Aku terk3jut tengok slip gaji bersih ayah 40k. Tapi mana pergi duit – duit ayah sebab kami hidup tak mewah macam orang lain. Aku ingat ayah pergi tempat jual van. Dia beli 5 buah van, tapi lepas tu aku tak pernah tengok van tu. Aku nekad siasat dan barulah mak terus terang..
#Foto sekadar hiasan. Aku nak cerita pasal ayah aku. Kami ni hidup sederhana. Aku ada 5 adik beradik. Ayah ada sebuah rumah, sebiji kereta dan sebiji motor. Dulu masa kecik – kecik, aku selalu ikut ayah aku sebab kalau ikut dia, dia pasti bawa makan cendol lepas tu. Memang kegemaran aku lah tu.
Ada satu masa tu aku dan ayah aku pergi ke tempat jual van. Aku tak ingat sangat kat mana tapi memang banyak van kat situ. Ayah aku beli 5 buah van masa tu. Aku pun seronoklah sebab ingat setiap adik beradik dapat satu van.
Comel juga fikiran masa kecik – kecikkan. Tapi meh, lepas ayah aku beli, aku tak pernah tengok dah pun semua van tu. Lepas tu seingat aku masa aku darjah 5 macam tu, kami memang selalu pergi ke kawasan perumahan baru, pergi ke tanah – tanah lapang.
Ada tempat yang aku memang masih ingat dan ayah aku adalah bincang – bincang dengan dengan orang yang jual rumah tersebut. Aku rasa ayah aku belilah kot. Sebab aku duk main kat taman permainan dengan adik aku, jadi tak tau apa jadi.
Masa kat tanah lapang tu pulak, aku tanya lah ayah aku. Buat apa pergi ke tanah lapang ni? Ayah aku jawab tu tanah ayah aku. Dia saja nak tengok – tengok. Sampailah aku dah masuk tingkatan satu, aku nak daftar masuk sekolah menengah.
Jadi masa tu adalah borang yang tanya berapa gaji ibu dan ayahkan. Bila aku tengok slip gaji ayah aku, aku macam tak percaya. Yelah, gaji ayah aku 40K kot sebulan. Tu gaji bersih dah tu. Ibu aku surirumah. Ayah tak bagi kerja.
Aku mula terfikir lah, kalau duit banyak macam tu, kenapa hidup kami tak semewah orang – orang lain. Dah lah masa tu masa smartphone baru diperkenalkan, aku minta ayah aku beli, tapi yang dia beli cuma handphone nokia yang murah tu je.
Tak puas hati la aku. Tapi aku akur jelah. Lagipun masa tu aku sekolah berasrama penuh. Takde masa pun nak main smartphone apa semua. Lepas tu aku ni teringin sangat nak pergi negara yang ada salji. Tapi ayah aku tak nak pun bawa.
Kami cuma pernah pergi umrah je beberapa kali. Disebabkan aku teringin sangat sangat nak main salji, jadi aku merajuk ngan ayah aku. Bila aku dah habis SPM aku pergi ambil lesen memandu dan dah boleh drive lah masa tu.
Jadi dipendekkan, aku cuba siasat ke mana sebenarnya duit ayah aku ni. Aku ajak adik aku masa tu. Aku cuba lah pergi balik tempat kawasan tanah ayah aku yg dia bawa aku tu dulu, tengok – tengok ada signboard “Tanah Perkubvran Islam” kat situ.
Aku pun jadi keliru, betul ke tanah ni tanah ayah aku dulu. Lepas tu aku balik. Esoknya, aku pergi pulak tempat kawasan perumahan yang ayah aku bawa tu. Aku masih ingat tempat tu sebab selang beberapa dari rumah tu ada taman permainan.
Bila dah sampai tu, aku tengok ada tiga buah rumah dicat dengan warna yang sama, and ada banner “Kelas Mengaji Al Quran”. Kemudian aku tengok ada ustaz keluar dari rumah tu dan ustaz tu lah yg ajar kami adik beradik mengaji dulu.
Tapi ustaz tu yang datang ke rumah aku. Memang keliru juga lah aku dengan adik aku. Kami terus balik rumah, kemudian aku bagitau lah ibu aku tentang semua yang dah jadi. Ibu aku cakap memang ayah aku beli tiga buah rumah kat kawasan tu, untuk orang belajar mengaji.
Free je belajar situ. Upah untuk ustaz – ustaz tu sampai sekarang ayah aku yang bayar. Tanah tu pulak ayah aku wakafkan untuk perkubvran Islam. Ibu aku kata nak diperbesarkan lagi kubvr tu.
Ingat tak 5 buah van yg ayah aku beli tu? Rupanya van – van tu adalah van jen4zah yg diagihkan ke 5 buah surau. Murahnya hati ayah aku. Sangat kaya hati ayah aku. Ayah aku tak pakai pun kekayaan dia untuk diri dia sendiri.
Tak pernah tengok dia beli baju untuk diri sendiri. Beli baju pun untuk ibu aku dan kami adik beradik. Padahal dia terlebih mampu. Kami adik beradik pun tak dimewahkan oleh ayah. Kami sangat jarang makan luar.
Sebab ayah aku sangat suka makan masakan ibu. Kami adik beradik pun memang ayah ajar untuk selalu bersedekah. Setiap kali pergi masjid, mesti setiap seorang akan diberi seringgit untuk masuk dalam tabung.
Dah lah duit seringgit tu semua duit baru. Aku syak ayah aku memang sengaja tukar duit seringgit – seringgit kat bank khas untuk anak – anak dia bersedekah. Mesti korang tertanya – tanya apa pekerjaan ayah aku kan?
Dia kerja nun di tengah laut. Beberapa kali setahun sahaja kami akan berjumpa. Tu jelah daripada aku. Assalamualaikum. – Umar
Komen Warganet :
Anne Is : Memang suka orang kaya dan dermawan. Ada satu dua orang kaya tapi ambil hak orang miskin. Ei! borang tulis ayah pekerja restoran, sebenarnya tokey restoran. Dapat bantuan RM100, ambil hak murid miskin.
Mak tokey tadika tulis pekerja tadika. Habis segala bantuan dapat termasuk makan percuma. Jangan sesekali ambil hak orang lain. Semua ni akan dipersoalkan nanti.
Zye Zye Zainudin : Allahu Akhbar beruntungnya jadi kaya macam ayah confessor. Tiba – tiba teringat kat arw4h MH17 dari Sarawak yang family adik beradik berpakat gunakan duit pamp4san untuk dirikan masjid tak silap.
Arw4h beramal tanpa w4r – w4r macam segelintir orang kaya nak tunjuk kat masyarakat yang dia buat kebajikan. Tahniah untuk orang kaya macam ayah confessor ni.. Semoga kami pun seperti beliau. Aamiin
Ashikin Ekin : Saya pernah dengar, setiap harta yang kita ada, akan disoal balik dekat akhir4t. Sebab tu harta pon merupakan ujian bagi kita. Alhamdulillah untuk ayah awak. Semoga kami pon ada sifat macam ayah awak.
YaAllah Makbulkanlah SemuaDoaku : Kamu beruntung dik sebab ada ayah yang baik, adil dan mempunyai kecintaan kepada agama yang tinggi, jaga ayah baik – baik bila ayah dan mak dah tua, ibubapa kita adalah jalan pintas paling mudah nak dapat redha Allah S. W. T. tu.
Abang ni, ayah baru meninggal bulan Julai tahun lepas, sampai sekarang terkilan sebab tak dapat berbakti sangat, memang kami berusaha untuk berbakti tapi ayah menolak sebab tak nak susahkan anak – anak.
Sampai abang pernah menangis depan ayah merayu kepada ayah untuk tinggal dengan abang, biar abang jaga, tapi ayah tetap enggan kerana katanya dia nak m4ti di tempat ibunya m4ti.
Dah puas dipujuk, abang redha tapi sentiasa kerapkan diri menjenguk ayah. Ayah abang duduk sendirian di rumah mak saud4ra yang sepatutnya disewakan selepas mak saud4ra abang mengikut suami.
Dalam s4kit arw4h itu, ayah tetap tak nak susahkan anak – anak, lelaki yang terlalu setia kepada cintanya dan menjadi ayah yang suatu ketika dahulu dialah yang mencari rezeki, memasak, mengemas rumah, menguruskan anak – anak dan membasuh pakaian.
Yang amat memudahkan mak abang. Cara ayah menguruskan rumahtangganya sama macam apa yang agama Islam tetapkan berkaitan tanggungjawab seorang suami. Semoga r0h Ayah dirahm4ti Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan h4mba – h4mba Allah S.W.T. yang beriman.
Semoga Allah S. W. T. mengurniakan kepada mak abang, ayah dan mak kamu sentiasa sihat walafiat, tenang, bahagia serta dipanjangkan umur, amiiin
Azwa Jamil : Alhamdulilah.. besar saham akhir4t ayah awak dan sangat bagus didikan yang ayah awak ajarkan supaya tidah bermegah – megah dengan wang kekayaan walaupun sememangnya ayah awak mampu beri kemewahan harta.
Nurul Izwani : Bagusnya ayah awak. Moga jadi contoh yang baik buat kita semua. Tapi tak perlulah tunggu gaji kita 40k baru buat. Gaji sedikit pun boleh. Sedekah di tabung masjid, sedekah makan pada orang. Mudah – mudahan yang sedikit akan berganda pahala di sisiNya.
Denia Eyenie : Saya suka bila melayu kaya, saya suka orang bawak kereta mahal – mahal ke masjid. Itu juga salah satu dakwah. Saya suka bila ibubapa tulis gaji besar – besar dalam borang sekolah anak – anak, sebab jika bancian dibuat tidak hanya nampak yang melayu tu miskin dan mundur sahaja. Syabas!!!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.