Bila saya bagitahu yang saya nak kahwin, emak buka rahsia sebenarnya mak dan ayah tak pernah kahwin sehingga dapat 3 orang anak. Sedangkan kakak saya kahwin dah ada anak, ayah jadi wali. Saya nekad guna ayah sebagai wali, tapi lepas saya kahwin kakak buat keputvsan meng3jut..
#Foto sekadar hiasan. Suka saya peringatkan jika ada antara anak anak kita atau adik beradik kita kata mereka nak kahwin lari nikah ke sempadan terutama Siam, suruh dia fikir 10 kali. Sebab banyak masalah timbul kemudian hari.
Jika berlaku perbaIahan rumahtangga suatu hari nanti, lelaki dengan senang hati tinggalkan kita, dia lepaskan beban pada wanita bila anak sudah berderet – deret. Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Masa nak kahwin semua okey, suami janji bertanggung jawab.
Tetapi bila hati dia sudah berubah, dia tinggalkan saya dengan anak – anak tanpa sesen nafkah. Masalah hidup saya ini agak berbelit – belit. Mungkin apa yang saya lalui bersabit dari salah langkah ibu bapa saya juga, tetapi siapalah kita anak nak salahkan mereka.
Mungkin apa yang mereka lalui ketika itu hanya mereka sahaja yang tahu masalahnya. Bagaimanapun, sebelum saya cerita masalah saya, biar saya bentangkan dulu kehidupan kami adik beradik yang hidup tersiksa bila ditinggalkan ayah.
Mungkin kesilapan ibu bapa kami maka hidup kami tiga beradik terbiar. Ayah tinggalkan ketika kami masih kecil, kakak yang sulung baru 5 tahun, emak tak bekerja, jadi kerana susah emak bawa kami balik kampung. Hajat nak tumpang rumah emak, tapi ada adik beradik lain.
Mereka pun susah, jadi kami hidup terpinggir. Emak terp4ksa bekerja sekadar beli beras, gula, tepung dan garam untuk besarkan kami Kerana hidup pun susah, sekolah tak penting, jika sempat belajar setakat sekolah rendah itu kira dah baik.
Kakak sampai darjah tiga, abang sampai tingkatan tiga dan saya takat darjah lima aja. Kata emak, beli beras lagi penting dari beli buku sekolah. Begitulah kami membesar hingga akirnya masing – masing tinggalkan kampung mencari kehidupan di bandar.
Kami buat berani mencuba nasib ‘untung sabut timbul, untung batu tenggeIam’. Hidup kami sejak kecil memang susah. Ayah lari tinggalkan kami, bapa tiri pun sama juga per4ngainya. Dalam proses pembesaran, kami lalui kehidupan dengan dua bapak tiri, apabila emak kahwin lagi.
Harapan emak bila berkahwin lagi, terbela lah nasib kami, tetapi hampa. Sebaliknya lagi susah. Emak ada tanggung jawab baru mengurus suami. Tapi kami terbiar. Kata emak, kami dapat makan itu dah nasib baik. Mana ada bapak tiri nak tanggung anak – anak tiri.
Jadi bila besar sikit, ada orang bagi peluang kerja, kami ikut. Begitulah nasib kami tiga beradik terbiar bila ayah lari tinggalkan emak dan kami entah ke mana. Mula – mula saya kerja gerai makan cuci pinggan pinggir kampung.
Tapi tiga bulan kemudian saya ikut kawan ke Kuala Lumpur kerja kilang. Bukan kilang elektronik, kilang kecik je. Tapi saya suka ada gaji dan berkongsi rumah dengan kawan. Di KL lah saya jumpa Bob, dia bukan kerja kilang tetapi pemandu.
Kami berkawan rapat akhirnya nak kahwin. Kata Bob mak bapaknya tak kisah, saya balik kampung beritahu emak nak kahwin. Di sini bermula masalah. Emak buka rahsia, ayah tak boleh nikahkan saya, sebab emak dan ayah tak pernah nikah.
Terk3jut beruk saya. Habis macam mana dengan kakak dah kahwin dan dah ada anak. Kata emak, dia akan beritahu nanti. Aduh berat kes ni. Saya tanya apa terjadi, kata emak itu cerita lama, mereka kurang dapat didikan agama, kesusahan hidup menyulitkan hidup orang tua emak.
Mereka membesar ikut pandai sendiri, itulah antara punca mereka jahiI. Kerana suka sama suka dan masalah kewangan, mereka hidup seperti pasangan suami isteri hingga melahirkan tiga orang anak tanpa nikah. Hidup mereka aman, hinggalah ayah bertindak tinggalkan emak dan kami tiga beradik. K3jamnya.
Besarlah kami sebagai sebagai anak – anak Subhah. Tapi hanya emak saja yang tahu. Dulu emak tak tahu selok – belok agama, sekarang mak tak mahu berd0sa lagi, sebab itu emak tak mahu ayah nikahkan kami, walaupun kami berbintikan ayah.
Aduhhh!!! kusutnya masalah. Sudahlah dari kecik hidup susah, dah besar pun terper4ngkap susah. Kerana tak puas hati, saya cari ayah. Ayah nafikan. Kata ayah, mereka dah nikah. Kalau dah nikah, mana surat nikah? Ayah gagal buktikan, alasannya hilang bila bercerai dulu.
Cerai? Bukan ditinggalkan? Tapi yakin dengan cakap ayah, saya teruskan pernikahan. Kami nikah di sebuah masjid di KL, ayah jadi wali. Emak sedih, tetapi kata ayah, emak memang susah diajar. Saya dan Bob nikah dengan hanya diraikan oleh kawan – kawan saja.
Selepas lahirkan anak pertama, saya dapat berita kakak nikah sekali lagi, sebab kakak ragu – ragu status pernikahan dan dirinya anak subhah. Dia tak mahu keturunannya huru – hara. Jadi mereka nikah semula. Suami kakak setuju.
Kerana kerisauan yang sama, saya ajak Bob ke mahkamah syariah. Saya ceritakan masalah saya sebagai anak subhah, wali diragui. Hakim bubarkan pernikahan kami, suruh kami faraq sementara menunggu urusan pernikahan semula.
Tetapi Bob tak sabar, dia tak mahu nikah semula, katanya menyulitkan, bukan senang dia nak minta cuti kerja. Oleh kerana nikah bubar, saya keluar rumah tinggalkan Bob dan menumpang rumah kakak. Bob bukan sahaja marah tetapi meng4muk sakan marahkan saya keluar rumah.
Dia tak benarkan saya keluar rumah. Katanya, kami dah nikah apa salah duduk serumah, sementara nikah semula. Dia tak mahu ikut perintah mahkamah, katanya undang – undang yang menyusahkan. Saya pujuk Bob cepat uruskan pernikahan semula.
Tetapi Bob tak ambil peduli. Sedihnya. Saya dibiarkan bukan dua atau tiga bulan, tetapi tiga tahun dia tak pedulikan saya. Puas saya merayu, memujuk dan mencari dia untuk nikah semula, tapi sem4kin dicari sem4kin jauh dia lari.
Nasib saya dapat kerja di tadika, maka saya dibenarkan tinggal di situ. Saya putvs asa dengan per4ngai Bob. Akhirnya satu hari dia cari saya dan ajak nikah, saya setuju, walaupun sudah tiga tahun dia tinggalkan saya. Tapi dia ajak nikah di Siam.
Saya bantah, tapi Bob bagi amaran, jika tak mahu tak payah nikah. Keras amarannya. Saya terp4ksa patuh. Saya ikut cakap Bob untuk nikah semula di Siam. Ingatkan selepas itu dia berubah, rupanya tidak. Malah masalah menjadi sem4kin kusut, apatah lagi bila Bob hilangkan diri dan saya tidak ada dokumen untuk memohon bantuan kebajikan.
Awalnya saya fikir tentulah Bob dah insaf dan kesiankan saya dua beranak, tetapi sebenarnya dia dinasihatkan oleh bos tempat dia bekerja supaya nikah semula dan dia diberi duit untuk urusan nikah, kerana Bob kata dia tak ada duit.
Lepas nikah, Bob bawa saya tumpang tinggal di rumah ibu bosnya yang sudah lama ditinggalkan,. Kata isteri bos, puan Sara, duduklah di rumah emaknya tak payah bayar sewa, bil utiliti pun mereka bayar. Tapi syaratnya, buat rumah ibunya macam rumah sendiri, jaga dengan baik dan jaga kebersihan.
Kalau ada kerosakan, beritahu. Mereka akan betulkan. Memang bertuah sungguh rasanya duduk rumah besar dan percuma pulak. Mereka sekeluarga pindah duduk luar negara kerana tugas. Bob bencikan mahkamah syariah kerana memfaraqkan kami.
Katanya nikah di Siam, senang, ringkas dan tak ada masalah dengan pelbagai peraturan yang memeningkan kepala. Saya rasa bertuah sungguh dapat duduk rumah besar lagi percuma, saya rasa tentu Bob suka. Tetapi dia jenis orang yang tak tahu bersyukur.
Walaupun dah bergeIar suami isteri, tetapi Bob tetap dengan per4ngai lamanya, tak pernah lekat di rumah, balik sesuka hati. Tak balik tiga atau empat hari itu jadi lumrah. Per4ngainya sem4kin teruk apabila saya mengandung anak kedua.
Dia bukan sahaja tak suka, balik rumah pun jarang. Dalam sebulan dua atau tiga kali sahaja dia balik bila saya telefon minta duit belanja kerana barang makan dah habis. Sem4kin hampir waktu bersalin, dia langsung tak balik. Nasib ada kakak bantu beli barang makan.
Habis p4ntang saya cari kerja jadi pembantu rumah, dengan syarat saya boleh bawa anak bersama. Nasib ada motor, dapatlah saya berulang alik ke tempat kerja. Boleh dikatakan anak – anak saya membesar di tengah jalan.
Kadang kala sama – sama berhujan. Sejak melahirkan, Bob tak pernah balik. Puas saya cari, tanya kawan – kawannya, cari tempat dia suka lepak pun tak jumpa. Bob cari kerja lain sejak bos berpindah kerja keluar negara.
Saya pernah mengadu kepada Puan Sara per4ngai Bob, tapi mereka tak dapat bantu, kerana duduk luar negara. Namun keluarga ini memang baik hati, mereka izinkan saya tinggal di rumah ibunya, dan mereka cuma pulang sesekali sahaja.
Kalau saya datang minta bantuan, tentu orang tak percaya sebab saya tinggal di rumah besar. Sedangkan hakik4tnya itu bukan rumah saya. Saya hanya menumpang, tolong jagakan rumah itu. Mereka tidak beri saya gaji jaga rumah ibunya, tetapi beri sagu hati sesekali.
Namun saya amat bersyukur anak – anak dapat menumpang teduh. Kalau tak tentu hidup saya lebih susah lagi, rumah sewa di KL bukan murah, dan amat menyulitkan dengan pendapatan sebagai pembantu rumah yang tak seberapa.
Sekali fikir, nasib anak – anak sama seperti nasib saya dulu. Kini hidup saya lebih sulit, sudah dua lebih bulan tak bekerja, tak dapat keluar pergi ke rumah majikan kerana PKPD. Di rumah apa pun tak ada, saya beli sebungkus nasi kongsi makan dengan anak.
Nak pacak bendera putih, takut pulak, sebab saya duduk rumah besar nanti apa kata orang keliIing, yang memang saya tak kenal. Tentu mereka terk3jut, orang kaya tak ada makan. Tetapi mereka tak tahu saya cuma menumpang rumah orang kaya.
Saya pernah pergi ke masjid, di kawasan luar, tetapi berdekatan kawasan tempat tinggal saya ini. Tujuan saya nak minta bantuan mana yang dapat. Kata kawan, mereka dah dapat. Tetapi bila saya cakap duduk di kawasan perumahan mewah ini, mereka pandang saya atas bawah.
Agaknya mereka kata saya main – main, mereka langsung tak bagi barang makan. Malunya. Hidup saya jadi susah sebab bahana nikah di Siam. Nak makan susah, nak minta bantuan pun susah. Sedihnya anak – anak menjadi m4ngsa atas kesilapan yang kami lakukan.
Tahun lepas pun tak dapat keluar bekerja kena PKP, tapi waktu itu saya ada sedikit simpanan setelah bekerja dua tahun boleh buat belanja dengan berjimat cermat. Tetapi kerana selalu sangat PKP maka simpanan pun habis, sebab itu kali ini saya terhimpit tak berduit langsung.
Majikan ada bantu, tetapi mana nak cukup. Saya dengar ada bantuan sana sini, nak pergi ambil rasa malu kalau ditolak lagi. Inilah masalahnya duduk di rumah kawasan perumahan mewah. Siapa percaya kalau kita kata tak ada makan?
Tak ada beras, minyak, gula dan tepung. Mereka pandang kita tiga, empat kali. Mungkin dalam hati mereka kata saya ni sewel. Kalau admin pun mungkin berfikiran yang sama. Kalau saya dipandang luaran dilihat daripada pakaian, kasut, tudung saya dan anak – anak tentu puan tak percaya saya duduk di kawasan perumahan mewah. Hiss, entahlah nasib.
Ada kawan bagi tahu boleh mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Mereka dah mohon dan dapat. Saya pun nak cuba, pergilah ke pejabat LHDN nak mohon bantuan. Nak isi borang satu bukti pun saya tak ada selain kad pengenalan.
Surat nikah tak ada, surat faraq tak ada, surat beranak anak – anak pun tak ada. Lebih kecewa bila saya diberitahu suami saya sudah dapat duit BPR, tetapi sesen pun dia tak c4mpak kat saya. Tapi saya tak putvs asa, saya pergi pejabat pendaftaran.
Saya berjaya dapatkan salinan surat beranak anak – anak. Tapi saya tak ada surat cerai. Saya pergi mahkamah syariah bertanyakan surat faraq, dah bagi pada suami. Surat nikah kat Siam pun tak ada. Sedihnya, sudah tiga tahun saya ditinggalkan tanpa sesen nafkah.
Mahkamah suruh dapatkan surat nikah Siam, takkan saya nak ke Siam. Mana ada duit, dan saya memang tak tahu ke sana. Dulu saya dan Bob ke Siam diuruskan oleh orang tertentu, semuanya mudah. Hulur duit aja. Tapi sekarang mana saya nak cari duit.
Nak makan pun susah. Bukan saya tak usaha cari Bob, merata saya cari dan tanya kawan – kawan lepaknya, tetapi sorang pun tak tahu. Inilah nasib ibu yang ditinggalkan. Kalau bercerai boleh mohon BPR, ini ditinggalkan. Suami entah ke mana?
Bukti pun tak ada. Susah memang susah. Semua Bob bawa lari, saya tak tahu apa tujuannya. Wanita jangan terpedaya bila ada lelaki ajak nikah di Siam. Jadikan cerita saya ini sebagai pengajaran. Jadi bercakap dari masalah yang saya lalui inilah maka saya nasihatkan gadis – gadis yang nak kahwin suami orang, ibu – ibu tunggal yang termakan pujuk lelaki ajak nikah kat Siam, fikirlah 10 kali.
Lelaki cuma nak nikah sahaja, bukan nak bertanggung jawab. Kalau nak nikah juga, carilah pejabat khadi Siam yang diiktiraf dan simpan surat nikah, jangan bagi suami pegang. Bila balik Malaysia daftar segera supaya anda terIindung daripada sebarang masalah.
Bila duduk sendirian saya terfikir apakah nasib anak – anak saya ini akan jadi seperti nasib saya dulu. Pada saya ini semua kerana suami tak bertanggung jawab. – Noreen
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.