
Gaji suami baru je naik, kereta pun dah habis bayar. Tapi tiba – tiba suami kata tak cukup duit nak bayar yuran tahunan anak. Dia kata setiap bulan baki duit ada RM400 je!
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Saya Mei Mei, bukan nama sebenar. Kalau nak kahwin, pastikan mampu hidup cara suami, hidup ikut kemampuan suami. Jangan muakan duit pada suami. Ok, terus direct pasal tajuk. Saya dan suami share tanggung komitmen.
Gaji suami lagi besar dan komitmen dia lagi besar. Tapi baki gaji suami sehingga tunggu next gaji ada dalam RM900. Saya punya dalam RM600. Komitmen suami termasuklah bulanan rumah, utilities, insurance / takaful dan barang dapur. Barang dapur tu dia allocate RM400 sebulan.
Komitmen saya ialah insurance / takaful saya dan anak – anak, van sekolah anak – anak, kereta saya, mak ayah saya dan telco saya. Kami makan memang berpada. Kadang – kadang beli ayam separuh ekor minta potong kecik – kecik nak buat tomyam. Balik rumah bahagikan dapatlah 5 bekas bermakna 5 kali masak.
Ikan sebulan sekali beli ikan siakap sekor, 2 kali masak. Selebihnya ikan selar.. tu pun sekor p0tong 2. Masak di rumah untuk dinner je dan sabtu ahad. Sarapan anak – anak biasanya buat nasi goreng rencah telur, roti telur, gilir – gilir. Tengahari anak bawa bekal dan duit. Kami di tempat kerja lunch guna duit masing – masing.
Saya TIDAK MEMINTA duit suami untuk belanja makan di tempat kerja, barang – barang peribadi, pakaian dan lain – lain untuk diri sendiri. Saya ada duit saya. Tapi, jika sebulan tu nak makan sedap bawa anak – anak makan luar.. saya volunteer untuk belanja.
Ya. Saya ikhlas. Saya belanja. Walaupun lama – lama saya rasa nak sangat suami cakap, “sayang takpe, abang bayar. Takpe, kali ni abang belanja” , takpe.. saya tetap belanja. Bila hujung bulan, nak beli lauk basah apa – apa keperluan yang lain yang tiba – tiba. Dia kata duit tak cukup.
Saya bagi je duit saya untuk belikan barang keperluan lain. Ada yang saya niat bagi terus, ada juga yang niat bagi pinjam. Dah declare sama – sama. Berbelas tahun kahwin. Ada beberapa kali saya minta dia manage duit dia. Kami ada google sheet yang formula duit gaji tolak komitmen and nampak baki. Ada juga ruang untuk belanja yang lain. TAPI DIA TAK BUAT, TAK GUNA DENGAN BAIK.
Hari ni saya meng4muk. Saya frustrated. Saya kecewa giIa dengan dia. Dia takde duit untuk bayar yuran sekolah anak. Duit saya, saya manage betul – betul untuk bayar insurance dan roadtax kereta saya. Dulu duit yuran tahunan anak di tadika, saya yang settlekan.
Saya kumpul duit dari Feb sampai Dis. Saya boleh. Kenapa dia tak boleh. Benda boleh atur dan rancang. Dia kata dia dah cuba untuk simpan duit, manage duit.. tapi tak berjaya.. Dia kata baki duit gaji dia ada RM400 sahaja. Saya buka balik google sheet tu, saya tunjuk. Setiap bulan kami memang akan update komitmen masing – masing.
Saya nampak baki dia sepatutnya RM900. Kenapa dia kata RM400? Dia kata dia tak update. Saya jerit, “ITU SEBAB KENA UPDATE! BUKAN SAJA – SAJA SAYA MINTA KITA SAMA – SAMA UPDATE GOOGLE SHEET NI. Kalau susah nak manage. Kalau rasa bulan ni tak cukup duit, bagitau saya awal – awal! Tak payah kita pergi mana – mana, tak payah balik kampung dan lain – lain!”, saya nangis.
Saya luahkan lagi, “Awak hari tu dah naik gaji, kereta dah habis bayar, tapi nafkah saya masih awak bagi RM50 saja! Takde pun awak rasa nak up nafkah saya, takde pun awak rasa nak bantu kurangkan komitmen saya. Takde pun awak cuba cakap”
“Yang.. meh sini yuran van sekolah anak, saya bayarkan” “takde!!!”, saya nangis.. ketat d4da ni rasa kecewa sangat – sangat. Saya kata lagi, “saya tak pastilah sebab saya tak redha ke menyebabkan awak rasa duit awak tak cukup, wallahualam.
Awak sentiasa berkira – kira nak bagi duit, berkira – kira nak sedekah duit, berkira – kira nak lebihkan duit”. Saya penat. Saya pernah cakap nak berhenti kerja. Nak duduk rumah, jaga makan minum dia dan anak – anak, nak kemas rumah dan lain – lain. Tapi tak nampak pun caranya. Saya tetap kena kerja sebab pemikiran dan cara suami yang macam ni.
Dah rasa kosong, p0tong rasa pada suami. Kadang – kadang tak logikkan bercerai walaupun orang nampak suami baik, bertanggungjawab, pandai jaga anak, setia, takde orang ketiga. Tapi hanya sebab duit. Hidup kita tak sama. Mungkin orang lain nampak masalah ni kecil.
Tapi bila berbelas tahun, dia jadi besar. Dari ikhlas, jadi tak ikhlas. Dari redha, jadi tak redha. Saya cuma berharap suami saya berubah untuk pandai SIMPAN DUIT, lagi – lagi kalau ada kec3masan. Saya penat. Ada 1001 cara nak simpan duit. Ik4t perut kat tempat kerja pun takde masalahkan? Nak 1000 daya.
Saya pun ada cara saya untuk simpan duit walaupun setiap bulan saya akan bagi duit saya untuk kegunaan bersama. Kadang – kadang, duit yang saya simpan tu la dapat belanja itu ini untuk anak – anak. Nasihat saya ulang semula, nak kahwin.. pastikan kita hidup ikut kemampuan suami. Bukan kemampuan suami dan isteri.
Tidak. Jangan muakan, jangan dahuIukan duit untuk bantu suami. Biar dia rasa sendiri, dia mampu atau tidak untuk tambah komitmen dan lain. Biar dia rasa dia la yang patut keluarkan duit untuk seluruhnya. Bukan tak bantu langsung, fahamkan maksud saya? – Mei Mei (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Salam semua. Tak sangka luahan saya dapat banyak respon. Terima kasih untuk doa yang baik – baik, terima kasih ada yang betul – betul faham apa yang saya nak sampaikan, terima kasih atas cadangan yang boleh diterima pakai, tak lupa juga pada yang mengata saya konon saya tak memahami susah suami dan sebagainya.
Paling tak sangka, perkataan mua tu pun menjadi isu. Dia sama la macam perkataan yang banyak PMX sebut tapi ramai tak faham macam tatakelola, ketimbang, wewenang, waima dan sebagainya. Pertama, saya nak minta korang faham, duit kereta dah tak perlu bayar, why not duit yang nilai sama itu disimpan seolah – olah masih bayar kereta. Setuju?
Sebab selama ni saya memahami segala komitmen dia, saya tak meminta – minta. Saya bantu. Tapi bila komitmen dia dah sikit, jika tak nak ambil bantu komitmen bawah saya, simpanlah duit. Kedua, yuran sekolah anak bukan perkara yang tiba – tiba. Itu yuran tahunan. Tak banyak.
Kalau simpan RM50 sebulan bermula Mac 2024 sampailah Januari 2025, muai lagi ada la. (Ha, pergi search maksud MUAI pulak). Kami mampu, inshaAllah. Bagi keperluan harian dan bulanan tiada masalah. Suami pergi kerja naik motor. Tidak mer0kok. Tidak melepak.
Takaful / insurance anak – anak dan saya sangat perlu, sebab pernah ada pengalaman tak best di GH. Tak perlu saya jelaskan. Cuma tak semua ada pengalaman yang baik di GH. (Harap fahamlah ya GH tu apa). Ada komentar yang betul tekaannya, bila ada duit lebih, dia akan beli itu ini untuk kehendak dia.
Duit dia, takkan saya nak larang, kita kasi chance juga dia merasa duit dia sendiri, tau – tau barang dah sampai. Tapi itulah, dimuakan lagi. Kesilapan saya di sini, suami telah dimuakan bahawa saya ada untuk bantu, telah dimuakan bahawa saya ada simpanan jika sesak, telah dimuakan bahawa saya dah fikir dan bertindak mendahului dia dari semua persediaan sekolah, raya dan insurance / roadtax kereta.
Jadi, dia santai – santai kawan. Terima kasih atas cadangan untuk minta siap – siap duit pada dia. Saya akan mulakan dengan pegang RM400 yang dia allocate untuk belanja dapur sebab biasanya dia yang akan beli barang dapur secara runcit sikit – sikit.
Oh, yang kata masalah layanan atas katil tu, dangkal betul fikiran encik ya. (Search makna dangkal). Saya tahu saya berd0sa tengking suami, tapi saya tak sengaja, saya marah dan terk3jut menjadikan saya spontan menengking. Kalau baca balik ayat tengking saya, saya soal dia kenapa tak bagitau awal – awal, jadi saya boleh bantu. Cubaan untuk muakan lagi.
Saya tidak la fikir sampai nak bercerai. Maksud saya, tak terk3jut jika ada yang bercerai disebabkan duit walaupun suami baik dan tidak curang. Sebab duit ini isu sensetif. Apa – apa pun, nasihat saya kepada semua especially yang nak berkahwin, hiduplah dengan kemampuan SUAMI SAHAJA… BUKAN SUAMI + ISTERI.
Dah ada komentar bagi contoh, jika gaji suami RM2,500 dan gaji isteri RM2,500, maka hiduplah dengan kemampuan RM2,500 sahaja. Bukan RM5,000. Terima kasih semua. – Mei Mei (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.