Aku mengadu geli tengok rumah makcik kotor siap ada t4ik kucing kering. Sekali ibu sembur aku, sampai m4ti aku ingat

Masa kecik, saya masih ingat rumah Cik Melah ni besar, panjang, konsep kampung. Dia sangat pembersih, rajin kemas. Siap menang RUMAH TERCANTIK. Kami pergi rumah dia baru ni, saya terk3jut tengok bilik air, sangat kotor. Saya geli. Saya merungut dekat ibu, sekali saya kena sound..

#Foto sekadar hiasan. Bukan 1 bukan 2, lately nampak ramai sangat akak – akak mengadu rumah mentua mereka kotor. Tak tahu kenapa, saya rasa kesian sangat. Bayangkan kalau mentua kakak semua tahu aib dalam rumah mereka dicanang?

Kadang – kadang tu sampai tahap h1na dan bandingkan rumah mak sendiri lagi bersih dan lawa. Mak awak jela paling pembersih hari – hari lap lantai. Mak mentua jijik. Mak sendiri la paling rajin, mentua pemalas? Tak rasa bersalah ke hatta nak meluah sekalipun?

Sebenarnya dulu saya ada pemikiran macam tu juga. Gelinya tengok rumah orang lain kotor. Tak macam rumah kita bersih sangat kan. Inilah kisah yang buka mata saya. 3 tahun lepas, kami ada beraya di rumah salah seorang sed4ra jauh.

Jumpa Cik Melah dengan laki dia ni, memang masa raya jela. Masa biasa – biasa jarang sebab rumah kami di Johor dan rumah Cik Melah kat Perlis. Masa kecik, saya masih ingat lanskap rumah Cik Melah ni besar, panjang, konsep kampung.

Banyak bunga dan dia jenis suka kumpul pinggan dalam r0bok. Orangnya memang pembersih dan rajin hias rumah. Cuma tahun makan tahun, kami perasan rumah dia m4kin nampak kotor, lusuh. Pokok pun dah tak terjaga macam dulu.

Berbalik pada raya 3 tahun lepas, saya terk3jut guna bilik air Cik Melah. Kotor giIa dan rasanya itu pemandangan yang jarang dilihat. By the way kami tak bermalam rumah dia tau. Sebab nak jalan ke rumah sed4ra lain juga.

Jadi kat sana kami sekeluarga stay di homestay kecik sahaja. Lepas balik dari rumah Cik Melah, dalam kereta tu saya merungut la. Geli masuk bilik Cik Melah sebab kotor tak macam dulu bersih saja. Pokok bunga pun banyak semak ajer.

Rumah macam tak bersapu. Siap mengadu dengan ibu lantai ada t4ik kucing pun tak basuh. Tak lama lepas tu, ibu terus sembur aku. Ayat dia sampai m4ti tak boleh lupa. “Kita ni Along kalau masuk rumah orang, jadi orang buta dengan bisu saja. Seteruk macam mana pun, kita ni tetamu. Buruk macam mana pun, jangan sibuk complain”.

Masa tu saya meIawan lagi. “Ala takkan la tak boleh kemas sikit. Melampau noh kotornya”. Ayat ibu senang saja. “Esok kau dah tua, kau fahamlah. Kau rasa. Kau nampak Cik Melah jalan? Kau nampak suami dia nak bangun pun susah?”.

Aku jawab lagi “Ala mesti anak dia balik tak kemas. Teruk sangat rumahnya”. Tapi bila fikir balik, memang mereka berdua dah tua. Sedar tak sedar dulu aktif gunting pokok bunga. Sekarang nak jalan ke dapur pun terhincut.

Suami Cik Melah pulak s4kit lutut. Kemas rumah apa adanya. Nak jalan pun tangan paut kat dinding. Kita muda lagi larat kemas, thats ya kita rasa macam RUMAH ORANG TU BOLEH saja KEMAS SAMPAI BERSIH.

Sebabnya kita bercakap dalam keadaan tengah sihat. Tapi orang yang duduk situ? Entah s4kit ke. Entah tak larat ke. Mudah penat ke. Bila dah tua kudrat tak macam muda – muda. Malas dah nak beriya kemas rumah. Anak – anak mungkin ada balik dan kemas tapi masa kita ziarah, masatu la kotor.

Baru faham kenapa ibu pesan bila masuk rumah orang KENA JADI BUTA BISU. Jadi sebagai menantu kita balik rumah mentua bukan lama. Bukan menetap kat sana. Jadi tahankan sahaja dan kemaslah apa adanya. Kalau ipar duai taknak buat, kitalah bersihkan.

Saya pun diuji dengan mentua yang suka sepahkan barang. Suka simpan barang lama sampai semak. Tapi sampai sekarang saya pegang pesan ibu. Orang tua takkan cakap atau suruh. Tapi kita yang muda kenalah faham – faham.

Kalau kata ipar tak suka sampai mengutuk? Katanya kita bajet bagus kemas rumah? Dah tak payah buat. Kita singgah rumah mentua fokus sahaja pada silaturrahim. Jangan dibawa str3ss yang tak perlu sebabnya itu rumah mereka. Bukan rumah kita.

Selagi isu rumah mentua kotor tak ganggu kebahagiaan rumah tangga awak, berk0rbanlah abaikan tekanan tu. Awak pembersih? Tak boleh kotor? Terapkan kat rumah sendiri saja. Tak semua benda yang kakak semua nak, kakak boleh dapat.

Bila kahwin dengan suami, kena kahwin dengan keluarga dia sekali. Latar masa dan tempat semua orang membesar ni lain. Nak puaskan hati sendiri saat ada di tempat lain, susah kakak. Silap hari bulan awak yang tekanan sendiri.

Lainlah kalau awak duduk dengan mentua, mesti awak boleh pastikan rumah tu bersih. Mentua kan manusia. Mentua m4kin lama m4kin TUA, TAK LARAT NAK KEMAS. Ambil contoh Cik Melah tu. Dulu rajin kemas. Siap rumah dia menang acara RUMAH TERCANTIK. Tapi bila dah tua semua tu berubah.

Sama juga macam mentua kakak semua. Kakak hanya nampak apa yang berlaku itupun lepas kahwin dengan anak mereka. 10 atau 5 tahun sebelum itu, kakak tahu? Tak. Mungkin lagi bersih dari kita. Tapi tak dinafikan ada sahaja anak lain yang tinggal serumah tapi malas.

Rumah mak sendiri kotor pun tak peduli. Itu di luar kawalan kita. Tak semua benda kita boleh control kakak. Nasihat saya adalah, rumah orang tetap rumah orang. Kita takkan boleh terapkan nak bersih giIa macam RUMAH SENDIRI.

Kalau jenis kental, kakak upah saja orang hantar bersihkan rumah mentua tu. Kalau mentua marah, mereka bukan ingat sangat. Sekejap ja lama – lama lupalah. Tapi kalau taknak ambil risik0, ada baiknya kita berdiam kerana sesungguhnya mana – mana rumah pun adalah SYURGA buat penghuninya.

Hatta kotor mana sekalipun itu cara mereka. Apa yang kita boleh buat selain jadi orang BUTA BISU? Dah kalau semua tu tak boleh diubah, nak buek guano. Kita bukan ahli politik nak bawa perubahan kakak. Moga kuat ya. Yang penting, tak semua benda boleh diubah ikut kepala kita. – Puan Bajzilah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Aqila Azman : Akhirnya ada confessor yang menegur. Aku setuju sangat dengan confessor ni. Perlu ke nak tayang aib mertua masing – masing walaupun tak disebut nama. Kalaulah orang yang membaca ni kenal empunya diri dan disampaikannya cerita pada empunya diri, apalah perasaan mak mertua atau keluarga mertua tu. Stoplah buka pekung keluarga sendiri.

Siti Fairuz : Itulah.. Bukan selalu balik pun umah mentua tu.. Butakan mata je la. Anggap je bukan selalu kita dengan dorang. Walaupun kadang – kadang ade terguris hati abaikan je. Niat dalam hati taknak pasangan jadi anak derh4ka belakangkan family dia.

Kotor ke buruk pe’el ke, da kawen dengan anak orang tu kene la terima keluarga dia skali.. Selalu confession dok kate menantu tetap orang luar. Tengok confession dalam ni la.. Da keje menantu pun compare dengan keluarga sendiri tak habis – habis.. Mane tak rasa macam orang luar. Pandai – pandai la bawa diri kalau terp4ksa hip0krit demi kebaikan bersama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.