Gaji suami kecik, masa aku mengandung dia marah dan suruh aku gugurkan kandungan. Aku lari dari rumah, nak bagi anak aku dekat orang lain

Aku tak faham apa yang suami nak, semua serba tak kena. Anak baru umur dua bulan, suami ceraikan aku kali kedua. Seminggu kemudian dia telefon aku semula dan kami rujuk. Semua persoalan terjawab, Ogos 2025 aku diceraikan dengan talak tiga…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon admin hide profile aku. Tahun 2020 dulu aku bercerai dengan bekas suami pertama. Aku asal dari utara manakala bekas suami orang Melaka. Lepas habis ijazah dan mula bekerja, aku terima lamaran dia walaupun dia hanya orang biasa.

Aku ada seorang anak lelaki, tapi sepanjang kahwin hidup aku banyak dipukuI dan disiksa. Aku pernah tinggalkan dia, tapi masa tu dia kemalangan. Aku tarik balik permohonan faskh dan jaga dia sampai sembuh. Sepanjang 8 bulan tu keluarga aku yang banyak bantu kami.

Bila dia dah boleh kerja semula, dia hisap syabu balik dan jadi kaki pukuI. Masa tu anak baru umur setahun setengah. Aku dah tak mampu bertahan dan nekad untuk bercerai. Tahun 2020 tu Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan aku. Aku dapat hak jagaan anak dan mula bina hidup baru.

Aku mula kerja di pasar raya sebelum dapat taw4ran sebagai penolong pengurus restoran. Tapi aku terp4ksa k0rbankan masa dengan anak sebab kena tinggalkan dia dengan pengasuh. Mujur aku mampu bayar pengasuh sepenuh masa. Aku pula bekerja jauh dari tempat anak aku tinggal.

Aku balik 3 kali sebulan je masa tu. Nak balik pun ambil masa sejam setengah naik motor Kriss. Memang penat dan penuh liku hidup aku waktu tu. Aku cuma nak hidup yang lebih baik untuk anak aku. Dulu masa berkahwin, aku cuma nak bahagia macam perempuan lain.

Aku dah lalui macam macam dugaan sampai anak aku umur 3 tahun setengah. Masa tu hidup aku dah mula stabil sikit. Tapi rupanya Allah nak uji hati aku pula. Ada seorang lelaki datang nak berkawan dengan aku. Memang aku berhati hati sebab aku sedar aku cuma seorang janda.

Hubungan kami pun kejap ada kejap tak ada selama setahun. Dia pula masih bujang dan belum pernah berkahwin. Aku tak pernah p4ksa dia kahwin dengan aku. Aku tak pernah kongkong dia atau bebankan dia dengan duit. Aku cuma selalu cakap yang aku cuma nak kasih sayang yang aku tak pernah rasa daripada seorang suami. Tu je yang aku nak sebenarnya.

Bila kali kedua dia hilangkan diri, aku nekad tinggalkan dia terus. Aku minta tukar ke cawangan negeri lain untuk mulakan hidup baru. Masa tu jarak aku dengan anak makin jauh. Kadang – kadang sebulan sekali je aku mampu balik tengok anak.

Aku sedih sebab dia dah bagi aku harapan. Tapi lepas 4 bulan aku pindah tempat kerja, dia datang cari aku semula. Dia lamar aku dan ajak aku kahwin. Masa tu aku rasa macam Allah dah makbulkan doa aku selama ni. Aku terima dia seadanya.

Kami nikah dengan hanya sebentuk cincin dan mas kahwin RM101. Tak ada hantaran dan tak ada majlis besar. Majlis kami cuma sekitar RM300 dengan bantuan keluarga dan pakcik – pakcik aku. Aku terima semua tu sebab aku tak nak dia terbeban.

Dia janji dia akan berubah dan serius lepas kahwin dengan aku. Dia kata dia betul – betul sayang aku. Cuma dia minta aku sabar sebab pendapatan dia kecil. Lepas kahwin aku mengandung dan terp4ksa berhenti kerja sebab alahan teruk.

Macam – macam dugaan kami lalui bersama. Aku masih macam dulu, tak pernah kongkong suami dan percaya dia sepenuhnya. Aku percaya suami aku 100 peratus. Tapi lama kelamaan dia mula berubah. Dia jadi dingin dengan aku tanpa aku tahu apa puncanya.

Masa mengandung pun aku buat semuanya sendiri. Pergi pasar, pergi check up dan uruskan semua sendiri. Anak sulung aku pun dah tinggal bersama kami masa tu. Aku tahu suami mungkin tertekan dengan masalah kewangan. Kadang –  kadang dia marah anak aku tanpa sebab. Aku cuma diam dan cuba faham keadaan dia.

Sampai satu hari bila aku tanya apa masalah dia, dia marah aku balik. Dia kata aku tak bersyukur dan tak memahami dia. Dia juga kata dia terbeban dengan anak yang bakal lahir. Masa tu memang luluh hati aku. Dia ceraikan aku kali pertama ketika aku tengah mengandung. Lebih s4kit bila dia minta aku gugurkan anak di klinik kesihatan.

Dia sendiri yang minta dengan doktor. Aku tak sangka suami yang aku sayang sanggup buat macam tu. Aku lari bersama anak sulung dan kandungan yang masa tu dah masuk 5 bulan. Aku kerja basuh pinggan untuk cari duit makan. Aku menumpang di rumah satu keluarga yang janji nak ambil anak dalam kandungan aku sebab mereka tak ada anak. Memang berat dugaan masa tu.

Tapi akhirnya suami cari aku semula. Dia telefon dan minta aku balik. Dia minta maaf dan ajak aku rujuk semula. Aku terima sebab aku terlalu sayangkan dia. Aku fikir mungkin ni ujian dalam 5 tahun pertama perkahwinan macam orang selalu cakap. Aku cuba sabar dan terus bertahan.

Demi bantu suami, aku mula buat dropship pakaian secara online. Walaupun dia tak pernah sokong, aku tetap teruskan. Hari – hari hidup aku sama je. Ada g4duh, ada kena abaikan dan ada masa dia dingin dengan aku. Tapi aku tetap pendam semua tu sendiri. Aku cuma tanam dalam hati supaya terus sabar. Sebab aku terlalu sayangkan dia.

Masa nak bersalin, aku balik duduk dengan mak aku di kampung. Aku bersalin di hospital sana dan berpantang lebih sebulan di rumah mak. Tapi masa tu aku rasa macam ada sesuatu yang dia sorok daripada aku. Mood dia kejap baik kejap tak.

Aku pun tak tahu dia gembira atau tak dengan kelahiran anak kami. Sedangkan masa tu dia baru naik pangkat dan pendapatan dia makin baik. Kakak aku siap bagi RM1000 untuk belanja aku bersalin. Tapi suami makin sibuk dan makin jauh daripada aku.

Dia selalu pergi training di Kuala Lumpur dan selalu sibuk bila balik. Aku mula fikir mungkin dia dah tak suka aku sebab badan aku dah berubah. Aku sedar aku dah tak secantik dulu. Tapi aku betul – betul tak tahu apa yang dia nak sebenarnya.

Lepas anak baru umur dua bulan, dia ceraikan aku kali kedua. Aku sedih sangat masa tu. Tapi aku balik kampung dan duduk dengan mak aku. Aku kuatkan hati walaupun hati aku remuk. Seminggu kemudian dia telefon aku semula. Dia tanya aku nak balik atau tak sebab dia nak datang ambil aku. Aku terima semula tanpa banyak soal. Aku cuma fikir pasal anak dan rumah tangga kami.

Aku mula berniaga bersungguh – sungguh sampai boleh dapat sekitar RM1000 sebulan. Suami pula masih kerja macam biasa tapi selalu kata duit tak cukup. Aku tak pernah tanya gaji dia berapa. Aku cuma percaya dan serahkan pada dia.

Tahun 2024 aku ingat akan jadi permulaan baru buat kami. Tapi aku silap. Masa raya pun dia cakap dia tak nak raya. Semua persiapan raya aku yang sediakan guna duit hasil berniaga sendiri. Aku makin terkilan dengan sikap dia yang makin ego dan panas baran.

Makin hari makin banyak benda yang tak kena. Tapi sebagai isteri aku tetap cuba buat yang terbaik. Aku jaga diri dan jaga penampilan untuk dia. Tak lama lepas tu aku dapat tahu aku mengandung lagi. Aku bahagia sangat masa tu. Dua anak sebelum ni lelaki, jadi aku berharap kali ni anak perempuan pula. Tapi Allah uji aku lagi sekali.

Aku keguguran masa kandungan masuk 12 minggu pada bulan Nov. Aku kena cuci di hospital kerajaan. Tapi lepas balik rumah masih belum selesai dan aku kena masuk wad sekali lagi. Keadaan aku masa tu memang teruk sampai susah nak bernafas.

Dalam keadaan macam tu pun suami tetap dingin dengan aku. Aku tak tahu apa salah aku sebenarnya. Aku cuma mampu sabar dan terus sabar. Sebab aku masih sayangkan dia. Akhirnya pada 12 Julai 2025, semua persoalan aku terjawab.

Suami aku kantoi curang. Rupanya dari hari pertama dia nikah dengan aku lagi dia dah mula buat per4ngai. Memang luluh hati aku masa tu. Dia aktif main Facebook dan Tiktok. Semua tu dia buat masa aku balik rumah mak untuk bersalin.

Masa tu baru aku sedar yang lafaz nikah yang dia beri pada aku rupanya tak bermakna apa – apa pada dia. Aku rasa tertipu dan dipermainkan. Bila kantoi, baru lah dia buang ego dia. Buat pertama kali sepanjang perkahwinan kami, dia minta maaf pada aku.

Selama ni walau apa pun dia buat, perkataan maaf tak pernah keluar daripada mulut dia. Tapi semuanya dah terlambat. Pada 24 Ogos 2025 aku diceraikan dengan talak tiga. Perg4duhan kami masa tu terlalu teruk dan rumah tangga kami dah tak boleh diselamatkan lagi.

Aku rasa macam hidup aku h4ncur depan mata. Orang yang paling aku sayang rupanya orang yang paling banyak meny4kitkan aku. Sampai hari ni dia masih tak mengaku pernah tidur dengan perempuan lain. Dia kata dia cuma add dan like suka – suka je.

Dia kata dia buka balik WeChat cuma untuk hilangkan bosan. Tapi aku sendiri dah tak tahu nak percaya atau tak. Sekarang aku sehelai sepinggang. Aku tak ada kerja dan anak – anak semuanya dengan aku. Aku tinggal di rumah mak dan salah seorang anak aku ada asma yang agak teruk. Berat betul ujian Allah bagi dekat aku.

Aku masih berhubung dengan bekas suami kadang – kadang. Tapi keluarga mertua cuba jauhkan aku daripada dia sebab takut dia giIa talak. Dalam hati aku pula bercampur baur. Ada marah, ada benci dan masih ada sayang. Aku tak ada siapa – siapa untuk bercerita selain mak aku.

Terima kasih mama sebab jaga cucu – cucu mama dan sentiasa ada untuk aku. Kalau bukan sebab mama, aku pun tak tahu macam mana aku nak terus kuat. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku. Kepada wanita di luar sana, ambillah cerita aku ni sebagai pengajaran.

Aku ada pelajaran tapi sekarang susah nak bekerja sebab anak kecil baru umur setahun dan ada asma yang teruk. Anak sulung pula cuma dapat nafkah RM200 sebulan daripada bekas suami pertama. Memang tak cukup untuk hidup. Nak sewa rumah sendiri pun tak mampu.

Rumah mak pun kecil dan aku duduk dalam bilik yang macam stor. Aku betul – betul buntu dan celaru. Hari – hari aku menangis mengenangkan hidup aku. Kalaulah ada seseorang yang sudi jadi kawan dan bagi semangat dekat aku. Sebab kadang – kadang aku sendiri dah penat nak jadi kuat seorang diri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :