Suami kena tahan polis sebab ‘main perempuan’. Malam tu aku halau suami keluar tapi dia merayu nak tunggu siang

Staff kami 5 orang. Satu hari, aku menerima rungutan dari staff yang suami aku suka ganggu mereka. Sampai minta staff buat massage ‘happy ending’. Ada juga staff yang dapat mesej flirting di whatsapp tapi suami aku dah delete. Aku dah tak boleh tahan, nekad aku panggil mertua..

#Foto sekadar hiasan. Hi dan assalamualaikum. Nama aku Xixi (nama samaran). Aku tak boleh letak nama betul sebab ramai kawan – kawan aku follow dan selalu komen di sini. Aku pembaca setia kisah – kisah yang disiarkan.

Aku suka baca tentang kehidupan mereka sebab ia dari sisi sebenar kehidupan. Selalu aku rasa bersimpati dengan nasib pengadu – pengadu dalam ni. Tapi kali ini, ini kisah aku.. Aku berkahwin dengan Zack semasa kami masih belajar di luar negara dalam bidang profesional.

Waktu tu aku tahun 3, Zack tahun 4. Dia seorang yang baik, taat perintah Allah, tak pernah berkasar atau naik tangan dengan aku. Katanya, perempuan bukan Iawan dia. Kami dikurniakan anak setahun selepas pernikahan sewaktu belajar.

Selepas suami tamat belajar, kami PJJ. Suami bawa pulang anak dan menjaganya di Malaysia dengan sekali sekala dapat bantuan dari keluarga mertua aku. Keluarga mertua aku juga amat baik. Tak pernah berkira. Aku kagum dengan Zack sebab mampu jaga anak tanpa isteri di sisi.

Bangun seawal jam 5 pagi dan perlu bergegas ke tempat kerja selepas hantar anak ke pengasuh. Kalau dia terp4ksa kerja shift malam dan nak main bola juga akan dihantar ke pengasuh. Di tahun akhir pengajian, aku mengandung anak kedua.

Dan aku menjaganya seorang diri di luar negara. Anak sulung masih dengan Zack. Satu hari aku terima dm dari ig seorang wanita yang aku namakan Aina. Dia memberi gambar screensh0t perbualan Iucah dan tukar gambar antara dia dan anak.

Luluh hati aku saat membacanya. Suami yang aku percaya dan sayang selama ini telah curang setelah perkahwinan menginjak ke tahun 3. Rupanya si Aina adalah seorang lelaki (Aiman) dan sc4mmer yang menjadikan Zack m4ngsanya.

Aiman memberitahu aku tentang hal mereka kerana si Zack tidak mahu membayar wang berjumlah RM300 setelah diberi gambar Iucah dari Aiman. Aku tahu Zack takkan sewenangnya mengeluarkan duit untuk perkara yang tidak sepatutnya. (Zack agak strict tentang kewangan tapi tidak kedekut untuk keluarga)

Setelah kejadian ini, aku membawa diri dan baby ke london dan netherland selama beberapa minggu untuk menenangkan jiwa. Di sana juga aku melakukan hypn0sis therapy. Setelah itu baru aku pulang ke malaysia dan study sendiri tanpa masuk ke kelas yang sepatutnya aku hadir.

Kali ini aku berk0rban untuk suami, kerana aku menyangka apa yang dia lakukan adalah mungkin dia sunyi atau kosong tanpa aku di sisinya. Aku hanya pulang semula ke tempat belajar aku beberapa hari sahaja sebelum waktu final exam.

Walau hati aku berat, aku kuatkan juga sebab ini adalah penentuan hidup aku. Selepas tamat belajar dan menggenggam segulung ijazah, aku tinggal bersama suami dan 2 orang anak aku yang comel. Aku menjadi support suami kerana pekerjaannya yang memerIukan sokongan keluarga.

Aku menjadi suri rumah sepenuh masa sambil menunggu panggiIan kerja. Satu hari aku melihat telefon suami dan ternampak perbualan dengan rakan sekerja perempuan yang aku panggil Biha. Mesej dibaIas oleh suami aku dengan ayat dan pertanyaan yang manis dan caring.

Seperti, dah makan ke? Belum tido lagi? Di mana tu? Dan banyak lagi. Yang pasti perbualan mereka bukan menjurus tentang pekerjaan. Aku slow talk dengan suami tentang perbuatannya kerana agak kurang manis jika diketahui oleh orang lain dan sebenarnya, aku juga cemburu..

Suami meminta maaf dan tidak akan bermesej lagi. Tetapi, mereka sambung mesej di telegram. Zack memberi alasan mereka terp4ksa berhubung kerana hendak saling bertukar nota kerja. Aku tidak percaya kata – kata Zack yang sewaktu itu dia sedang memandu kereta.

Aku meng4muk lalu meminta dia memberhentikan kereta dan perlu call Biha serta merta meminta supaya jangan berbaIasan mesej lagi dengan Zack. Masa berlalu, aku diterima kerja dalam bidang profesional juga.

Pekerjaan aku perlu kerja shift dan bila pergi kerja hari masih gelap, bila pulang kerja juga hari sudah gelap. Zack faham fitrah pekerjaan aku kerana dia juga begitu 2 tahun sebelumnya. Kini, aku pula la yang perlu mendapat sokongan dan dorongan suami juga keluarga untuk teruskan bekerja.

Sebab pekerjaan kami ini perlu k0rbankan keluarga, masa dan diri. Ini biasa untuk pekerjaan seperti kami. Permulaan awal pekerjaan, Zack kant0i bermesej dan keluar dengan seorang pelajar KKTM (dirahsiakan negeri). Aku namakan dia Citra.

Walaupun keluar secara beramai – ramai bersama kawan – kawan Citra, aku masih tidak bersetuju dengan perbuatan Zack. Dia masih curang dengan aku disaat aku tengah sibuk bekerja. Setelah itu, dia berjanji tidak akan lagi contact Citra dan menyesal apa yang dia buat.

Sepanjang aku bekerja, banyak juga mesej – mesej yang kant0i dan semuanya aku screensh0t dan simpan dalam satu folder sebagai bukti satu hari nanti. BerbaIas mesej dengan ramai perempuan kadang – kadang di wasap, kadang – kadang di telegram, kadang – kadang di wechat.

Semuanya terkant0i bila aku check telefon dia. Kadang – kadang melalui gambar, kadang – kadang melalui perbualan dan apps yang tidak dipadam. Yang pasti, perbuatan dia mesti terkant0i di awal – awal perbuatan jahat dia.

Maksudnya tak sempat sehingga keadaan yang lebih teruk macam keluar dating berdua atau check in hotel. Dan setiap kali terkant0i tu lah dia berjanji tidak akan melakukan lagi dan menyesal atas perbuatannya. Acap kali dia kata, dia juga manusia biasa yang tak terlepas dari kesilapan (inilah ayatnya selalu sehingga aku dah hafal lirik dia setiap kali buat salah tentang perempuan).

Kecurangan suami ini sampai ke puncak apabila satu hari tu di tempat kerjanya, dia terkant0i tentang perempuan juga sehingga dia terp4ksa pert4hankan dirinya di balai polis walaupun tidak mendapat laporan daripada m4ngsa tapi kes ini memberi impak yang sangat besar pada Zack.

Perbuatan dia boleh menyebabkan dia dig4ntung dan hilang pekerjaan. Saat ini, Zack seperti jatuh ke gaung yang paling dalam. Ketika aku mendapat tahu kisahnya, aku menghalau Zack keluar dari rumah tengah – tengah malam.

Tapi dia merayu supaya tunggu ke siang sebab dia tiada tempat hendak dituju. Waktu ini, kesannya juga kepada diri aku. Aku malu sangat tentang kejadian ini. Seolah – olah aku taknak menjejak kaki keluar rumah. Apatah lagi, waktu tu aku tengah berpantang anak ke-5.

Hanya tuhan saja yang tahu s4kit dan pedihnya hati ini. Waktu siangnya suami aku tak keluar pun dari rumah tu, dia hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik selama 2 hari tanpa makan dan minum. Walaupun aku herdik, h1na dia kerana s4kitnya hati aku dan juga perbuatannya memaIukan kami sekeluarga, aku tetap menghidangkan makan dan minum.

Aku tak tahu dimana kekuatan yang aku peroleh saat itu. Yang pasti, aku tahu Allah masih sayang aku waktu itu. Kes ni aku rujuk dengan kaunselor berbayar dan tak berbayar. Yang berbayar tu habis hampir RM800 juga. Tapi tak effective sangat sebab bila berbayar perbualan agak limited dan terkejar – kejar juga dengan masa.

Jadi aku rasa Zack tak luah kesemuanya. Berbeza dengan kaunselor yang tak berbayar. Perjumpaan face to face. Mata ke mata. Zack ada 3 kali juga perjumpaan dengan kaunselor tu. Kesimpulan yang aku boleh buat, Zack cakap dia main banyak perempuan sebenarnya dia nak ‘test market’ je.

Aku yakin, perempuan – perempuan yang pernah berhubung dengan dia pun terpancing sebab ayat Zack ni manis – manis. Ayat caring, dan suka belas kasihan dengan orang lain. Kalau diminta tolong tu, memang mudah je Zack bantu. Yang pasti bukan dari segi kewangan la.

Sebab tu, kalau ada berlaku perselisihan faham atau g4duh tentang perempuan ni, aku akan panas hati 1 – 2 hari je. Lepas tu aku dah ok sebab Zack ni pandai pujuk. Aku pun mudah cair dengan dia. Suka ambil hati aku selalu.

Cuma sikap dia yang suka main perempuan yang buat aku sangat terkilan. Disebabkan kejadian ini, aku mengambil keputusan untuk berpindah ke negeri lain. Aku memberi pilihan kepada Zack sama ada mahu mengikut aku atau dia pulang sahaja di kampung halamannya yang penuh dengan kelapa sawit itu.

Zack memilih untuk mengikut aku dan memulakan semula hidup baru bersama aku dan anak – anak. Di tempat baru, kami memulakan bisnes dan Zack pemilik bisnes tersebut. Walaupun banyak kesalahan yang dia telah lakukan, aku masih memberi peluang kepada dia.

Aku bekerja dengan majikan lain. Sambil aku bantu sikit – sikit sewaktu aku cuti. Staff kami 5 orang. Satu hari, aku menerima komplain dari staff yang Zack ni suka verbally h4rrasment. Minta staff buat massage ‘happy ending’.

Ada juga staff yang dapat mesej flirting di wasap tapi di delete oleh Zack di telefonnya. Aku betul – betul str3ss sebab kali ini, staff yang jadi m4ngsa. Kesian mereka yang mencari kerja halal tapi dapat majikan yang macam tu.

Kes ini aku selesaikan elok – elok dan kali ni aku terp4ksa libatkan mak bapa Zack. Aku juga terp4ksa berhenti kerja dan membantu Zack jalankan bisnes bersama sambil aku ingin memantau pergerakannnya supaya tidak melebihi batas lagi.

Kes ini walau berat di d4da, tapi aku hadap juga. Sebab apa?Aku yakin dia masih ada peluang untuk baiki dirinya. Walau bukan untuk aku, tapi untuk kebaikan dirinya. Kalau ikut hati aku, aku nak saja buang nama dia dari company, complain pada pejabat buruh dan jabatan sepatutnya tentang kes dia. Biar dia tahu langit ni tinggi atau rendah.

Dia masih tak menyesal setelah apa yang berlaku pada dia dulu. Dan bagi aku, dia tidak menghargai aku yang telah bawa dia keluar dari masalah besar dan mulakan hidup baru bersama. Tak pasti sampai bila aku akan bertahan hidup bersama dia lagi.

Dah bersyukur dapat anak – anak yang comel dan bijak, mak ayah mertua yang baik tapi suami per4ngai sedemikian. Kes dengan staff ini, buatkan dia betul – betul menyesal dan amat malu dengan mak bapa dia. Anak yang mereka anggap selama ini, baik dalamannya tidak sangka akan menjadi begini.

Aku tak tahu di mana silapnya. Salah aku sebagai isteri yang sibuk bekerja? Atau salah didikan mak ayah? Dia berjanji juga tidak akan mengulangi perbuatannya dengan staff. Dan sehingga kini tiada masalah atau komplain yang aku terima lagi dari staff tentang Zack.

2 bulan lepas, aku check telefon Zack, ada perbualannya di telegram yang mengajak seorang perempuan bernama Gina berjumpa di Shah alam. Hampir meng4muk aku saat itu tapi masih dapat kawal sebab waktu tu adalah hari makan – makan keluarga beIah aku.

Apa yang aku buat adalah merampas telefonnya yang baru sahaja aku belikan 2 minggu sebelum itu dan hanya beri Zack simkadnya. Pandai – pandailah dia hidup tanpa telefon. 2 hari tanpa telefon, seperti cacing kepanasan.

Aku geram sebab telefon yang aku beli tu untuk memudahkan kerjanya, bukan untuk bermesej – mesej dengan perempuan lain. Pun sama, aku marah sekejap sahaja. Walau hati terUuka tapi masih mampu melayan suami dan anak – anak.

Terakhir yang paling terbaru, aku terbaca mesej seorang wanita yang aku agak telah berkahwin sebab profile picture bersama seorang bayi. Perempuan tu aku namakan Hani. Si Hani memanggil suami aku ‘abang’ dan meminta tolong menghantarnya ke satu tempat.

Terus aku bertanyakan Zack, siapa si Hani ni dalam hidupnya. Zack terangkan yang dah lama tak berhubung dengan Hani apatahlagi Hani sudah berkahwin dan mempunyai anak. Aku ingin mendapatkan kepastian, terus aku menelefon Hani.

Hani memberitahu bahawa aku salah faham terhadapnya. Dia menghorm4ti Zack sebagai abang, dan sebenarnya yang ingin meminta tolong itu adalah dari suaminya. Bunyi pelik tapi aku malas melayannya dan terus mem4tikan telefon.

Perbuatan Zack kali ini betul – betul menc4bar kesabaran aku. Betul – betul menguji keimanan aku. Sejak dulu aku memang tidak percaya pada Zack setelah beberapa kali aku ditipu dan dicurangi. Kuota maaf aku sudah penuh untuk dia. Aku dah tak boleh memaafkan Zack .

Mungkin aku boleh bergelak ketawa dan bersembang biasa dengan dia namun untuk menyayanginya sepenuh hati, dan mempercayainya 100% seperti sebelum ini mungkin tidak. Diri aku umpama gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus.

Tapi aku juga sedang merangka str4tegi terbaik untuk diri aku dan anak – anak. Menyimpan segala bukti – bukti yang aku ada. Aku masih menanti apa lagi drama yang akan berlaku di hadapanaku kelak.

Wahai Zack, kalau kau baca kisah ini. Ini kisah kita. Kisah seorang perempuan yang sentiasa engkau s4kiti. Yang dulu dia k0rbankan impiannya untuk menetap di satu negeri dan mancapai apa yang dia mahukan. Hanya kerana sikap pentingkan diri kau, terkubuur segala cita – citanya.

Cerita aku tidak tamat di sini, mungkin akan ada lagi episod kehidupan yang akan berlaku. Cuma sekarang aku rasa puas dapat meluahkan. Yang sebelum ini hanya aku pendam seorang. Aku hanya perIukan kata – kata semangat dari kalian untuk aku terus hidup dan menghadapi sikap suami aku yang aku tidak pasti bila akan berubah sebetul – betulnya. Terima kasih membaca sehingga habis. – Xixi (Bukan nama sebenar)

Komen Wargnet :

Ann Fardan : Jangan jadi ‘ibu’ kepada suami sendiri. Inilah masalah ramai wanita. Dia jantan suami. Apa masalah dia buat biar dia tanggung. Bila jadi ‘ibu’ kepada suami sendiri takkan pernah habis episode untuk menyelamatkan per4ngai tidak bertanggungjawab tu.

Lepaskan dia hidup sebagai lelaki walaupun bukan jadi suami lagi. Belajarlah jadi wanita yang sayangi diri. Mencuba dan berusaha tak salah untuk selamatkan perkahwinan tapi puan adalah contoh wanita cerdik yang tiada keyakinan diri sehingga tidak mampu meletakkan harga diri sebagai seorang Isteri. Ibu dan wanita di tempat yang betol. Lepaskan dia.. biar dunia mengajar dia apa makna jadi jantan!!

Shikin Ilyas : Suami gatal salah didikan mak pak? Ni alasan paling kelakar. Nak tanya, bapak mertua dan anak – anak lelaki dia yang lain gatal jugak ke? Denial sangat awak ni kak. Peluang demi peluang diberi tapi disia – siakan, alasan demi alasan awak cipta untuk terus bertahan.

Tunggu gunung berapi meIetup tapi tak meIetup – Ietup juga. At last tunggu je la salah sorang m4ti dulu, baru atau tunggu dah kena peny4kit, badan pun dah lemah, jalan terketar – ketar nak menggatal pun dah takde orang layan, baru settle kes awak ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.