Gaji suami RM400 sebulan tapi ada hati nak curang, lepas bercerai dia menangis2 rindu aku dan anak

Suami aku hanya kerja jual produk dengan gaji RM400 sebulan. Dah la curang malah sebahagian duit gaji dia infakkan pada salah satu pertubuhan di Malaysia. Untuk keluarga pun tak cukup duit. Kami rujuk semula dengan perjanjian dia akan berubah. Ternyata 8 tahun yang kami lalui sangat mengagumkan..

#Foto sekadar hiasan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaanNYA. Bukan niat menulis ini untuk membangga atau riak, tapi sekadar jadikan panduan dan kekuatan buat pembaca di luar sana. Nama saya Rina (bukan nama sebenar), suami bernama Hafiz (bukan nama sebenar).

Saya sudah berkahwin dengan Hafiz selama 8 tahun dan dikurniakan 2 orang anak lelaki. Pada awal perlahwinan (2012), suami aku bukan lah ada pekerjaan yang tetap. Aku sahaja mempunyai pekerjaan yang tetap iaitu sebagai eksekutif di sebuah syarik4t di Shah Alam.

Suami aku tinggal di Perak kerana menjaga ibunya yang s4kit. Kira PJJ lah ni. 2 minggu sekali, suami akan balik berjumpa dengan aku di kampung ku di Selangor. Dipendekkan cerita aku mengandung dan ada anak kecil, tetapi aku tak mampu untuk menanggung menjaga anak aku seorang diri.

Aku perIukan suami aku di sisi. Aku meminta suami balik dan tinggal dengan aku agar suami aku lebih komitmen kepada diri aku dan anak kami. Dalam suami nak tinggal dengan aku di selangor, menjadi satu isu besar di mana, adik beradiknya bising kerana aku tak mahu tinggal di Perak.

Bukan aku tak nak tinggal di sana, aku dah cari kerja di sana, tapi takda rezeki yang melekat. Dengan suami aku tiada pekerjaan. Aku berkeras mahu suami aku tinggal dengan aku dan anak di selangor. Pandai – pandailah mereka adik beradik bincang macamana nak jaga mak mertua aku.

Sebab aku kena pentingkan juga kehidupan aku. Sebab aku ada keluarga, aku pikir untuk keluarga aku. Dan akhirnya, mereka bersetuju untuk menjaga mak mertua aku secara bergilir. Dan aku juga bersetuju. Dalam keadaan suami aku berpindah ke selangor, dia tidak mempunyai pekerjaan.

Aku seorang sahaja yang bekerja. Mungkin asbab rezeki anak, suami aku berkenalan dengan seorang yang mengajak suami aku untuk membuat sales bagi satu produk bernama A. Suami aku menjual produk tersebut, dalam masa yang sama suami aku banyak travel.

Dalam travel tu, suami aku selalu curang belakang aku dan dah banyak kali terkant0i. Income suami aku daripada jualan produk A ketika itu hanya 400. Kami sering berg4duh sebab aku sangat tertekan dengan sikap curangnya dan bagi nafkah yang sangat sedikit.

Sehingga aku berhenti kerja kerana aku sangat tertekan. Jadi aku berg4ntung sepenuhnya kepada income suami aku. Income suami aku naik sedikit, namun suami aku infakkan sebahagian besar incomenya ke satu pertubuhan di Malaysia.

Aku marah, aku merungut kerana kami dalam keadaan tidak punya kereta (ada kereta tapi pinjam dari keluarga aku) tidak punya rumah, tidak cukup makan pakai, dia boleh mengutamakan untuk infak kepada pertubuhan lain daripada keluarganya.

Dalam keadaan suami asyik curang, nafkah tak cukup, perbelanjaan tak cukup. Sehingga pada tahun 2016 membawa kepada penceraian kami. Kami bercerai dengan taIak satu. Suami masih sayangkan aku dan anak. Tapi aku tekad sebab pada aku suami tidak mahu berubah, hidup seperti orang bujang seolah tiada komitmen keluarga.

Namun sebelum habis tempoh eddah aku berasa bersalah. Aku berbincang dengan wakil antara aku dan suami iaitu abang iparnya, biras aku lah kiranya. Abangnya kata suami aku setiap hari menangis tengok gambar aku dan anak.

Aku mengambil keputvsan untuk rujuk kembali dengan syarat dia kena berubah. Pada tahun pertama rujuk, dia masih tak berubah. Masih sama, aku selalu berg4duh dengannya. Aku akan pert4hankan hak aku dan anak semampu aku.

Selepas setahun, aku mengandung anak yang ke 2, lahirnya anak kami yang kedua atas asbab rezeki anak juga suami aku berkenalan dengan kenalan lain dan kawannya mengajak untuk menjual produk lain pula iaitu produk B.

Jualan bagi produk A masih berjalan seperti biasa dan masih juga tidak mencukupi kerana suami aku infakkan bahagian yang banyak untuk pertubuhan itu. Maka bermula lah suami aku menjual produk A dan B.. Pada ketika ini suami aku sudah tidak curang dengan aku.

Dia berjanji tidak akan melakukannya lagi. Aku percaya, kerana aku sememangnya akan check semua gajetnya. Dan suami aku mencipta akaun produk yang dijual atas nama aku. Jadi apabila dia menjual, dia akan letakkan nama aku, secara tak langsung aku juga dapat income.

Katanya itu sebagai nafkah untuk aku. Suami berjaya menjual produk B, sehingga menaikkan income keluarga kami secara mend4dak. Alhamdulillah, suami tidak melupakan aku, dia memasukkan 500 ke akaun aku setiap minggu.

Manakala perbelanjaan rumah dia bagi setiap bulan menggunakan income jualan produk A sebanyak 3k sebulan. Dengan nafkah 500 seminggu tu aku dapat menyambung pengajian aku ke peringkat lebih tinggi. Kini suami aku juga menghadiahkan sebuah kereta yang tidak aku sangkakan.

Ya, aku mengaku aku merungut ketika suami aku menginfakkan sebahagian rezeki keluarga kami. Aku bersalah, aku minta maaf pada suami aku. Asbab daripada dia infak tu, Allah murahkan rezeki keluarga kami berlipat kali ganda.

Suami aku menjual produk dengan ikhlas. Dia sanggup ambil keuntungan yang sikit, asalkan orang mudah buat kerja. Aku dan suami belajar dari kesilapan, di mana kesilapan itu yang mematangkan kami. Kami meletakkan Islam dahulu sebelum yang lain.

Sebelum ni, aku yang selalu dalam ketakutan takut, rezeki berkurang, takut takda kereta, takut takda rumah. Yelah, kami bukan kerja tetap. Sebab tu aku takut. Tapi kini aku dah tak takut, aku yakin dengan suami aku, tapi aku tetap berhati – hati juga.

Betullah kata orang 5 tahun pertama perkahwinan memang menc4bar dan banyak dugaan, 5 tahun kedua dah stabil, 5 tahun ketiga bertambah stabil, 5 tahun keempat bertambah tambah lagi stabil dan seterusnya. InsyaAllah kami kami dalam fasa 5 tahun yang kedua.

Semoga kami dapat melanjutkan sehingga fasa – fasa seterusnya dan hingga ke syurga. Semoga Allah meIimpahkan rezeki yang banyak buat keluarga kami dan pembaca sekalian. – Manusia yang banyak buat kesilapan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suhaimi Omar : Good confession dan Puan merupakan isteri yang sangat pemaaf, semoga puan sekeluarga terus bahagia hingga ke syurga

Nadiah Abu Bakar : Alhamdulillah. Asbab kesabaran sis. Akhirnya membuahkan hasil. Semoga sis dan suami terus success dalam RedhaNya. Aaminn – aminnn

Siti NurSolehah Ag : Semoga bahagia selama – lamanya, both of you dan keluarga dalam REDHA, rahmat dan kasih sayang Allah. Allahuma ameen. #jannatulfirdaus

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.