Hidup menumpang rumah adik, aku guna pinggan IKEA dia buat muka. Dia tak suka aku duduk atas sofa mahal

Adik tak suka aku guna barang – barang dan perabot IKEA dia yang mahal tu. Nampak la, bila aku guna meja makan IKEA, pinggan IKEA dia, dia buat muka. Duduk atas sofa dia tu pun, alah sofa yang English style tu. Kemudian dia simpan pinggan IKEA tak bagi aku guna…

#Foto sekadar hiasan. Hello guys, Biar aku straight to the point, kisah aku dengan keluarga aku. Aku anak ke-5 dari 6 orang adik beradik. Dulu aku tinggal dengan adik aku, dia anak bongsu. Aku tinggal dengan dia sebab rumah dia dekat dengan kilang tempat kerja aku.

Tambah pula, aku hari tu nak sangat cari rumah sebab rumah lama tuan rumah nak bagi anak dia yang kahwin duduk. Jadi aku cari rumah tak sampai seminggu and time tu dia offer tapi, mungkin la dia ajak – ajak ayam je. Aku pulak urgent masa tu, tak boleh pikir apa dah, aku terus setuju je dan aku tak perasan dia ajak – ajak ayam.

Aku engineer kilang, tapi korang tau la engineer gaji bukan mahal pun adalah dalam 5 ribu je. Aku memang tak beli rumah lagi, sebab aku ada plan nak buat bisnes, aku takut commitment tinggi, nak sambung study, nak ambik course lagi.

Aku ada plan nak beli rumah tapi takde rasa nak commit lagi. Lagi satu aku ingat nak beli rumah macam dekat Elmina, jadi aku nak kumpul duit dulu. Jadi aku tumpang la rumah dia sebab dekat dengan kilang tu. Ni lah silap besar aku.

Aku ada bayar sewa tapi tak banyak dalam RM200 je, aku tambah pasang air coway dengan unifi dan aku bayar. Barang asas dapur aku beli. Aku memang aiim takkan duduk lama rumah dia ni, dan betul aku menumpang setahun je kat rumah dia.

Masa PKP tu dia halau aku keluar melalui wassap. Mungkinlah aku rasa adik aku simpan rasa dalam hati yang dia tak berkenan aku duduk rumah tu. Memang dia tak ikhlas pun nak tolong aku time tu. Aku pula tak perasan mula – mula tu.

Rumah dia tu baru siap dan dia baru reno dapur dan dia beli perabot rumah dia semua dari IKEA. Dia sayang rumah tu dan nak deco rumah tu. Jadi mungkin la dia tak suka orang lain ada kat rumah tu dan macam kena share pula dengan orang kan.

Aku dengar dia dengan kawan – kawan government dia yang beli rumah juga tu discuss bercakap pasal concept rumah ala rizalman la, english style la macam – macam. Dan dia bangga sangat – sangat umur 34 tahun dah ada rumah sendiri.

Sebenarnya, aku perasan dia macam show off kunci rumah dia kat famili aku. Yalah umur baru 34 dah ada asset. Takpelah rezeki dia. Dia kerja kerani government, rumah dia beli tu rumah atas subsidi penjawat awam, macam dalam range harga RM200K+++ untuk 1200sqft +/- murah lah kiranya.

Aku pulak ada bengong juga sebab aku pun komen, macam kena tambah ni kat sini baru cantik, ni kena buat macam ni baru ok, otak engineer aku kan. Maybe la dia tak suka aku bagi komen kat asset dia yang dia sayang tu. Dahlah dia tak suka aku menumpang kat situ.

Aku kan takde asset mana nak komen – komen kat orang pula, macam tu lah. Satu lagi, mungkin la dia nak privacy, dia tak nak share rumah dia yang gah tu dan dia pun tak suka aku guna barang – barang dan perabot IKEA dia yang mahal tu.

Nampak la, bila kita guna meja makan IKEA yang mahal tu nampak la dia buat muka. Duduk atas sofa dia tu pun, alah sofa yang English style tu. Satu lagi adik aku ni selalu keluar dengan kawan – kawan dia, bawa kawan – kawan datang rumah makan – makan.

Kawan – kawan pejabat mestilah datang tengok rumah baru kan, set langsir harga lebih 2 ribu, perabot dari IKEA, kitchen cabinet RM16 ribu, semua mahal – mahal. Dia pun kalau keluar bermakeup dan bergaya, maybe la dia tak suka aku tengok pakaian dia yang mahal – mahal tu. Dia nak privacy dari aku tahu aktiviti dia.

Dia kerja kerani tapi baju raya average 500 ringgit, brand Petra, Leeyana Rahman, Jemels, Jovian, pakai handbag coach, ted baker, kate spade, fossil. Mungkin korang akan kata lah ni bukan brand luxury, brand murah ni, ye betul bukan level LV, Channel atau YSL tapi dia kerani gomen je bila pakai brand tu memang kira up la, sekurangnya di kalangan geng – geng  dia.

Kawan gomen dia bersalin pergi Andorra, sama kerani macam dia juga, dia cakap pakai credit card. Dia dengan kawan – kawan dia ber discuss, aku terdengar dia orang kata, orang tu tak mampu buat cara tak mampu macam tu lah.

One day, dia tunjuk jam kat aku harga RM1 ribu lebih, tak ingat brand apa, dia kata kalau awak masuk kedai nak beli jam ni, mesti orang tak layan. Terasa aku weh kena h1na. Yalah aku cheapskate, takde boyfriend, dia ada boyfriend sponsor.

Aku dengar boyfriend dia suami orang, ustaz dari lulusan Mesir lagi. Ustaz tu baik, pemurah, selalu hantar makanan, beli itu beli ini, bulan puasa hantar juadah berbuka macam – macam la, tapi itulah mungkin dia tak suka sebab aku tahu benda tu. Yang pasti dia tak suka aku menumpang rumah dia.

Sebelum dia halau tu, memang dia dah tunjuk rasa tak suka. Dia akan duduk dalam bilik, dia akan elak jumpa aku, tv dia tak tengok, aku tegur dia buat tak dengar, menjeling aku time aku iron baju, jalan laju – laju bila nampak aku,

Dia nak makan pun masak pukuI 11-12 pm time aku dah tidur, dia selalu mendengus, aku masak dia tak makan dan tak usik. Barang dapur aku beli dia tak guna, macam garam, gula, minyak, pinggan – pinggan aku beli kat kedai eco dia tak usik. Dia pakai pinggan lain.

Pinggan mangkuk dan gelas IKEA tu dia simpan tak bagi aku guna. Nanti rosak. Dia rasa aku cheapskate sangat kan. Aku pernah MC seminggu sebab kena demam infIuenza, aku menggigil masak nasi, makan nasi kosong sebab alas perut nak makan ubat, dan aku gastric, aku doa pada Allah, minta tenaga nak pergi kIinik ambil d4rah. Tawakkal dengan Allah.

Dia pandang aku pun tak. Lepas aku dah sembuh kakak aku ada datang tengok, dia tanya aku pasal infIuenza tu, dia ada time tu dan dia sengih – sengih je. Meaning dia tahu dia tak tolong aku waktu aku s4kit, dia biar aku terbaring 4 hari tak jenguk apa, tanya khabar pun tak, dia buat hal dia je.

Dalam group wassap family dengan dalam FB dia banyak post iklan rumah, dan projek rumah baru buka. Ada satu post dekat FB dia tulis, “rumah ni murah cantik, OK la dari orang takde rumah langsung.” Time tu aku dah tau, kita tak b0doh kan, jadi aku memang cari rumah lain.

Tapi tak sempat, time tu dia dah hantar wassap suruh aku keluar. Dia cakap pergiIah cari rumah lain, dia beli rumah ni bukan nak bagi keluarga datang duduk, macam tu lah ayat dia. Aku pun cari la rumah lain. Allah Maha Kaya weh, aku dapat rumah elok dan murah, sekejap je, minggu tu juga.

Jauh sikit dari kilang ni dalam 23 km, pergi balik 46 km tapi takpa aku OK, dah tak rasa menumpang lagi. Tak kisah dia tak suka, aku pun salah juga tapi sebagai kakak tu terasa hati juga la. Maybe aku bayar sikit sewa sikit kot, dan aku komen pasal design rumah tu, otak engineer kadang – kadang kita terlepas cakap.

Kitchen cabinet dia tu patut lower sikit, sebab dia rendah, boleh adjust, materials pun dia ambil yang senang kotor, tapi tak apalah benda nak jadi. Siapalah aku nak komen – komen. Salah aku juga. Aku pindah keluar dah tak jumpa dia dah. Famili aku lagi sedih tak salahkan dia.

Dia orang tahu dia agak kurang ajar kan tapi nobody tell her. My brother cakap, she is 34 years old, budak lagi. Aku macam 34 budak ke? Allahu agak – agak la nak back up pun. Kakak aku pula kata “why you are avoiding her?”

“Nanti semua amal ibadah awak tak diterima, you know that kan, you learn that right?”

“Salah sikit tu apa salahnya lupakan. Nabi ajar kita kena buat baik dengan ahli keluarga.”

Aku cakap aku avoid dia sebab aku rasa dia t0xic, ni untuk kesihatan mentaI aku. Sadly, they keep blaming me. Yang lain tak masuk campur. Jadi aku left group famili, raya seorang diri, puasa seorang diri. Jumpa famili bila dia takde je. Oh parent aku dua – dua dah takde.

Aku seorang diri tapi, tenang sangat. Maybe aku rasa tr4uma. Aku ingat, dia pernah tengking aku depan public, banyak kali. Kalau nak balik kampung sama – sama, janji pukuI 9 malam, tapi dia keluar dengan boyfriend dia.

Dia ubah time ’ikut suka aku’ takdenya nak bagi tau kita. Kita tunggu macam orang b0doh. Kalau dia kata pukuI 9 janji tapi kita lewat, maka dia akan hempas pintu kereta atau muka dia jadi hitam. Sebab kita salah, lambat.

Dia buat takpe, jangan kita. Dia akan treat kita as she wishes, kena tau dia ada that privilege. Kat rumah kat kampung aku datang bersembang dengan dia, dia main handphone, ada mood ok dia join mood tak ok, muka aku macam dinding je. Bukan sekali dua, lebih.

Dari kecil lagi memang macam tu dia treat aku. Dia asyik berangin je, marah, marah, marah, aku salah, aku salah, semua aku salah, h1na, h1na, h1na, perlekeh aku dalam semua aspek. Kalau ikut kata saud4ra mara, aku physicaIIy lagi cantik dari dia, paling cantik dalam keluarga, paling bijak. Cuma kita diajar untuk jadi baik.

Mungkinlah juga aku lembut dan tak reti meIawan. Family aku tak nampak dia salah, tapi dia orang nampak aku yang salah sebab memutuskan silaturrahim. Dia orang p4ksa aku terima dia atas dasar agama, tapi aku tertanya aku ni v1ctim? Kenapa aku pulak yang sekarang jad perpetrator, dia pula jadi v1ctim.

Terbalik dah. Dia langsung takde tanda repentant, adalah satu wassap say sorry, mood tak ok, tu je. What la. Aku memang block dia dan semua socmed dia, dan aku rasa sangat aman. Raya tahun ni first time aku balik kampung semula tapi aku duduk dalam bilik, sebab aku pun tak solat, takde gambar – gambar dengan keluarga takpe, aku ok takpe.

Aku keluar makan duduk bilik semula, raya kedua aku balik KL. Time aku nak balik tu aku pi ambil air, adik aku tanya ’dah nak balik ke’ dia cakap slow. Aku senyap terus pergi. Abang aku kata aku sombong orang tegur tak layan. Kakak aku kata, dia dah tegur awak kan.

Maksudnya adik aku dah nak berbaik tu kenapa cold macam tu. Aku kata Ya Allah, ni baru sekali dia tegur aku senyap, dia buat kat aku beratus kali dah tapi takde siapa cakap dia salah. Dia tengking aku bertubi – tubi, sambil hempas pintu berapa kali? Aku senyap saja.

Tapi bila aku buat sekali semua kata, eh tak baik la buat macam tu? What the… Kakak aku kata, berbaik la semula, pergi bercuti sama – sama dan makan macam dulu. Yalah, yalah betul, sebab korang semua nak macai nak babu kan.

Kalau bercuti ke apa, aku buat semua. Cari tiket, cari tour, cari guide, cari location, hotel, things to do, cari tempat makan, arrange itu ini, tukar duit diorang, buat budget, kena bagi tau anggaran berapa kena bawak, beli insurans, dan kira – kira tu semua aku buat, free of charge.

Kena cari hotel selesa murah, location superb. Dah sampai kat tempat bercuti Bangkok ke, Singapore ke, Jakarta ke, London ke, aku cari semua tempat makan kat mana, toilet ada tak, bas kat mana, mrt station mana, tunggu kat mana, cari taxi kat mana, nak mintak nasi tambah pun suruh aku cakap.

Pernah nyaris nak kena tinggal bas dekat Australia sebab bas tukar number, nasib aku tanya driver bas tu. Driver baru tekan minyak nampak aku datang terus stop. Kalau tak naya kena beli tiket bas baru dah berapa kan entah sampai beribu. Adik aku hanya berpeIuk tubuh.

None of my business. Kalau cuti 4 hari, 4 hari aku kerja kalau 10 hari, 10 hari lah aku kerja arrange semua. Dahlah aku bayar semua advance pakai duit aku dulu, dia orang bayar ansuran. Memang la aku takde, rasa missing, babu takde.

Aku banyak mengomel yes maybe sebab lama pendam. Bayangkan selama hidup aku 37 tahun asyik dih1na, dimarah, ditengking di khalayak ramai, disalahkan, dipergunakan untuk jadi macai jadi babu semua orang. Tapi aku cuma senyap.

Aku tak boleh buat presentation di universiti atau kat tempat kerja, aku nervous, aku rasa orang benci aku, aku takde opinion kat tempat kerja sebab aku biasa disalahkan kat rumah, aku hanya layak jadi penurut dan babu. Itu aku rasa. Aku rasa aku hodoh, dan b0doh sampai kawan aku cakap, Wahida kau ni muka category A tau kenapa kau ni rendah diri semacam, bukan sorang dua ramai.

Aku nak gi umrah solo, abang aku cakap tak payah la pergi entah umrah tak diterima sebab aku tak mau berbaik dengan adik aku. Aku rasa penat, cukuplah mend0sakan aku. Takpalah kalau famili kata aku pend0sa, takpalah kalau takdir aku jadi pend0sa macam tu, biarlah aku cari bahagia sendiri.

Aku rasa aman seorang diri, tenang, aku sorang tapi sentiasa rasa Allah ada, aku serah masa depan aku kepada Allah, termasuklah hubungan aku dengan adik dan keluarga. Aku buat ikut rasa hati aku je sekarang ni, kesihatan mentaI aku no. 1.

Takpa aku puasa dan raya seorang diri, aku tenang aje. Time raya aku dah start pergi bercuti, join trip pegi Sydney la, pegi Pakistan la. Aku happy jumpa orang baru yang baik – baik dan positif. Aku ok aja. Harap hidup aku bertambah baik, Alhamdulillah rezeki sem4kin baik, dalam 2 tahun ni gaji aku naik 60% sebab aku tukar tempat kerja, aku dah beli rumah dan bakal suami aku pun dah ada 2 rumah.

Bakal suami Chinese, sangat lembut dan soft dengan aku. Ikut je aku nak apa. Dia asal Penang, melayu pekat tapi dia biasa speaking. Aku rasa happy sebab aku rasa Allah sentiasa ada, please pray for my happiness. – Wahida (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Elinda Hashim : Baik jangan terlampau baik, nanti dipijak orang. Adik beradik ni masa kecik je adik beradik, bila da besar dia jadi manusia. Adik beradik atas sekadar nama. Per4ngai dan watak akan berubah. You do you sis. Jangan pikir dah perasaan orang lain, patriotize yourself.

Nor Abdiah : Rasa sedih sebab adik beradik berjauh hati. Terbayang apa perasaan arw4h mak ayah bila tau anak – anak kesayangan dia bersengketa. To tt, saya doakan awak terus sihat mentaI, bersemangat, yakin diri dan selamat pengantin baru in advance. Semoga majlis perkahwinan tt nnt jadi titik permulaan untuk eratkan hubungan silaturrahim antara adik beradik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.