Hanya ada RM20 je dalam dompet untuk belanja sampai hujung bulan, tapi suami curi duit tu

Motor aku baru – baru ni ada part yang patah, aku syak tu kerja dia sebab haritu aku tak bagi duit, dia nak pecahkan motor aku. Motor tu la aku guna nak pergi keje. Aku hairan sangat, kenapa la sekali pun dia tak pernah fikir, kalau motor rosak macam mana aku nak pergi kerja. Kalau tak kerja, macam mana kami nak makan?

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Tolong hide profile aku. Harini aku menangis lagi, lauk yang aku masak habis diterbalikkan ke lantai. Gara – gara aku marah, duit aku dicuri. Hanya ada RM20 je dalam dompet untuk belanja sampai hujung bulan. Aku sorok pun dia tu jumpa juga.

Aku perkenalkan nama aku, Aisyah, berumur 28 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Dari lepas bersalin anak ke-2, suami tak bekerja. Kalau kerja pun serupa tak kerja. Duit dia habis buat berjvdi. Rumah, susu pampers tak pernah cukup. Makan kami pun tak cukup sampai kami kebuIur. Jadi aku ambik keputvsan untuk bekerja. Gaji hanya cukup – cukup makan. Kerja aku ada 3 syif. Siang aku pengasuh jaga anak – anak, bila suami akan tolong jaga. Itu pun kena bayar upah, RM10-20 setiap 2 hari. Duit rok0k dan topup tu lain – lain. Belanja bil, rumah, semua aku yang tanggung.

Aku kerja siang malam, tapi untuk diri sendiri memang tak ada belanja. Duit ada RM20/10 aku sorok untuk beli barang dapur selalu lesap. Bila berg4duh, kaki tangan dia naik dekatĀ  aku. Balik kerja penat, rumah kotor, pinggan mangkuk berIonggok, lantai kotor, anak makan berterabur dia tak sapu. Tempat tidur tak pernah kemas. Begitulah setiap hari. Aku penat sangat, aku str3ss. Balik kerja penat – penat itu la yang aku hadap. Disebabkan dia tak kerja, aku minta dia tolong jaga anak. Pengasuh hanya boleh jaga siang, dan Sabtu Ahad tak jaga. Tak nak jaga malam.

Dia selalu minta duit, kalau aku tak bagi, dia ugvt tak nak jaga anak. Bayangkan kalau anak tak ade orang jaga, aku tak boleh kerja. Bila tak kerja, gaji kena pot0ng. Aku tak nak kena pot0ng gaji, jadi aku bagi juga duit kat dia. Walaupun aku tak da duit, sampai kadang – kadang berpuasa dekat tempat kerja.

Aku yatim piatu. Anak tunggal. Tak ada sesiapa dekat sini. Air mata memang jadi teman aku. Kenapa aku tak bercerai? Kalau aku cerai, siapa nak tengokkan anak pada hari yang pengasuh tak jaga? Kalau tak kerja, apa kami nak makan? Rumah, moto, susu pampers semua nak kena bayar bulan – bulan. Tukar kerja lain?. Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja. Aku dah cuba tanya 2 kerja dekat – dekat rumah sini. Gajinya tak cukup untuk aku bayar rumah, bil, moto, pengasuh dan lain – lain.

Setiap hari, doa je yang mampu aku pohon. Semoga aku dan anak – anak, dapat keluar dari masalah ni. Dan semoga Tuhan bagi suami aku pengajaran. Sebab dia tak pernah bersyukur aku tanggung keluarga. Penat tu tak payah cakap la. Duit aku, dia curi, barang dalam rumah habis pecah, kaki tangan dia naik. Aku tawar hati dah lama. Sejak anak kedua lahir. Aku tak ada rasa apa dah. Hati aku kosong. Orang boleh cakap cerai jela, tapi nak cerai banyak faktor yang aku fikir. Anak siapa nak jaga. Nak cari pengasuh lain, bayaran mahal, aku tak mampu.

Aku hidup sorang – sorang dengan anak – anak yang tak tahu apa – apa. Kawan pun aku tak ade. Hidup aku hanya kerja dan rumah je. Moto aku baru – baru ni ada part yang patah, aku syak tu kerja dia sebab haritu aku tak bagi duit, dia nak pecahkan moto aku. Moto tu la aku guna nak pergi keje. Aku hairan sangat, kenapa la sekali pun dia tak pernah fikir, kalau moto rosak macam mana aku nak pergi kerja. Kalau tak kerja, macam mana kami nak makan?

Aku tak pernah harap pun dapat suami kaya. Cukup la ada suami yang tahu tanggungjawab, yang hormat isteri. Aku tak nak emas ke, duit ke. Tu je yang aku harap. Nasib aku maIang sebab salah pilih suami.

Min, ko nak tahu? Hidup aku ni setiap hari berg4duh. Kadang – kadang baru balik kerja, tengah buka kasut, dia dah m4ki hamun aku. Sebab kecik je. Kalau aku nak cerita, memang panjang dan tak akan habis. Kalau anak masuk hospitaI, dia tak pernah melawat. Dia hanya hantar dan ambik je. Yang bawa anak ke hospitaI kalau s4kit, hanya aku. Dia sedap tidur kat rumah. Kalau aku call suruh hantar barang – barang sebab anak admit, siap la. M4ki hamun aku dapat. Katanya, saja nak susahkan dia. Dia memang tak akan ceraikan aku, sebab aku lubuk duit dia.

Aku selalu tanya pada diri aku. Kenapa nasib aku maIang sangat. Kenapa hidup aku tak pernah senang. Kenapa aku tak happy macam orang lain. Aku cemburu tengok keluarga bahagia orang lain. Aku cemburu tengok gurau senda suami isteri lain. Min, suami aku selalu mintak duit sebab dia main jvdi. Kalau dia kalah jvdi, akulah m4ngsa die lepas geram.

Min, kalau aku tak bagi duit. Sampai kat tempat kerja aku dia datang buat kacau. Aku malu dengan pelanggan bila dia datang buat kacau, jadi aku bagi juga duit. Sampai bila la hidup aku macam ni min. Setiap hari aku berdoa, Tuhan keluarkan aku dari masalah ni. Tuhan jauhkan kami dari dia.

Aku tahu, Tuhan dengar doa – doa aku. Tuhan tunggu masa yang sesuai je. Aku nak hidup dengan anak – anak tanpa binatang tu. Aku benci dia! Aku langsung tak ade perasaan kat dia. Aku hilang rasa hormat pada dia. Moga satu hari nanti, kami dapat keluar dari semua ni. Aamiin

Komen Warganet :

Mami Zella Chan : Kak, Ko kerja simpan duit senyap – senyap. Cukup masa pergi fail fasakh. Ko hidup berdikari. Anak hantar pengasuh. Sekarang, bersabar dulu. Dari ko terus beIa biawak Iimbah tu, baik ko beIa diri ko dan anak – anak ko je kak. Moga ko terus kuat!!

Cik Maya : Cerai je, kawan aku laki dia full package, main jvdi, main dad4h, kaki pukuI, suka minta duit, kalau tak bagi pergi minta dekat tempat kerja. Akhirnya kawan aku tak tahan dia suruh laki dia ceraikan dia. Memang tak la sebab bini dia lubuk duit dia. Bini dia nak kol polis, laki dia pujuk janji tak akan buat perangai lagi. Kawan aku suruh laki dia lafaz takIik dekat dia, kalau pukuI dia, main jvdi, main dad4h lagi jatuh taIak 3. Dan suami dia Ianggar takIik, kawan aku pergi pejabat agama buat pengesahan cerai.. Sekarang kawan aku bebas dari laki dia yang tak guna tu. Bahagia je hidup dengan anak – anak dia. Bukan nak menggaIakkan cerai tapi situasi ko ni sama macam kawan baik aku. Harap ko tabah..

Ummu Sarafilza Zamri : Ya Allah.. sayunya baca kisah awak dik. Cuma satu ja nak bagitahu, Allah bagi ujian ikut kemampuan kita. Maksudnya hang kuat dik. Memang kuat. Teruskan solat dan doa. Minta Allah bagi petunjuk untuk keluar dari masalah ni.

Muhd Hafizuddin Zaini : Ramai yang komen cerai la, upah pengasuh la. Baca bagi habis dulu la cerita dia ni sis – sis oii.. Kan dia dah bagitau dia kerja 3 shif. Pengasuh plak tak ambik jaga waktu malam. Dan kalau dia cerai, siapa yang nak jaga anak dia. Dia dah la yatim piatu. Mak ayah dah takda. Nak ke tak nak terp4ksa juga berg4ntung pertolongan dari orang yang paling dia benci si suami dia tu. Masalah utama dia sekarang anak – anak.

Kalau ada idea macam mane nak setelkan masalah anak – anak dia untuk di jaga semasa dia kerja, boleh bagi pendapat. Dah lepas masalah untuk jaga anak ni, baru boleh setelkan masalah lain macam bercerai misalnya. Sebab tu dia tak boleh bercerai lagi. Dia tersepit. Cubalah baca dulu luahan hati sis ni paham dan cuba letak diri dalam keadaan sis ni. Aku baca pon sedih. Tak sangka memang ada orang yang diduga macam ni. Semoga sis tabah dan mohon allah tunjukkan jalan keluar pada masa yang betol dan tepat. Insyallah ada nanti rezeki tu.

Mastura Zainudin : Kepada TT, pertama sekali sila renung ke dalam diri, apakah patut semua yang berlaku sekarang. Masih layakkah suami anda digeIar suami dan dihorm4ti? Apakah selayaknya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak – anak anda diperlakukan sebegitu. TT kena sayang diri sendiri, jaga diri sendiri kerana TT sebatang kara. Kena tau hak sendiri demi anak – anak. Mencari nafkah serta tempat berIindung untuk keluarga adalah kewajipan dan tanggungjawab suami.

DibeIa, diIindungi, dididik dan dijaga, itu layaknya seorang isteri serta anak – anak. Jika seorang suami tak mampu memenuhi tanggungjawabnya atas dasar s4kit atau daif setelah berusaha sedaya mungkin, memang patutlah seorang isteri bertolak ansur. Tapi jika si suami dengan sengaja mengabaikan isteri malah meny4kitinya dan melakukan kemungkaran, baik ditinggalkan je lah. Beri tempoh untuknya berubah, bertegas. Jika dia mengasari TT beri amaran juga. Jika dia mengasari TT, buat je report polis. Kalau dia masih tak berubah, failkan cerai, takIik boleh je jatuh sebab dia dah Ianggar lafaz takIik dia semasa akad dulu. Fikirkan untuk kebaikan anak – anak.