Hidup miskin, tapak kasut sekolah aku koyak besar. Bapak jahit guna benang hijau. Aku member0ntak tak nak pakai pergi sekolah..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak ayah tak cukup duit, mereka belikan tulang ayam untuk dijadikan sup. Mak petik pucuk paku dan kangkung dekat tepi rumah. Bila kami semua dah besar, aku dah kakak keluarkan duit KWSP untuk…

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku anak kedua dari enam beradik, lahir dari keluarga yang sederhana, maksud aku cukup – cukup makan dan pakai. Aku dan keluarga aku pernah tinggal di kawasan setinggan dari dari lahir sehinggalah usia aku remaja dalam 14 tahun.

Ayah aku bekerja sebagai buruh kasar membina bangunan dan part time renovate pembinaan rumah orang. Ibu pula seorang pembantu rumah di rumah orang, bekerja 3 kali seminggu. Kerajinan dan usaha ayah dan ibu aku, mereka berjaya untuk membeli rumah di kawasan perumahan yang sangat sederhana.

Rumah teres satu tingkat, secondhand. Aku masih ingat betapa gembiranya keluarga aku masa tu. Kami pindah ke rumah tersebut dengan membawa baju, perkakas dapur sahaja. Kami tidak ada sofa, tidak ada meja makan. Kebersamaan kami adalah di lantai rumah.

Makan di lantai beralaskan tikar, menonton tv kotak dengan duduk atas tikar juga. Bukan permaidani ya. Namun aku merasakan kami sangat gembira pada waktu itu. Aku masih ingat, kadang – kadang mak ayah tidak cukup duit, mereka belikan tulang ayam untuk dijadikan sup. Sedap.

Aku pernah ikut ibu aku petik pucuk paku dan kangkung kat kolam berdekatan dengan rumah kami untuk dijadikan lauk. Meskipun hidup sederhana, ibu dan ayah sangat mementingkan pelajaran kami adik beradik. Semasa kami di setinggan, kami tidak ada kereta, kami berjalan kaki ke sekolah.

Kadang – kadang jika ayah dan ibu ada, mereka akan menghantar kami menggunakan basikal tua ke sekolah. Pakaian sekolah, kami pakai apa adanya. Kasut sekolah, bila koyak, ayah aku jahit sendiri kasut tersebut. Pernah suatu masa tu, kasut sekolah aku k0yak macam mulut buaya (badan kasut terpisah dari tapak), ayah jahit kasut aku tu guna tali getah w4rna hijau.

Aku member0ntak, tak nak pakai. Aku masih budak – budak masa tu, aku masih belum faham keterbatasan keluarga aku masa tu. Sekarang dah dewasa ni, bila fikir balik, hati aku sebak mengenang bagaimanalah perasaan ayah masa tu. Rasa bersalah tu masih ada hingga sekarang.

Aku juga masih ingat semasa aku dan kakak di universiti, kami bersepakat memberikan sedikit daripada duit biasiswa kami ke ayah untuk meringankan bebannya. Dipendekkan cerita, aku salute ayah dan ibu kerana mereka berjaya menyekolahkan kami semua sehingga berjaya pada hari ini.

Kakak seorang doktor, aku seorang guru, adik – adik pula masing – masing bekerja sebagai jurutera dan juruteknik di syarik4t oil & gas dan juga syarik4t korporat yang ternama di negara. Pada awal kakak dan aku mula kerja dulu, kami mengambil alih peranan ayah untuk membayar rumah kecil kami setiap bulan. Walaupun kami perempuan, kami tidak mahu kahwin terlalu awal.

Apabila duit kwsp akaun dua kami keluar (kerana kami pilih skim pencen), kami berdua bersepakat untuk membayar lum sum baki pinjaman rumah kami. Adik – adik pula kami juga yang memberikan wang saku. Ayah gembira sangat. Kami juga puas hati.

Kini, kami tidak lagi tinggal di rumah ayah, kami ada rumah masing – masing kerana ayah dan ibu selalu berpesan, kalau dah rasa mampu, belilah rumah. Biar kereta kita biasa saja, asalkan ada rumah. Ya, disebabkan pesanan tersebut, kami adik beradik semua dah ada rumah masing – masing. Kami adik beradik juga telah berkahwin kecuali yang bongsu.

Ayah dan ibu sekarang pula boleh memilih untuk tinggal di mana mereka mahu kerana setiap rumah kami sediakan bilik untuk mak dan ayah. Alhamdulilah, pasangan kami masing – masing tidak kisah dengan hal itu. Aku juga sangat bersyukur kerana sampai ke hari ini kami adik beradik masih rapat antara satu sama lain. Ibu dan ayah pula masih sihat walafiat.

Walaupun dah pencen, namun masih sibuk mengerjakan tanah yang kami beli untuk mereka bertani dan memelihara ikan. Di tanah tersebut ada rumah kebun. Walaupun mereka mempunyai rumah, namun sekarang mereka lebih memilih untuk tinggal di rumah kebun.

Kami layan saja kehendak mereka kerana kami tahu dulu mereka juga melayan setiap tingkah kami beradik. Rumah lama ayah dan ibu, kadang – kadang kami berkumpul di sana, tidur di sana. Setiap kali menginap sehari dua di rumah ayah, aku sentiasa mengimbau dan teringat kenangan pahit manis kami sekeluarga di rumah tersebut.

Imbasan kenangan tersebut membuatkan aku sem4kin sayang dengan mak ayah aku dan sem4kin tinggi rasa syukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kami pada hari ini. Akhir sekali, aku ingin berpesan kepada ibu bapa yang sedang struggle membesarkan anak sekarang, semoga kalian terus tabah dan berusaha sebaik mungkin dalam memelihara amanah yang diberikan.

Kedua, pelajaran adalah sangat penting. Pelajaran dapat mengubah kehidupan, percayalah. Walaupun tidak kaya, sekurang – kurangnya kita dapat menikm4ti kesenangan. Ketiga, anak – anak bila dah berjaya, JANGAN LUPA ibu dan ayah. – Liya (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Farhana Zali : Setuju, sangat – sangat setuju, dengan pelajaran dapat mengubah masa depan sebuah keluarga. Mungkin jika anak – anak tak bernasib baik dapat kerja yang bagus, namun cara berfikir dan cara bawa diri sangat berbeza apabila kita ada ilmu.

Maya Mohd : Dari kecik lagi saya selalu dengar Parents saya berkata “Pelajaran sangat penting, belajar rajin – rajin demi kesenangan di masa hadapan”.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.