aku daripada rileks2 hujung minggu duduk berehat dengan isteri dan anak, jadi huru hara dengan nak tolong dia siapkan stok, tolong dia set up untuk event. Tolong dia susun barang dekat rak. Eh kalau korang tau berapa penatnya berniaga ni korang tau la.

Dah elok – elok kerja manager nak buat kerja balaci start semula dari awal. Kau tak beng4ng? Aku berk0rban banyak. Aku penat. Sebab tu aku buat confessions ni masa aku serabut. Uruskan rumah? Eh senang la untuk aku. Setakat susu anak mandi anak ber4k k3ncing anak memang aku uruskan sama – sama daripada bayi tanpa complain. Tapi tetap dia terpaling penat.

Kalau dia nak rasa terbeban kena ambil dan hantar anak ke sekolah, dah bukan itu ke dia punya tujuan kerja sendiri? Nak masa flexible untuk spend masa dengan anak, ambil lah. Spend banyak – banyak. Aku ni kerja dah memang balik lambat.

Kalau aku berhenti siapa nak cover time – time business dia takde profit? Dah dua hal nak cover operation business, lepas tu nak cover komitmen rumah bahagian dia pulak. Aku ni kena sentiasa make sure aku ada duit untuk cover bahagian dia.

Sebab tu aku make sure segala hutang dia pada aku, dia bayar. Kalau tak takde buffer dah nanti. Aku menulis dekat sini sebab aku tak boleh cakap depan muka dia. Kang menangis minta cerai. Sikit – sikit cerai. Tak fikir anak langsung. Aku sayang dia, tapi dia ikut kepala sendiri setiap masa. Apa aku cakap tak masuk telinga langsung.

Contoh:- aku dah cakap jangan join event. Dia nak juga. Bayar pakai duit aku. Masa dah dekat, dia start panik rasa tak boleh buat sebab banyak sangat nak kena prepare. Aku la yang terp4ksa tarik dia, make sure dia set up dan buat sales. Setiap sales aku ambil dulu bahagian duit aku yang dia guna.

Lepas tu aku ambil bahagian komitmen rumah. Lepas tu aku ambil untuk bayar operation business dia macam stok, gaji dan lain – lain. Settle semua tu baru aku biarkan untuk dia berjoli. Aku buat tu untuk pastikan dia tak take things for granted.

Tapi penat dengan kerja hakiki aku lagi lepas tu tolong manage dia tanpa gaji. Lega aku melepas sini. Nak cakap dengan orangnya aku sayang. Sedih kau banyak berk0rban tapi dia still tak dengar cakap. Korang komen la apa kau nak komen, bukan aku baca pun. Korang terpaling nak lelaki provider tapi peng0rbanan lelaki bukannya korang pernah nampak. – Khamis (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Leo Zeref : Koyak ke bro? Aku laki bro. Tetap aku nak kata ko bebal sebab allign kan income soh bini sumbang duit. Reti tak maksud NAFKAH dalam agama? Ko nak kata apa salahnya 50 – 50? Tu pun ko da silap. Duit ko memang kena guna sebagai provider.

Tu hukvm dalam agama bro. Duit bini ko hak milik dia 100 peratus dia nak bayar untuk ape pun sukati dia. Cuma kalo dia ikhlas nak bantu tu sangatla bagus. Tapi ko ni jenis berlagak bila harapkan bini spent income dia untuk rumah tangga yang SEPATUTNYA TANGGUNGJAWAB ko! Tapi lantak la. Ko kata ko tak baca pun kan? Komen panjang – panjang pun buang masa dan data aku je. Aku nak gelak jela.

Salju Putih : “apa anak perempuan nak tanggung mak ayah? mana function abang dan adik lelaki dia?”. Nah persoalkan balik diri sendiri. Apa bini nak kena tanggung 50-50 nafkah wajib rumah tangga? Mana function suami dia? Hehh. benda ni jadi acceptable sebab kau repeat the same cycle daripada orang sekeliling. Simple.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.