Mak mengadu isteri guna sabun basuh banyak sampai membazir. Malam tu terus saya m4ki isteri

Mak selalu mengadu dengan saya yang isteri tak membantu, masak tak reti, kemas rumah pun tak bersih, basuh baju pun guna sabun banyak membazir. Bila saya balik rumah, isteri masam muka, memang rasa nak t4mpar je muka dia. Satu hari, isteri tiba – tiba meIetus, dia meIawan saya, tengking saya sampai dia ambil keputvsan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Saya harap kisah saya dapat disiarkan. Saya berkahwin tahun lepas, memandangkan usia sudah hampir menjangkau 30-an. Saya mula mencari seorang gadis untuk dijadikan isteri.

Saya jenis tak memandang paras rupa, cukuplah dia pandai membawa diri dan menutup aur4t serta setia kepada saya itu dah cukup. Saya jugak kenal isteri saya melalui Facebook. Isteri saya orang jauh, saya pula orang semenanjung.

Umur isteri saya 22 tahun, dia tetap terima saya walaupun saya tak kacak. Alhamdulillah sepanjang berkahwin dengan isteri, keluarga beIah isteri saya menerima saya seadanya. Mula – mula isteri memang buat muka kerana saya bawak dia tinggal serumah dengan mak ayah saya, memandangkan adik beradik saya dah nikah semua.

Belum pernah sekali pun isteri saya meIawan cakap saya atau tinggikan suara dengan saya, kadang – kadang tanpa buat silap dia pulak yang sering meminta maaf dari saya. Saya yang selalu marah – marah dia dan tinggikan suara depan mak ayah saya dan m4ki dia.

Kadang – kadang disebabkan masalah kat tempat kerja, saya jadi str3ss dan isteri tempat saya marah – marah lepas geram. Eg0 saya sangat tinggi, Rasa menyesal pun ade, tapi jarang saya nak berlembut hati dengan dirinya, dia selalu mengalah.

Walaupun sebenarnya dia sedih, letih tapi dia tetap senyum dengan saya, mak ayah, adik beradik saya dan anak – anak buah saya pun. Dia layan baik – baik, dia sayang semua. Ada je perkara dia lakukan untuk gembirakan hati saya.

Hampir setiap malam dia urut – urut seluruh badan, kepala saya, dia tahu saya letih berkrja tanpa saya suruh dia memang akan urut badan saya. Kadang – kadang hingga saya tidur dia picit – picit kaki saya, lega je saya rasa. Dia memang pandai mengurut badan.

Memang rasa bersalah tapi kadang – kadang saya dengan tiba – tiba je s4kitkan hati dia, marah – marah dia. Dia tetap layan saya dengan baik, saya suruh dia kemas rumah tolong mak saya, jaga anak – anak buah saya semua dia buat.

Setiap kali balik kerja, saya tengok isteri macam dia bermasam muka, saya jadi marah, rasa nak je t4mpar muka dia. Rupanya dia bukan masam muka dia saja – saja, dia pendam apa yang terbuku dihatinya. Mak saya selalu mengadu dengan saya yang isteri tak bantu pun masak tak reti, kemas rumah pun tak bersih, basuh baju pun guna sabun banyak membazir katanya.

Satu hari tu saya pernah tengking, m4ki isteri sebab mak saya marah isteri saya guna sabun untuk basuh baju banyak sangat. Membazir hinggakan dia menitiskan air mata. Allah je tahu hati saya sebak tengok bini menangis.

Malam tu jugak saya minta maaf. Isteri saya hati lembut, dia kata takpa salah dia sebab guna sabun banyak sangat. Time mak ayah saya pergi ke rumah kakak saya, selama 2 minggu isteri saya buat segala – galanya, kerja rumah memang perfect, bersih sampaikan bilik adik saya yang serupa stor pun bersih dia kemas.

Anak – anak buah saya pun wangi bersih dia jaga rapi. Dan tak dinafikan masakkan pun sedap. Saya akui saya tak pernah puji masakkan isteri saya sedap.. (k3jam kan saya). Saya marah ade lah saje nak s4kitkan hati dia. Saya komen, manis la, pahit la, tak sedap dan macam – macam lagi. Isteri minta maaf.

Dan diamkan aje. Apapun saya nak makan dia akan masakkan dia sanggup tengok youtube, buka google, belajar masak asalkan apa yang saya nak makan, saya dapat. Walaupun dah larut malam, dia sanggup masakkan untuk saya.

Semasa mak ayah saya takde di rumah. Ada satu hari tu dia masakkan untuk saya. Saya makan sampai tambah 2 pinggan nasik, tiba – tiba dia menitiskn air mata.. Saya tanya kenapa menangis? Dia kata terharu. Rasa bersalah pun ada sebab jarang dapat masak untuk saya.

Dia minta maaf kerana jarang masak. Bukan tak nak masak tapi dia segan nak masak. Takut takde yang makan. Saya marah dia, saya term4ki dia, isteri hanya mampu menangis dan pendam saja. Saya akui kalau isteri saya masak, mak ayah dan adik beradik saya macam geIi – geIi nak makan.

Saya dah terang – terang nampak salah family saya tapi saya biarkan saje. Saya tahu mak ayah saya tak berapa suka isteri kerana dia orang jauh dan bukan pilihan family saya. Family isteri saya pun bukan dari golongan yang kaya.

Jugak bukan alim seperti yang mak ayah saya harapkan. Malam tu isteri menangis mengadu kat saya yang adik kata, mak saya sendiri kutuk dia dari belakang, macam – macam. Isteri merayu kat saya nak duduk asing kalau nak perkahwinan ini kekal.

Dan saya tak percayakan semua kata – kata isteri malah saya marah dia. Isteri saya diam aje, hinggakan tidur bergenang air mata. B0dohnya saya.. Ya Allah. Sebenarnya saya mampu beli rumah tapi mak ayah saya tak suruh saya duduk asing.

Nanti tak ada orang nak jaga anak – anak buah, lagi pun kakak saya dan suaminya berkerja. Mak kata nanti siapa nak urus anak – anak buah. Saya pun b0doh ikut kata mak. Selama 8 bulan isteri tinggal serumah dengan mak saya, saya akui saya bagi duit belanja kat mak saya sampai RM1000 / 800 / 900 sebulan.

Tapi saya langsung tak bagi isteri nafkah zahir dan batin. Dia pernah luahkan hati dan jiwanya tersiksa melalui sms kerana nafkah zahir batinnya saya abaikan. Dia pernah kata yang dia redha jika saya tak nak melayaninya, asalkan saya bahagia.

Dia tak pernah merungut malah dia redha katanya, dia ikhlas. Kadang – kadang saya buat tak tahu sangat dengan apa yang dia cakap. Saya pun tak tahu kenapa saya b0doh sangat tak pernah nak menghargai isteri saya.

Malam tu mungkin kesabaran dia dah habis, dia meIawan saya, tengking saya. Dia menangis marah saya sampaikan mak ayah, pakcik dan mkcik saya masuk campur dan marah isteri saya. Saya tolak dan t4mpar dia. Dia tekad keluar dari rumah mak saya.

Kini dia dah tiada, dia dah pergi jauh dari saya. Dia tinggalkan saya. Dia sekarang dah duduk dengan mak ayah dia. Semua ni akibat campur tangan beIah family, hasutan family saya dan kecuaian saya sendiri. Saya juga pernah failkan cerai tapi saya cencel sebab nak dia balik sini semula.

Masa tu dia dah lembut hati nak terima saya, tapi saya b0doh tak hargai peluang yang diberi. Saya m4ki dia macam – macam, sehingga dia tak jadi balik kat saya. Kini dia dah failkn cerai dah dekat setahun saya tak jumpa dia dan tak beri dia nafkah zahir dan batin.

Salah saya yang cuai abaikan dia ketika dia bersama saya. Kini saya sendiri terlalu merinduinya, saya mencintai dirinya, dialah isteri yang terbaik yang saya ada dulu walaupun kadang – kadang sifat dia agak keanakkan, buat saya marah, tapi dia la yang terbaik susah saya nak gantikan dia dengan perempuan lain.. Allah.. saya rindu dia.

Sampaikan kami berpisah dia tetap memohon maaf dan mohon halalkan segalanya. Memang saya telah halalkan cuma saya tak tahu bagaimana nak pujuk dia kembali kepada saya balik. Saya sayang dia sangat, rindu dia sangat.

Saya malu dengan mak ayah dia sebab saya tak jaga anak mereka elok – elok. Saya menyesal!! Salah saya sendiri. Kepada yang bergeIar suami, hargai isteri awak, kalau boleh jangan la bawa isteri awak tinggal sebumbung dengan mak ayah awak, nanti jadi macam saya.

Perempuan dia akan sabar selagi boleh, jika dia dah hilang sabar, mereka memang tekad dan tak pandang kita lagi. Jangan jadi macam saya, dah pergi baru nak menyesal. Terima kasih admin. Moga cerita ini dapat memberi kita pengajaran.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.