Dulu sebelum s4kit, suami men4gih, langgan perempuan. Sekarang suami lumpuh, dia tuduh aku habiskan duit gaji dan duit sumbangan

Dulu masa masih muda, aku takut nak bercerai. Aku berk0rban jaga suami lumpuh tapi dia masih ego, h1na aku. Sekarang aku nekad nak cerai, walaupun dia masih terlantar. Suami merayu jangan hantar dekat rumah orang orang tua..

#Foto sekadar hiasan. Aku kahwin dengan suami sejak umur awal 20an. Suami pula 14 tahun lebih tua daripada aku. Sebelum kahwin aku langsung tidak tahu yang dia ada masalah dengan d4dah seperti pil kvda, ice dan g4nja. Lepas kahwin barulah aku tahu semua itu. Tapi aku cuba sabar dan sentiasa nasihatkan dia.

Apa yang bagus tentang suami aku, dia tidak pernah pukuI aku, tidak pernah minta duit aku, solat lima waktu cukup, malah kalau dia tidak berada di bawah pengaruh d4dah dia akan solat berjemaah di masjid. Dia pun bukan ambil benda tu setiap masa, cuma bila dia rasa nak fokus pada sesuatu kerja sahaja. Sebab kerja dia jenis banyak guna tenaga dan idea.

Kadang – kadang hujung minggu waktu cuti dia akan guna untuk kemas rumah, baiki barang rosak, per4ng dengan anai – anai dan macam – macam lagi. Aku pula memang tidak kerja sejak bersalin anak sulung. Tapi maIangnya, dalam tempoh tujuh tahun kami kahwin, dah tiga kali juga dia tertangkap atas isu d4dah.

Aku lah yang susah payah turun naik mahkamah untuk selesaikan semua hal itu. MaIang lagi bila satu hari aku terjumpa video Iucah suami aku dengan perempuan lain yang jelas sekali seorang peIacur. Masa itu aku memang mahu sangat bercerai, hati aku sudah pecah berkecai.

Tapi bila suami merayu rayu minta maaf, anak – anak pula menangis tanpa henti, hati aku jadi lembut. Aku lupakan hasrat nak bercerai itu walaupun dalam hati masih terasa Iuka. Masa itu aku masih dalam usia 20an, memang takut dengan perkataan cerai.

Risau anak – anak masih kecil, risau tiada pendapatan tetap. Aku hanya berniaga kecil – kecilan dari rumah. Dalam hati, aku selalu fikir kalau aku berpisah masa itu mungkin hidup aku dan anak – anak akan lebih susah. Jadi aku tahan hati dan teruskan.

Kemuncaknya pada tahun kelapan perkahwinan, aku baru tahu aku mengandung anak ketiga, masa itu kandungan baru lapan minggu. Tiba – tiba suami jatuh s4kit. Doktor beritahu salur d4rah di kepala dia pecah dan ada d4rah beku di dalamnya.

Akibatnya suami lumpuh sebelah kiri badan termasuk kaki dan tangan. Sejak dia keluar hospital, akulah yang menjaga suami sepenuh masa. Dia terlantar di katil beberapa bulan, aku uruskan makan, mandi, pakaian, ubat – ubatan dan semuanya.

Masa itu aku juga sedang sarat mengandung. Waktu bersalin, aku terp4ksa minta jiran dan mak saud4ra datang membantu sebab tidak mampu uruskan semua seorang diri. Aku masih ingat ada satu malam waktu aku tengah menyusukan bayi, suami tiba – tiba panggil sebab dia terjatuh dari katil.

Aku terp4ksa letak bayi di lantai dalam buaian dan angkat dia sedaya upaya. Masa itu air mata aku mengalir tanpa sedar. Awalnya aku redha dan sabar dengan ujian yang datang. Tapi suami walaupun s4kit, masih ada kelebihan dari segi duit. Itu buatkan dia mula ada ego terhadap aku tentang hal kewangan.

Dia mula tuduh aku habiskan duit dia walaupun kebanyakan belanja rumah datang daripada duit aku berniaga kecil – kecilan. Lagi pula abang dia ada beri lima ratus ringgit setiap bulan untuk tambah belanja dan itu membuatkan dia rasa lebih bangga diri serta lebih menghargai adik beradik dia berbanding aku.

Lama kelamaan aku mula rasa menyampah dengan per4ngai suami. Timbul penyesalan sebab masa dia sihat dulu aku tidak nekad untuk bercerai. Kalau tidak mungkin sekarang aku sudah bebas daripada semua ini. Sekarang, pada tahun kesebelas perkahwinan, aku sudah berusia awal 30an.

Aku sudah bekerja dan mula ada pendapatan tetap. Aku sudah berani dan nekad untuk bercerai. Proses penceraian sedang berjalan melalui kaedah hakam. Pada bulan 7 baru baru ini aku naik mahkamah untuk lantikan jawatankuasa pendamai.

Masalahnya sekarang aku dalam dilema memandangkan keadaan suami. Mak ayah dia sudah tiada, cuma ada abang dan seorang adik perempuan yang tinggal di utara dan pantai timur. Kalau aku hantar dia balik kampung, aku kesian sebab dia akan jauh daripada anak – anak.

Kalau dihantar ke pusat jagaan, yuran hampir dua ribu sebulan. Suami pula merayu – rayu tidak mahu duduk pusat jagaan dan mahu duduk dengan anak – anak walaupun sudah bercerai nanti. Sekarang pun kami masih tinggal serumah tapi asing bilik.

Aku tahu mana boleh begitu. Kalau sudah bercerai, apa guna kalau aku masih terp4ksa bertanggungjawab uruskan kebajikan dia, makan pakai dia. Nak tuntut nafkah anak pun aku masih fikir – fikir kemampuan dia. Aku tidak pasti adakah adik dan abang dia akan ambil kisah tentang hal nafkah anak – anak aku.

Dalam hati aku sentiasa fikirkan masa depan dan kebajikan suami yang akan aku tinggalkan. Tapi dengan jiwa muda dan susah payah yang datang bertimpa timpa, aku tidak boleh nafikan kadang – kadang jiwa aku member0ntak. Ada masa aku duduk termenung lama di dapur selepas anak – anak tidur, memikirkan bagaimana hidup aku akan berubah selepas ini.

Aku rasa ibarat lilin yang menerangi semua orang tetapi diri sendiri terbakar. Sebagai seorang isteri aku sudah puas bersabar dan berk0rban. Tapi sebagai manusia, kesabaran ada batasnya. Dalam cerita ini aku tidak nampak yang suami memahami aku.

Dalam banyak – banyak masalah pun dia masih tidak mahu memikirkan peng0rbanan aku. Dalam s4kit pun egonya tidak hilang. Aku pasti dia tidak akan berubah walaupun sembuh sepenuhnya. Sekarang aku cuma berdoa supaya Allah beri aku kekuatan untuk teruskan langkah dan tidak berpatah balik. Aku juga berharap suami sedar dan berubah, walaupun aku tahu itu mungkin must4hil. Kalau penceraian ini berlaku, aku anggap itu satu peluang untuk aku dan anak – anak memulakan hidup baru.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :