Genap sebulan nikah, aku diceraikan. Dia h1na fizikaI aku macam2

Masa majlis perkahwinan kami, satu taman kecoh yang bapa aku dapat menantu warak beriman. Aku rasa aku perempuan paling bahagia tapi hanya seminggu. Bayangkan dia ada 4 biji handphone semuanya ada password. Selepas diceraikan aku makan banyak jadi lagi gemuk, aku pakai selekeh sehinggalah..

#Foto sekadar hiasan. Salam buat semua pembaca dan admin. Terima kasih kerana siarkan cerita aku. Dah lama sebenarnya aku nak confess di sini tapi tak tahu bagaimana nak bermula. Manusia ni suka menghukvm tr4uma yang orang lain hadapi sebelum mengenali kenapa begitu.

Aku nak cerita kisah hidup aku supaya orang yang senasib dengan aku dapat fikir positif. Aku dah berkahwin. Berkahwin buat kali yang kedua. Perkahwinan pertama aku bertahan sebulan sahaja. Aku ni dulu memang rajin sangat belajar fiqh dan sebagainya.

Jadi mestilah aku impikan seorang lelaki yang juga sama – sama minat kepada agama dan faham agama. Aku pun berkenalan dengan bekas suami aku. Orangnya baik. Semua orang yang kenal dia cakap dia baik. Kaki masjid. Kaki kuliah. Berakhlak.

Orang tua – tua pun suka la sebab dia pun ramah. Duit untuk kahwin, kami kongsi berdua. Aku kerja siang malam untuk bantu dia cukupkan wang hantaran kahwin. Selama aku kenal dia, 2 tahun, dia memang seorang lelaki yang baik dan sangatlah beriman.

Di fb nya semuanya tulisan sangat beriman. Dia selalu bagi hadiah mahal – mahal dekat aku. Dia selalu bagi duit untuk aku belanja. Dia rajin juga komen dekat fb ibu bapa dan keluarga aku. Dia bermulut manis. Pelbagai janji yang ditabur.

Nak jadi menantu kesayangan la, nak jadi suami dan bapa yang soleh. Nak didik keluarga dengan al-quran dan sunnah. Pakaiannya memang perghh!!! Alimmmm sangat dengan kopiah 24 jam. Seluar pun tak pakai jeans. Baju jubah dan kurta je, hari – hari ke masjid. Berjemaah.

Sanggup ke kuliah ulama walaupun jauh beratus kilometer. Pendek kata memang calon suami soleh! Dia yang sangat bersungguh – sunguh nak kahwin. Lagi 6 bulan nak kahwin, dia dah sibuk nak isi borang nikah. Kami banyak planning untuk ekonomi masa hadapan selepas berkahwin.

Banyak cita – cita kami bersama selepas kawin. Betul – betul lagi sebulan nak kahwin, dia wassap aku. Dia kata dia suka dekat orang lain dan tak dapat teruskan perkahwinan. GiIa kau! Kad semua dah edar. Ibu bapa aku pun orang dikenali.

Semua persiapan dah siap. Kemudian aku bincang dengan dia elok – elok. Cakap elok – elok. Dia pun dah cool. Dia mengaku salah dia. Dia beritahu siapa orang tu dan sebagainya. Dan dia janji nak berubah serta lupakan. Rumah, barang – barang rumah pun dia dah cari.

Rumah tinggal nak masuk sahaja. Yang perempuan tu pun aku cari. Aku contact. Dan perempuan tu pun cakap nak undur diri. Aku rahsiakan semua ni dari mak ayah aku. Aku tak nak mak ayah aku sedih dan risau. Jadi, kami pun bernikah.

Dia sangat ceria waktu tu. Pakaian pengantin pun.. perghhh! Warakk. Satu taman kecoh yang bapa aku dapat menantu warak beriman. Selama seminggu berkahwin, dia layan aku elok. Bagaikan bid4dari. Aku rasa aku perempuan paling bahagia.

Solatnya pun sentiasa awal waktu. Tapi itu hanya seminggu. Selepas itu segalanya berubah sekelip mata. Rupanya dia berhubung semula dengan perempuan tu. Perempuan tu seorang ustazah mengajar quran, memakai niqab, lebih muda dari aku.

Dia buat aku bagaikan tak wujud. Call, sms dan wassap aku tak dibaIas. Balik rumah, dia tidur luar. Lepas tu dia h1na – h1na fizikaI aku. Dia kata aku gemuk la, tangan besar, peha besar, rambut macam h4ntu. Mak ayah aku datang rumah pun, dia tak datang jumpa.

Dia balik rumah mak dia. Handphone dia ada 4 biji. Semuanya ada password. Aku tak boleh bukak. Suatu hari, dengan izin Allah, ada google backup notification dekat tab dia. Dia pergi kerja dan tinggal tab di rumah. Aku pun try tengok. .Eh. Dapat pula buka google backup tu.

Bila aku bukak, penuhhh gambar dia dan perempuan tu. Bergambar bagai suami isteri. BerpeIukan. Eloklah, seorang pakai lebai dan seorang pakai niqab. Gambar free hair perempuan tu pun ada. Aku rasa dah istighfar sejuta kali dah.

Aku send semua gambar – gambar tu dekat kakak perempuan tu, mereka pun terk3jut. Awalnya mereka janji nak bantu aku pert4hankan rumah tangga aku dengan menjaga adik mereka. Lepas bekas suami aku kant0i. Dia terus meng4muk – ng4muk.

Tak nak tengok muka langsung. Dia tak ambil aku di stesyen bas. Dia tinggal aku di rumah ibubapa aku. Pak lebai dan ustazah ni bercinta sakan ala laila majnun. Buktinya aku dapat hack fb bekas suami aku. Dan aku jumpa macam – macam conversation. Mengutuk – ngutuk aku.

Dan mereka menggunakan pelbagai dalil agama untuk pert4hankan perbuatan mereka. Akhirnya, genap sebulan selepas nikah. Aku diceraikan di rumah. Bekas suami aku cakap dia nak bahagia bersama orang yang dia cintai. Sewaktu perbicaraan di mahkamah, hakim tanya kenapa cerai dan aku jawab dia ada perempuan lain.

Hakim tanya kepada dia, “dah kawin dengan perempuan tu?” Dia hanya geleng. Selepas diceraikan. Aku rasa dunia aku gelap gelita. Aku tak ada kerja. Aku berhenti sebab nak ikut suami tinggal di tempat lain. Apa aku nak cerita dekat semua saud4ra aku? kawan – kawan? Aku malu nak menghadapi masyarakat.

Semua akan terk3jut berkahwin hanya mampu bertahan selama sebulan. Aku hanya ada duit 2 ribu dan juga sedikit kemahiran. Jadi, aku buat keputvsan untuk fokus pada ini sungguh – sungguh sehingga berjaya. Aku balik semula ke bandar dan berusaha buat marketing.

Tapi masalahnya kawan – kawan aku ramai di bandar. Selama 7 bulan aku membuat helah bahawa aku dan suami pjj. Padahal dah bercerai. MentaI aku s4kit. Jiwa aku s4kit. Hari – hari aku menangis. Hari – hari aku mohon kekuatan pada Allah.

Hari – hari aku minta pada Allah keluarkan aku dari Malaysia seketika. Aku tak sanggup nak duduk Malaysia. 6 bulan selepas bercerai, aku dan keluarga dapat mengerjakan umrah. 2 minggu sebelum berangkat, aku difitnah oleh keluarga perempuan ustazah tu di fb, muka aku terpampang.

Dituduh pelbagai perkara. Serius down. Tapi aku cuba sabar. Dan aku pun berangkat ke Makkah. Selepas pulang. Rezeki aku mencurah – curah. Satu – satu doa aku diperkenankan. Setiap bulan aku mengembara ke luar negara.

Sehinggakan tempat yang aku ingin pergi sejak kecil, aku dapat pergi. Ramai juga nak tolong aku cari j0doh. Tapi aku tak nak. Sehinggalah datang seorang kakak ini mahu menj0dohkan dengan adiknya yang bujang. Mereka tahu kisah aku.

Mereka tahu status aku. Pada mulanya aku nak tolak. Tapi kawan – kawan aku nasihat suruh kenal dulu. Lelaki ni, tak ada mulut manis, bukan warak, dia bukan kaki masjid. Pakai jeans dan t-shirt, biasa – biasa sahaja orangnya.

Entah aku tak ada hati pun nak kahwin. Tapi mak ayahnya dah sangat gembira. Jadi aku terima sahaja. Cuma aku terjatuh hati dengan akhlak dia sekeluarga yang tak pernah sebut status hidup aku walaupun mereka tahu dan setuju je ayah aku letak hantaran.

Selama setahun bertunang, banyak kali aku rasa nak putvs sebab aku takuttttt. Aku takut dih1na seperti dulu. Aku takut ditinggalkan seperti dahulu. Aku tr4uma segala – galanya. Setiap kali aku nak hubungi tunang aku untuk minta putvs, pasti aku teringat doa aku di depan Kaabah.

Aku mohon supaya Iindungi aku dari menzaIimi orang lain kerana aku telah rasa bagaimana s4kitnyaaa hidup diani4ya dan dizaIimi. Lepas bercerai dulu memang aku dah tak nak pakai lawa – lawa. Aku jadi selekeh. Aku tak jaga makan, aku m4kin gemuk.

Sebab aku kecewa ditinggalkan salah satunya alasan kerana aku gemuk sedikit dari waktu kenal dengan bekas suami aku. Macam – macam test aku buat dekat tunang aku. Macam – macam syarat aku letak. Syarat utama aku jangan suruh aku berhenti kerja.

Pertama kali aku jumpa dia pun aku selekeh yang amat, walaupun macam – macam ujian dah buat dan dia sentiasa cool je. Aku tetap tr4uma dan rasa nak hidup single sampai m4ti. Aku tak sanggup untuk rasa s4kit yang teramat lagi pada kali ke 2.

Masa yang paling aku takut adalah sebulan sebelum kahwin dan sebulan selepas kahwin. Dan alhamdulillah. Aku dah 4 bulan bernikah dengan suami aku yang sekarang. Dia tak alim. Dia tak warak. Dia bukan kaki masjid. Dia bukan jenis bermulut manis.

Dia tak pandai berbual dengan orang tua. Doa lepas solat pun, dia suruh baca sendiri je. Tapi dialah lelaki yang bertanggungjawab. Dialah lelaki yang membuatkan aku percaya masih wujud cinta selepas nikah. Dialah lelaki yang buat aku percaya lelaki baik masih wujud.

Dialah lelaki yang menerima aku dengan status janda aku walaupun dia bujang, walaupun saiz badan aku 2 kali ganda dari dia, walaupun aku selekeh. Dia tak pernah mengh1na. Dia tak pernah suruh aku berubah pakai cantik. Dia tak pernah halang minat aku dan cita – cita aku.

Dia tak pernah suruh aku kurus. Selepas kahwin dengan suami aku sekarang, aku make over semula. Aku pakai baju – baju ladies semula. Aku berusaha untuk turunkan berat aku seperti 4 tahun yang lalu. Ramai orang ingat aku anti lelaki sebab aku selalu Iawan isu pengani4yaan rumah tangga.

Tapi aku hanya anti lelaki yang tidak bertanggungjawab dan zaIim. Yang lelaki baik, mereka tak akan melatah kalau perempuan bersuara untuk pembeIaan hak wanita atau isteri. Kawan – kawan yang tr4uma seperti aku, yang j0doh 4, 5, 6 bulan atas sebab – sebab kritikaI seperti aku.

Percayalah, lelaki yang baik masih ada. Cuma kadang – kadang mereka bukan dalam pakaian “warak”. Mereka itu biasa – biasa. Mereka itu rock. Tak semestinya kaki masjid. Dan untuk suamiku. Sungguh kau lelaki yang paling ikhlas pernah aku temui. – Myara

Komen Warganet :

Alya Hamid : Memang ramai je lelaki macam tu. Jadi kita sebagai wanita ni bila nak pilih calon suami janganlah pandang pada luaran dan penampilan je. Terutamanya mak ayah kita senang sangat terpedaya dengan melihat pakaian seseorang. Apa – apa pun tahniah buat TT yang dah temui kebahagiaan.

Fitri Hassan : Memang kami laki yang biasa – biasa ni selalunya orang perempuan tak pandang pun tau. Sedangkan jenis kami ni la yang setia. Haha.

Fatihah Rahim : Betul, kadang – kadang ada sebab kenapa kita tr4uma. Bagi sesetengah orang diorang anggap benda remeh tapi sebenarnya benda tu boleh bagi kesan yang mendalam pada kita. Tambah lagi kalau macam confessor kahwin hanya sebulan.

Mana nak letak muka dengan macam – macam pandangan orang lain. Nasib baik dah terbuka hati. Jadi lepas ni TT cantikkan diri balik ye khas buat suami tercinta. Biar terbeliak mata si lebai tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.