Hati tak sedap, aku buka wallet suami, aku cari ‘bukti’. Aku tarik kad nikah kami, ada satu lagi kad nikah suami dengan permpuan lain

Hati ni tetap kuat nak cari bukti. Aku tarik kad suami aku yang bertindih di belakang kad nikah kami. Rupa – rupanya kad belakang itu kad suami aku dengan perempuan lain. Perempuan tu adalah bekas tunang suami aku dulu..

#Foto sekadar hiasan. Aku perkenalkan diri aku sebagai Diana.. Aku sudah berkahwin dalam 2 tahun lebih. Masih menunggu kehadiran cahaya mata. Harini aku nak kongsi cerita dan minta pandangan dari pembaca semua mengenai kisah aku. (semua nama dalam ni bukan nama sebenar)

Jujurnya sampai ketahap ini aku masih sukar nak terima kenyataan yang aku ni berkongsi suami dengan wanita lain. Si dia, encik suami yang ku kenal.. Aku gelarkan dia sebagai Khai, aku kenal dia sejak kami sama – sama praktikal dulu. Dia dari institusi lain, aku pula dari institusi lain.

Suami aku berumur muda satu tahun dari aku. Kami mula bertunang selepas kami masing – masing dapat kerja di Selangor. Semasa tahun pertama perkahwinan, hubungan kami suami isteri sangat bahagia. Setiap hari terasa macam berbulan madu. Ke sana ke mari berdua.

Suami seorang yang sangat penyayang. Selalu menuruti permintaan aku. Jika berg4duh, dia sering mengalah. Lama kelamaan, aku nampak perubahan dari sisi suami sedikit demi sedikit. Dia kurang meluangkan masa bersama seperti dulu, dia juga sering menghabiskan masa di telefon miliknya.

Pada mulanya, memang aku tidak mengesyaki apa – apa sebab aku kerap membuka telefonnya dan sejujurnya memang semua kenalan dalam contactnya aku tahu siapa. Dia tiada kawan wanita melainkan kakak dua orang di ofisnya yang dia pernah bercerita kepada aku.

Satu kejadian yang buat jadi kantoi semasa panggiIan telefon suami aku berbunyi. Masa tu, Khai terlelap di ruang tamu. Aku masih ingat pada hari itu adalah hari Sabtu, waktu tengahari. Aku yang sedang masak di dapur kelam kabut berlari ke depan bila mendengar telefon tak henti berdering dari tadi.

Lalu terpapar di skrin Khai, nama Norman. Aku terus angkat call bila tengok Khai masih lena tidur. Jelas suara itu suara perempuan. Aku terk3jut, tak bersuara tapi tangan dan badan aku bergetar. Otak aku bercelaru bila dengar dia panggil Khai dengan panggiIan “Sayang”.

Aku menjerit dalam hati semahunya. Terus aku m4tikan panggiIan dan terus cari nama Norman dalam whatsapp milik Khai. Tak jumpa. Aku terus mencari sampai ternampak ada archive chat di whatsapp. Tepat sekali. Norman.

Ya. Perempuan itulah yang berlindung di sebalik nama Norman. Satu persatu aku baca chat dengan perempuan tu. Hati aku rasa h4ncur bila tengok perempuan tu berbaIas whatsapp mesra dengan laki aku. Aku syak mereka berhubungan sulit sebab aku ada terbaca mesej Iucah suami dengan perempuan tu.

Rupa – rupanya selama ni suami aku balik lewat, pergi kursus rupanya dia curang dengan perempuan tu. Aku terus menangis sekuat hati sampai Khai terjaga. Aku terus pukuI dia kuat – kuat dan macam – macam aku cakap pada dia.

Aku masih ingat, lauk yang aku masak tu sampai h4ngus tak dapat makan tengahari. Aku meng4muk teruk sampai barang – barang rumah semua aku baling. Suami aku terk3jut bila dia tahu yang aku tahu tentang hubungan sulit dengan perempuan bernama Alin.

Aku benci perempuan tu. Apa kurangnya aku sampai Khai perlu cari wanita lain selain aku. Aku memang bertekad nak bagitahu mama dengan ayah aku tentang hal ni tapi Khai melarang bercerita kisah rumahtangga kami.

Aku ni yang hampir nak giIa bila dengar dia cakap macam tu. Aku banyak berdiam dan berkurung diri dalam bilik. Khai tak putus asa minta maaf dan pujuk aku. Dalam seminggu, hubungan aku dah okay dengan Khai sebab Khai janji dia tak akan jumpa lagi dengan Alin.

Memang aku nampak Khai dah banyak berubah. Dia tak lagi mesej Alin lagi. Contact number pun dah takde. Ke mana pergi mesti Khai akan bawa aku bersama dia. Aku percaya suami aku kali ni. Sekali lagi, nak dijadikan cerita yang Khai kantoi kali kedua.

Hati aku meronta nak cek wallet suami aku. Bila buka, tiada sebarang keraguan mahupun gambar perempuan tu, tapi hati ni tetap kuat nak cari bukti. Aku tarik kad suami aku yang bertindih di belakang kad nikah kami. Rupa – rupanya kad belakang itu kad nikah Khai dengan Alin.

Perasaan aku sekali lagi rasa h4ncur dan kecewa, rasa macam tak cukup nafas aku masa tu menangis teresak – esak. Aku jatuh terduduk kerana kejadian yang aku sendiri tak sangka. Alin dan aku rupanya bermadu. Buat pertama kalinya aku dapat tengok wajah gambar Alin.

Rupanya, Alin adalah Siti. Siti Razlina, bekas tunang suami aku dulu. Aku memang kenal dengan Siti Razlina ni, cuma aku memang tak tahu nama penuh dia. Dulu aku selalu stalk IG suami aku yang penuh tag nama perempuan tu dalam IG Khai..

Ya, memang betul Alin kenal Khai dulu sebelum aku. Malah aku mengenali Khai semasa Khai dan Alin sedang bertunang lagi. Kami juga selalu keluar bersama, lagipun Alin belajar di Semenyih, jadi mereka jarang berjumpa dan Khai cakap Alin selalu sibuk dengan assignment dan final exam semester.. Khai dan aku pula di Shah Alam.

Mereka sama – sama belajar di institusi yang sama sebelum Khai praktikal satu tempat dengan aku. Alin junior Khai, satu jurusan yang sama. Mereka putus bukan sebab aku, tapi sebab Khai yang pilih aku sebagai teman hidupnya dan tinggalkan perempuan itu seorang diri.

Selepas kami habis praktikal bersama, aku dan Khai sama – sama mendapatkan kerjaya dan decide untuk langkah seterusnya. Aku dapat tahu lepas tu, perempuan tu bawa diri. Aku percaya Alin tu dah move on bila setahun kemudian dia berkahwin dulu sebelum kami kahwin.

Aku memang tak pernah syak apa – apa dan anggap cerita lama. Rupa – rupanya suami Alin meninggaI beberapa bulan lepas mereka kahwin dan aku memang langsung tak tahu yang Alin dah jadi janda. Suami aku beritahu yang dia melamar untuk menikah dengan Alin untuk jaga Alin.

Khai serba salah dengan perbuatannya dulu terhadap Alin. Selepas dari kejadian, Khai dah tak sembunyi apa – apa dari aku. Tiada ucapan maaf darinya sejak kejadian kantoi kali kedua. Khai dah selalu balik rumah dan tidur di rumah Alin.

Aku banyak makan hati sepanjang bermadu dengan perempuan tu, lagi – lagi bila dapat tahu yang perempuan tu tengah mengandung masa tu. Lama kelamaan aku cuba juga sesuaikan diri dengan keadaan bermadu ni. Tak lama pun, Alin jadi madu aku setahun dua bulan.

Dia meninggaI masa melahirkan anak dengan suami aku. Kadang – kadang aku rasa puas hati bila Alin dah meninggaI. Kadang – kadang aku masih rasa marah kerana perbuatannya mer4mpas Khai dari aku. Sekarang, anak tu family Alin yang jaga, Khai hari – hari pujuk aku untuk jaga anak Alin dengan dia bersama – sama tapi hati aku tak boleh. Hati aku s4kit. S4kit sangat.

Bila aku tengok muka Alin ada iras dengan muka aku. Aku cuma keliru dengan suami aku, adakah dia betul ikhlas mencintai aku atau dia lebih sayang dan cintakan Alin. Siapa sebenarnya dalam hati suami aku, aku atau Alin.

Ya, memang arw4h dah takde tapi hati ni masih s4kit. Kadang – kadang aku dapat rasakan yang Khai masih sayang dan cintakan Alin lebih dari aku. Aku nampak Khai paling sedih masa arw4h meninggaI. Khai selalu bandingkan yang arw4h jauh lebih lembut, baik dan selalu jaga hati dia, tak macam aku.

Tapi Khai cakap dia sayang aku sama macam dia sayang Alin. Aku memang buntu sangat. Mana mungkin ada dua wanita dalam satu hati lelaki kan. Aku nak minta pendapat semua, patutkah aku teruskan perkahwinan ni sebab rasa sangsi dengan Khai? Aku masih sayang dia tapi dalam masa yang sama aku dah rasa taw4r hati. Tolonglah aku.. Mohon pendapat semua. – Diana (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zelzana Azmi : Nak marah ape, masa diorang bertunang pun awak tu gigih keluar dengan tunang orang.  Jadi tak must4hil awak yang menjadi per4mpas dulu dan penyebab diorang putus.. So citenye pusing – pusing situ jela.. Dah memang laki awak pun jenis suka melayan lebih dari seorang perempuan, berkeras la sangat esok dia cari pulak perempuan lain yang sanggup jaga anak dia sama – sama dan awak ulang la episod m4kan hati yang sama.

Farah Hanina : Nak jadi mak pada anak madu ni bukan mudah. Bukan calang – calang perempuan sanggup jaga anak madunya macam anak sendiri. Kalau rasa tak mampu nak ikhlas dengan rumahtangga ni, buatlah keputusan yang memudahkan semua pihak. Kalau awak berpisah, suami awak boleh kahwin lain dan cari bakal isteri yang boleh terima anak dia. Awak pun boleh cari jodoh lain yang lebih sesuai.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.