
9 tahun aku yang uruskan makan minum suami, pakaian dia. Sekarang dia h4ramkan aku sentuh barang dan pakaian dia, kalau tak jatuh talak. Aku makin pelik, setiap pagi muncul ulat sampah di hadapan pintu utama walaupun rumah bersih dan sampah dibuang setiap hari…
#Foto sekadar hiasan. Sembilan tahun pertama perkahwinan kami berjalan seperti biasa, penuh harapan, suka duka dan kasih sayang. Waktu itu aku benar – benar percaya aku sedang membina hidup dengan lelaki yang tepat. Kami membesar bersama dalam perkahwinan, belajar memahami satu sama lain, jatuh bangun mengurus rumah tangga dan anak – anak.
Walaupun tak mewah, aku rasa cukup. Aku rasa dihargai. Namun masuk tahun ke sepuluh, perlahan – lahan semuanya berubah tanpa aku sedar bila titik mulanya. Dalam tiga tahun terakhir, suami semakin dingin. Balas mesej semakin lambat, wajahnya sentiasa letih bila pulang ke rumah, dan perbualan kami makin singkat.
Kalau dulu dia suka bercerita tentang kerja, tentang rakan pejabat dan hal kecil yang berlaku dalam sehari, kini semuanya sepi. Aku cuba pujuk, cuba tanya dengan baik, tapi jawapan yang aku terima selalunya acuh tak acuh. Katanya aku terlalu sensitif, terlalu banyak berfikir.
Aku telan sahaja, sebab aku masih mahu percaya semuanya baik – baik sahaja. Sampailah akhirnya aku tahu tentang kehadiran orang ketiga. Orang itu ialah rakan sekerja suami sendiri. Ironinya, suatu ketika dahulu suami pernah bercerita yang dia kurang menyukai perempuan itu.
Katanya perempuan itu terlalu menonjol, terlalu manja dan suka mencari perhatian. Aku langsung tak syak apa – apa, sebab aku percaya pada kata – kata suami. Tapi entah apa yang berubah, akhirnya perempuan itulah yang menjadi pilihan hatinya.
Aku sendiri tertanya – tanya, apa istimewanya sampai suami sanggup melupakan isteri yang sudah bertahun – tahun bersamanya. Aku tak menunggu cerita daripada orang lain. Aku cari kebenaran sendiri. Aku pasang penjejak, aku perhatikan gerak geri suami, aku simpan semua bukti satu persatu.
Bukan sebab cemburu membuta tuli, tapi kerana naluri seorang isteri jarang tersilap. Bila semuanya terbukti, aku beranikan diri bertanya dengan baik. Aku tak menjerit, tak memaki. Aku cuma mahu kejujuran. Tapi akhirnya, aku pula yang dipersalahkan.
Katanya semua yang berlaku adalah salah aku, aku kononnya tak memahami, tak menyenangkan hati, terlalu menuntut perhatian. Waktu itu, aku sedang berpantang anak ketiga. Badan masih lemah, Iuka bersalin belum sembuh sepenuhnya. Aku perIukan sokongan emosi, perIukan bahu untuk bersandar.
Tapi yang aku terima sebaliknya. Suami yang dulu penyayang berubah menjadi kasar. Nada suaranya tinggi, wajahnya selalu marah. Pernah satu malam, hanya kerana aku bertanya kenapa dia pulang lewat, dia menolak aku hingga aku hampir terjatuh. Hati aku remuk, tapi aku masih cuba bertahan.
Aku berdoa setiap malam, aku berharap Allah lembutkan hatinya dan pulihkan rumah tangga kami. Aku tetap jalankan tanggungjawab sebagai isteri, walaupun jiwa aku semakin kosong. Sampailah satu hari, suami mengenakan satu hukvman yang benar – benar meruntun jiwa aku.
Aku dilarang menyentuh pakaian dan barang – barangnya. Katanya, kalau aku berbuat demikian, dia akan menceraikan aku. Bayangkan, selepas sembilan tahun aku mengurus makan minum, pakaian dan rumah tangga, tiba – tiba aku dianggap orang asing di dalam rumah sendiri.
Aku hanya mampu melihat bajunya bertimbun tanpa berani menyentuh. Setiap hari aku rasa h1na, seolah – olah semua peng0rbanan aku selama ini tak pernah bernilai. Aku juga mula perasan perkara pelik di rumah. Setiap pagi, akan muncul ulat sampah di hadapan pintu utama walaupun rumah bersih dan sampah dibuang setiap hari.
Aku bersihkan, esoknya muncul lagi. Hati aku mula tak sedap. Aku berjumpa lebih daripada tiga orang pengamal perubatan Islam. Kesemuanya memberikan jawapan yang sama. Mereka kata suami aku sedang diganggu dan ada unsur sih1r yang dihantar. Aku percaya. Aku berpegang pada harapan itu. Aku teruskan doa, aku ikut rawatan yang disarankan, aku berharap keadaan akan berubah.
Namun aku juga manusia. Aku ada batasnya. Aku penat. Aku terIuka. Selama dua tahun, aku mengurus rumah dan anak – anak seorang diri. Suami ada di rumah, tapi jiwanya entah di mana. Aku menelan semuanya dengan air mata, kesedihan, kesunyian dan rasa tak adil.
Ada malam aku menangis senyap – senyap di bilik mandi supaya anak – anak tak dengar. Aku bangun setiap pagi dengan senyuman palsu demi mereka. Aku berjuang dalam diam, tanpa sokongan, tanpa bahu untuk bersandar. Akhirnya, aku diceraikan.
Tanpa kata maaf, tanpa ruang untuk penjelasan. Lafaz itu jatuh begitu sahaja, seolah – olah sembilan tahun perkahwinan kami hanyalah satu episod singkat yang mudah dilupakan. Hati aku m4ti rasa. Air mata aku seolah – olah sudah habis. Kini, dia bahagia bersama perempuan itu, yang hadir ketika aku masih di sisi.
Biarlah. Ada orang memilih untuk hidup dalam kesenangan yang sementara, tanpa memikirkan harga yang perlu dibayar. Aku pula belajar untuk melepaskan. Aku belajar redha, bukan kerana aku kalah, tetapi kerana aku penat mempertahankan sesuatu yang hanya aku seorang sahaja yang berjuang.
Aku tak perIukan bukti lagi. Semuanya sudah jelas. Mungkin dia merasakan dirinya menang, tapi biarlah. Aku percaya hidup ini ada caranya sendiri untuk mengajar, sama ada dengan atau tanpa penjelasan. Aku tak mahu membuang masa lagi untuk orang yang tak pernah menghargai aku.
Hari ini, aku bahagia dengan cara aku sendiri. Walaupun tanpa sebarang sandiwara, walaupun perjalanan hidup aku penuh Iuka. Aku bangkit perlahan – lahan, demi diri aku dan anak – anak. Dan itu sudah lebih daripada cukup.
Komen Netizen :
Mimie Ruza : Moga dipermudahkan urusan sis dengan anak – anak. Memang ramai pelakor murahan guna sih1r. Begitu juga dengan kes aku. Kami terkena bertahun – tahun, malah siap berusaha untuk rampas harta keluarga aku. Namun Allah itu ada.
Aku lepaskan jantan yang dia nak tanpa dapat usik hak keluarga aku. Berangan nak hidup senang, tapi nak rembat harta orang. Lebih dahsyat lagi, betina itu bini orang yang curang dengan macam – macam jantan. Suami sendiri dibuat macam lembu cucuk hidung.
Noorhanisah Khalil : Bagus. Itu yang terbaik. Hebat. Handal. Teruskan melangkah ke depan. Hidup puan dengan anak – anak perlu diteruskan dengan penuh bahagia dan tenang. Bak kata orang putih, rugi sangat kalau masih menangisi yang bukan rezeki jodoh kita. Begitulah.
Iqmal Alif : Kawan aku pernah cakap dekat bini macam ini. Terus bini sentuh isu cerai. Kawan aku pula tak mahu cerai sebab dia tak kacak. Bini pula lawa. Dia tahu kalau jadi duda, susah nak kahwin lain nanti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.