
Bukan duit raya anak aku je, duit adik aku yang lagi dua orang tu pun hilang. Yang buat aku geram, mak pert4hankan abang, mak salah kami sebab letak duit merata. Satu hari, abang aku ajak mak pergi berubat, pasang susuk..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hai semua. Selamat Hari Raya. Seronokkan hari raya berjumpa sanak saud4ra bergurau senda. Tapi dihari raya yang kelima raya aku menjadi sendu. Mana taknya duit raya anak aku hilang. Bukan ringgit gais. Ratus – ratus. Phew.
Mungkin ada yang rasa sikit tapi bagi aku, banyak ye. Tambah lagi tu duit anak.. Aku buat luahan ni bukanlah semata – mata nak cakap pasal duit raya anak aku. Tapi aku nak cakap bertapa s4kitnya hati aku sebab aku tahu orang yang curi duit raya aku tu abang aku sendiri tapi aku macam tak mampu nak buat apa – apa.
Abang aku ni pen4gih d4dah. Kerja tak pernah la lekat lama. Mesti ada je masalah yang selalunya dia akan cakap kat mak aku tak dapat gaji. Lepas tu dia akan wasap mak aku mintak duit semudah abc. Mak aku pun bagi, manjakan sangat. Bapak aku ni dah selalu dah berg4duh dengan mak aku pasal asyik mintak duit ni.
Sebabkan anak, bapak aku gigih la jugak ke pekan masukkan duit ke abang aku. Selalunya bapak aku bagi ngam – ngam untuk abang aku makan dan isi minyak motor dia. Sebab rumah yang dia duduk tu adalah rumah kedua bapak aku. Rumah kecik je.
Tapi ok lah untuk dia duduk sorang tak perlu menyewa. Kalau nak menyewa dah satu hal bapak aku jugak yang kena keluarkan duit. Masalah duit hilang ni bukan sekali dua. Boleh dik4takan tiap kali aku dan lagi dua orang adik aku balik mesti ada masalah duit hilang.
Kau soroklah macam mana sekalipun mesti dia jumpa punyalah. Sampai kitorang adik beradik jadi fobia nak ada walau sedikit cash pun sebab takut hilang. Yang jadi masalah ni berpanjangan sebab mak aku mesti akan back up abang aku. Abang aku ni kaki putar alam.
Dia pusing – pusing cerita tokok tambah burukkan kitorang adik beradik termasuk adik iparnya sekali. Dah menjadi kebiasaan pulak setiap kali yang menjadi m4ngsa duit hilang ni yang dipersalahkan sebab tak jaga duit elok – elok. Kami semua ni lama – lama jadi fed up dengan cycle yang tak henti – henti ni. Bukan setahun dua ye gais. Dah berpuluh tahun kami kena hadap.
Si pencuri tak pernah salah. Yang salah adalah m4ngsa sebab tak jaga duit. Dengan alasan, mak aku akan cakap abang aku tu nak berubah. Kalau dia kata bukan dia kami semua ni sepatutnya bagi sokongan moral. Eh fed up la aku lama – lama camni. Memang naik lemak lah kan…
Abang aku dah banyak dah sejarah bos tuduh dia mencuri. Tapi dia k3ncing mak aku macam – macamlah. Sampai ke tahap dia cakap budak tempat kerja dia tak puas hati dengan dia lalu s4ntaukan dia. Sampai ajak mak ayah aku berubat pasang susuk apetah.
Aku pun dah lupa cerita mak aku tu. Yang pastinya beratuslah nak bayar susuk pendinding ke apetah. Kitorang penah cakap kat mak, susuk susuk ni jangan buat main. Boleh jadi syirik. Tapi kitorang pulak yang disalahkan sebab tak percayakan abang aku yang ceritanya s4kit teruk.
Aku dan adik beradik aku cakap kat mak aku. Entah – entah dia kene beIasah sebab mencuri. Tapi 5 Iawan 1. Macam biasa yang 1, abang aku tu je lah yang betul. Aku sekarang ni dah malas dah nak amik tau pasal abang aku tu. Tapi aku tak tahu nak buat camne lagi nak sedarkan mak aku tu.
Sayang anak tu berpada – pada lah. Kalau kitorang ni tegur bukan main mak aku marah katakan pulak laki korang tu bukan helok sangat. Eh mak aku ni. Pusing cerita pulak. Bila dah cakap macam tu kitorang lagi lah malas nak berg4duh takut jadi anak derh4ka pulak.
Tapi kalau di congak – congak beribu lah jugak jumlah keseluruhan kecurian. Sekian sahaja dari aku. Tolonglah doakan kami yang jadi m4ngsa ni mendapat keadilan. Aku dah penat nak bertekak sampai aku block abang aku kat wasap sebab aku tak nak serabutkan kepala hotak aku. – Getah rambut (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Hanez Lee :Â Cuba try sorok duit dalam bra /underwear / pakai rantai yang ada phone pouch tu dan sorok duit dalam tu dan g4ntung rantai tu dalam baju sepanjang masa. Sure tak hilang sampai balik semula ke rumah selepas raya. Takpun pakai pouch bag kecik yang kita buat pegi jogging tu dan sorok cash dalam pouch bag tu dan pakai sepanjang masa.
Masa mandi pun bawak jugak, masa tido pakai pouch tu cover by underwear, seluar dan baju (3 layer protection) dan kunci bilik. Dengan pencuri licik ni kita kena try licik gak. Kalau duit tu kat badan kita, dia kena sentuh kita untuk dapatkan duit tu… bila travel kat tempat yang banyak pencuri licik I selalu buat mcm tu, I sleep with my money on my body. Hehe.
Mak kalau dah sayang anak melampau – lampau, tak kisah anak dia nak buat benda buruk apa pun dia still sayang. Susah nak ubah. Sama macam sesusahnye nak ubah si abang. Andai ada bukti dia cuba mencuri atau kantoi, report pada polis. Andai kantoi dia men4gih, report polis untuk tangkap dia. Nak tunggu mak report memang takkan terjadi.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.