
Bila aku minta penjelasan, suami bagi alasan aku jarang masak dan dia nak mencari menantu yang boleh menjaga ibunya. Bagi aku, alasan tu langsung tak masuk akal. Aku teringat, ibu mertua pernah tanya sama ada aku sanggup jaga dia tak bila tua nanti??
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Aku pinjam Facebook kawan, tolong sembunyikan identiti aku. Aku menulis bukan untuk membuka aib sesiapa. Aku cuma nak berkongsi kisah hidup yang aku pendam selama ni. Mungkin ada yang pernah melalui perkara sama, mungkin juga ada yang boleh jadikan kisah aku sebagai pengajaran.
Aku berumur 35 tahun dan suami pula berumur 36 tahun. Kami dah berkahwin hampir 12 tahun dan dikurniakan sepasang anak yang kini berusia 9 dan 6 tahun. Sebelum berkahwin, kami bercinta selama lima tahun. Aku ingat tempoh perkenalan yang lama tu cukup untuk mengenali hati budi seseorang, rupanya aku silap.
Pada awal perkahwinan, kehidupan kami tak ada masalah besar. Biasalah, suami isteri mesti ada perselisihan faham kecil. Walaupun begitu, suami memang tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik. Nafkah tak pernah diberi secara konsisten dan banyak perkara aku terp4ksa uruskan sendiri.
Aku bekerja sebagai penjawat awam gred U32, manakala suami bekerja di kilang dengan gaji sekitar RM2,000 sebulan. Selama ni, akulah yang banyak membantu kewangan keluarga. Bil rumah, keperluan anak – anak, duit sekolah dan perbelanjaan harian kebanyakannya aku yang tanggung.
Aku tak pernah berkira sebab aku fikir susah senang dalam rumah tangga perlu ditempuh bersama. Aku percaya kalau aku terus bersabar dan berusaha, satu hari nanti suami akan berubah. Namun, semuanya berubah pada tahun lepas.
Aku ditipu oleh suami dan ahli keluarganya sendiri apabila mereka merahsiakan perkahwinan suami di Siam. Bayangkan, aku seorang saja yang tak tahu perkara tu. Semua orang tahu kecuali aku, isteri yang sah. Aku mula rasa ada sesuatu yang tak kena apabila suami semakin kerap keluar rumah dan sering berahsia tentang telefon bimbitnya.
Kalau aku bertanya, dia akan marah dan menuduh aku terlalu curiga. Aku cuba pujuk hati sendiri. Aku fikir mungkin aku terlalu berprasangka. Tapi sebagai seorang isteri, naluri tu kuat. Aku mula solat istikharah dan memohon petunjuk daripada Allah. Akhirnya, Allah tunjukkan kebenaran.
Aku dapat tahu suami membuat pinjaman dan membeli kereta untuk berkahwin di Siam. H4ncur luluh hati aku apabila mengetahui aku dah dimadukan tanpa pengetahuan aku sendiri. Aku tertanya – tanya apa salah aku sehingga diperlakukan begitu. Adakah aku gagal menjadi isteri yang baik?
Bila aku minta penjelasan, suami cuma beri alasan aku jarang memasak dan dia nak mencari menantu yang boleh menjaga ibunya. Bagi aku, alasan tu langsung tak masuk akal. Sepanjang tempoh perkahwinan, nafkah pun tak pernah diberikan dengan sempurna.
Aku yang bekerja, aku yang membantu kewangan keluarga, aku juga yang menguruskan anak – anak. Tanggungjawab seorang anak untuk menjaga ibu bapanya adalah tanggungjawab anak itu sendiri, bukannya isteri. Isteri membantu atas dasar ihsan, bukannya kewajipan.
Aku masih ingat, ibu mertua pernah bertanya sama ada aku sanggup menjaganya pada masa tua nanti. Aku cuma mendiamkan diri. Bukan sebab aku tak hormat, tetapi aku sendiri tak tahu bagaimana pengakhiran hidup aku. Aku serahkan segala – galanya kepada Allah. Mungkin aku akan pergi dulu sebelum sempat menjaganya.
Sebagai seorang jururawat, aku selalu melihat bagaimana pengakhiran hidup seorang ibu atau ayah di hospital tanpa anak – anak di sisi. Sebab tu aku percaya, hanya Allah tempat kita berg4ntung harap. Bagi aku, semua alasan yang diberikan suami hanyalah untuk menutup kesalahannya sendiri.
Pada awalnya, aku sangat tertekan. Aku menangis setiap malam dan pernah terfikir untuk menamatkan hidup sendiri. Aku rasa dunia aku gelap dan tak ada jalan keluar. Tapi bila melihat wajah anak – anak, aku kuatkan diri. Aku sedar mereka masih perlukan aku. Aku cuba reda dan bangkit semula.
Dalam keadaan hati yang h4ncur, aku tetap berusaha menjadi isteri yang terbaik. Seorang ustaz pernah berpesan kepada aku, lakukan yang terbaik sepanjang tempoh perkahwinan. Sekiranya tak ada jodoh, sekurang – kurangnya kita dah berusaha. Satu hari nanti, suami akan tahu mana satu permata dan mana satu kaca.
Namun, ujian aku rupanya belum berakhir. Dalam tempoh tu, aku dapat tahu madu aku sebenarnya mengandung anak luar nikah sebelum mereka berkahwin dan kemudian melahirkan seorang anak lelaki. Dalam tempoh berpantang madu, suami menjalinkan hubungan dengan seorang lagi wanita di tempat kerjanya. Alasannya, wanita tu tempat dia meluahkan perasaan.
Aku tak tahu apa yang berlaku antara mereka, tetapi mungkin disebabkan tekanan, suami akhirnya menceraikan madu aku selepas tamat tempoh berpantang. Aku ingat semuanya akan berakhir di situ. Aku ingat suami akan berubah dan kembali kepada keluarga kami.
Rupanya aku silap. Allah sekali lagi tunjukkan siapa suami aku yang sebenar. Walaupun dia menyekat akaun Instagram aku, aku tetap mengetahui perkara tu melalui bantuan rakan – rakan. Mereka menunjukkan kepada aku gambar dan hantaran yang dimuat naik suami.
Bukan sekadar gambar biasa, tetapi luahan cinta dan kasih sayang kepada wanita tersebut. Luluh hati aku melihat semuanya. Selama ni aku bertahan demi rumah tangga dan anak – anak, tetapi suami seolah – olah langsung tak menghargai peng0rbanan aku.
Aku berg4duh dengan suami kerana aku nak berjumpa wanita tu untuk mendapatkan penjelasan. Namun, suami tak mengizinkan. Dia memberi amaran, sekiranya aku tetap berjumpa wanita tersebut, dia akan melepaskan aku. Begitu mudah dia menjatuhkan talak.
Aku akhirnya berkata, jika memang dah tak ada rasa sayang lagi, lepaskan aku dengan cara yang baik. Dalam keadaan marah, pada pagi tu dia menjatuhkan talak ke atas aku. Saat tu, aku terus mengucapkan Alhamdulillah. Bukan sebab aku gembira bercerai, tetapi sebab aku rasa bebas daripada pend3ritaan yang aku tanggung selama bertahun – tahun.
Barulah aku tahu, rupa – rupanya suami memang terkenal sebagai kaki perempuan di tempat kerjanya dan ramai wanita pernah menjadi m4ngsa. Pada mulanya, aku sangat sedih dan takut memikirkan masa depan. Lebih menyedihkan, banyak hutang dan pinjaman peribadi dibuat menggunakan nama aku. Sekarang aku terp4ksa menanggung semuanya seorang diri.
Ada masanya aku menangis bila melihat baki akaun bank yang semakin berkurangan. Aku terp4ksa berjimat dalam setiap perkara demi memastikan anak – anak tak terjejas. Namun, aku yakin Allah tak akan meninggaIkan aku dan anak – anak. Aku percaya setiap kesusahan pasti ada jalan keluarnya.
Aku cuma nak berpesan kepada semua wanita di luar sana, sentiasalah bersedia terutama dari segi kewangan. Jangan sesekali meletakkan seluruh kepercayaan dan peng0rbanan kepada sesiapa, termasuk suami sendiri. Bukan sebab kita tak percaya, tetapi sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata.
Doakan urusan aku di mahkamah dipermudahkan kerana aku diceraikan di luar mahkamah dan kini sedang menguruskan pengesahan cerai. Aku berharap kehidupan aku selepas ni akan lebih tenang dan bahagia bersama anak – anak. Rupanya, perkenalan selama lima tahun dan perkahwinan selama 12 tahun tak menjamin kebahagiaan. Kita semua berhak untuk hidup bahagia. Terima kasih, admin.
Ulasan Pembaca :
Magister Jane : Segala kereta dan pembelian harta yang dibuat menggunakan pinjaman atas nama puan boleh dituntut daripada suami. Puan boleh pilih sama ada dia membayar ansuran bulanan atau buktikan di mahkamah bahawa harta tersebut milik puan kerana dibeli menggunakan pinjaman atas nama puan.
Jika dia enggan, puan boleh menjual kereta atau apa saja harta yang menggunakan nama puan supaya tak diambil sewenang – wenangnya oleh bekas suami. Semoga urusan puan dipermudahkan. Jangan terlalu bersedih kerana hidup kita bukan sekadar tentang suami. Fokus pada anak – anak dan ibadah buat masa ni. Kadang – kadang hikmah perceraian bukan semuanya pahit. Allah akan gantikan dengan kemudahan yang lain.
Rizal Rodzuan : Tu dia. Suami bergaji RM2,000 pun boleh jadi kegiIaan ramai wanita sehingga sanggup berz1na sana sini sampai lahir anak luar nikah. Sedangkan ramai lelaki baik dan berkemampuan yang aku kenal masih bujang sampai sekarang. Sebab apa sesetengah wanita mengenepikan lelaki yang baik dan memilih lelaki yang bermasalah? Bila dah dipergunakan, akhirnya semua lelaki dipersalahkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.